Showing posts with label shaklee convention. Show all posts
Showing posts with label shaklee convention. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Trip to USA 2014

Assalamualaikum semua :)

Saya belum lagi cerita tentang trip kami ke USA bulan lepas, jadi hari ini, nak summarize semua sekali dalam 5 points yang saya rasa paling menjadi kenangan. Kami bertolak pada 13 August, flight Cathay Pacific dari KL- Hong Kong- Los Angeles. Lamanya Masha Allah dalam flight, sakit jugak la badan, terperap dalam kerusi kelas ekonomi hahaha! Saya bawa bekal Ostematrix, makan 4 biji sepanjang dalam flight, untuk elak cramp dan bagus untuk tido yang lena. Memang betul lena walaupun tido tunggang terbalik. Saya pergi berdua dengan suami, anak- anak kami dijaga oleh mak di kampung. Kalau ikutkan kami punya point memang cukup untuk bawak dua orang anak, tapi sebabkan Adam belum sampai had umur yang layak (4 tahun ke atas), jadi tak adil pulak bawak Aliyah sorang. Jadi dua- dua pun tinggal. Alhamdulillah, semasa kami di US, mereka happy je duduk dengan Opah dan sepupu- sepupu pun rajin melayan. Dan paling penting, mereka sihat walafiat :)

Ok jom baca 5 points ni :

1- Makan, makan, makan! 
Maklumlah bawak rombongan Malaysians, memang kena jaga bab makan hahaha! Kalau tak jaga bab ni, mau ada amokan berlaku ekekeke! Memang Shaklee Malaysia jaga betul bab ni. Bukan saja makan on time, tapi juga mereka memang cari tempat makan yang selesa, sedap dan pelbagai pilihan. Dan untuk yang Muslim, pastinya yang halal. Yang paling istimewa, agaknya Shaklee tau pasti kami rindukan masakan Malaysia selepas hampir dua minggu di USA, mereka bawak kami ke satu restoran Malaysia, namanya Belacan Grill di Long Beach, dan satu lagi restoran Indonesia di San Francisco, namanya Borobodur Restaurant. Memang la enjoy dapat makan nasiiiii ehehehe! Siap ada cendol dan teh tarik lagi. Lain- lain tempat makan termasuklah restoran Chinese Muslim, makanan Parsi dan Yaman. Dan paling saya enjoy masa di Fisherman's Wharf, bukan sebab makanan sedap, tapi view nya Masha Allah, sangat priceless!

Lunch at Fisherman's Wharf,
but I can't remember the name of the restaurant :p 

2- Shopping, shopping, shopping!
Ada dua trip shopping yang disediakan dalam jadual trip kami ni. Satu di Long Beach, satu lagi semasa di San Francisco, di Gilroy Premium Outlet. Tapi kalau dah Malaysians tu kan, mana- mana pun boleh shopping. Mula- mula mereka terjah Walmart huhuhu! Walmart pun boleyyyy hahaha! Pastu merebak ke Target, Ross, Macy's, Marshall. Lepas tu tak habis lagi, kat airport pun sempat LOL! Eh jangan lupa, pegi Disneyland pun shopping, Universal Studio pun boleh. Maklumlah yang pergi semua business leaders birjaya, memang mereka saving khas untuk annual shopping trip macam ni. Work hard, play hard! Puas hati!

Don't be fooled by that one shopping bag :p

3- Special entry to City Hall San Francisco 
Kami berkesempatan untuk masuk ke dalam City Hall, special arrangement dibuat oleh Shaklee Malaysia, sempat la bergambar beramai2, dan baca sejarah sikit sebanyak tentang bandar tersebut. Kalau trip sendiri, atau trip biasa, mungkin tak terfikir pun nak jenguk City Hall kan, tambah pula bukan semua minat nak tau hal- hal macam ni hehe. Tapi bagi saya, peminat culture & history, memang ini kesempatan yang sangat saya hargai. Terima kasih banyak- banyak Shaklee Malaysia!

