Monday, December 29, 2014

Persiapan Menghadapi Banjir, Bahagian 2

1- Kawasan- kawasan yang berisiko tinggi dengan bencana banjir, perlu melaksanakan persiapan yang lebih terperinci, lebih awal dan lebih tersusun. Ia memerlukan kerjasama dan sokongan setiap isi rumah sehinggalah ke peringkat daerah dan negeri. Namun begitu, saya ingin menekankan, sebagai isi rumah yang boleh menanggung kerugian dan risiko kehilangan nyawa, kita tidak boleh menunggu perancangan di peringkat pusat semata- mata. Inisiatif perlu diambil terlebih dahulu, walaupun secara kecil- kecilan, ianya boleh menyelamatkan harta benda dan yang paling penting, boleh menyelamat nyawa sendiri.

2- Antara teknik dan pengetahuan awal yang saya kutip ketika bersama- sama Jabatan Pengurangan Risiko Bencana MERCY Malaysia, diajar oleh Profesor Ogawa, dari Universiti Kyoto, Jepun, iaitu teknik "town watching". Ia juga dikenali sebagai "disaster risk mapping" ataupun "pemetaan risiko bencana". Kali pertama kami diajar teknik ini ialah selepas bencana banjir Johor pada tahun 2007. Pihak MERCY Malaysia dengan kerjasama Universiti Kyoto telah menjemput beberapa agensi tempatan seperti Jabatan Bomba, Jabatan Meteorologi, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Daerah untuk bersama- sama belajar tentang teknik ini, dan pada masa yang sama bertukar- tukar input di antara kami sebagai NGO dan agensi- agensi ini sebagai jentera penggerak utama bantuan bencana. MERCY Malaysia kemudiannya mengajar teknik ini di beberapa program yang lain termasuklah School Preparedness Programme dan Johor Community Preparedness Programme.

3- Apakah sebenarnya "town watching/ disaster risk mapping" ini? Secara ringkas yang boleh saya terangkan ialah, ia adalah aktiviti yang dijalankan oleh komuniti setempat secara sistematik bagi (i) mengenalpasti risiko bencana di persekitaran mereka, (ii) mengenalpasti sumber sedia ada dan sumber yang diperlukan oleh komuniti bagi membantu mereka merancang persiapan menghadapi bencana dan (iii) mengenalpasti dan merancang pelan kecemasan komuniti.

4- Bagi mengenalpasti risiko bencana banjir di persekitaran tempat tinggal, isi rumah dengan mudah boleh merujuk kepada kebiasaan yang berlaku setiap tahun, berdasarkan keadaan cuaca dan musim yang biasa melanda kawasan tersebut, seperti musim hujan atau ribut. Jika mereka sudahpun menetap di kawasan tersebut selama bergenerasi, sudah tentu mereka telah banyak pengalaman dan menyimpan rekod- rekod kejadian banjir sebelum ini. Pastinya mereka boleh mengenalpasti tren yang melanda tahun demi tahun. Perlu diingat, tren cuaca semakin tidak menentu, dan sukar dijangka. Oleh itu, komuniti perlu ada pengetahuan tentang perubahan cuaca, pembangunan drastik di kawasan berhampiran, pengurangan kawasan tadahan hujan dan sebagainya.

5- Risiko banjir juga berbeza antara satu isi rumah dengan isi rumah yang lain, berdasarkan lokasi kediaman masing- masing dengan sungai yang paling berhampiran. Ada rumah- rumah yang terletak di kawasan lebih tinggi, jadi risikonya adalah kurang berbanding dengan rumah- rumah yang terletak di tepi sungai. Komuniti perlu mengenalpasti berapa anggaran isi rumah yang berisiko untuk terjejas akibat banjir dan bagaimana isi rumah yang tinggal di tempat lebih tinggi boleh membantu, misalnya menjadi tempat perlindungan sementara.

6- Antara perkara lain yang biasanya boleh menjadi risiko ketika berlakunya banjir termasuklah kemudahan- kemudahan awam yang tidak diselenggara (jambatan yang rosak, pokok- pokok tua yang mudah tumbang ketika banjir dan sebagainya). Isi rumah dan komuniti mesti berupaya melihat keadaan sekeliling dan membuat jangkaan "bagaimana keadaan sekarang boleh menjadi risiko di masa hadapan, terutamanya ketika bencana banjir?".

