Showing posts with label herblax. Show all posts
Showing posts with label herblax. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Sembelit di bulan puasa

Urgghhh tak suka kan kalau sembelit, apatah lagi bulan puasa ni, nak meneran pun kurang tenaga hahaha!

Anyway, perasan tak makanan Melayu yang dijual samada kat pasar Ramadhan mahupun hari- hari biasa, alahai kurang sangat pilihan sayur- sayur. Dulu masa saya di Penang, dekat dengan rumah saya ada gerai Vegetarian, cara orang Cina masak. Memang fresh je tengok, geram je nak beli. Tapi saya tak berani pulak sebab gerai tu dalam another non-halal restaurant. Cuak sedikit di situ. Bila ke gerai Melayu, alahai lesu bebeno kangkung, bayam. Tak selera. Tapi sebabkan saya gemar sayur, memang saya beli jugak 1-2 jenis. Paling tidak ambil ulam & sambal. Saya bukan peminat daging, dan kebelakangan ni memang kurang makan red meat. Tapi kalau ada satay, payah nak tolak hahaha! Tough ok nak clean eating dengan all good food kat Malaysia ni phew!

Dalam family sebelah Mak saya, mereka ni penggemara masakan yang pedas- pedas. Kalau makan, mesti saya rasa nak marah je, sebab kena sulam air. Memang tak suka! Saya suka la pedas, tapi tak lah sampai naik angin punya pedas. Dan saya tengok mereka ni banyak masalah dengan sistem penghadaman. Angin la, sembelit la, gastrik la. Even arwah Atok saya pun ada masalah usus yang serius masa tua, sampai lah dia meninggal dunia. Abang saya pulak gastrik, sebab suka makan benda masam dan pedas. Kemudian kurang minum air. Akibatnya kena buasir. Saya tukar tabiat makan sejak memerhatikan diaorang ni la hahaha! Sengsara sangat ku tengok!



Back to cerita bulan puasa. Now saya dah tahun kedua dapat berpuasa sambil bekerja di rumah saja. Meaning ada banyakkkkkk masa nak plan masak, dan memasak. Semua orang tahu kot saya takde gemar pun memasak. Tapi bulan puasa ada berbeza. Saya suka dan sanggup masak, asalkan tak makan lauk pauk pasar Ramadhan. Cukup- cukup lah bertahun- tahun tapau untuk buka puasa. Saya pilih mahu yang freshly cooked at home pula. Dan ini bermakna, saya boleh plan sayur- sayuran saya!

Biasanya paling senang, stir fry je lah, atau celur je, cicah sambal belacan. Pergh sedap. Sambal belacan saya ada twist dengan hirisan tomato, eh sedap sedap. Semalam saya masak lemak kacang buncis, letak kobis sikit dengan udang. Aliyah kata sayur susu, dia pun suka, tapi suka kuah je la, sayur no no no katanya. Hmmm...hari ni maybe nak beli peria dan tumis letak cili sikit.

Saya jugak ambik kesempatan bulan puasa ni, detox dan plan cuci bersih usus. Nak tanggalkan keladak- keladak keliling dinding usus, supaya nutrient daripada makanan elok diserap, dan paling penting supaya penyakit tak hinggap. Bila usus tak bersih, jerawat senang naik, senang sakit kepala, masuk angin dan lain- lain. Itu belum lagi masalah yang lebih serius macam buasir, malah kanser kolon yang sangat menakutkan. Setiap 2-3 kali seminggu, saya suka ambil Herblax, ramuan natural yang bertindak melembut *ehem* dan melawaskan. Bulan puasa ni, saya ambil selepas berbuka, jadi sepanjang malam saya bayangkan Herblax buat overtime, bersihkan usus saya. Esok pagi, setel! Aha lagi satu, jangan sesekali culas nak amalkan sunnah makan kurma. Tinggi serat, bagus untuk melawas. Rugi sangat kalau tak suka kurma. Pahala dapat, badan pun sihat.

