Showing posts with label multivitamin. Show all posts
Showing posts with label multivitamin. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Musim demam, batuk dan selesema

Assalamualaikum semua :)

Awal bulan ni, anak- anak tiba- tiba demam, mula- mula Aliyah, kemudian jangkit dengan Adam. Aliyah kebah lepas makan ubat demam & antibiotik. Kemudian sambung pulak dengan batuk. Adam makan masa pulak nak kebah demam, on- off dekat dua minggu. Bila makan ubat, kebah. Kemudian naik balik suhu badan. Kami bawak pergi jumpa Paediatrician, dicadangkan buat blood test, untuk rule out denggi terutamanya. Apatah lagi kawasan rumah kami memang high risk. Contruction sites sekeliling condo, memang syurga nyamuk! Alhamdulillah, it was not dengue. Doctor bagi different ubat demam, dan termasuk few ubat untuk batuk & selesema. So bergaduh la kami nak bagi ubat, dan seminggu makan ubat, batuk tak hilang jugak. Yang hilang ialah selera makan si Adam. Tidur je, dan minum air. Makan sikit tak habis, roti sekeping pun tak habis, nasi 2-3 suap je. Suhu badan pulak, ada masa memang naik, tapi saya stop beri ubat demam. Saya mandikan saja, dan make sure dia minum banyak air. Time macam ni, memang saya bancuh Shaklee Performance Drink, sebab ia ada lebih electrolyte dan clinically proven to hydrate better than water. Mujur Adam gemar rasa masam manis oren tu, jadi senang nak beri dia minum. Alhamdulillah demam tak melarat dah. Possibly it was not even fever, could be just body temperature naik sebab cuaca sangat panas.


Bab batuk dan selesema pulak, dah give up rasa dengan ubat. Satu sebabnya saya malas nak berperang suap ubat. Yang kedua, tak gemar tengok Adam jadi lesu, baring je tengok tv. Cakap pun kurang haha! Jadi kami stop beri ubat batuk, cuba natural remedies. Pilihan utama semestinya madu asli, sesudu pagi dan sesudu malam sebelum tidur. Kami memang suka beli madu kelulut asli ni setiap kali balik kampung. Kami top up sebiji lagi kapsul minyak ikan. Selalunya beri sebiji saja waktu pagi, now beri pagi dan malam. AMAZINGLY malam pertama tu jugak, Adam tidur lena, tak berbunyi pun batuk sampai siang! Phewwww I thought it will take longer than that. Ternyata bila natural remedies itu benar- benar natural, memang berkesan. Alhamdulillah.

Walaupun kita sedaya upaya beri supplement untuk protect anak- anak daripada sakit, memang tak boleh elak jugak bila dah virus berkeliaran, terkena anak- anak kita. Cuma kita harap, bila badan ada sedikit sebanyak protection, proses recovery tu taklah makan masa yang panjang, InshaAllah.

Rutin setiap pagi, selepas breakfast, makan Omega Guard,
madu dan multivitamin. 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Sunday, February 2, 2014

Supplement kesihatan, adakah ia perlu?

Assalamualaikum dan happy weekend semua :)

Saya terbaca satu artikel di New York Times, tentang bisnes supplement kesihatan yang bernilai berbilion dollars di US, didakwa tidak memberi sebarang impak kesihatan yang baik pun kepada pengguna. Malah jika tidak kena gaya, ianya boleh pula bawa mudarat. Kajian klinikal juga menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan di kalangan pengguna supplement kesihatan. Salah satu kajian tersebut menggunakan hampir 6000 doktor sebagai sample pengguna supplement dan mendapati tahap kesihatan mereka tidak pun berbeza dengan sample yang tidak menggunakan supplement. Menarik kan?


Saya suka kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang researcher dalam artikel ini, pengambilan multivitamin ataupun apa juga supplement kesihatan tidak akan menggantikan diet dan cara hidup yang sihat. Tak guna makan supplement jika kita masih lagi gemar makan fast food dan lain- lain makanan yang tidak berkhasiat.

Baca lagi kat sini

Happy weekend everyone :)

Puteri


Sunday, July 8, 2012

terlalu kurus?



Isu orang yang nak menambah berat badan ialah bagaimana mereka memadankan jumlah kalori yang dibakar dengan jumlah kalori yang diganti ke dalam badan.Mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi, mesti menggantikan jumlah kalori yang lebih daripada yang mereka bakar. Selain menambah kalori yang diganti, ataupun mereka perlu membina otot untuk meningkatkan berat badan. 

Jadi perkara penting dalam hal ini ialah pengiraan kalori. Berapa banyak yang perlu diambil supaya ianya melebihi jumlah yang dibakar. Makanlah makanan yang tinggi kalori, samada makan beberapa kali sehari, atau makan 3 kali sehari tapi dengan jumlah yang banyak. Jangan ambil jalan singkat dengan makan makanan ringan (sangat tinggi kalori), kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan badan secara keseluruhan di masa akan datang.

Supplement yang dicadangkan:


Meal Shake: 

Mealshake Shaklee, mengandungi lebih 35% nutrien yang diperlukan oleh badan seharian, 19 vitamin dan mineral, tinggi calcium. Apa yang lebih baik, Mealshake juga tinggi serat/ fiber dan protein. setiap hidangan mengandungi 240 kalori jika dicampur dengan susu rendah lemak. 





Vitalea (multivitamin):

Mengandungi 23 jenis vitamins dan mineral penting bagi memastikan kecergasan keseluruhan badan. 


B- Complex:
B complex diperlukan bagi mengawal dan mengatur metabolisme badan. Apabila metabolisme badan sudah teratur, mudahlah untuk badan menerima signal bagi menerima kalori tambahan yang diperlukan.

Jadual pemakanan yang sesuai juga merupakan faktor yang penting bagi memastikan supplment yang diambil berkesan dan bersesuai. PM saya hari ini untuk maklumat lanjut.


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 


 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...