7- Setelah semua risiko di senaraikan, kita perlu mengenalpasti sumber dan kekuatan yang kita ada, bagi membantu mengurangkan risiko tersebut ketika berlaku banjir. Kita memang tidak boleh mengelak daripada kejadian banjir, tetapi kita boleh membantu mengurangkan risiko yang muncul ketika banjir melanda. Antara sumber dan kekuatan yang penting di dalam komuniti ialah kesedaran untuk siapsiaga menghadapi banjir. Isi rumah yang ada pengetahuan dan kesedaran boleh membantu isi rumah yang lain untuk mendapatkan kesedaran dan pengetahuan yang sama. Selain itu, sumber yang penting termasuklah komunikasi di antara komuniti setempat dengan agensi- agensi bantuan yang lain. Pastikan kita mempunyai nombor- nombor kecemasan yang boleh dihubungi, dan pastikan agensi- agensi berhubung rapat dengan JKKK setempat. Antara persediaan sumber yang penting juga ialah pusat pemindahan sementara yang boleh digunakan, jika isi rumah perlu berpindah. Antara kemudahan yang biasa digunakan sebagai pusat pemindahan banjir ialah balairaya ataupun sekolah.

8- Langkah terakhir dalam aktiviti "town watching/ disaster risk mapping" ini ialah membentuk peta dan pelan kecemasan komuniti untuk disebarkan kepada semua orang dalam kawasan tersebut. Antara perkara yang perlu diperincikan dalam pelan kecemasan isi rumah termasuklah laluan selamat untuk ke tempat perlindungan sementara, laluan selamat jika perlu menyelamatkan diri dengan segera, nombor- nombor penting ahli keluarga di luar kawasan, dan agensi- agensi bantuan dan perancangan menyediakan "grab bag" untuk setiap ahli keluarga. Pastikan pelan kecemasan ini dibuat sebelum musim banjir melanda supaya isi rumah sempat berlatih dan mengenalpasti kelemahan -kelemahan yang perlu diperbaiki. Segala maklumat ini perlu ditulis dan dilukis di atas peta yang lebih besar untuk memudahkan orang lain melihat dan mendapatkan maklumat.


Contoh Peta Risiko Bencana yang boleh dilukis selepas selesai
membuat pemerhatian bersama- sama ahli keluarga dan jiran- jiran.
Sumber: Website MERCY Malaysia

9- Jika anda rasa persiapan menghadapi banjir dengan melaksanakan "town watching/ disaster risk mapping" ini terlalu sukar dilaksanakan di peringkat komuniti, anda boleh memulakannya di kalangan ahli keluarga anda sendiri. Dan cuba juga mengajak beberapa orang jiran untuk turut serta. Untuk merancang dengan lebih teliti dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas, aktiviti ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan sambil berjalan- jalan di sekitar tempat tinggal anda. Lakukan pemerhatian langsung, dan kenalpasti perubahan- perubahan yang anda tidak sedar sebelum ini. Lebih ramai yang terlibat dalam aktiviti pemerhatian ini, lebih banyak info yang kita boleh kumpul dan buat pemerhatian lebih lanjut.

10- Namun begitu, perlu diingat siapsiaga ini perlu dilakukan sebelum musim banjir tiba, dan diberi keutamaan. Siapsiaga yang baik boleh mengurangkan kerosakan harta benda secara tiba- tiba dan yang paling penting dapat menyelamatkan nyawa.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya kongsi di atas adalah berdasarkan penglibatan saya sebagai kakitangan dan Ketua Jabatan Pengurangan Risiko Bencana, MERCY Malaysia (2007- 2012) dan sebagai sukarelawan MERCY Malaysia. Untuk menyumbang kepada tabung- tabung bantuan banjir, anda boleh merujuk info di bawah: 


Sumber NST

Saturday, December 27, 2014

Persiapan Menghadapi Banjir, Bahagian 1

1- Beberapa hari yang lepas, seluruh negara digemparkan dengan kejadian banjir luar biasa di Pantai Timur terutamanya yang paling kritikal di negeri Kelantan. Jika sebelum ini, negeri- negeri pantai timur telah menjangka dan menduga kehadiran banjir tahunan, majoriti kali ini tidak dapat mengagak tahap keseriusan banjir, sehingga mencecah hampir 100,000 orang di Kelantan, Pahang dan Perak.

2- Bencana banjir kali ini, banyak mengingatkan saya kepada bencana banjir di Johor pada penghujung tahun 2006. Ketika itu, saya masih berkhidmat bersama- sama MERCY Malaysia, dan bertugas menguruskan komunikasi lapangan bersama- sama puluhan kakitangan dan sukarelawan. Dan satu persamaan yang ketara di antara dua bencana ini ialah, kegagalan masyarakat untuk menjangka keseriusan banjir di daerah masing- masing.

