Showing posts with label set asas/ optimum. Show all posts
Showing posts with label set asas/ optimum. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

tips pengambilan vitamin yang berkesan

happy lah saya hari ini bila kawan baik saya respon tentang set basic yang dia ambil less than sebulan, mengandungi vitalea, b-complex dan vitamin c.



saya kongsi sedikit secara ringkas, tips memastikan pengambilan supplement yang berkesan dan kita dapat manfaat yang sewajarnya.

1- mesti rajin minum air
jangan pandang remeh tentang pengambilan air putih secukupnya. nak tau banyak mana? senang aje. setiap 25kg berat badan kita, kita perlukan 1liter air. larat? hehehe...

2- mesti ikut jadual yang disarankan
ada sebab kenapa kita tak patut makan semua jenis vitamin sekaligus. ianya menyebabkan badan bekerja dengan lebih keras pada satu- satu masa untuk memproses semua nutrient, malah boleh menyebabkan kita lagi letih dan adakalanya mengantuk. buah pinggang pun penat nak proses lebih, kemudian kepekatan darah pun akan meningkat secara mendadak dalam satu masa. so, bahagi- bahagikan jenis vitamin ikut masa yang ditetapkan ok.

3- elakkan makan vitamin bersama ubat
janganlah bagi badan confuse, mana satu nak treat dengan ubat, mana satu nak serap vitamin. bila darah bercelaru, sukar untuk badan serap vitamin dengan baik. jika ada ubat perlu diambil, dahulukan ubat tu, selangkan sejam ke 2 jam kemudian untuk makan vitamin pula. atau makan ubat belah pagi dan petang, malam baru makan vitamin. tanya pendapat doktor anda, dan minta pendapat distributor vitamin anda.

4- kurangkan minum minuman berkafien
kalau dah makan vitamin, kurangkan la minum kopi dan yang lain2 mengandungi caffeine. bukan apa, rugi aje makan vitamin kalau tak dapat diserap dengan baik oleh badan, selain ianya boleh termusnah begitu saja kalau diambil bersama- sama kopi. kalau nak juga minum, jarakkan masa minimum 2 jam.

5- kenali jenis vitamin anda
ada jenis vitamin yang tak sesuai diambil bersama- sama dan ada jenis yang elok diambil sekaligus untuk mengoptimumnkan penyerapaan oleh badan. so kena consult elok- elok lah ye.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. sila dapatan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, December 3, 2011

langkah awal untuk kesihatan optimum

kenapa saya syorkan vitalea (multivitamin), vitamin c dan b complex, sebagai langkah awal mengembalikan kesegaran, tenaga dan kesihatan anda secara optimum?

kebanyakan kenalan, rakan baik dan saudara mara saya adalah wanita dan ibu- ibu bekerjaya. keluar rumah seawal 6.30- 7 pagi, dan pulang menjelang maghrib. ada yang bekerja sebagai guru di sekolah, mungkin pulang lebih awal (sesi pagi) tapi sementelah (arwah tok suka word ni) nama pun isteri/ ibu, kerja takkan habis waima (lagi word favorite tok) sudah tidur pun. dalam nak lelap tu pun masih berkira- kira apa nak dibuat esok pagi, tengahari, malam, pagi lusa dll.

maka ramai yang mengeluh kepenatan seterusnya memang sangat stress. kalau anda macam saya, stress selalunya berkaitan dengan ketidakmampuan untuk melihat rumah yang bersih dan teratur (tak dapat sepanjang masa pun takpe, 3-4 jam kemas pun ok dah) dan rasa bersalah bila anak- anak nak perhatian, saya pulak terpeleot tak larat. bila tak larat, anak meragam, kita pun sama meragam. itu belum ayah pun sama meragam. hadoi!

semalam, sahabat baik saya berkata "kalau badan tak letih, takde rasa marah pun bila suami lepak- lepak tengok tv, tapi kalau kita letih, panas je hati" hikhikhik. memang betul! bayangkan la, kita ke hulu ke hilir berkemas, ada pulak cleopatra depan tv. hahahaha! istighfar la banyak2!!

ibu- ibu yang breastfeeding mungkin lagi mencabar. kalau anda seperti saya, selepas anak habis menyusu, perut mesti lapar, tekak kering kehausan. kena cepat- cepat replenish energy dengan makanan & minuman yang berkhasiat, dan yang boleh bertahan untuk bekalan tenaga hingga keesokan hari.

saya mengenali pelbagai vitamin keluaran shaklee semasa saya mengandungkan adam. apabila bersalin, saya terus mengambil vitamin- vitamin shaklee untuk mengembalikan tenaga. saya juga memilih untuk menambah bekalan protein dengan ESP dan calcium dengan Ostematrix (sangat penting untuk penghasilan susu badan yang stabil). nak tau apa bonus yang saya dapat? saya semakin cergas (tetamu melawat saya dalam pantang risau tengok saya cergas, jalan laju- pelik juga risau sbb cergas haha), dan selepas 5 bulan mengamalkan vitamin- vitamin dengan konsisten, kulit muka saya sudah menunjukkan perubahan. kata kunci pengambilan vitamin ialah istiqamah. mesti konsisten jika nak lihat kesan.

jika buget adalah kekangan anda, anda boleh cuba trial pack saja, cukup untuk sebulan. ambil secara konsisten dan lihat kesannya. hubungi saya untuk maklumat, consultation lanjut. harga sangat istimewa dan mampu milik hehe..SMS 016- 344 7727 atau email puteriyusof@gmail.com

Saturday, November 26, 2011

kesihatan optimum- mulakan hari ini juga!

sahabat baik saya, baru melahirkan anak sulung lebih kurang 4 bulan yang lepas, lebih kurang sebaya adam. dan sekarang dia dah rasa lah hazab betapa penat dan letihnya menguruskan baby dan pergi kerja. saya teringat macam mana kalutnya kami suami isteri ketika saya kembali bekerja selepas melahirkan aliyah dulu. nak kata sekarang kami dah pro, tidak juga. tapi dah boleh adapt la hehe.


dia minta saya suggestkan vitamin yang patut dia ambil. saya cadangkan dia ambil set optimum/ basic set. memandangkan dia juga menyusukan baby, saya cadangkan juga Ostematrix. saya dah mendapat faedah mengambil Ostematrix; mudah bangun malam untuk menyusukan, dan mudah bangun pagi juga. dia akan mendapat faedah lain seperti meningkatkan kesihatan tulang (ibu menyusukan akan mengalami masalah tulang rapuh sekira tidak mengambil kalsium tambahan)

saya nak rakan saya juga dapat rasa kebaikan yang sama. set optimum mengandungi vitalea (multivitamin), b complex dan vitamin C. ketiga- tiga ini adalah senarai vitamin yang asas bagi memulakan langkah untuk memperbaiki kesihatan diri dan keluarga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...