Showing posts with label work at home mom. Show all posts
Showing posts with label work at home mom. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Kawal emosi bila berbisnes

Assalamualaikum semua :)

Sekejap tadi, selepas menyusukan Adeena, macam biasa, kena tunggu dia burp dulu sebelum tidokan balik. Dia ni pulak, seperti biasa akan burp dan bluwek, jadi masam la baju saya dengan muak anak hahaa!

Saya terfikir, baru sekejap tadi saya menulis tentang tips bisnes, update FB tentang perkembangan bisnes Shaklee. Bila baca, memang gaya korporat abes ni. Income pun 5 angka bulan- bulan, group members pun dah 1000 lebih orang. Alih- alih belakang tabir, uruskan anak, mandi berak anak, siap kena muak bagai hahaha!

Macam mana saya handle emosi saya sebenarnya?

Saya tanya soalan ni pada diri saya sendiri, sebab saya tau, saya ada banyak kelemahan dan kekurangan, baik dalam hal rumahtangga, dan juga hal bisnes. Tambah lagi sekarang dah 3 orang anak. 2 orang yang sangat aktif, dan sorang yang sangat fragile. Semua perlukan perhatian 100 peratus, tidak boleh kurang.

Itu tidak termasuk cabaran- cabaran harian berkeluarga. Ada masa ada anak tak sihat. Ada masa stress berselisih faham dengan pasangan, ada masa berkecik hati dengan orang itu, orang ini. Ada masa boleh ditepis, dan buat selamba. Ada masa, memang terjejas emosi. Sebagai leader dalam bisnes yang melibatkan ramai orang, saya suka ambil langkah neutral. Ada masalah ke, takde masalah ke, tak boleh orang tau melalui gambaran di media social. Lagi pulak, bukan boleh kita harapkan kawan- kawan Facebook nak selesaikan masalah kita, betul tak?

Dalam banyak hal, kena berkorban. Masa untuk diri sendiri dah kena adjust, lebihkan masa untuk anak- anak. Kalau orang kata, tidurlah time anak tidur, saya prefer buat kerja masa diaorang tidur. Sebab tu saya makan supplement dengan sangat- sangat berdisiplin. Takde cincai- cincai dan memang saya makan hampir semua yang wajib untuk tenaga. Bila malam, sebelum jam 10, saya dah panjat katil, start lepak dengan anak- anak, supaya mereka pun boleh tidur awal.

Pada saya, emosi saya lebih terkawal kalau saya boleh kawal persekitaran saya, dan masa saya. Kalau masa dah tak tentu hala, saya senang jadi stress dan emosional. Kalau dapat bangun awal, memang mood saya tip top sampai ke malam. Sekarang ni memang senang sebab berpantang di kampung. Makan minum Mak jaga. Saya cuma handle baby. Suami saya pula handle anak- anak yang besar. Bottom line, I want to be in charged of my time and my surrounding!

Nanti dah balik KL, kena adjust lagi. Saya dah visualize, untuk bangun seawal 5 pagi. Mesti mengepam juga walaupun tak perlu stok susu untuk make sure production tip top. Kemudian kena mandi awal sebelum baby bangun. Pukul 7 anak- anak kena bangun untuk ke sekolah pula. Mungkin saya ada masa untuk kerja dalam jam 9 hingga 11 pagi. Apa- apa pun yang penting, kena fleksibel. Kalau hari ni tak boleh ikut jadual yang kita nak, esok kita ubah.


Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

Tuesday, July 22, 2014

5 cabaran utama ibu bekerjaya

Assalamualaikum semua :)

Dah hampir kita ke penghujung puasa, mesti ramai dah prepare apa yang patut kan, pakaian, kuih muih dan ada beberapa kawan- kawan saya dah akan mula travel balik kampung esok. Kami ni macam biasa, every year, raya pertama di KL, rumah mertua saya. Petang raya pertama baru kami travel balik Perak. Tak ada sistem giliran pun, yang penting mesti dengan family, tak kisah la sebelah suami ke sebelah isteri ke. Aman damai hahaha! Tapi saya paham, tak semua family boleh buat sistem tanpa giliran ni kan, tapi apa yang penting, peluang bersama- sama family diutamakan.

Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua saya menjalani ibadah puasa dan berhari raya sebagai work at home mom. Tahun lepas, suami saya masih bekerja di bulan puasa, tapi tahun ni, dia pun dah jadi work at home dad. Jadi banyak urusan persiapan hari raya dapat kami selesaikan seawal minggu pertama dan kedua.

Bila mengenangkan banyak urusan sudah pun lebih mudah sejak kami bekerja dari rumah, saya sentiasa mengingatkan diri saya tentang cabaran- cabaran yang saya hadapi sebagai seorang ibu dan isteri ketika masih bekerja 9-6 dulu. Ini 5 cabaran utama yang saya rasa bukan saya seorang saja hadapi, tapi ramai lagi ibu- ibu di luar sana.

(1) Pengurusan masa
Kita seolah- olah bermusuh dengan masa. Bangun tido, siapkan segala macam, pergi kerja, balik kerja, siapkan segala macam, tido.Ulang balik. Masa anak- anak masih menyusu, saya kena siapkan bag untuk mengepam di ofis, kena siapkan stock untuk bawa ke rumah pengasuh. Bila dah besar, siapkan pulak botol- botol untuk formula, baju dan lain- lain. Itu tak termasuk nak curi masa untuk kemas rumah, buat laundry dan lain2. Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya memang tak menonton TV dah lama kot, jadi memang tak tau tentang siri drama ke hiburan ke. News yang saya baca pun melalui Twitter saja, ambil peluang dalam LRT on the way pergi dan balik dari kerja. Hari berlalu pantas, dan sedar- sedar dah hujung tahun! Kalau ada 28 jam sehari pun, rasa tak cukup saja. Berkali- kali saya adjust cara menguruskan masa, tapi lelahnya tetap sama. Terlewat ke tempat kerja, terlewat ambil anak, weekend pun tak sempat berehat.

(2) Pengurusan anak- anak
Setiap kali melahirkan anak, isu paling utama di kalangan ibubapa ialah "siapa nak jaga?". Memang saya cemburu dengan rakan- rakan surirumah, walaupun saya tahu mereka tak punya pendapatan seperti ibu bekerjaya, tapi saya cemburu bila mereka mampu untuk mengasuh anak sendiri. Macam biasa, mula lah berangan nak jadi surirumah, dan ada juga berangan nak jadi babysitter! Boleh jaga anak sendiri dan anak kawan- kawan. Hahaha! Anak sendiri pun belum pakar, dah berangan bagai. Untuk anak pertama, kami bertuah sebab ibu mertua saya masih sihat dan mampu menjaga Aliyah, dibantu oleh ayah mertua dan kakak ipar. Kemudian bila anak kedua lahir, memang jelas ibu mertua dah tak punya lagi kudrat yang sama. Jadi kami perlu jalan keluar. Kami ambil maid, tapi belum pun habis pantang, maid nak pulang pula. Cabaran. Mujurlah ada rakan perkenalkan kami dengan pengasuh yang sangat baik dan penyayang. Selesai masalah di situ. Tapi hari- hari yang dilalui penuh kalut bila anak meragam tak mahu pergi ke rumah pengasuh. Biasalah mood budak- budak waktu pagi. Dan bila dah besar, pandai pulak bertanya "kenapa Mama lambat ambil? kenapa dah malam baru datang?". Luluh hati perut mendengarnya.

