Showing posts with label hypothyroidism. Show all posts
Showing posts with label hypothyroidism. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

Goiter dan pembedahan membuang kalenjar thyroid - Bahagian 1

Assalamualaikum semua :)

Semasa saya kecil, saya lihat ramai saudara mara sebelah Mak saya, mempunyai goiter ataupun lebih disebut sebagai "beguk". Orang pertama yang saya lihat ada goiter ialah opah saudara saya (kakak sulung Opah saya), dan kemudian anak- anak perempuannya. Saya tak pasti berapa usia mereka ketika itu, mungkin sekitar 30an, dan mereka ada lump yang besar di leher. Memang ganjil rasanya bila tengok. Masa tu kebanyakan mereka tidak memakai tudung, jadi ianya jelas kelihatan dan memang mata asyik nak memandang ke situ saja! Opah saya pun ada goiter, tapi kurang jelas sebab dia sendiri berbadan gempal, jadi leher gemuk mungkin menyorok kewujudan goiter secara jelas.

Apabila saya mula bersekolah menengah, Mak saya pulak mula menampakkan tanda- tanda ada goiter. Leher sebelah kanan mula bengkak, dan terasa kenyal bila diurut. Tapi ianya tidak sakit. Jadi Mak biarkan saja, sebab tidak mengganggu. Dia pernah buat check up, dan doktor pun kata ia tidak merbahaya. Tanpa disedari, tahun ke tahun ianya semakin membesar, dan sampailah satu masa, ianya jelas kelihatan bengkak walaupun Mak pakai tudung; tudung jadi senget! Pada ketika itu, kami dah mula berkira- kira untuk Mak buat pembedahan saja, dan buang kelenjar yang mungkin dah penuh dengan nodules. Tapi Mak tak mahu,

Sehinggalah pada tahun 2011, Mak mengalami sesak nafas di rumah, dan terus dikejarkan ke hospital. Rupanya kelenjar yang membengkak telah terlalu besar dan menyekat salur pernafasan. Doktor mencadangkan pembedahan dilakukan dengan segera. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan syukur juga kerana Mak tidak ada masalah diabetes atau jantung, yang menurut doktor boleh menyebabkan pembedahan tersebut menjadi sangat berisiko.

Selepas pembedahan tersebut, yang pertamanya Mak perlu menyesuaikan diri dengan proses pemulihan pembedahan dan yang kedua, menyesuaikan diri dengan ketidakwujudan kelenjar thyroid yang dibuang keseluruhannya. Rupanya ia tidak semudah yang kami sangka.

Saya akan sambung lagi di entry akan datang, InshaAllah.

Key Issues to Evaluate in a Person with a Goiter or Thyroid Nodule
Gender and Age

Goiter and nodules are more common in women
and older people, but nodules in men and
younger are somewhat more likely to be cancer 
Local Neck Symptoms

Swelling or pain in the front of the neck
Hoarseness that is new and persistent
Cough that is new and persistent
Coughing up blood
Shortness of breath 
Symptoms of Possible Cancer Spread 
Bone pain in one spot without relief
Weakness or numbness of an arm or
leg that persists
Hyperthyroid Symptoms

Weight loss, heat intolerance, trembling
hands, palpitations, insomnia, anxiety,
increased bowel movement frequency
- especially if the symptoms are new
or persistent 
Hypothyroid Symptoms

Weight gain, cold intolerance, constipation,
very dry skin, slowed thinking,
depressed mood, muscle cramps
- especially if the symptoms are new
or persistent 
Risk factors for thyroid cancer

Childhood neck radiation
Family history of thyroid cancer
Family history of colon polyps
Family history of parathyroid
or adrenal tumors 

Source: http://endocrine.surgery.ucsf.edu/conditions--procedures/goiter.aspx

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Wednesday, August 29, 2012

hypothyroidism, apa supplement yang sesuai?

sejak mak saya operate thyroid gland dia awal tahun ni, saya banyak membaca dan google tentang penyakit hypo dan hyperthyroidism. rupa- rupanya ramai juga kawan- kawan yang ada masalah ni, cuma ada yang serius, ada yang tidak. ada yang dah sihat, ada yang masih bergantung dengan ubat.



pagi tadi saya baca sikit info dari website dr.oz tentang diet dan supplement yang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hypothyroid. antara vitamin dan mineral yang penting kepada mereka yang mengidap hypothyroid termasuklah:


  • iodine
  • b complex 
  • vitamin c
  • amino acid
  • fatty acid omega 3 
kekurang iodine dalam badan akan merangsang kelenjar thyroid untuk menghasilkan hormon thyroid.  jumlah iodine yang cukup akan memastikan hormon thyroid jadi stabil. b complex dan vitamin c pula sangat penting untuk sintesis hormon di dalam badan, manakala amino acid memastikan sel terbentuk dengan baik. orang yang mengidap hypothyroidism mesti ada cukup bekalan amino acid dalam badan supaya tidak menjadi lebih serius. lelemak omega-3 juga penting bagi memastikan tahap lemak yang optimum dalam badan. tahap lemak yang optimum penting kerana hormon berasal dari lemak. terlebih atau terkurang lemak akan menggangu fungsi hormon dalam badan kita. 

bagi yang ingin mencuba supplement shaklee, anda boleh mengambil set family wellness bersama-sama omega guard (minyak ikan dengan lelemak omega- 3). 

family wellness shaklee mengandungi: 
  • vita-lea (multivitamin yang mengandungi iodine)
  • b complex
  • sustained- released vitamin c
  • isolate soy protein - ESP (yang mengandungi amino acid yang lengkap)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...