Showing posts with label tips bisnes. Show all posts
Showing posts with label tips bisnes. Show all posts

Wednesday, July 8, 2015

9 Perkara Yang Orang Kaya Buat Setiap Hari

1- Orang kaya ADA MATLAMAT yang jelas dan TULIS matlamat mereka setiap hari

2- Orang kaya TULIS TO DO LIST setiap hari, dan mereka setelkan apa yang kena buat hari tu jugak


3- Orang kaya TAK TENGOK TV. Bukan sebab mereka ni tahan diri, tapi mereka ada benda lain lebih produktif boleh buat


4- Orang kaya MEMBACA. Daripada buang masa mengadap tv, mereka suka baca buku self help


5- Orang kaya suka AUDIO BOOK. Mereka suka dengar ayat dalam buku- buku, meresap dalam kepala. Yang ni I pernah baca, Robert Kiyosaki memang dengar audio book dalam kereta setiap hari. 


6- Orang kaya sentiasa mahu BUAT LEBIH BAIK. Kalau kena buat 10 benda, mereka akan extra jadi 15. 


7- Orang kaya TAK HARAP NASIB BAIK. Mereka tak berangan memang lottery, sebaliknya sentiasa berhati- hati dengan duit. Takde istilah duit terpijak pada orang kaya, BR1M atau bonus hari raya gomen. Semua kena berusaha utk dapat lebih. 


8- Orang kaya SANGAT MENJAGA KESIHATAN. Health is wealth, enough said. Kalau sakit, APTB! 


9- Orang kaya JAGA SENYUMAN. Jaga kesihatan mulut dan gigi juga.


Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

Wednesday, July 1, 2015

Teknik self affirmation bantu bisnes berkembang

Assalamualaikum semua, 

Hari ini saya nak berkongsi tentang "self affirmation", sedikit info berdasarkan bacaan- bacaan saya sejak terlibat dalam bisnes Shaklee. 

Apakah itu self- affirmation?

1) Self- affirmation adalah teori psikologi yang mula dicadangkan oleh Claude Steele dalam tahun 1988, secara umumnya menyarankan self- affirmation boleh meningkatkan motivasi dalam diri untuk mengekalkan integriti dalam diri. Apabila manusia berada di tingkat integriti yang tinggi, mereka jadi lebih yakin, dan mampu menangani segala ancaman luaran dan dalaman yang dihadapi. 

2) Ringkasnya, jika kita yakin dengan kekuatan diri kita, apapun cabaran yang datang, kita tahu kita boleh menghadapinya. Mudah? Tidak semudah yang disangka. Tetapi ia tidak sukar untuk dilaksanakan. 

3) Kebiasaan kita sering bercakap dan berfikir kelemahan diri kita (saya tak pandai, saya tak cekap, saya tak ada masa etc), ia sebenarnya meninggalkan kesan yang tidak menyenangkan dalam diri kita seharian. Lama- kelamaan kita percaya yang kita memang tak pandai, tak cekap, tak sempat dll. Perhatikan apa yang keluar daripada perbualan dengan orang yang sakit, orang yang ada masalah kewangan, dan orang yang tida gembira. Perhatikan perkataan2 yang mereka guna dan lihat bagaimana mereka begitu percaya, YA INILAH KENYATAAN HIDUP SAYA. 

4) Self- affirmation (yang positive) membantu kita MELATIH SEMULA cara kita FIKIR dan CAKAP, jika kita mahu merubah kehidupan kita. Positive- affirmation membuka pintu kepada pelbagai peluang, kerana secara asasnya kita memberitahu kepada minda bawah sedar "SAYA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MERUBAH KEHIDUPAN SAYA". 

