Showing posts with label weight loss. Show all posts
Showing posts with label weight loss. Show all posts

Friday, May 18, 2012

kurus dengan lecithin? slow and steady je!

semalam, ada dua orang officemate datang bertanya tentang cara meng-kuruskan badan. nak kata saya confident sangat nak share pasal kebaikan supplement shaklee untuk masalah berat badan pun, tak jugak. sebab utama pasal sejak bersalin adam, berat badan aku sangat terkawal, malah makin turun dan turun. so betul lah breastfeeding tu bagus untuk kawal berat badan? haha tak jugak kalau kalori yang kita ambil lebih dari kalori yang bakar masa breastfeeding!

anyway, saya nak share pasal kawan saya yang ambil lecithin untuk kawal berat badan, dan berusaha nak dapatkan semua berat badan sebelum pregnant. sejak 4 bulan lepas, dia mengamalkan supplement2 asas iaitu vitalea, b-complex, vitamin c dan ESP. disebabkan dia juga breastfeeding, dia ambil alfalfa untuk milkbooster. dia top up lecithin sejak 4 bulan lepas, dan dah lost 4 kilograms so far. walaupun slow and steady je perubahan, ianya sangat menggembirakan kawan saya ni. lagipun dia tak sempat nak bersenam dll, bila kurang 4 kilo tu memang happy la.




pemahaman orang pasal vitamin ni ada pelbagai. ramai yang cakap makan vitamin lagi jd selera makan bertambah. sebenarnya itu salah paham. percayalah, kalau kita jenis sukar kawal makan, tak makan vitamin pun kita tibai semua benda dalam kuantiti yang banyak dan tak fikir. so memang bukan salah vitamin.

kenapa basic vitamins macam vitalea, vitamin c, b-complex penting untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan? bila badan dah cukup nutrient, kurang lah sikit craving yang bukan2 pada masa yang bukan2. vitamins juga bantu badan kita "reset" keperluan yang sesuai. selain dari tu, perubahan diet utk kurangkan berat badan juga akan beri kesan pada kita, bila ada cukup zat, takde la terkejut dan terkulai sangat menahan nafsu hahaha!selain itu kita kena paham juga tentang kepentingan detox. detox ni bantu badan kita menyerap nutrient dengan lebih baik, dengan adanya usus yang bersih, sihat dan clear!


so, nak cuba lecithin? hubungi saya yer! 

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat dan mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor.

Monday, March 12, 2012

lecithin, ramai dah cuba dan sukakannya

antara komen paling selalu saya dapat dari kawan- kawan yang beli lecithin ialah badan jadi ringan, dan mereka punya seluar lebih selesa dipakai (read between the lines- seluar selesa, pinggang kecut la kot, ker seluar mereka kembang?)

anyhoooo...saya kena juga pastikan mereka faham fungsi lecithin ni ya. bukan nya ubat kurus.

selingan
saya penah makan ubat kurus masa kt universiti, apa ke nama pil tu, made in indonesia. lepas makan, memulas- mulas, siap keluar peluh jantan ahahahahahaha! ada one day, dengan bijaknya saya makan before pergi kelas. berkejaran balik hostel, dengan baju lenjun dengan peluh, siap benti kejap, pasal nak control takut terbarai tengah jalan LOL! memori indah di USM kahkahkahkah! melalut tapi perlu dikongsi bersama hahaha! saya nak SMS kawan saya, nak tanya balik nama pil puaka keramat itu hahaha!

muka memulas makan pil made in indonesia, beli kat kedai jamu (bahaya ok)
anyhoooo...sebab mengapa lecithin ni disukai oleh mereka yang ingin mengawal berat badan atau mengurangkan berat badan secara sihat ialah, ianya berfungsi sebagai fat emulsifier (pecahkan lemak). itu pasal boleh rasa kesan pada badan jadi lebih ringan tu.

mari baca lagi info lecithin kat sini SINI

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya,

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mengubati penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, January 15, 2012

pengurusan berat badan; berat ke?

this statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. 

pengurusan berat badan atau peng"KURUS"an berat badan? hiks. secara peribadi, saya fikir kurus saja taklah cantik, yang penting ialah sihat dan terurus. dah seminggu lebih, saya korek pelbagai blog berkaitan dengan pengurusan berat badan ala shaklee. terus terang saya katakan, saya tidak mengambil apa- apa produk shaklee untuk menguruskan berat badan saya ketika ini. dan saya bersyukur, berat saya tidak begitu membimbangkan ketika ini. ketika mula hamilkan adam, saya sudahpun kembali kepada berat badan yang saya kehendaki. saya tidak membawa lebihan berat ketika selepas melahirkan aliyah. tapi jangan fikir saya dah berpuas hati, biasalah orang pompuan!

anda mungkin tidak boleh menjadikan saya contoh jika mahu mengambil produk ini, tapi saya tetap excited nak kongsi maklumat dan gaya pengurusan berat badan ala shaklee dengan anda semua. dan saya boleh sedikit sebanyak review perbandingan dengan produk herba*ife yang pernah saya ambil (satu ketika dulu kerana nak langsing menawan di hari perkahwinan haha). tapi anda masih boleh google testimonials orang- orang yang dah berjaya dan berpuas hati. yang pasti program diet shaklee tidak kejam pada poket, dan tidak kejam pada tubuh badan anda.

terdapat 3 perkara asas dalam pengurusan berat badan shaklee:

asas pertama: detox dengan Herb-Lax ATAU Fiber Plan ATAU Alfalfa

kunci asas kepada program pengurusan berat badan yang berjaya ialah dengan memulakannya dengan proses detox. proses detox merujuk kepada proses membersihkan usus yang mana lendir, lemak, dan toksin yang melekat dapat dikeluarkan daripada badan melalui proses membuang air besar. apabila dinding usus telah bersih, lebih mudahlah badan menyerap nutrient. ibu- ibu yang menyusukan bayi tidak digalakkan mengambil herb-lax atau fiber setiap hari, sebaliknya boleh memilih untuk mengambil alfalfa.

asas kedua: fat emulsifier dengan Soy Lecithin 


fungsi utama lecithin adalah untuk memecahkan lelemak dalam badan dan berfungsi sebagai medium yang mengangkut keluar lelemak tersebut daripada badan. lecithin juga mencegah lelemak melekat pada dinding membrane darah. jika disertai dengan senaman yang bersesuaian, lecithin dapat membakar lemak dengan lebih pantas. lecithin boleh diambil oleh ibu- ibu yang menyusukan bayi. bonusnya, lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan!

asas ketiga: pengambilan protein dengan Cinch Shake atau Energizing Soy Protein


protein sangat penting dalam proses mengurangkan berat badan kerana kita nak kurus, tapi bukan nak kehilangan otot badan (dan kemudian badan jadi menggeleber!). kita perlukan otot untuk membantu meningkatkan metabolisme untuk membakar lemak. ini yang menariknya program pengurusan berat badan shaklee, ia mementingkan pemeliharaan otot semasa berdiet. Cinch Shake tidak digalakkan untuk ibu yang menyusukan bayi kerana kadar kalori yang rendah, tidak cukup untuk menyokong tumbersaran bayi. untuk itu ada energizing soy protein sebagai ganti (bonus lah ni, ESP sebagai milk booster!).

bagaimana cara pengambilan kesemua product ini?
fiber plan atau herb-lax atau alfalfa + lecithin + cinch shake atau ESP. mulakan dengan detox, 3 hari dengan herb-lax ATAU seminggu dengan fiber plan. jika guna alfalfa, lebih lama perlu diambil lah. kemudian sertakan dengan lecithin (3 kali sehari, setiap kali lepas makan), di samping minum cinch shake atau ESP (boleh ganti meal dgn shake atau ESP, atau sebagai snacks).

