Showing posts with label minyak ikan. Show all posts
Showing posts with label minyak ikan. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

anak bijak, mak slim

isu tak sudah pasal anak- anak dan makanan. saya pulak bukan jenis boleh masak hari- hari home cooked meal. anak- anak saya lebih banyak makan home cooked meal di rumah pengasuh sepanjang minggu bekerja. macam- macam lauk pauk diperkenalkan kat anak- anak saya. alhamdulillah. berbeza bila di rumah, aliyah lebih memilih makan. dia tau kat rumah dia boleh order nak apa saja kot. sejak dia dah besar ni, saya bagitau, rumah bukan restoran boleh order je apa nak makan!

untuk tambah selera makan dia, saya beri dia meal shake sejak tahun lepas, campo dalam susu formula. tapi saya notice, bila saya campo sikit meal shake, mesti dia tak boleh minum habis susu tu. mungkin rasa berbeza. dia ni masha Allah sangat la sensitif bab rasa makanan ni. dan sebabkan susah nak bagi dia minum meal shake tu, selera makan dia on- off macam biasa. ada hari makan banyak, ada hari makan sikit.

kemudian saya cuba beri chewable vitamin c, sebab masa tu ramai budak- budak lain pun ada di rumah pengasuh. saya tinggalkan sebotol di rumah pengasuh, untuk dia makan sama- sama dengan budak- budak lain. hmmm kejap je, dia kata masam, tak suka. adoi la.

kemudian, saya cuba chewable vitalea. yang ni memang dia suka. sampai tahap kedekut pulak. nak bawak pegi rumah pengasuh pun tak bagi! dengan chewable vitalea ni nampak beza selera dia, ada peningkatan. walaupun dia tak makan banyak, tapi dia makan, dan pandai mintak makan, selain minum susu.

dan satu lagi rahsia yang dia tak tau. 2-3 kali seminggu saya campo susu formula dia tu dengan omega guard. saya tebuk kapsul tu, picit minyak ikan, campo dalam susu. yang ni saya tak boleh bagi dia tau langsung haha! alhamdulillah omega guard ni tak berbau kuat, campo dgn formula, tak dapat dikesan.

Kalau ada anak bijak, mak kena lagi bijak, shhhh...
yang buat saya pulun jugak nak bagi omega guard ni pasal umur budak- budak sebelum 6 tahun ni kita kena stimulate kaw kaw brain diaorang ni, samada dari segi nutrient, pembelajaran, persekitaran dan lain2. kalau dah miss masa ni alangkah ruginya potensi otak diaorang kan. omega guard ni mengandungi omega-3 yang kaya dengan DHA & EPA untuk membolehkan sel otak bercantum dengan pantas. bila elok bercantum, senang la otak nak absorb.

anak- anak yang minum susu ibu ni bertuah sebab susu ibu memang dah ada siap2 DHA & EPA ni. cuma kandungannya berubah- ubah dan boleh merosot kalau mak tak tambah DHA & EPA dalam diet seharian. saya sendiri makan omega guard sebab masih menyusukan adam. sebabkan aliyah tak menyusu dengan saya lagi, boleh la masukkan dalam susu formula dia. bersyukur saya dapat menyusukan aliyah dulu selama 15 bulan, dia dah merasa la kebaikan DHA & EPA terus daripada susu saya.

nak tau apa lagi bestnya kalau mak amek omega guard ni? boleh buang lemak tak perlu jugak ok. anak bijak, mak slim, sapa tamau?! sehari makan 3 biji je setel!

Nak cuba? Hubungi saya k! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, May 31, 2012

hanya yang terbaik untuk si manja!

terjumpa gamba ni semalam, terasa nak buat poster, kerek abes poster girl ni kan! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, May 21, 2012

hargai jantung anda

hari ni masuk office dapat email tentang ayah pada opismate yang sedang recovering daripada surgery jantung last week. 2 minggu lepas saya ada berborak dengan dia tentang masalah kesihatan ayahnya. ayahnya mengalami masalah jantung pasal ada kolestrol menyumbat salur jantung. saya pun tak reti nak explain termnya. lebih kurang gitu la. dulu ada 4 tempat, now dah ada 6 tempat tersumbat. semuanya gara- gara kolestrol. menurut kawan saya, semuanya pun gara- gara gaya pemakanan, berlemak berminyak. seriau jugak saya mendengarnya. bila usia dah meningkat, banyak benda leh tersumbat, terbelit dan lain2, kesan dari gaya hidup dan pemakanan kita semasa kita sihat dan  muda.