Bagaimana kita melatih diri kita bercakap dan berfikir secara positif?
1) Mudah saja, dengan BERCAKAP DENGAN CERMIN. Tapi bagaimana?
2) Lihat mata anda di dalam cermin dan sebut perkara2 positif tentang diri anda. Jika anda bukan jenis spontaneous, TULIS dahulu perkara- perkara tersebut dan ulang di hadapan cermin. Sebagai permulaan PILIH 2 PERKARA POSITIF dan ULANG 10 KALI di hadapan cermin 2 kali sehari. 
Contoh ayat:
>>> Saya bijak menguruskan masa x 10
>>> Saya disayangi isteri / suami saya x 10 

Waktu: Pagi & Malam 
1) Setiap kali anda nampak cermin, sebutlah yang positif tentang diri anda, sehingga MATA anda bersetuju dengan apa yang anda sebut dan fikiran anda juga selari dengan apa yang disebut. Mata tidak akan menipu, percayalah. Dan percayalah, pada peringkat awal, anda akan menghadapi kesukaran untuk melihat ke dalam mata anda sendiri dan berkata- kata sesuatu yang bukan diri anda. 
2) Jadikan ianya habit baru anda. Lakukan selama 90 hari berturut- turut untuk melihat bagaimana ianya merubah kehidupan anda. Apabila anda beri perhatian kepada apa yang anda sebut dan apa yang anda fikir, anda akan mula buang semua perkara negatif yang anda tidak mahu dalam hidup anda. Dengan mengulang- ulang keyakinan baru ini, anda menanam benih yang baru dalam fikiran dan ianya akan menjadi kenyataan. 
3) Apa pun keinginan anda dalam hidup (career, family, relationship etc), semua bermula dengan rasa CINTA KEPADA DIRI SENDIRI. Jika anda boleh lihat ke dalam cermin, lihat mata anda, dan belajar menyintai diri sendiri, anda boleh mencapai apa saja yang anda idamkan. 
Syarat: 
Satu saja syarat iaitu  LAKUKAN TANPA PAKSAAN. Anda tidak akan dapat apa2 benefit daripada latihan ini jika rasa terpaksa. Hidup ialah pilihan untuk buat apa saja secara sukarela atau secara dipaksa- paksa. Anda pilih.


Selamat mencuba :) 

Friday, August 1, 2014

5 tips hadapi cabaran bisnes


Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya :) 

Saya pasti ramai yang dah pun kembali semula ke tempat kerja, dan ramai juga yang telahpun merancang perjalanan pulang ke rumah masing- masing selepas berhari raya. Kami sekeluarga masih di kampung, bercuti sehingga 10 Aug, kemudian langsung nak ke US. Anak- anak pulak tinggal di kampung, sehingga kami pulang pada 23 Aug nanti. Panjanglah cuti raya kami kali ini, memang boleh sungguh- sungguh raya haha!

Sepanjang saya terlibat dalam bisnes Shaklee, pada awalnya saya seorang saja, kemudian selepas 3 tahun, ahli group mencecah 1000++ orang, dan saya perlu juga menjadi Mentor kepada anak buah yang serius mahu membina bisnes Shaklee mereka pula. Dan, sebagai seorang Mentor, saya mesti boleh memberi idea demi idea untuk pelbagai cabaran dan masalah anak buah saya. Semakin hari, semakin banyak yang saya belajar daripada mereka, dan ini 5 perkara penting yang saya kenalpasti boleh membantu kita mencari jalan menyelesaikan masalah- masalah bisnes kita: 

(1) TULIS POSSIBLE SOLUTIONS
Ambil sedikit masa untuk buat senarai perkara yang boleh dilakukan oleh perbaiki keadaan. Senaraikan SEMUA possible solutions, tak perlu fikir samada ianya berkesan atau tidak dulu. Yang penting di saat kepala berserabut itulah, kita kena luahkan di atas kertas, apa yang mungkin boleh bantu masalah kita atau at least boleh perbaiki keadaan. Tulis satu persatu, sehingga habis sudah yang boleh terfikir oleh kita. 