(3) Pengurusan diri sendiri 
Ini menarik untuk dibincangkan haha! Mesti ramai yang biasa, tidur dengan baju kurung kerja masih di badan. Selepas ambil anak di rumah pengasuh, rush balik rumah untuk solat, dinner. Masa tu Adam masih menyusu, jadi by 9pm kena susukan dia untuk tidur, dan dengan Mama sekali tertidur. Sedar- sedar dah jam 2-3 pagi, dengan muka berminyak tak cuci, gigi tak berus, baju belum salin. Ohoi memang selekeh! Dan setiap weekend berangan nak pergi facial, pun tak pergi. Masa tu lah nak ada kenduri, masa tu lah anak ada check up doctor dll. Dan paling jadi keutamaan juga, apa gaya paling cepat dan pantas untuk ke tempat kerja. Baju kurung, tudung serlum (tudung Syria ek?) paling popular dalam almari baju saya. Iron ala kadar, sarung, siap! Pakai bedak bila sempat di opis. Balik rumah bedak tah ke mana, sememeh je. Bukan tak cuba langsung nak bergaya, nak jaga penampilan untuk yakin diri dan suami, tapi jarang konsisten, sebab back to point nombor 1, masa itu emas, lupakan saja berhias- hiasa haha!

(4) Hubungan suami isteri
Jika refer isi kandungan nombor 3 di atas, memang selekeh je kan bini dia ni haha! Tapi bukan itu menjadi keutamaan pada kami suami isteri tapi lebih kepada isu komunikasi. Adakalanya saya terlalu penat di ofis, stress dengan segala macam hal, saya tidak mahu bercakap dengan sapa- sapa pun termasuklah suami sendiri. Dan jika berbual pun, senang dan mudah benar nak melenting. Sebab utama, kepenatan dan stress. Walaupun tak bergaduh besar, tapi hari- hari ada je tak kena, lama- lama hubungan boleh jadi sukar. Kerap juga kami terpaksa text each other untuk minta maaf, sebab dua- dua pun sedar, kita semakin stress dan tension yang tinggi dalam rumah. Masa tu cepat benar kecik hati, padahal pasangan kita tu kategori bagus dah hahaha! Benda- benda kecik pun amplified jadi serius benor, sampai saya takut memikirkan apa kesudahan hubungan kami kalau macam ni gayanya. Dan mulalah terfikir yang bukan- bukan, menjalar masuk fikiran. Kena istighfar banyak- banyak, dan sebagai isteri, saya jenis yang tak ada masalah untuk minta maaf dan bersemuka dengan suami. Begitu juga dengan suami saya, kalau betul cara berbincang, semua benda boleh setel. Gaduh- gaduh kecik tu perlu juga, untuk proses mengenal hati budi kihkihkih!

(5) Hubungan dengan kawan- kawan
Perasan tak kita cuma dapat "jumpa" kawan- kawan mostly online saja? Sejak berkawen, kemudian ada anak dua orang ni,  weekend memang masa untuk keluarga. Pernah juga cuba untuk lepak lepas opis dengan kawan- kawan, tapi memang tak senang, hati tak tenang. Teringat ibu mertua mesti letih seharian dengan baby, kemudian teringat babysitter mesti nak rest juga, esok nak jaga anak kita lagi. Kemudian teringat anak- anak mesti tertunggu- tunggu. I don't know about you, but I just can't do it as often as I like to. Jadi, tinggal ada FB untuk tau perkembangan kawan- kawan. Dan kalau ada kawan rapat di ofis, seronok la juga boleh lunch sama- sama. Sama juga dengan kawan- kawan kita pun, mereka pun senasib hahaha! Kawan- kawan yang single sajalah boleh melepak, kita kena rush balik rumah. Itu yang mula menjalar dalam fikiran, wishing we have more helps, wishing our husbands can do more, and wishing this and that, di luar kemampuan kita. Perempuan modern ni banyak kehendak ok hahaha jadi kalau tak pandai adjust untuk bersederhana dan berpada- pada, memang lah stress.

And then we found Shaklee business, does these things changed? Totally! But I will write more on that in another post :) Sementara tu, jom tengok video ni, untuk dapat idea macam mana nak kick start a home business for working moms.