Herblax juga gluten free, bagus kan? 
Bahan- bahan dalam Herblax Shaklee 
Harga Herblax ni murah sangat jika nak banding dengan khasiat dan jumlah yang perlu dimakan, sebotol boleh tahan lebih dari sebulan, iaitu RM52.50/ 120 biji. Biasanya saya ambil 4 biji sekali makan. Kalau nak order klik HERBLAX, boleh buat order macam biasa, dan Shaklee akan hantar terus ke alamat anda. Senang kan!

Selamat berpuasa dan selamat membersihkan usus anda :)

Puteri


Thursday, September 6, 2012

kurus tapi berlemak *sedey*


Hari ini kemas- kemas notebook business, terjumpa health analysis yang saya buat masa conference Shaklee beberapa bulan lalu. Lepas buat analysis, sorok dalam buku, tak buat pun hihihi. Walaupun resultnya taklah menggemparkan, tapi mesti ada benda yang kena diperbaiki kan.

Ok mari kita lihat apa yang kena repair kat badan saya ni.



Walaupun berat 47kg je, tapi body fat percentage saya (untuk orang perempuan) adalah tinggi! *sobbing*. Dan lebih sedih, umur badan saya ialah 37! Dey! I baru 34 tahun ye, in fact belum pun 34, not until October *wailing*.

Tengok pula resting metabolism, katanya rendah ya. Sedentary lifestyle y’all! Melepap je kat kerusi seharian. Hari minggu je terkejar- kejar, tapi taklah berpeluh pun.



Visceral fat saya adalah normal, Alhamdulillah. Tapi apa benda tu visceral fat? Aha, ini adalah lemak yang meliputi organ dalaman kita. Kalau lemak tebal sangat di internal organ, ia boleh menyebabkan lemak juga terkumpul dalam salur darah (eeee ngerinya), boleh menyebabkan kencing manis dan penyakit hyperlipidimia.

Subcutaneous fat saya pun OK untuk seluruh badan, TAPI TAPI TAPI ada tempat lemak- lemak ini terkumpul dengan banyak dan bergembira di situ! Eeeeekkk!! Dalam kes saya ni, di bahagian pinggang, perut dan peha! Patutlah sejak dua menjak ni teringin sangat nak pakai jubah! Gotcha!

Oh, apa itu subcutaneous fat? Ianya adalah lemak yang terkumul di bawah kulit. Ianya banyak berkumpul di perut, lengan, pinggang dan peha. DAN DAN DAN lemak inilah yang boleh buatkan bentuk badan kita LARI! Lari pegi mana?!  Lari sebab malu kot! Aduh sedih! Walaupun lemak ini tidak berkaitan langsung dengan penyakit, tapi boleh menyebabkan tekanan pada jantung dan komplikasi lain.



Jadi nutritionist Shaklee mencadangkan saya minum ESP dan juga Cinch Shake. ESP memang dah jadi makanan ruji hehe, tapi belum pernah saya cuba Cinch. Sebab pada saya Cinch untuk yang gemok sajork! Oh tidak, saya tak gemok, tidak! tidak! In denial pasal perut boroi, bontot busat!

Mujur dia tak cadangkan set lengkap slimming, kalau tak lagi meroyan tak boleh terima kenyataan! Tapi tapi tapi, kawan- kawan saya yang cuba set lengkap (Herblax, Lecithin & Cinch) memang sangat gembira dengan result. Diaorang lebih happy sebab tak perlu ganti makan pun. Tapi macam biasa lah, kalau nak cepat dapat result, kena bersenam dan jaga jenis makanan dan jumlah yang diambil. Tak perlu berlapar.




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, August 22, 2012

urus berat badan dengan lecithin & herblax

mesti ramai yang susut badan masa bulan puasa kan? saya memang dah susut sejak lepas bersalin adam. berat saya sekarang ni 46-47kg. tak la sampai 43kg masa zaman bujang hehe. berat badan saya sejak bersalin turun dengan stabil, tapi yang pasti memang badan saya mengecut (lost inches). nak kata ringan sangat tak juga, tapi baju, seluar,kain semua pakat londeh haha! saya jarang beli jeans, so jeans yang sekarang ni saya beli mungkin 3 tahun lepas, saiz 28. sekarang ni, dah longgar sangat, tak perlu bukak butang, zin pun leh bukak terus, macam seluar tidur tu. eh apa ni, too much info kot!

anyway, saya pasti ada kaitan dengan supplement yang saya ambil walaupun kesemua yang saya ambil tu bukan saya focus untuk kurus pun. jom selidik!