tapi sekarang ni tak payah tua pun ramai dah ada masalah kolestrol, kandungan gula tinggi, stress related dan lain2. semuanya gara2 gaya hidup yang sibuk dan corak pemakanan yang asal sempat. tambah lagi dengan tabiat merokok. saya tak cakap pasal orang lain, saya cakap pasal kaum keluarga sendiri pun menjalani kehidupan yang sama. sigh. takut bila difikirkan.

apapun takut saja tak boleh jugak kan. suami saya bekerja dalam suasana yang high stress jugak dengan deadlines, meetings dll. makin hari makin mantap berat badan hehe. dan dia juga merokok. kalau dulu ada masa nak hayun kayu golf petang2, dengan anak dah 2 orang, dia lebih banyak duduk rumah bila free, bantu saya dengan kerja rumah dan jaga anak. mula2 saya suka la, tapi bila tengok badan dia makin berat, makin berat, selalu letih, seriau lah saya.

sempena hari jadi dia bulan lepas, saya belikan sepasang trainer utk dia. saya suruh dia mula berjogging lepas opis. saya cakap pegi la jogging, tak kesah la saya tunggang langgang kt rumah sementara dia berjogging. saya pun bersenam gak la tu sorang2 dgn budak2 tu haha. senaman tekak.

so far he is doing well with the routine. lepas opis dia akan jogging dalam sejam, siap rekod time, calories burnt whatnot. ada hari dia pegi hayun kayu golf kat golf range. asalkan ada aktiviti. dan tak lupa, saya bekalkan sebotol omega guard untuk kesihatan jantung dia. inilah usaha dan pengorbanan kami supaya jadi lebih sihat untuk masa depan keluarga. amin.


* produk ini tidak bertujuan merawat dan menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, February 3, 2012

study sikit tentang minyak ikan


sebelum cerita panjang, kita kena tau dulu apa itu asid lemak omega-3.

ia adalah asid lemak polyunsaturared yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, sebaliknya perlu diambil daripada sumber makanan. ianya merupakan nutrient penting utk kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. sumber makanan yang mengandungi asid lemak ialah ikan seperti sardines, salmon, tuna, hering, ikan bilis. asid lemak daripada ikan dikenali sebagai omega-3. 2 jenis omega-3 yang penting ialah DHA dan EPA. kedua2 asid ini saling membantu antara satu sama lain, dan pada masa yang sama mempunyai kepentingan yang berbeza.
  • DHA- menyokong mata, otak, sistem otak (sebab tu sangat penting kepada ibu hamil dan bayi dikandung)
  • EPA- menyokong jantung, sistem immune badan dan inflammatory response
mengapa omega-3 penting?
pengambilan omega- 3 yang cukup sangat penting untuk menghasilkan sejenis hormon dalam badan yang dikenali sebagai prostagladins. fungsi prostagladins termasuklah:
  • mengawal tekanan darah
  • mengawal pembekuan darah
  • mengawal inflammotary 
  • mengawal respon kepada allergies
  • mengawal fungsi buah pinggang
  • mengawal salur gastrointestinal 
  • mengawal penghasilan hormon2 lain 
banyak kan fungsi hormon prostagladins ni! 

dan omega-3 ni menjadi lebih penting kepada ibu hamil kerana ianya perlu dalam pembentukan dan perkembangan awal otak janin dan deria penglihatan. jadi semasa hamil, bayi di dalam dah ambil saki baki omega- 3 yang ada dalam badan ibu untuk perkembangan otak dan deria. jika tidak ditambah pengambilan omega-3, lama kelamaan ibu tadi tidak ada langsung bekalan omega-3 (apatah lagi jika ibu kerap hamil!). berikut adalah senarai kepentingan omega-3 kepada ibu hamil dan bayi yang dikandung:


  • penting untuk perkembangan awal otak bayi (otak adalah antara organ terawal dibentuk)
  • penting untuk perkembangan awal deria lihat bayi
  • mengurangkan risiko allergies kepada bayi
  • mengurangkan risiko keguguran atau kelahiran pra-matang
  • mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin (ibu yang meroyan, bukan abahnya
minyak ikan adalah lebih selamat diambil oleh ibu hamil bagi mendapatkan bekalan omega-3, berbanding dengan memakan ikan segar kerana kandungan mercury dan kandungan toksin yang terdapat dalam ikan. pengeluar minyak ikan yang berkualiti tinggi akan menggunakan teknologi canggih untuk memilih ikan yang berkualiti tinggi dan proses penyaringan dan penyulingan yang teliti, supaya dapat menghasilkan minyak ikan yang paling baik.

sumber: American Pregnancy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...