Stay positive,

Puteri

Thursday, July 10, 2014

Bekerja dari rumah, mesti yakin dan berani

Assalamualaikum semua :)

Hari ini saya nak menulis sedikit tentang peluang bekerja dari rumah. Sesungguhnya konsep dan idea ini tidak pernah terfikir dalam kepala otak saya ni masa graduate dulu. Masa tu dalam fikiran, nak jadi career woman, nak travel the world while working, nak naik pangkat, nak jadi bos. Dan itulah yang saya dapat! Saya bekerja dalam humanitarian sector, yang memerlukan saya travel ke luar negara, jadi coordinator untuk bantuan kemanusiaan, kemudian bertukar kepada kerja- kerja kesedaran bencana melalui pendidikan. Dan di organisasi tersebut, jawatan terakhir saya ialah sebagai ketua jabatan, jadi selama 2 tahun lebih, saya memang jadi bos. Alhamdulillah, dapat merasa semua tu.

Keperluan untuk bekerja di rumah ni taklah begitu urgent semasa anak masih seorang. Saya masih ada impian untuk travel the world dan buat lebih lagi dalam bidang yang saya cintai ini. Tapi bila dah ada dua orang anak, saya mesti cari jalan keluar. Banyak yang rugi daripada untung nampak gayanya. Rugi masa di atas jalan, rugi masa di rumah bila asyik keletihan, rugi bila stress dan mengganggu rumahtangga. Fikir punya fikir, bekerja dari rumah adalah yang terbaik untuk saya.

Peluang untuk bekerja dari rumah, tapi mempunyai majikan tetap, adalah tidak banyak di Malaysia ni. Jarang sekali pekerja diberi peluang waktu fleksibel, bekerja di rumah dan datang bila perlu saja. Memang payah la nak cari peluang macam ni. In fact in my last job, not only I have to go to work from Monday to Friday, I need to go outstation too on weekends, and worse my boss can call me anytime anyway to request for this and that. And I know I am not alone.

Jana income 4-5 angka, dari rumah sahaja! 
Bila saya sedar tentang keperluan waktu fleksibel terutama setelah berkeluarga, saya mula Google tentang "work at home mom" dan memang sangat tergoda dengan konsep tersebut. Terutamanya bila saya baca artikel luar negara, macam- macam job diaorang buat dari rumah. Ada yang buat akaun, ada yang jadi virtual PA, ada yang jadi event planner. Ada yang boleh kerja half day, bergilir dengan suami jaga anak. In fact pernah saya tanya suami, kalau gaji saya banyak, nak tak jadi Mr. Mama? No way he said! Hahaha memang tak sesuai pun! And when I realized Shaklee can offer this, setel masalah!

Sekarang ni, bila dah tahun kedua jadi WAHM, anak buah Shaklee saya pulak mengikut one by one jadi WAHM. In fact itulah antara topik panas yang sering kami bincangkan. Ramai yang telah plan sekian- sekian income Shaklee untuk berhenti kerja juga. Mana tak panas, time diaorang di ofis, kami update pasal shopping la, pasal memasak la, pasal anak la. Saya paham sangat keinginan tu, meluap- luap.

Sudah tentu ada yang takut dan tak yakin. Saya beritahu mereka, nak berhenti kerja dan jadi WAHM dengan Shaklee memang memerlukan keyakinan dan keberanian. Tapi kalau fikir balik, bisnes dan even life in general memerlukan keyakinan dan keberanian. Kalau tak dipecah ruyung, manakan dapat sagunya, betul tak?

Puteri

Monday, June 30, 2014

Mengapa saya pilih bisnes MLM dengan Shaklee?

Setelah sekian lama bekerja dan makan gaji tetap, memang sukar untuk memahami, apatah lagi memilih peluang perniagaan sebagai sumber pendapatan utama. Cabaran utama ialah tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak yakin dengan perniagaan yang diceburi. 

Saya sendiri tidak ada latarbelakang perniagaan, kareer saya bermula sebagai pegawai penyelidik dan tutor di universiti, kemudian dalam sektor NGO selama hampir 7 tahun. Jadi apa yang mengubah pandangan saya dan mengubah sikap serta aspirasi saya?

(1) Pemahaman yang jelas tentang produk Shaklee - saya buat banyak pembacaan dan perbincangan tentang produk Shaklee, mengapa ianya berbeza dan kuat di pasaran selama lebih 50 tahun. Saya baca kajian- kajian saintifik yang melibatkan produk Shaklee, dan saya memang teruja dengan falsafah "selamat, berkesan dan semulajadi".