  • saya makan b-complex mainly untuk handle stress. b-complex memang membakar gula untuk jadi tenaga, lantas mengawal metabolisme kita. kalau metabolisme rendah, ditingkatkan. kalau terlalu tinggi, direndahkan. regulate!
  • saya juga ambil ostematrix (calcium/ magnesium) dan vitamin c. pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini secara serentak sebenarnya juga dapat meningkatkan metabolisme badan. 
  • saya minum soy protein (ESP) hampir setiap hari. saya dapat kawal nafsu nak makan merapu masa breakfast selepas saya ambil ESP+mealshake+performance drink. tengok entry yang ini.  kenyang sehingga waktu makan tengah hari. malam pula, kadang2 bila jemu atau malas nak makan nasi, saya minum ESP dengan milo saja. 
  • dan tidak lupa, vitalea (multivitamin). kenapa multivitamin penting untuk orang yang nak kuruskan badan? bila nutrient lengkap dah masuk dalam badan, taklah kita craving nak itu ini. 
  • oh lagi satu. saya makan GLA complex. yang ni boleh bakar lemak tau masa kita tidur. 
yang biasa dicadangkan untuk pengawalan berat badan ialah lecithin dan herblax. herblax untuk detox, dan lecithin untuk bakar dan angkut lemak keluar dari badan. yang bagusnya berat badan tidak akan turun mendadak, kemudian tak perlu mengganti makan. kita boleh makan macam biasa, kemudian ambil lecithin selepas makan. nak lagi cepat turun, mesti lah kena bersenam dan pilih makanan yang rendah lemak. ramai juga yang ambil ESP untuk diminum ketika terasa lapar sebagai snack samada belah siang atau malam. tapi yang paling superb untuk dapatkan sumber protein dengan leucine untuk mengawal berat badan ialah cinch shake. biasanya customer saya akan ambil lecithin & herblax dulu. bila dah rasa OK dengan kadar penurunan berat badan (dan ada budget), mereka tambah cinch shake pula. 

nak cuba? 




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, May 31, 2012

langsing dan menawan dengan 3 cara terbaik!


ramai yang bertanya pasal supplement untuk kawal berat badan, atau kurangkan berat yang berlebihan. memang ada, dan sebenarnya ianya mampu dimiliki, tidak seperti yang dirisaukan, kerana kebanyakan program pengurusan berat badan memerlukan modal yang tinggi.

cuma yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit ialah tahap disiplin dan konsistensi seseorang. tapi jika berdisiplin, ganjarannya lebih daripada rupa bentuk badan yang menawan, tapi yang lebih penting ialah tahap kesihatan juga meningkat baik.


yang paling penting untuk kita ketahui tentang program pengurusan berat badan shaklee ialah, ianya bukan berbentuk pengganti makanan (meal replacement) sebaliknya lebih kepada usaha menyokong badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik melalui cara detox (bersihkan), dan bakar dan angkut lemak ke luar daripada badan, dan akhirnya menyokong badan dengan protein supaya badan tetap tegap dan tidak menggeleber walaupun berat sudah berkurangan.

ramai yang bermula dengan langkah 1 (bersih) dan langkah 2 (bakar) dahulu, sebelum menambahkan protein ke dalam program mereka. yang pasti, cara ini tidak memberi kesan mendadak kepada badan anda, dan tidak beri kesan mendadak kepada poket anda juga!

lebih awesome jika kita makeover jugak badan dengan pengambilan vitamin- vitamin asas seperti multivitamin, b- complex dan vitamin C. memang terbaik!

P.S: berlapar bukan caranya untuk kurus ya!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...