3- Di Kelantan, "bah merah" ataupun banjir besar pernah berlaku di negeri tersebut ialah pada tahun 1927 dan 1967, dan di negeri Perak, sebagai contoh di Kuala Kangsar, kali terakhir banjir hampir menenggelamkan Bandar di Raja itu ialah pada tahun 1967. Dan sudah tentu tidak ramai di kalangan generasi hari ini yang masih mengingatinya, dan tidakpun diberitahu oleh generasi yang lebih tua tentang bencana tersebut.

4- Peristiwa tsunami pada 26 Disember 2004, mencetuskan usaha pertama ke arah pengurangan risiko bencana di Malaysia di kalangan NGO di negara kita oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, yang ketika itu merupakan Presiden MERCY Malaysia. Dalam program- program yang kami jalankan, seringkali perbincangan dan temubual diadakan, dan antara yang paling saya ingat terutamanya di Pantai Timur, masyarakat setempat seringkali merujuk kejadian banjir sekadar perkara biasa dan "pesta air" sahaja. Ianya berlaku saban tahun, dan jarang sekali kejadian yang meragut nyawa berlaku.  Sehingga sampai satu tahap, sebenarnya kami yang banyak belajar tentang banjir daripada masyarakat setempat, kerana ianya sudah menjadi kelaziman kepada mereka.

5- Namun begitu, tahun demi tahun berlalu, persekitaran setempat tidak lagi sama seperti dahulu. Sepanjang tahun, pasti ada pembangunan baru muncul, dan setiap hari pasti ada kawasan hutan yang "dibotakkan". Kawasan tadahan hujan semakin dihimpit, dan perubahan iklim dunia tidak lagi boleh dijangka dengan mudah. Dalam masa yang sama, penduduk masih lagi dengan pemikiran dan pendapat bahawa banjir tahunan tidak akan menjadi lebih serius daripada biasa.

6-Melalui pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi selama bekerja di Jabatan Pengurangan Risiko Bencana, MERCY Malaysia, sejak tahun 2007, usaha- usaha mengurangkan risiko bencana bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang serius, memerlukan tindakan masyarakat setempat, DAN mesti disokong penuh oleh pihak berwajib.

Program Siapsiaga Komuniti Menghadapi Bencana oleh MERCY Malaysia di Johor
Sumber: Website MERCY Malaysia 

7- Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara di Global Platform for Disaster Risk Reduction, pada 22 Mei 2013 di Geneva, kerajaan akan membentuk satu platform pengurusan bencana kebangsaan (national platform on disaster management) yang melibatkan pelbagai pihak. Berdasarkan laporan Hyogo Framework for Action dalam tahun 2011, yang disediakan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk Malaysia, sokongan pelbagai sektor telahpun dikenalpasti, termasuk semua agensi- agensi kerajaan, kumpulan akademik dan penyelidik universiti tempatan seperti  Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universti Malaysia Sabah. Antara badan NGO yang disenaraikan ialah MERCY Malaysia, Malaysian Nature Society dan Third World Network. Turut serta ialah United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia. Laporan Kemajuan Pengurangan Risiko Bencana Dunia 2011, yang dilakukan secara "self assessment" oleh Malaysia, dilaporkan pada tahap 3.75/ 5.00. Laporan ini diwajibkan ke atas 168 buah negara di seluruh dunia yang menandatangani Hyogo Framework for Action pada tahun 2005.

8- Namun begitu adakah laporan ini,  dapat menggambarkan persiapan sebenar yang boleh kita saksikan setiap kali bencana melanda? Saya ingin mengajak anda semua berfikir dan pada masa  yang sama, kita perlu berusaha melakukan perubahan di peringkat paling kecil iaitu diri sendiri dan keluarga.

9- Antara perkara penting yang seringkali kami tekankan semasa hebahan dan kempen kesedaran bencana ialah konsep "grab bag". Konsep ini adalah persiapan yang paling mudah untuk semua orang lakukan, dan tidak memerlukan belanja yang besar, malah boleh diperolehi di dalam rumah anda sendiri. Namun begitu, jika anda tidak tahu, dan tidak pernah terfikir, ianya boleh menentukan kesejahteraan anda dan keluarga ketika ditimpa bencana. Apakah itu "grab bag" dan berapa ramaikan sedar tentang kepentingan persiapan ringkas ini kepada nyawa masing- masing ketika bencana melanda?