(2) Pemahaman yang jelas tentang bisnes Shaklee - saya juga banyak membaca tentang sejarah bisnes Shaklee sejak dahulu, dan saya dapati ianya sebuah syarikat yang kukuh, malah "survived" zaman kejatuhan ekonomi dunia sekitar tahun 1950-an. Malah beberapa buah company sezaman seperti Amway dan Mary Kay juga bertahan sehingga hari ini, dan melahirkan jutawan- jutawan MLM sejak dahulu lagi. Tahukah anda, bisnes "network marketing" adalah kebal daripada masalah kemelesetan ekonomi? Di saat ramai orang dibuang kerja, ramai yang memilih bisnes ini, dan mereka yang telah berjaya dalam bisnes MLM tidak terjejas. Apatah lagi jika syarikat itu menawarkan produk- produk kesihatan, satu keperluan sepanjang zaman!

(3) Pemahaman yang jelas tentang "marketing plan" Shaklee - saya beri perhatian dan belajar bersungguh- sungguh sehingga jelas tentang "marketing plan" Shaklee, bagi memastikan saya tahu apa ganjaran kewangan yang boleh saya perolehi daripada perniagaan ini. Perkara pertama yang saya kaji ialah, berapa minimum pendapatan yang boleh saya dapat, berdasarkan rank dan kekuatan kumpulan bisnes saya. Saya merangka strategi bukan saja untuk mencapai jumlah pendapatan yang diimpikan tapi juga sangat serius dalam menentukan "deadline".

(4) Kenalpasti kekuatan diri sendiri - strategi pemasaran yang diperkenalkan kepada saya oleh dua orang mentor saya iaitu Cery MamaFaiz dan Azlinn Mohd Atan adalah sangat mudah dan memang kekuatan saya, iaitu melalui ONLINE. Pilihan pertama saya ialah Blog dan kedua ialah Facebook. Saya mula menulis dan berkongsi kebaikan produk Shaklee dan memang agresif dalam "memikat" pengikut dan ahli yang berpotensi menjadi leaders dalam kumpulan kami. Ianya mudah, tidak memerlukan saya keluar rumah selepas waktu bekerja, dan kebanyakan rakan- rakan yang boleh menjadi potensi kepada perniagaan ini juga gemar dan aktif secara online.

(5) Bina impian, untuk kebahagiaan orang lain juga - latarbelakang keluarga saya yang tidak kaya (tapi positif dan bahagia), membuatkan saya bina impian yang besar untuk semua. Saya melihat bagaimana Mak saya bekerja di kilang semasa saya di universiti dan saya fikir, "aku tidak mahu bekerja keras sehingga tua". Apabila berumahtangga, saya lihat gaya hidup yang sama juga, bermakna anak- anak akan lihat saya bekerja sehingga keras sehingga tua, tapi tidak semakin kaya dan selesa. Saya lihat baki KWSP kami suami isteri, dan saya tahu ia tidak cukup untuk beri kehidupan yang selesa untuk kami sekeluarga. Saya lihat potensi anak- anak saya, dah saya sedar mereka tidak boleh dihadkan sekadar dengan pendidikan asas dan wajib saja. Saya yakin dengan rahmat Allah SWT, generasi saya kelak boleh memperolehi untuk sesuatu yang lebih besar, dan beri lebih bermanfaat kepada masyarakat. Saya bermula dengan impian diri sendiri, tapi berkembang untuk merealisasikan impian orang lain juga.

Apabila kita faham, kita tidak akan takut. Ramai yang memulakan bisnes Shaklee, tidak mahu ambil masa dan beri tenaga untuk belajar dan faham 100% peluang yang ditawarkan ini. Apabila mereka tidak faham, momentum dan minat untuk berjuang dalam bisnes akan mengalami pasang surutnya. Dan ramai sekali yang ada "back up" plan, mereka bersiap sedia sekiranya apa- apa terjadi kepada bisnes Shaklee pula. Dan, lebih merugikan, "back up" plan mereka ialah, kembali kepada kerja makan gaji sehingga umur 55 tahun.

