Showing posts with label national incentive. Show all posts
Showing posts with label national incentive. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Shaklee business, family business

Assalamualaikum semua :)

Fuh! Weekend baru ni memang la sangat busy, tapi sangat well spent. How was yours?

Pagi Sabtu kami ke Young Ambassadors untuk Gym's Day. Dah sebulan lebih Adam berlatih untuk Gym's Day, dan macam- macam lagu dia nyanyi sekarang ni, latihan untuk gym's day lah tu. Tapi setiap kali kami pergi ambil dia kat sekolah, mesti teacher bagitau, Adam tanak join pun latihan. Hmmm...saya pun takde la berharap sangat dapat tengok Adam beraksi. Walaupun bab nyanyian memang tip top.


Seperti yang dijangka, memang lah dia tak join langsung! Duduk atas riba, merengek, siap menangis.Adoi! But we had so much fun watching the other kids, so much talent and confident! Takpe lah Adam, next time cuba lagi ok. Dan seperti yang saya jangka, bila balik rumah, ewah bukan main dia show off lagi. Pemalu agaknya :p

Lepas tu kami ke Ours Cafe, tempat berlangsungnya Start Bright Series bulan ini. Ini kali kedua kami kami buat di cafe, milik kawan saya. Saya memang suka semua food kat cafe ni, dan dah bertahun makan macam- macam hasil tangan dia. Semua sedaplah senang cerita haha! Biasanya bila buat kelas di cafe, saya ajak peserta makan- makan dulu, pukul 3 baru kami start. Maklumlah, ada yang tak sempat lunch lagi, ada yang tak jumpa tempat dan lain2. So santai- santai saja.

Kali ini kelas Start Bright memang kami fokus untuk beginners, jadi saya dan suami cuba sedaya upaya kami untuk beri penjelasan terbaik kepada mereka. Bagaimana nak mula, apa yang kena dibuat, apa komitmen kena ada, dan bagaimana nak jana income at least RM1000 sebelum hujung tahun ini. Saya terharu dengan komitmen mereka semua, ada leader kami, Ixana, yang datang jauh dari Pagoh! Itulah komitmen namanya. Alhamdulillah.


Bila saya dah mulakan kelas dan coaching secara tersusun, memang terbukti saya sangat enjoy mengajar dan membimbing. Saya suka lihat bagaimana anak buah saya dapat berbincang tentang idea dan sama- sama mencari jalan terbaik untuk melaksanakannya. Saya belajar lebih banyak bila saya lebih banyak mengajar.

Hari Ahad pula saya ke Shaklee Home Office, untuk collect barang2 untuk National Conference. Kami layak untuk menginap di Sunway Resort & Spa bermula 7 Jun sehingga 9 Jun. Ada pelbagai aktiviti disediakan termasuklah Glitter Nite dinner, team building, dan mandi manda sampai kecut di Sunway Lagoon. Tahun ni sangat special sebab kami layak untuk Mak & Abah sekali. Adik saya, layak 1 tiket, jadi dia beri pada mak saya. Saya pula ada point yang cukup untuk bagi 1 tiket untuk Abah. Alhamdulillah! Tahun lepas, saya dapat tiket untuk seorang saja! Semalam saya collect 5 bag untuk semua, sekotak besar Shaklee bagi saya haha puas hati!



Sempat juga saya beli 2 pasang kasut di Empire untuk pakai masa NC nanti. Lepas tu beli sepasang jacket tak tau nak pakai bila haha sampai Aliyah merungut, "Mana baju Aliyah??" Rilek yer Aliyah, next time ok ehehehe...

Weekend yang menggembirakan, membuatkan saya terkenang 2 tahun lepas, bagaimana saya bermula, dan bagaimana saya sikit demi sikit membina impian. Hari ini impian saya tercapai, bukan saja untuk saya seorang, tapi untuk satu keluarga. Syukur Ya Allah atas rahmat dan kasih sayangMu.

Much love,
Puteri


Wednesday, September 25, 2013

Shaklee Incentive Trip, Day 2

Assalamualaikum semua! Ok sambung cerita...

Saya teringat orang selalu kata, "it's not the destination that matters, but the journey", and you know what, with Shaklee, I got both amazing destination and unforgettable journey! See, betul lah kata Roger Barnett, dengan infinite possibilities yang ditawarkan oleh Shaklee, kita boleh dapat "and" bukan kena pilih "or". Paham? Tak paham takpe, jom sambung kesah di KK hari kedua.