10- Secara mudah, ia adalah beg yang mengandungi benda- benda penting, yang mudah untuk anda bawa dengan segera sekiranya perlu meninggalkan tempat tinggal. Yang anda perlu perincikan dalam penyediaan "grab bag" ialah kandungan yang mudah dibawa, tidak mudah rosak dan praktikal.

11- Senarai "grab bag" termasuklah makanan kering dan minuman. Anda boleh menyimpan makanan kering yang tahan lama, dan tidak perlu dimasak dan terus boleh dimakan. Antara yang dicadangkan ialah biskut, atau makanan pemberi tenaga, yang biasanya mempunyai tarikh jangka hayat yang lama. Makanan dan minuman yang lambat rosak boleh membantu anda membuat persiapan "grab bag" dengan lebih awal, tanpa perlu menggantikannya selalu.

12- Sepasang pakaian juga perlu dimuatkan di dalam "grab bag". Pakaian perlulah ringkas, dan menepati keperluan sementara, dan cukup sekadar membolehkan kita tidak berada dalam keadaan basah, atau kotor sementara perlu berpindah, mendapat bantuan atau sementara kita boleh kembali ke rumah semula.

13- Lampu suluh dan bateri yang cukup adalah sangat penting disediakan di dalam "grab bag" anda. Kebiasaannya apabila bencana berlaku tiba- tiba, bekalan elektrik akan terputus. Bagi memastikan usaha untuk meminta bantuan, dan juga bagi memastikan keselamatan diri terjaga dan terhindar daripada bahaya- bahaya lain di persekitaran, lampu suluh adalah sangat penting. Pastikan juga lampu suluh anda mempunyai hayat bateri yang masih mencukupi untuk tempoh beberapa hari.

14- Keperluan komunikasi paling penting ketika ini pastinya telefon bimbit dan jangan lupa "power bank/ battery pack" yang sudah di-cas penuh. Di saat tragedi bencana yang serius, sistem komunikasi biasanya akan lumpuh, walaupun tidak serta merta. Namun begitu, ia tidak bermakna kita langsung mengetepikan perancangan ini. Jika kita lihat dalam kejadian banjir sekarang ini juga, komunikasi sementara banyak menggunakan kemudahan telefon bimbit dan internet.  Dan jika anda benar- benar berada dalam kawasan yang berisiko tinggi, tidak salah juga jika anda boleh menyediakan set walkie talkie untuk keperluan satu keluarga.

15- Dokumen pengenalan diri perlu diletakkan di dalam bekas kalis air, dan pastikan ianya diletakkan berasingan di dalam "grab bag" anda, supaya tidak tercicir ketika mengeluarkan barang- barang yang lain. Jika anda mempunyai anak- anak kecil, pastikan dokumen pengenalan diri mereka juga disimpan rapi bersama- sama anda atau pasangan anda.

16- Ubat- ubatan penting untuk penyakit masing- masing dan kelengkapan pertolongan cemas yang ringkas tidak boleh dilupakan sama sekali. Bagi mereka yang mempunyai penyakit kritikal, dan perlu bergantung kepada pengambilan ubat harian, pastikan anda sentiasa mengemaskini keperluan ini dari masa ke masa terutama di kala musim banjir tiba. Pastikan juga anda mempunyai senarai ubat- ubat yang anda ambil, bagi memudahkan doktor dan sukarelawan perubatan membantu anda nanti di pusat- pusat pemindahan sementara.

17- Beg yang anda gunakan untuk mengisi semua barang- barang yang disenaraikan di atas, mestilah tidak begitu besar, dan tidak begitu kecil. Seeloknya ia kalis air,  dan jika tidak, anda dengan mudah boleh menyediakan plastik dengan saiz yang sesuai untuk membalut beg anda itu. Anda juga boleh meletakkan pelekat berwarna terang bagi memudahkan anda mengenalpastinya di dalam gelap, dan pastikan anda menyimpannya di tempat yang sama supaya tidak lupa.

18- Pelbagai keperluan lain juga boleh anda sediakan, bersesuaian dengan diri sendiri, dan yang paling penting seluruh keluarga anda juga melakukan perkara yang sama. Bagi ahli keluarga yang mempunyai keperluan berbeza seperti ahli keluarga kelainan upaya, orang tua yang uzur, bayi dan kanak- kanak, anda mesti memberi keutamaan kepada persiapan "grab bag" mereka dan mencari jalan bagi membolehkan "grab bag" mereka boleh dibawa bersama- sama dengan mudah.