Kami tidak ada "back up" plan, kerana kami ada 5 perkara di atas, dan inilah yang akan diulang dalam apa jua bidang yang kami ceburi, InshaAllah. Benarlah kata orang "the way we do things, is the way we do everything".



Understand yourself, to understand your business.
Read, discuss, compare and understand;
it helps you to gain more confidence in yourself and in the business. 

Sunday, June 1, 2014

Inner Circle United : Northern Elite Tour

Assalamualaikum, selamat berhari minggu semua :)

Hari Jumaat yang lepas, saya dijemput oleh Master Azlin untuk turut serta dalam Northern Elite Tour yang dianjurkan oleh group Alin di Sungai Petani. Bersama- sama saya, Master Herny dan PM Cery juga turut serta. Memang happening!

Sebelum ni, saya, Master Herny dan Master Azlin bersama- sama dengan beberapa lagi Master yang lain, ada berbincang untuk mengukuhkan lagi hubungan kami secara profesional, lantas kami bersepakat untuk membentuk Inner Circle United. Tujuan utama ICU ini ditubuhkan ialah untuk bersama- sama merancang aktiviti kumpulan, dan yang paling utama ialah aktiviti kelas, seminar dan workshop untuk semua ahli di bawah group kami. Selain kami bertiga, ada Master Zura, Master Beeha Yunos, Master Lyana Mansor, Master Zahirah, Master Laila dan Master Izzati.  Yang bukan Master pun ada, iaitu Sr. Coordinator Aula, Key Coordinator CikPau, Sr Coordinator Kak Ainee Manap, Sr. Coordinator Lia (UmmiIrfan).

Sebenarnya kami dah berkenalan sejak hampir dua tahun kot. Pada mulanya, cuma dalam WhatsApp group yang PM Cery tubuhkan untuk memudahkan kami bertukar pendapat dan tips dan sama- sama berjuang untuk mendapatkan rank Master Coordinator. Alhamdulillah, kami boleh ngam, dan makin lama makin rapat. Semua yang happy, sedih, senak, sengkak, sembelit, semua kami share bersama-sama. Kalau dulu sebagai rakan seperjuangan nak berjaya dalam Shaklee, kini lebih dari itu. Kalau boleh nak jadi sahabat dunia akhirat. Saya sangat bertuah dapat bertemu dengan mereka yang positif ini, dan sangat berterima kasih kerana mereka sanggup juga menjadi sahabat saya :')

Panjang dah intro ICU kan, harap maklum hahaha!

Saya dan Alin bertolak dari Subang dengan Firefly, flight jam 8 pagi. Pukul 6.30 pagi, saya bertolak dari rumah, dan bertemu dengan Alin & baby Wisya di sana. Kemudian kami tiba di Penang International Airport lebih kurang jam 9. Di sana Master Herny dan PM Cery dah tunggu. Cery ambil flight MAS lebih awal dari KLIA. Staff Herny, bernama Mila, jadi driver kehormat kami hari itu, dan kami pun bertolak ke Sungai Petani. Alhamdulillah, traffic smooth saja sepanjang perjalanan. Meriah sangat road trip ni, macam lah dah lama tak jumpa, padahal hari- hari WhatsApp, dan kami akan jumpa lagi weekend ni untuk National Conference. Tapi bila hubungan dah rapat macam adik beradik, memang la non-stop bercakap sampai masuk angin haha!