(2) BINCANG DENGAN MENTOR 
Banyak kesilapan anak buah saya ialah apabila mereka malu, segan silu nak berbincang dengan mentor masing- masing, termasuklah dengan saya sendiri. Isu terperap, berulang- ulang, mengganggu minda mereka dan akhirnya memberi kesan kepada perkembangan bisnes. Ada masanya, saya boleh bertanya, terutamanya anak- anak buah yang saya boleh nampak potensi, kemudian tiba- tiba merudum dan menghilang. Tapi sudah tentu saya tak sempat nak bertanya kepada semua orang. Saya mendapati kepentingan untuk berbincang dengan Mentor, telah membantu saya untuk bangun dan menghadapi masalah dan cabaran dengan lebih baik. Mentor- mentor saya, PM Cery dan Master Azlin, sentiasa boleh diajak berbincang dan sentiasa ada masa dan komitment untuk saya. Dan inilah juga yang saya akan berikan kepada anak buah saya juga. Cuma sudah tentulah  mereka kena bagitau saya apa cabaran, dan boleh kita bincang bersama. 

(3) RUJUK SENARAI "POSSIBLE SOLUTIONS" DAN CUBA SATU PERSATU
Selesai berbincang dengan Mentor, mungkin kita sudah boleh menyaring jalan penyelesaian yang paling sesuai, dan paling urgent untuk dilaksanakan. Mungkin kita tak perlu guna 100 jalan penyelesaian, tetapi hanya 5 perkara utama perlu kita laksanakan. Selagi kita tak cuba semua 5 perkara, contohnya, selagi itu kita tidak boleh mengalah dengan cabaran yang kita hadapi. Selebihnya, sudah tentu kembali kepada keyakinan bahawa apa pun yang berlaku, yang ditentukan oleh Allah, adalah yang terbaik untuk kita. 

(4) LIHAT SIKAP KITA TERHADAP MASALAH TERSEBUT
Ini adalah sesuatu yang sering kita lepas pandang. Adakalahnya kita tidak pun mahu memikirkan penyelesaian kepada masalah- masalah tersebut, tapi kita mahu bercakap dan meluahkan perasaan saja. Kita ulang- ulang membebel, berpusing- pusing dalam bulatan, tanpa jalan keluar. Akibatnya, kita semakin bergelut, semakin serabut tanpa jalan keluar. Perhatikan samada kita sendiri mahu berfikir untuk jalan penyelesaian atau kita sekadar mahu melepaskan perasaan. Adakalanya masalah yang kita hadapi itu, tidak pun perlu jalan penyelesaian, selain daripada kita berhenti membebel dan MOVE ON! 

(5) YAKIN DENGAN DOA 
Sudah tentu, jangan lupa berdoa, supaya urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Paling saya takut dengar daripada anak buah ialah, bila mereka bertanya "Kenapa doa saya belum makbul?" Uhuk! Apa yang nak saya jawab?? Cepat ke lambat Allah nak bagi, itu bukan urusan kita kan, yang penting kita meminta setiap hari daripadaNya. Dan kena ingat juga, kadang- kadang kita terlalu mahu jalan penyelesaian, sampai terlupa, mungkin masalah tersebut tak perlu pun diselesaikan. Dan jangan lupa juga, setiap hari berdoalah supaya Allah beri ILHAM untuk kita selesaikan masalah dan cabaran kita itu. 



Seriously!

Puteri

Monday, June 30, 2014

Mengapa saya pilih bisnes MLM dengan Shaklee?

Setelah sekian lama bekerja dan makan gaji tetap, memang sukar untuk memahami, apatah lagi memilih peluang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama. Cabaran utama ialah tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak yakin dengan perniagaan yang diceburi. 

Saya sendiri tidak ada latarbelakang perniagaan, kareer saya bermula sebagai pegawai penyelidik dan tutor di universiti, kemudian dalam sektor NGO selama hampir 7 tahun. Jadi apa yang mengubah pandangan saya dan mengubah sikap serta aspirasi saya?

(1) Pemahaman yang jelas tentang produk Shaklee - saya buat banyak pembacaan dan perbincangan tentang produk Shaklee, mengapa ianya berbeza dan kuat di pasaran selama lebih 50 tahun. Saya baca kajian- kajian saintifik yang melibatkan produk Shaklee, dan saya memang teruja dengan falsafah "selamat, berkesan dan semulajadi".