Pengalaman dan pengetahuan yang saya kongsi di atas adalah berdasarkan penglibatan saya sebagai kakitangan dan Ketua Jabatan Pengurangan Risiko Bencana, MERCY Malaysia (2007- 2012) dan sebagai sukarelawan MERCY Malaysia. Untuk menyumbang kepada tabung banjir MERCY Malaysia, anda boleh lihat maklumat lengkap di dalam poster di bawah. 




Wednesday, December 24, 2014

Anda mahu percutian percuma 5 bintang?

Assalamualaikum semua,

Hujung- hujung tahun ni memang penuh la timeline Facebook dengan pelbagai gaya kawan- kawan pegi holiday. Kalau tak dalam negara, nun luar negara. Kita pun tumpang teringin juga haha. Tahun ni apa pun plan nak holiday, dekat ke jauh, terbengkalai dengan keadaan kesihatan saya yang tak berapa menentu beberapa bulan lepas. Now dah ok, tapi dah nak prepare anak- anak bersekolah pula. Takpelah, boleh postpone bila- bila sebab kamu tak payah tunggu nak apply cuti dan lain- lain. Bagus juga anak- anak masih tadika, takla pening nak tunggu cuti sekolah. Hazab bebeno pegi holiday time cuti sekolah, ramaiiiiii orang di mana- mana.

Pada saat ini juga, ada trip ke Istanbul & Umrah, disertai oleh qualifiers dan business leaders Shaklee, yang layak untuk cycle lepas. Kebanyakannya ibubapa leaders, yang diberi hadiah oleh anak- anak untuk menikmati percutian 5 bintang bersama Shaklee dan menunaikan umrah pula. Bila tengok gambar- gambar yang di-share di Facebook, terharu rasa hati. Seronok benar parents diaorang.

Gambar kredit Master Sue & suami. TQ Sue!




Walaupun saya dah mengecapi kebebasan masa bekerja, tapi saya belum lagi merasai kebebasan kewangan sebenar, terutaman bab- bab berlibur hehe. Masih banyak perlu saya manage, untuk memastikan yang utama, diutamakan. Baru nak belajar menabung untuk tujuan travel dan berhibur, jadi tabung pun belum penuh, kena belajar tentang delayed gratification.

Tapi yang saya suka, bermula tahun lepas, saya tahu, pasti saya boleh dapat percutian percuma, samada saya seorang, atau dengan suami. Tahun 2013, saya seorang layak ke Kota Kinabalu, menginap di Sutera Harbour Resort. Tahun 2014, kami berdua ke Long Beach & Sans Francisco selama 2 minggu. Sebelum tu layak juga bermalam di Sunway Resort semasa National Conference. Sangat bermakna untuk kami yang bukan mewah boleh berholiday dan ber-check in hotel selalu macam orang lain hehehe.

Bukan sekadar percutian, tapi persiapan yang Shaklee sediakan untuk ahli rombongan juga sangat mengujakan. Luggage, jacket etc semua siap sedia. Semasa trip, layanan 5 bintang, hotel pun 5 bintang. Rombongan umrah kali ini menginap di Hilton, Mekah. Untuk trip ke USA di San Francisco, menginap di Marriot, di Long Beach menginap di Hilton juga. Setiap hari balik je dari jalan- jalan, mesti ada goodies, surprise dalam bilik, cantik tersusun. Special sangat.

Kalau kami nak, setiap tahun, kami tak payah fikir dah tentang holiday. Ikut saja holiday setahun sekali dengan Shaklee, yang memang confirm special dan 5 bintang. Tapi sudah tentulah kita pun ada impian holiday masing- masing. Jadi suami saya cadangkan, every year kita pergi umrah dengan Shaklee, bergilir dengan parents. Holiday yang lain- lain, kita rancangan sendiri. Bagus jugak tu, umrah dah setel, tak payah fikir budget dan lain- lain. Plan untuk Haji pulak.

Tahun 2015, saya dah merancang dengan BFF saya, Aishah, kami nak celebrate birthday sambil touring Australia. Kebetulan kami berdua lahir dalam bulan October, jadi memang excited bila dapat berangan dan merancang dengan best friend sendiri. Anak- anak kami pun dah jadi kawan baik, suami pun dah kenal lama, jadi takde kekok nak travel sama- sama.