Candid moment in front of SF City Hall 

4- Penginapan yang sangat selesa 
Di Long Beach kami menginap di Hilton Long Beach & Executive Meeting Centre, dan semasa di San Francisco, kami diberi penginapan di Marriot Marquis. Dan lagi seronok, disebabkan rombongan kami ada lebih 300 orang, kami diberikan area khas untuk breakfast setiap hari, tanpa perlu ganggu atau diganggu hehe oleh tetamu hotel yang lain. Dan of course, HALAL FOOD!

Hilton Long Beach - super comfy bed :) 

5- Jauh berjalan, luas pengalaman, bertambah erat hubungan 
Paling berharga, bila kita travel ramai- ramai, ada yang kita kenal, jadi makin kenal. Yang kita tak kenal, boleh jadi kawan (ataupun tetap tanak kawan haha). Betul kata orang, kalau  nak kenal orang tu macam mana, cubalah travel bersama- sama. Memang keluar sikap sejati. Macam kami berdua, sikap sejati kiasu terutama time nak keluar dari flight sangat terserlah LOL! Dan sikap suka dengar ceramah pun terserlah, sanggup missed lunch nak dengar talk Maria Shriver. Dan kali ini, kali pertama kami dapat berdua saja travel, tanpa anak- anak. Walaupun rindu la dengan budak- budak tu, tapi saya sangat menghargai peluang ini, sebab banyak masa berdua saja, dan masa- masa tu saya berdoa kepada Allah supaya dilindungi jodoh kami, dilindungi keluarga kami. Bila balik Malaysia, saya akan kenang trip kami berdua ini, sebagai moment penting dalam rumahtangga kami, InshaAllah.

Thank you Shaklee! ALHAMDULILLAH! 

Untuk semua business leaders Shaklee, semoga kita diberi rezeki untuk pergi lagi trip tahun depan, ke Italy pula :) Kepada yang mahu menikmati peluang trip 5 bintang dengan Shaklee, anda boleh mulakan langkah hari ini, dan sertai kami ya!

Hubungi saya, Puteri : 016- 344 7727

Sunday, July 6, 2014

We are going to California!

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, kami berdua berjaya dipilih untuk ke USA tahun ini, dan secara tepatnya ke CALIFORNIA! Tak pernah termimpi atau terfikir atau teringin pun nak ke negara Uncle Sam ini, walaupun kita ni dibesarkan depan TV dengan omongan Hollywood kan? Entah la, tak pernah teringin pun, maybe sebab jauh gila kot memikirkan nak memetakkan punggung dalam flight hahaha!


Tapi kali ini berbeza, ianya adalah reward daripada Shaklee dan yang lebih istimewa kami bukan saja akan menyertai Shaklee LIVE- Global Convention bersama- sama ribuan pengedar dan busines leaders dari seluruh dunia, kami juga akan diraikan dalam majlis anugerah gilang gemilang. Dua hari lepas kami terima email daripada Shaklee tentang details flights, jadual program dan senarai award yang akan kami terima di sana pula. Allahu akbar, betapa melimpah ruahnya rezekiMu bagi kepada kami! Tidak habis lagi gembira menerima pelbagai award semasa National Conference, nah, ada lagi di US pula. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Dan sudah tentu selain ke Shaklee LIVE, dengar cerita antara aktiviti yang di susun ialah ke Disneyland, dan Factory Outlets, bukan saja di California, tapi juga kami akan ke Sans Francisco! Tak sabar nak tunggu 23hb untuk mendengar penerangan lebih detail lagi daripada pihak pengurusan Shaklee Malaysia.

Kita Google gambar dulu lah, apa yang ada di California yer!

Premium Outlets, tak pasti yang mana satu kami akan pergi, tapi tak kesah!! 
Kena pilih, nak shopping lebih atau spend time at Disneyland too! Oh I want both!! 
Long Beach, California, superb skyline at night
Paling utama, kami nak pegi ke Shaklee HQ di Pleasanton, California!  

Now, kena Google, apa yang menarik di Sans Francisco pula :)

Much love,
Puteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...