(2) Pemahaman yang jelas tentang bisnes Shaklee - saya juga banyak membaca tentang sejarah bisnes Shaklee sejak dahulu, dan saya dapati ianya sebuah syarikat yang kukuh, malah "survived" zaman kejatuhan ekonomi dunia sekitar tahun 1950-an. Malah beberapa buah company sezaman seperti Amway dan Mary Kay juga bertahan sehingga hari ini, dan melahirkan jutawan- jutawan MLM sejak dahulu lagi. Tahukah anda, bisnes "network marketing" adalah kebal daripada masalah kemelesetan ekonomi? Di saat ramai orang dibuang kerja, ramai yang memilih bisnes ini, dan mereka yang telah berjaya dalam bisnes MLM tidak terjejas. Apatah lagi jika syarikat itu menawarkan produk- produk kesihatan, satu keperluan sepanjang zaman!

(3) Pemahaman yang jelas tentang "marketing plan" Shaklee - saya beri perhatian dan belajar bersungguh- sungguh sehingga jelas tentang "marketing plan" Shaklee, bagi memastikan saya tahu apa ganjaran kewangan yang boleh saya perolehi daripada perniagaan ini. Perkara pertama yang saya kaji ialah, berapa minimum pendapatan yang boleh saya dapat, berdasarkan rank dan kekuatan kumpulan bisnes saya. Saya merangka strategi bukan saja untuk mencapai jumlah pendapatan yang diimpikan tapi juga sangat serius dalam menentukan "deadline".

(4) Kenalpasti kekuatan diri sendiri - strategi pemasaran yang diperkenalkan kepada saya oleh dua orang mentor saya iaitu Cery MamaFaiz dan Azlinn Mohd Atan adalah sangat mudah dan memang kekuatan saya, iaitu melalui ONLINE. Pilihan pertama saya ialah Blog dan kedua ialah Facebook. Saya mula menulis dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dan memang agresif dalam "memikat" pengikut dan ahli yang berpotensi menjadi leaders dalam kumpulan kami. Ianya mudah, tidak memerlukan saya keluar rumah selepas waktu bekerja, dan kebanyakan rakan- rakan yang boleh menjadi potensi kepada perniagaan ini juga gemar dan aktif secara online.

(5) Bina impian, untuk kebahagiaan orang lain juga - latarbelakang keluarga saya yang tidak kaya (tapi positif dan bahagia), membuatkan saya bina impian yang besar untuk semua. Saya melihat bagaimana Mak saya bekerja di kilang semasa saya di universiti dan saya fikir, "aku tidak mahu bekerja keras sehingga tua". Apabila berumahtangga, saya lihat gaya hidup yang sama juga, bermakna anak- anak akan lihat saya bekerja sehingga keras sehingga tua, tapi tidak semakin kaya dan selesa. Saya lihat baki KWSP kami suami isteri, dan saya tahu ia tidak cukup untuk beri kehidupan yang selesa untuk kami sekeluarga. Saya lihat potensi anak- anak saya, dah saya sedar mereka tidak boleh dihadkan sekadar dengan pendidikan asas dan wajib saja. Saya yakin dengan rahmat Allah SWT, generasi saya kelak boleh memperolehi untuk sesuatu yang lebih besar, dan beri lebih bermanfaat kepada masyarakat. Saya bermula dengan impian diri sendiri, tapi berkembang untuk merealisasikan impian orang lain juga.

Apabila kita faham, kita tidak akan takut. Ramai yang memulakan bisnes Shaklee, tidak mahu ambil masa dan beri tenaga untuk belajar dan faham 100% peluang yang ditawarkan ini. Apabila mereka tidak faham, momentum dan minat untuk berjuang dalam bisnes akan mengalami pasang surutnya. Dan ramai sekali yang ada "back up" plan, mereka bersiap sedia sekiranya apa- apa terjadi kepada bisnes Shaklee pula. Dan, lebih merugikan, "back up" plan mereka ialah, kembali kepada kerja makan gaji sehingga umur 55 tahun.

Kami tidak ada "back up" plan, kerana kami ada 5 perkara di atas, dan inilah yang akan diulang dalam apa jua bidang yang kami ceburi, InshaAllah. Benarlah kata orang "the way we do things, is the way we do everything".



Understand yourself, to understand your business.
Read, discuss, compare and understand;
it helps you to gain more confidence in yourself and in the business. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...