Kalau mahu holiday percuma 5 bintang, saya boleh beri tunjuk ajar. Melalui bisnes Shaklee, bukan saja holiday untuk anda, tapi juga boleh dikongsi dengan suami, dan ibubapa anda juga. Dan kalau mahu menambah tabungan holiday sedia ada, saya juga boleh bantu, dengan syarat anda mahu :) Nak tau lagi lanjut, boleh hubungi saya tentang Projek #6bulan6ribu ni.



Tapi, nak tau jugak, apa impian holiday anda tahun depan? Jom lah share :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Tuesday, December 23, 2014

Idea sarapan anak- anak

Assalamualaikum semua :)

Disebabkan dah 2 tahun anak- anak saya mula bersekolah (Aliyah mula sekolah umur 4 tahun, Adam mula sekolah umur 2 tahun setengah), bila tiba time cuti sekolah, rasa huru hara dan lama la pulak. Dan setiap pagi, isu sarapan lah jadi agenda utama. Diaorang ni macam tau pulak bila cuti, permintaan sarapan tu pun dah lain. Waktu sekolah, pandai pulak nak roti saja. Ada beberapa kegemaran anak- anak saya waktu sarapan, dan mujurlah bukan semua kena homemade, sebab Mama diaorang bukanlah pakar memasak. Saya memang mementingkan sarapan untuk anak- anak, walaupun simple tapi wajib makan pagi- pagi. Kalau tak kena gaya sarapan, sehari suntuk la mood boleh terganggu. Apatah lagi yang dah bersekolah, nak fuel elok- elok yang get ready belajar pulak.

Pernah jumpa atau beli buku ni? Memang menarik, Opah ni nak buat pancakes,
kena ambil telur dari reban ayam, kena buat butter sendiri daripada susu lembu,
susu lembu pun kena perah sendiri. Kalau camni proses hari2, memang pukul 5 petang
baru anak-anakku makan hahaha! 

Menurut website Nourish Interactive, sarapan yang lengkap untuk anak- anak mesti mengambilkira perkara- perkara di bawah:

A Nutritious Breakfast Includes Foods From At Least Three Of The Five Food Groups:

  • Fruit group; fresh whole fruit such as bananas, apples, oranges. Sliced fruit which can be added to cereal, yogurt or healthy breakfast foods for kidsoatmeal.
  • Vegetables group; 100% vegetable juice, or mushrooms, asparagus, or green peppers in an omelet.
  • Grains group; whole-grain breads, dry cereal, bagels, english muffins, flour tortillas, rice.
  • Milk group; low fat or fat free milk, yogurt or cheese. If your child is lactose intolerant, choose lactose-free products that still have the calcium and other nutrients needed.
  • Meat and beans group; eggs, lean meat, peanut butter, beans.

Pilihan anak- anak saya pula, tidaklah selengkap senarai di atas, tapi tidaklah begitu merisaukan, terutama bila mereka perlu ke sekolah dan bermain.

1- Fresh milk & cereal
Pilihan ini sangat bermusim, dan musim tersebut telahpun berakhir. Yang bagusnya sarapan ni, mudah disediakan, dan ever ready di rumah. Tapi yang tak bagus bila anak- anak dah rasa sedap pulak cereal ni makan tanpa susu, jadi macam jajan. Dan kandungan gula dalam cereal, terutamanya yang target kanak- kanak, sangatlah tinggi. Sebab tu tak hairan anak- anak prefer cereal serupa macam jajan juga. Pilihan Adam dulu mestilah Coco Crunch atau yang Milo tu. Lega now dah tak minat lagi. Ada sekotak kecik dapat masa birthday party, pun dia tak pandang.

2- Nasi lemak 
Nasi lemak untuk anak- anak saya senang sangat. Nasi kosong saja, takde sambal, atau bilis, atau telur. Yang tu pun boleh habis 1-2 pinggan sorang. Adam pandai juga nak makan dengan telur atau bilis, tapi kalau Aliyah, memang nasi kosong saja. Sudah tentulah nasi lemak kegemaran mereka, yang Opah masak. Dan baru- baru ni Aliyah request lah saya masak, tapi syaratnya KENA SEDAP! Amboi, tertekan juga. Jadi ikut saja resepi Opah, Alhamdulillah lulus. Biasanya nasi lemak ni di hujung minggu je lah.

3- Roti bakar, jem dan butter
Roti bakar + jem adalah pilihan Adam. Roti bakar + butter adalah pilihan Aliyah. Masalahnya rumah kami takde toaster, percaya tak? Takde pulak orang bagi hadiah toaster masa kami kawen, itu sangat pelik hahaha! Jadi gunalah oven kecik tu untuk bakar roti, atau kalau lagi malas, letak je atas pan. Sama jugak kesan crunchy tu hehehe. Asal boleh je Mama diaorang ni. Baru- baru ni Adam discover roti bakar & sosej masa di hotel. Kena lah pulak buat serupa jugak. Tapi saya tak berkenan sangat sosej ni diberi selalu pada anak- anak. Kalau dah habis satu pack dalam fridge tu, memang saya tak beli dah.

