Assalamualaikum semua!
Hari Ahad yang tenang, rasa rugi sangat kalau bangun lambat. Selepas subuh sehinggalah dalam pukul 8 pagi, adalah waktu paling senyap sunyi dan tenang di rumah saya, jika di hujung minggu (lain keadaannya kalau hari biasa, lepas Subuh adalah waktu kritikal nak kejutkan Adam & Aliyah). Sejak mereka mula tidur berasingan dengan kami, saya akan pastikan kedua-duanya tidak skip dinner supaya dapat tidur lena sepanjang malam. Saya pun belajar hal ini selepas penat bangun malam bila Adam kejut mahukan biskut la, roti la, nak makan macam bersahur! Jadi sejak itu saya memang jaga timing mereka dinner, tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.
Sejak Adam (3 tahun) bersekolah, seleranya berubah- ubah, kadang- kadang OK dengan makanan biasa seperti nasi dan lauk pauk. Kadang- kadang dia makan sedikit saja nasi, kemudian makan biskut (biskut kegemaran hanya biskut Jacob wheatmeal yang tawar tu saja), dan apples! Dia boleh makan apples 2-3 biji sehari! Aliyah pula semakin kurang memilih makanan, dan saya pastikan makanan kegemaran dia ada sentiasa. Dia gemarkan sup ayam, anything berkicap (ayam masak kicap, daging masak kicap, ikan goreng dengan kicap), ikan goreng dan pasta bolognese. Dia suka apples & grapes. Kedua-dua Adam & Aliyah juga penggemar sandwich Subway, mesti pilih tuna sandwich saja. Dan of course donuts dan ice cream. Oh! Adam juga suka keropok ikan.
Jadi untuk saya, sudah berlalu fasa pening kepala memilih makanan yang mereka suka kerana trendnya sudah dikenalpasti dan tidak lagi membazir cuba itu dan ini untuk beri mereka makan. Cuma fasa untuk memperkenalkan supplement Shaklee saja, baru saja selesai. Dulu ketika Aliyah masih menyusu botol, saya picit minyak Omega Guard ke dalam susu setiap hari. Dan sejak Adam pandai mengunyah, sangat mudah bagi saya, Adam memang suka kunyah saja Omega Guard sampai hancur dan telan. Cuma bila Aliyah dah berhenti menyusu, saya kena cari jalan untuk dia dapat khasiat Omega Guard setiap hari, apatah lagi sejak 5 tahun, dia dah mula dengan kelas pre- reading di sekolahnya. Saya mahukan Aliyah lebih cekap mengikuti pembelajaran di dalam kelas, sangat mahukan dia boleh membaca dengan baik sebelum hujung tahun ini (kiasu!).
Jadi, sementara Adam terus mengambil Omega Guard setiap hari dengan mengunyah (dan selalu minta lebih dari sebiji), saya perlu jalan lain untuk ajak Aliyah kunyah juga. Dia pernah kunyah, tapi dia tak konfiden nak telan, bila dah gigit, meleleh- leleh minyak ikan membazir saja. Baru- baru ini, saya berbual dengan Aliyah, saya tiba- tiba dapat satu idea.
"Aliyah tau tak Omega Guard ni bagus untuk brain. Kalau makan selalu, macam Adam, makin pandai nanti. Sebab ada omega-3 dalam tu untuk otak Aliyah"
Dapat saya tengok muka dia berubah bersinar- sinar! Hahaha! Itulah anak saya, pantang dicabar, jadi mudah nak adjust kalau kena gayanya. Sejak tu, dia sendiri minta Omega Guard dan ingatkan saya "bagus untuk brain Aliyah ni kan?" Kemudian 2 minggu lepas, kami dinner di Holiday Inn, saya order salmon dan beritahu Aliyah "dalam ikan pun banyak omega-3, especially salmon ni". Terpaksa lah saya kongsi grilled salmon tu dengan dia pulak >,< hahaha!
Selain Omega Guard, Aliyah minum Meal Shakes setiap pagi semasa sarapan, dan saya bekalkan juga untuk dia minum petang di sekolah. Setakat ni takde masalah sebab Meal Shakes memang sedap pun, wangi sangat bau vanila tu memang budak- budak suka. Saya pun suka Meal Shakes, tapi tak ambil hari- hari, special time berpuasa saja, mix dengan ESP, susu dan Nestum, fuh sedap! Oh Adam, tak suka Meal Shakes atau any drinks yang pekat- pekat bersusu macam Milo ke, milkshakes ke. Dia prefer air kosong dan teh O! Oh my CEO, teh O sejuk saja pun ok hari- hari.
Lagi satu supplement yang saya bagi setiap hari ialah Nutriferon. Yang ini tak payah suruh, malah kena sorok pulak. Berebut- rebut nak makan, sebab manis dan sedap! Bila saya terangkan kepada mereka, Nutriferon bagus untuk protect daripada demam, jadi bila demam dua- dua dah pandai mengelak tak nak lagi makan ubat. Nutriferon kan ada?! Adoi pening jugak macam ni, mula- mula bagi supplement untuk otak, lepas tu tersangat bijak pulak.