22 September 2013
Selepas lena tido di tilam empuk dan bilik yang sangat selesa, kami bersiap- siap pulak nak ke Pulau Manukan. I keep telling people how much I love tele-match, and can't wait to participate hahaha! I really do tau, sukaaaa sukaneka! Sukaneka adalah cara terbaik untuk team building dan boleh keras perut gelakkan orang hahaha! Jadi, macam biasa, geng kiasu akan berbaris di depan untuk ambil gambar, dan juga berbaris di depan untuk naik bot pertama. Pastu bengang je sebab bot pertama tu kategori lembab gila, semua bot- bot kecil memotong kami dengan pantas sambil melambai tangan. Well, it's OK, semua pun sampai dengan selamat...Alhamdulillah. This is really my kind of holiday, hot tropical island, with white sandy beaches. Heaven!

Tele-match
So after the briefing, kita pun start tele- match. The other group pergi do all those water sports dulu. Panas ok, tapi semangat! I was sooooo happy dapat group dengan Master Iffah Anuar kerana saya tahu tahap kiasu nak menang dia sama level dengan saya LOL! Saya memang emo kalau group sukaneka ni lemau- lemau memalu ayam itu memang pantang! Theeheeheee...Dan lagi bagus, Presidential Master (Nazri/ Cery) pun dalam group saya, jadi otomatik dia jadi ketua kumpulan. Sebabkan Nazri ni stok 80-an, dia cadangkan nama kumpulan pun ala-ala 80-an iaitu Lipan Bara, menyengat! Apa-apa la hahaha! Master Iffah tukang reka sorakan ala-ala lipan lembut cari mangsa, layaaaaannn...Dipendekkan cerita, kami menang juara keseluruhan group A! See, sebut je kita bagus, kita terer sukaneka, terus menang. Inilah rahsia group Jutawan, prektis minda. Ok takmo cerita lebih- lebih rahsia itu. Tapi bila Group B combine points, kami jatuh tempat kedua. Hadiah tu diaorang dapat pegi sea walking OK! Arrrrghhh bengang je kalah hahaha!

Serious stuff...we must win!
Water sport- Banana boat
Saya tak pernah teringin pun naik banana boat. Tak nampak apa bestnya naik banana boat. Tapi sebabkan kita ada geng, dan ada peluang, why not cuba la kan, bukan rugi apa- apa pun. So kami pergi beramai- ramai 15 orang. Setiap group ada 5 orang yang akan diusung dek banana tu pastu diterbalikkan ke dalam air. Yang tak pandai berenang memang cuak la walaupun ada life jacket.Yang pandai berenang pulak cuak takut shark hahaha! Eh saya memang naik banana boat dengan Shark (nama group dia ni Shark hahaha)! But anyway, it was great experience melambung- lambung atas banana itu, sampai senget bontot, kena ejas lagi, kalau tak tergolek lebih awal dalam air. Kesannya, sampai hari ini saya jalan agak slow macam dalam pantang LOL! Sakit otot peha gua. Would I do it again? With the right crowd I would hahaha!

And after that we had lunch together, of course la kebulur kan. Makan tanpa perasaan, sebab tak kena selera, tapi dah lapar, semua bedal. Kemudian berendam lagi, sampai dah lebam tak tau nak buat apa.Pukul 3, kami pun beransur pulang dengan bot (yang lembab juga). Mungkin kami kena beli speed boat sendiri lepas ni bawak ke Pulau Manukan. I don't really like snorkeling, so I just lepak je la berendam, berenang sikit- sikit. And also tak bawak baju yang sesuai, cuak- cuak je nak beria- ia ke tengah laut. There will be next time, most definitely!

Magic Session 
We reached the hotel and got back to the room, getting ourselves ready for the Gala Dinner.But our leader planned to meet for a brief magic session. It was magical indeed, with the tips and sharing of ideas among the leaders in our group. Apa isi sharing itu, maaflah tak dapat nak cerita haha! So sekian bab magic session itu haha!

To be continued....


Tuesday, September 24, 2013

Shaklee National Incentive Trip, Cycle 2012/ 2013

Assalamualaikum semua!