4- Bihun goreng
Yang ini mereka berdua belajar makan masa di sekolah waktu morning break. Bihun kicap je pun, tapi suka sangat. Ada masa saya buat jugak lah, kenyang sampai tengah hari, so takde lah ulang bukak fridge setiap 10 minit haha! Saya akan letak ayam, atau daging. Sayur pun letak, tapi apakan daya, mereka akan susun letak keliling pinggan :p

5- Express pizza
Amboi pizza pepagi buta ye? Tak mungkin lah nak uli doh pizza kan. Macam biasa, kita guna saja tortilla wrap, letak je pasta sauce, mozzarella cheese, chicken & veggie. Bakar dalam oven dalam 15 minit, siap. Sedap pulak tu hehehe. Tapi yang ni sekeping tak cukup, at least 2 keping sorang, baru kenyang.

Kalau ikutkan saya, memang saya nak bagi je pilihan sarapan ringkas tapi berkhasiat, tapi jenuh nak boleh paksa anak- anak. Diaorang memang tak suka minuman jenis shake ni. Nak trick pun gagal. Jadi biasanya shake ni, kami suami isteri saja yang minum. Aliyah prefer minum air masak je time sarapan, dan Adam prefer fresh milk atau teh O! And both of them, dislikes eggs, in any form!

Saya nak introduce yang ini pulak pada anak- anak.
Adam dan Aliyah suka pisang, dan peanut butter.
Nak cuba lah! 
Apa pilihan sarapan anak- anak anda?

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Monday, December 22, 2014

Suami tak sokong bisnes anda?

Assalamualaikum semua :)

Topik yang paling popular setiap kali saya berjumpa dengan rakan bisnes, dan juga anak buah bisnes sendiri. Baik berjumpa secara santai, mahupun semasa di kelas- kelas kami. Memang ramai suka bertanya isu ini, baik yang suami, baik yang isteri. Masing- masing mahu tips;

"Suami saya tak setuju saya bisnes Shaklee"

"Suami saya gelak saja tengok bonus saya sedikit"

"Suami tak tanya apa- apa pun pasal bisnes"

"Suami saya, setuju pun tidak, larang pun tidak" 

Baru- baru ni semasa kelas Start Bright Series, di Kota Bharu, salah seorang suami kepada leader dalam group kami ada membuat sedikit perkongsian, tentang bagaimana dia beri sokongan kepada isteri. Paling awal sekali, dia belikan Samsung tab, untuk memudahkan isteri buat promosi di Facebook, dan juga mudah untuk berhubung dengan customer dan ahli group yang lain. Bukan itu saja, kadang- kadang bila isteri tak sempat, dia sendiri membuat iklan dan promosi di Facebook. Lebih canggih, kadang- kadang dia pun turut beri tips dan motivasi kepada ahli group dalam WhatsApp. Itu tak termasuk lagi jadi runner pegi hantar order, pergi pos office dan lain- lain. Alolololo bertuah badan kan? Alhamdulillah Alhamdulillah. Mesti ada yang terfikir;

"Patut lah isteri dia boleh berjaya, ada suami macam tu. Aku ni tak ke mana lah jawabnya, suami dah la tak ambik kisah pasal bisnes, lagi "menganjeng" ada laaa..."

OH NO! STOP! Jangan sabotaj diri sendiri dengan pemikiran sebegini!

1- Suami/ lelaki adakalanya tidak pandai nak menunjuk sokongan
Kena terima hakikat, ada jenis suami bukan jenis pong pang pong pang, bagaikan pemidato hebat dan pasukan sorak Ultras, atau jenis buat "victory dance" setiap kali isteri dapat order atau dapat downline. Kalau dah bertahun- tahun berkawen, memang suami jenis tak banyak cakap, atau tak reti nak tunjuk romantik dan sokongan, takkan tiba- tiba selepas join bisnes, suami akan berubah pula. Yang penting, dia tak halang kita bisnes online (ada yang tak jadi bisnes sebab suami larang ber-Facebook/ ber-blogging) dan tak kisah jika mata lebih banyak ke screen handphone berbanding ke muka dia hehehe! Jadi tak payah juga banding suami kita dengan suami orang. Huih bahaya!