Anyway, di Sungai Petani, ada lebih kurang 80 peserta yang hadir, dan Alhamdulillah, saya sempat berkongsi sedikit sebanyak tips dalam pembentangan yang bertajuk "Membina magnet diri". Saya suka topik yang Alin berikan ini, kerana banyak yang telah saya belajar selama 3 tahun dalam bisnes Shaklee, untuk membina imej kendiri yang baik dan positif, dan bagaimana diri kita boleh menjadi magnet kepada orang lain. Bukan saja saya banyak membaca tentang ilmu ini, tapi juga melalui pengalaman dan pergaulan dalam menjalankan bisnes, saya lebih yakin dan arif untuk berkongsi dengan orang lain juga. Lebih 25 orang daripada group PAF hadir di majlis ilmu tersebut, dan saya sangat- sangat berbangga dengan komitmen mereka semua. I know they will go far in the business, InshaAllah. Master Herny berkongsi tips bagaimana membina hubungan yang baik dalam kumpulan, dan Master Azlin dengan topik merancang plan bisnes dengan bijaksana.



Saya dan Alin bertolak dari Subang dengan Firefly, flight jam 8 pagi. Pukul 6.30 pagi, saya bertolak dari rumah, dan bertemu dengan Alin & baby Wisya di sana. Kemudian kami tiba di Penang International Airport lebih kurang jam 9. Di sana Master Herny dan PM Cery dah tunggu. Cery ambil flight MAS lebih awal dari KLIA. Staff Herny, bernama Mila, jadi driver kehormat kami hari itu, dan kami pun bertolak ke Sungai Petani. Alhamdulillah, traffic smooth saja sepanjang perjalanan. Meriah sangat road trip ni, macam lah dah lama tak jumpa, padahal hari- hari WhatsApp, dan kami akan jumpa lagi weekend ni untuk National Conference. Tapi bila hubungan dah rapat macam adik beradik, memang la non-stop bercakap sampai masuk angin haha!

Selesai kelas pada pukul 3 lebih kurang, kami bertolak pulang ke Penang. Kali ini, anak buah saya, Maidiyana offer pulak nak jadi driver kehormat. Kami terima dengan hati terbuka, lagi sekali trip bergumbira di dalam kereta, sambil beri coaching kepada Mai. Amboi 4 Master, coaching sorang Supervisor, kalau tak boleh juga, memang kami ni tak bagus la kan hahaha!


Kami bersungguh- sungguh nak cepat, sebab flight Cery ke KL, pukul 5.30 petang. Tapi apakan daya, ada pulak road block berhampiran bridge, jadi traffic jadi slow mo. Sampai di airport, Cery pun cuba buat pecutan terakhir, sambil kami gelak- gelak dalam kereta. Dia pesan siap-siap, "korang jangan gerak dulu, tunggu in case flight dah berlepas". Seperti yang diduga, sampai je kat boarding hall, Cery sedut asap kapal terbang saja, dan berpatah semula ke kereta. Dia reschedule flight pukul 7.30 malam. Mujur beli Flexi ticket kan.

Kemudian, sebabkan ada orang teringin char kuew tiaw, kami pun pusing-pusing area airport, Sungai Dua, USM mencari char kuew tiaw, kami kembali ke airport hahaha! Gagal ok gagal! Akhirnya makan je la di cafe dalam airport tu. Perut pun dah masuk angin, tapi tetap happy. Memang takde sorang pun yang moody padahal dah lapar gila, dengan hujan sejuk lagi. Hehehe kalau hati dah suka, semua indah saja!

Dan lebih "indah" flight kami berdua pula tunda hinggal jam 10.30 malam. Terus lah kami ke surau, bergolek-golek dengan baby Wisya, kemudian minum kopi. Sambil-sambil tu banyak benda yang kami berdua bincang, tentang masa depan dan perancangan bisnes kami. Tak sedar masa berlalu, kami pun boarding dan pulang ke KL dengan selamat, Alhamdulillah. Kepenatan tapi sangat berbaloi.

Memang seronok trip dengan sahabat- sahabat saya ni, ketawa sampai masuk angin, tapi pulang ke rumah dengan semangat berkobar- kobar nak laksanakan pelbagai plan bersama- sama. Anak buah saya beri feedback yang sangat positif tentang kelas yang dianjurkan. Dan ini membuatkan saya lagi bersemangat untuk terus memberi yang terbaik kepada mereka.

Alhamdulillah.


Monday, May 26, 2014

Shaklee business, family business

Assalamualaikum semua :)

Fuh! Weekend baru ni memang la sangat busy, tapi sangat well spent. How was yours?

