Showing posts with label business class. Show all posts
Showing posts with label business class. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Start Bright Series 2015/16

Assalamualaikum semua :)

Salah satu aktiviti penting dalam bisnes kami ialah perlaksanaan kelas- kelas untuk para downlines, samada secara formal atau tidak formal. Dan yang paling mendapat sambutan setakat ini ialah Start Bright Series (SBS), telah dilaksanakan sebanyak 13 kali. Kali terakhir untuk tahun 2014, ialah di Kota Bharu, Kelantan. Pada kebanyakan masa, SBS diadakan di KL/ Selangor, tetapi jika ada permintaan dan keperluan, kami akan turun ke negeri- negeri lain juga.

Untuk tahun 2015, SBS akan dimulakan pada bulan Mac, sebagai permulaan kepada cycle business 2015/16. Saya sedang menyiapkan module yang lebih intensif kali ini, dan kelas SBS akan mengambil masa 1 hari, daripada pagi hingga ke petang. Setelah membuat pemerhatian dan juga semakan dengan key leaders, 3 jam saja tidak mencukupi. Bukan saja banyak benda tidak dapat cover, tapi juga dengan pelbagai distractions, 3 jam belum boleh digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan info dan ilmu berguna untuk semua peserta.


Seperti biasa, SBS hanya eksklusif kepada warga Puteri & Friends, iaitu ahli Shaklee yang berdaftar dengan mana- mana ahli kumpulan kami sahaja. Untuk tahun 2015/16, saya merangka module yang lebih sesuai samada untuk yang mahu berbisnes, atau yang hanya mahu belajar tentang produk dan kesihatan bagi manfaat diri sendiri dan keluarga. Saya sendiri telah menghadiri Train the Trainers workshop yang dianjurkan oleh Shaklee Malaysia, dan ia telah memberi saya lebih idea untuk mengisi lebih banyak maklumat dan aktiviti SBS. Saya memang enjoy buat module sejak zaman bekerja lagi, memang seronok dapat brainstorm dengan colleagues, bagi memastikan kelas yang kita jalankan memberi impak dan peserta boleh belajar dan enjoy.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas ini, anda boleh  mendaftar sebagai ahli Shaklee dengan saya, atau mana- mana rangkaian group di bawah Puteri & Friends. Untuk tahun 2015/16, ada commitment fees akan dikenakan kepada semua peserta. Tapi jangan risau, murah je :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Saturday, October 11, 2014

Tentang birthday dan detox

Assalamualaikum semua :)

Jadi semalam merupakan birthday saya yang ke-36. Phew, dah 36 tahun hahaha! Tapi ikhlas tau saya cakap, I really love my age in the 30s. Rasa complete, tenang dan bahagia. Sudah rentulah ada hari- hari yang meributkan, tapi overall, 30-an memang awesome! Adik- adik yang 20-an tu, kalau rasa life awesome dah, tunggu nanti 30-an, lagi super awesome hahaha! Dan kalau yang 20-an rasa life sucks, don't worry, it will get better with your age. But but but, we must ensure to strive improving ourselves, find ways to help others and always be grateful. Ha itulah nasihat kakak umur 36 tahun. Very deep gitu ehehe!

Kami takde plan untuk keluar celebrate atau apa- apa pun, sebab memang takde mood nak keluar dengan cuaca berjerebut ni. So gloomy and hazy, and easily makes us feel sick, kan? But I received flowers! Yeay! Not one bouquet, but two bouquets of flowers. One was delivered to my house at noon, from my BFF Puan Aishah Amin. And the other bouquet brought by kids during our class at Shaklee KL branch. Nice surprise guys :) Thank you Aznin for getting my favourite daisies! And the lilies from Aishah smells really- really good. I plan to have lilies all the time in my house from now on haha! Oh before that, I must buy one or two vases hehehe. Both now dalam tong ESP dan jug air haha!





AND I AM SENDING OUT MAJOR LOVE AND APPRECIATIONS TO ALL YOUR WISHES ON MY FACEBOOK, WHATSAPP AND INSTAGRAM. 
WAH MACAM RETIS KAYAKNYA! 
TERIMA KASIH BANYAK- BANYAK KERANA MENDOAKAN SAYA DUNIA & AKHIRAT. 
LET'S PROSPER TOGETHER! 

Semalam juga, kami ada very good discussion dengan Cik Nurul, nutritionist yang bertugas di Shaklee Malaysia, tentang kepentingan detox. Sebenarnya bulan lepas, Nurul beritahu saya jika mahu belajar atau discuss tentang produk dan isu kesihatan, boleh book session dengan dia di KL Branch. Kami pun tak lepaskan peluang belajar ni. Saya ajak ramai- ramai group PAF dan geng Supermommies untuk datang ke KL Branch semalam. Memang seronok dan sangat- sangat teruja belajar tentang detox. Saya request pada Nurul, nak belajar tentang detox, sebab saya perhatikan ramai user produk supplement tidak ambil endah tentang detox, sedangkan ianya step sangat penting untuk pastikan nutrient lain yang masuk dalam badan, dapat diserap dengan baik. Ini adalah salah satu cara kami untuk meningkatkan ilmu ahli dalam group kami, supaya dapat beri konsultasi terbaik kepada customer.



Jadi semalam, kami belajar tentang bagaimana kita boleh detox seluruh badan, melalui USUS, HATI dan DARAH. Selama ni kita selalu fokus tentang detox usus saja kan, jadi semalam memang dapat complete info untuk detox satu badan. Sebagaimana kita tau, usus memang bekerja keras setiap hari, menadan je segala macam benda kita telan, tak kira yang baik, atau yang tak baik untuk badan. Dah bertahun- tahun makan, confirm la usus dah berkeladak dan berkerak. Bila tak dibersihkan setiap hari, macam- macam penyakit boleh hinggap, dan kebanyakan penyakit bermula daripada usus. Memang tak boleh ambil mudah. Hati pula memang tak diambil tahu sangat, sedangkan itulah tempat badan kita menapis toksin yang masuk dalam badan. Bayangkan filter tak dicuci, lama- lama tak dapat berfungsi dengan baik. Detox darah ni pun ramai tak ambil peduli, sedangkan kolestrol dalam salur darah dah bertempek- tempek, berkerak tunggu masa nak menyempitkan ruang dalam tu. Belum lagi cerita free radical dalam darah yang hari- hari kerjanya nak menempek pada sel darah yang sihat. Kalau tak cukup anti oksida, memang lah dapat penyakit. Haih seram!

It was so exciting to learn new things, and memang group kami senang teruja dengan new knowledge. Dari petang sampai malam, kami berbincang dalam group FB tentang ilmu baru ini. Semua berazam nak detox dengan lebih sempurna, dan ajar customer cara- cara terbaik untuk detox supaya kesan supplement dapat dilihat dengan lebih cepat. I love the fact that my team really love knowledge and they will go far with the knowledge we gained together in Shaklee. Seronok! Kalau anda berminat untuk belajar tentang ilmu kesihatan, gaya hidup sihat, ilmu bisnes dan buat side income, anda juga sangat sesuai untuk menyertai kami :)

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan bisnes Shaklee,
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

Wednesday, October 1, 2014

Start Bright Series 12

Start Bright Series is back!

REGISTER TODAY! 

Contact me at 016- 344 7727 (Puteri)
 for more info. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...