2- Susun jadual berbisnes dan menguruskan rumahtangga dengan lebih baik
Ada beberapa perkara yang saya belajar ketika mula- mula berbisnes. Memang kelam kabut, maklumlah kita pun kena pegi kerja juga, balik rumah anak- anak lagi melekat. Masa tu customer pun semakin ramai, kita mahu beri layanan terbaik. Akibatnya suami muncung sedepa, nampak macam kita tak cekap, melebihkan bisnes berbanding keluarga. Dan kita pula defensive sebab kita rasa kita buat semua ni untuk kesenangan keluarga juga. Jika ini berlaku, take 1-2 steps back and reflect. Lihat berapa jam kita habiskan dengan baik hanya untuk bisnes. Lihat berapa lama masa kita ambil sekadar borak kosong di WhatsApp dan bukan melakukan sesuatu yang membina bisnes kita. Mungkin boleh baca tips tentang Kelab 5 Pagi juga.

3- Pastikan ada komunikasi tentang bisnes dengan suami
Jangan simpan sorang- sorang kalau dah dapat customer baru. Jangan simpan sorang- sorang bila dapat bonus (sikit ke banyak ke kena la share happiness). Cerita lah sikit- sikit tentang group kita tu. Tanya pendapat suami apa yang boleh kita buat untuk memajukan lagi bisnes. Jangan terlalu ego menganggap kita tahu semua. Hakikatnya suami juga ada pendapat sendiri, dan kita kenalah ambil masa untuk dengar. Nak guna ke tidak pendapat dia tu, itu belakang cerita ehehehe!

4- Gunakan kekuatan doa kita sebagai isteri dan ibu
Ini paling powerful. Lebih power daripada heart to heart session ke, lebih power dari guna duit bonus belanja suami. Jangan lupa berdoa setiap hari, supaya Allah lembutkan hati suami untuk memberi lebih sokongan kepada kita. Ikhlaskan hati sendiri untuk melakukan bisnes sebagai usaha meningkatkan ekonomi keluarga. Korbankan waktu tido dan waktu rehat untuk lebih berdoa. Ada macam- macam tips melembutkan hati pasangan melalui doa dan amalan- amalan solat sunat dan sebagainya. Semua ini kita boleh amalkan. Kalau dah Allah sentuh hati suami kita, sepertimana yang kita doakan, semua boleh setel!

5- Suami yang sokong suam- suam atau yang buat tak tau adalah pembakar semangat
Point yang ini mungkin agak pedas, tapi saya kenal juga isteri- isteri yang dapat sokongan 200%, tidak pun begitu maju bisnes mereka. Adakalanya pressure itu perlu, adakalanya tukang bakar itu perlu. Kalau all the time suami kata "takpe lah ayang....ayang dah buat yang terbaik....cuba lagi yer..." tick tock tick tock dah 12 bulan tang situ juga sebab ayang rasa dah terbaik dah. Kalau dapat pula kena kutuk, ada jenis 100% takde selindung macam suamiku "you tak boleh macam ni, salah cara fikir ni, blablablabla" pedih masuk jantung pastu merebak ke ginjal hahaha! Hah menangis sampai pagi, bengkak mata. Esoknya bangun, buat balik, WHATEVER IT TAKES TO SUCCEED. Bukan lagi sekadar buat yang terbaik.

Tips: Pastikan anda ada jurnal kesyukuran yang ditulis setiap hari,
dan sebut juga yang baik- baik untuk suami kita. 

Apa-apapun, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Yang perlu berubah, pada kebanyakan masa bukanlah suami kita, sebaliknya kita sendiri. Percayalah, susah manusia nak berubah demi manusia yang lain, termasuklah pasangan kita. Tahun pertama saya mulakan bisnes, ada juga terasa hati dengan suami, nak mintak tolong hantar order pun takut- takut. Walaupun dia buat, tapi muka masam mencuka lahai. Maklumlah customer nak jam- jam tu jugak, yang kena harung jem bukan saya, tapi dia. Sampai naik rank Coordinator pun tak banyak saya share dengan suami. Buat je apa patut, kalau mood baik, saya cerita. Kalau mood tak baik, dapat je bonus bawak keluarga makan- makan dan belikan barang kegemaran dia. Yang penting pada saya masa tu, selagi dia tak kata "STOP, I TAK REDHA" itu dah cukup baik.

Nasihat saya....

"Anda tak perlu sokongan suami 100%, 
tapi pastikan dapat 100% redha suami"

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...