Jadi, minggu lepas saya berpeluang menyertai Shaklee National Incentive Trip yang pertama untuk saya (dan maybe yang ke-10 atau ke 15 untuk otai- otai Shaklee yang lain). Ini adalah reward untuk leaders yang dapat kumpul cukup points pada cycle 2012/ 13 yang lepas (Mac 2012- Feb 2013). Alhamdulillah, saya layak pergi dengan 1 tiket, bermakna saya pergi seorang, tanpa suami dan anak- anak. Dan juga saya seorang saja yang dapat pergi dalam group PAF. Tapi takpe, tahun depan kita dah plan nak pergi beramai- ramai, rombongan gitu. Saya sembang sikit di sini apa yang berlaku selama 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu, untuk tatapan anda semua, dan paling penting untuk rekod saya sendiri :)

21 Sept 2013
Kami berlepas ke Kota Kinabalu dengan flight 9.20 pagi. Saya ada sikit troma bila flight awal pagi, sebab KLIA itu letaknya sejam dari rumah, kemudian kena bangun seawal 5 pagi, bertolak ke airport seawal 6 pagi. So malam tu tido dalam keadaan nervous hehe. Alhamdulillah bangun jugak pukul 5 pagi, selepas Subuh, cab pun sampai, terus bertolak ke KLIA (anda boleh download Apps MyTeksi untuk pre-book cab, sangat mudah, sila cuba. Ok dah keluar topik). Urusan check in sangat smooth dengan bantuan staff Shaklee yang sangat lah efisyen. Salute! Selepas ambil boarding pass, bersosial ala kadar dengan otak masih belum 100% bangun tido. Selepas semua geng sampai, semakin cerah biji mata, we had breakfast, and then off we fly to Kota Kinabalu. Sangat mengantuk di dalam flight, ada la segmen tido ternganga mujor takde sapa perasan (ye ke?).

Sampai di LTAB Kota Kinabalu, dari jauh bunyi ting tong ting tong (yang sedap) muzik tempatan, menyambut kami. Wah, ada GM Shaklee Msia menunggu rupanya, Mr. Victor Lim, mengucapkan selamat datang, dan mengalungkan rantai manik buatan tempatan kepada kami. Tak pernah lagi saya turun flight disambut macam ni, feeling VVIP terus. Bas sudah menunggu untuk bawa kami makan tengah hari, dan luggage pun sudah selesai diuruskan untuk dihantar ke hotel. Nasib baik saya tak kena tinggal sebab agak lama amek feel di tandas, tak berapa lawas hohoho!

Kemudian, kami dibawa ke Restoran Seri Melaka untuk makan tengah hari. Errrr what?! Datang jauh2 pastu nak makan asam pedas Melaka? Kihkihkih! Mujur saya bukan orang Melaka, jadi OK je, belasah. Tapi no regret, sedap makanan kat situ. Jangan lupa makan sayur banyak2 supaya tak kena tinggal bas lagi.

Selesai makan, mari pegi muzium. Yeay! Fake sangat hahaha! Timing kami sampai ke KK memang tak sesuai nak pegi beach atau pegi gunung, sebab dah tengah hari buta. Jadi kita pegi muzium Sabah, ada aircond. Nyaman sangat. Hahaha! See, kalau tak sebab trip ni, memang ku tak pegi la muzium oi! Yang penting, berketawa ria dengan geng, itu yang seronok. Hatta kalau kena melawat kilang ais pun, seronok jer.

Kemudian kami pun ke Sutera Harbour Resort. Lagi sekali kami disambut meriah, dengan refreshment drinks and food (again!). Sutera Harbour memanglah hotel premier di KK, jadi tak perlu saya explain macam mana keadaan hotel yang grand sangat ni. Dengan view marina yang mewah, haih memang menawan jiwa. Sila Google gambar2 awesome resort ini.

Kami check- in kemudian berehat untuk bersiap ke Welcome Dinner pula. So, I bought this new shoes tau, untuk pakai di KK. Masa beli tu selesa jer, bila kat sana, dah meragam kasut tak selesa. Nyampah betul. Jadinya ku pakai juga la, nak melaram dalam kesakitan haha! Mujurlah cuma turun bas, jalan sikit, pastu duduk je makan2. Kalau tak, memang ku campak je dalam laut.


Anyway, kitaorang makan bagai nak rak dalam keriuhan performance budaya oleh Sabah Tourism Board. Memang awesome! Fresh lobsters, fresh ikan, fresh apatah lagi, ku bedal je. Bila nasi goreng sampai, perut sudah penuh. Tengok je la nasi tu. Selesai makan, kami pun pulang dengan gembira. Memandangkan malam masih muda, kami pun singgah layan live band di lounge hotel, dan lepas tu troma sebab ada warga emas berjoget tak berenti di belakang meja kami hahahaha!

To be continued...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...