yang menariknya program pengurusan berat badan shaklee ialah ianya bukan berbentuk meal replacement. kita masih boleh makan (makan ya, bukan mentekedarah haha!), dan pengambilan sarapan pagi adalah sangat dititikberatkan, disamping pengambilan nasi atau lain2 jenis karbo paling kurang, sekali sehari, untuk mengelakkan badan dipaksa berlapar. pengambilan air mininum 3L sehari juga adalah satu kemestian dalam memastikan program diet yang berjaya.

dan juga menarik, jika anda tidak ada budget yang tinggi, anda boleh mulakan dengan detox (fiber plan/herblax/ alfalfa + lecithin). bila berat dah berkurangan, boleh mula dengan cinch shake atau ESP. no rush, dan anda perlu beri masa at least 3 bulan untuk melihat hasilnya.

saya akan share lagi kebaikan setiap product di entry seterusnya! untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL: puteriyusof@gmail.com

Friday, November 25, 2011

b-complex- uruskan berat badan selepas bersalin?

apabila saya mula mengambil vitamin shaklee, ianya memang untuk membantu saya (1) pulih dan sihat semula selepas melahirkan adam secara c-section dan (2) membantu saya mengumpul stock susu untuk adam sebelum mula bekerja. itu memang fokus awal dan asal.

selepas 4 bulan, saya bukan saja pulih dengan baik (luka operation sembuh dengan baik & tidak berparut tebal), berat badan saya terkawal- tahu tak vitamin B menyumbang kepada pengurangan berat badan, tapi hanya jika semua vitamin B diambil bersama (B-complex Shaklee, semua vitamin B ada, tengok entry ini). malah hari ini berat badan saya kembali ke berat asal sebelum mengandungkan adam! berbeza dahulu, saya ambil masa setahun untuk kembali ke berat asal. tapi perlu diingat, memang vitamin b-complex boleh buat kita lapar (sebab tugasnya pun melibatkan metabolism of protein, starch, carbo, etc), tapi saya tidak makan sembarangan, tapi tidak juga menahan tekak. ramai yang mengatakan saya turun berat badan kerana menyusukan adam, betul jugalah tu. cuma kalori yang terbakar semasa menyusukan, diganti dengan mencukupi dan tidak berlebihan, baru lah hot ooppss!!

sejak 2 minggu ini saya perasan yang kulit muka saya bertambah baik. nak tau tak, selepas saya cuba set breastfeeding, jerawat saya keluar tak tertahan- tahan! selepas habis pantang, jerawat berbiji- biji tumbuh di muka. sudahlah saya perlu masuk kerja, haih memang lemah semangat dibuatnya. hah, padan la muka (padan muka, muka!) kalau nak ambil alfalfa (dalam set breastfeeding ada alfalfa) saya tidak boleh culas minum air secukupnya. mungkin berbeza dengan orang lain, badan saya jadi panas bila saya ambil alfalfa, dan jerawat muncul! saya tambah intake air sehingga ianya mencukupi dan saya rawat kulit dari dalam dengan GLA pula. nanti saya tulis entry khas untuk GLA yang superb!

petang tadi memang kelakar. saya pergi ke surau untuk mengepam dan solat dengan kawan. saya beritahu dia, "haiih bedak pun dah abes, pakai mosturizer aje ni". dia pandang saya dan cakap, "tapi ok je muka ko". saya ambil kesempatan "haaaa..ni la kesan vitamin aku tu" kitaorang gelak besar sebab dia suspek saya nak suruh dia beli lagi vitamin (dia dah beli trial set bersalin). saya masih ada parut-parut jerawat itu, jadi saya akan order lagi GLA ni.

kalau yang tidak kenal saya ni mesti terfikir, lawa sangat ke minah ni? tak, saya takla lawa mana pun (sebelum ambil vitamin pun tak lawa mana hehe) tapi semestinya saya memang lebih sihat dan cergas. alhamdulilah...

Nak pulih dengan lebih baik selepas bersalin? Cuba Set Bersalin Shaklee, mengandungi Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan Zinc. Hubungi saya hari ini SMS 016 344 7727 atau email puteriyusof@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...