Jadi sekarang ni, saya tak risau sangat tentang nutrient yang Aliyah dapat setiap hari Inshaallah boleh menampung keperluan badannya untuk membesar. Aliyah bukan jenis chubby, badan pun slim saja, tapi saya tahu dia memang cergas, dan pintar (sangat!). Adam pula memang jenis tegap dan aktif, walaupun dah tak semontel dulu. Dan paling saya gembira dengan supplement Shaklee ialah, terbukti anak- anak saya jarang demam atau selesama batuk dalam masa yang lama. Of course ada masa mereka demam juga, selesema juga, tapi setakat 1-2 hari saja. Memang berbaloi sangat bila tak perlu kerap ke klinik.
Oh, Aliyah dah boleh membaca simple words, sejak seminggu dua ni setiap malam dia minta saya baca sama- sama. Ini buku kegemaran dia sekarang, Hop on Pop by Dr. Seus.
Much love,
Master Puteri
Showing posts with label supplement anak. Show all posts
Showing posts with label supplement anak. Show all posts
Sunday, May 18, 2014
Sunday, March 4, 2012
suplement paling ringkas untuk anak- anak!
phew. hari ini dah hari ahad! 2 hari ni kepenatan juga dengan hal- hal di rumah dan di luar rumah. saya ada projek untuk menyiapkan ruang belajar/ bermain untuk aliyah. lately nampak gaya dia khyusuk tiap- tiap malam buat coloring. kalau suruh memang tanak buat. saya biarkan aje coloring books bersepah- sepah, dengan color pencil. dia akan ambik sendiri dan buat. sama juga dengan poster saya tampal di dinding. kalau ajak baca sama- sama, memang tanak. so saya baca kuat- kuat sorang- sorang. esok lusa tengok la dia pulak copy apa yang saya buat. memang kena lead by example. tapi apa kes tiap- tiap malam mama nak ngadap poster ABC tu kan?! haih...lepas ni semua sepah- sepah ni dalam bilik saja ya. tak larat dah nak kemas hall 24/7!
so far, dah ada kerusi, toys rack, tikar upin ipin (comel gila!), some posters, a lot of books yang kitaorang selalu beli (ramai orang hadiah buku pun). soon kena tambah meja (depends muat ke tak bilik dia tu) and maybe tambah lagi poster. saya nak cari poster untuk islamic studies, tapi so far takde yang berkenan di hati. saya berangan nak decorate the wall as well, macam tak playschool tu hehehe. berangan tahap paling tinggi, saya nak jahit baju sekolah! hahaha!
ok enough on berangan. saya nak share sikit tentang pilihan supplement paling ringkas yang parents boleh beri anak- anak bagi memastik mereka dapat vitamin lengkap yang diperlukan seharian.
chekidout! sumber: blog cery
mealshake adalah satu lagi product popular shaklee, menjadi favorite ramai, sebagai supplement tambahan kepada anak- anak. saya compile kan some info tentang mealshake untuk tatapan bersama.
![]() |
| Penat juga kerja- kerja mewarna ni. Jangan underestimate haha! |
![]() |
| Aliyah tolong ayah beli barang- barang untuk homeschool petang tadi. Penatttt tapi seronokkk... |
chekidout! sumber: blog cery
mealshake adalah satu lagi product popular shaklee, menjadi favorite ramai, sebagai supplement tambahan kepada anak- anak. saya compile kan some info tentang mealshake untuk tatapan bersama.
- terdapat 24 jenis vitamin dan nutrient lengkap dalam setiap bancuhan mealshake. sangat sesuai untuk anak- anak yang memilih makan, dan dikhuatiri jika mereka tidak dapat vitamin yang diperlukan untuk keperluan seharian yang penting untuk tumbersaran kanak- kanak.
- mealshake kaya dengan protein yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kuku, kulit, rambut, organ-organ, sel- sel immunisasi. penting: mealshake adalah lactose- free. ramai yang memilih mealshake untuk anak- anak yang mengalami masalah eczema kerana protein membantu memperbaiki sel- sel yang rosak akibat eczema.
- mengandungi asid folic, biotin, calcium, magnesium, yang penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.
- mealshake kaya dengan soluble fibre, membantu melawaskan anak- anak terutama yang menghadapi masalah buang air besar.
- rasanya yang sedap amat sesuai untuk anak- anak (yang biasanya payah nak makan vitamin samada liquid atau tablet). tidak mengandungi perasa dan pewarna tiruan.
apabila keperluan nutrient anak- anak seharian adalah lengkap, tubuh badan mereka akan membesar dengan baik disamping dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit. mealshake tidak perlu diberikan setiap hari. cukup sekadar 3-4 kali seminggu.
p.s: mealshake juga sesuai untuk orang dewasa yang tak pandai telan tablet (eeeee....)
untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya,
Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)