Pagi Sabtu kami ke Young Ambassadors untuk Gym's Day. Dah sebulan lebih Adam berlatih untuk Gym's Day, dan macam- macam lagu dia nyanyi sekarang ni, latihan untuk gym's day lah tu. Tapi setiap kali kami pergi ambil dia kat sekolah, mesti teacher bagitau, Adam tanak join pun latihan. Hmmm...saya pun takde la berharap sangat dapat tengok Adam beraksi. Walaupun bab nyanyian memang tip top.


Seperti yang dijangka, memang lah dia tak join langsung! Duduk atas riba, merengek, siap menangis.Adoi! But we had so much fun watching the other kids, so much talent and confident! Takpe lah Adam, next time cuba lagi ok. Dan seperti yang saya jangka, bila balik rumah, ewah bukan main dia show off lagi. Pemalu agaknya :p

Lepas tu kami ke Ours Cafe, tempat berlangsungnya Start Bright Series bulan ini. Ini kali kedua kami kami buat di cafe, milik kawan saya. Saya memang suka semua food kat cafe ni, dan dah bertahun makan macam- macam hasil tangan dia. Semua sedaplah senang cerita haha! Biasanya bila buat kelas di cafe, saya ajak peserta makan- makan dulu, pukul 3 baru kami start. Maklumlah, ada yang tak sempat lunch lagi, ada yang tak jumpa tempat dan lain2. So santai- santai saja.

Kali ini kelas Start Bright memang kami fokus untuk beginners, jadi saya dan suami cuba sedaya upaya kami untuk beri penjelasan terbaik kepada mereka. Bagaimana nak mula, apa yang kena dibuat, apa komitmen kena ada, dan bagaimana nak jana income at least RM1000 sebelum hujung tahun ini. Saya terharu dengan komitmen mereka semua, ada leader kami, Ixana, yang datang jauh dari Pagoh! Itulah komitmen namanya. Alhamdulillah.


Bila saya dah mulakan kelas dan coaching secara tersusun, memang terbukti saya sangat enjoy mengajar dan membimbing. Saya suka lihat bagaimana anak buah saya dapat berbincang tentang idea dan sama- sama mencari jalan terbaik untuk melaksanakannya. Saya belajar lebih banyak bila saya lebih banyak mengajar.

Hari Ahad pula saya ke Shaklee Home Office, untuk collect barang2 untuk National Conference. Kami layak untuk menginap di Sunway Resort & Spa bermula 7 Jun sehingga 9 Jun. Ada pelbagai aktiviti disediakan termasuklah Glitter Nite dinner, team building, dan mandi manda sampai kecut di Sunway Lagoon. Tahun ni sangat special sebab kami layak untuk Mak & Abah sekali. Adik saya, layak 1 tiket, jadi dia beri pada mak saya. Saya pula ada point yang cukup untuk bagi 1 tiket untuk Abah. Alhamdulillah! Tahun lepas, saya dapat tiket untuk seorang saja! Semalam saya collect 5 bag untuk semua, sekotak besar Shaklee bagi saya haha puas hati!



Sempat juga saya beli 2 pasang kasut di Empire untuk pakai masa NC nanti. Lepas tu beli sepasang jacket tak tau nak pakai bila haha sampai Aliyah merungut, "Mana baju Aliyah??" Rilek yer Aliyah, next time ok ehehehe...

Weekend yang menggembirakan, membuatkan saya terkenang 2 tahun lepas, bagaimana saya bermula, dan bagaimana saya sikit demi sikit membina impian. Hari ini impian saya tercapai, bukan saja untuk saya seorang, tapi untuk satu keluarga. Syukur Ya Allah atas rahmat dan kasih sayangMu.

Much love,
Puteri


Monday, January 20, 2014

work at home mom, adakah sesuai untuk anda?

Semasa saya mula bekerja sekitar tahun 2001, tak pernah langsung tahu tentang istilah "work at home", maklumlah pada masa tu fokus saya hanya mahu bina kareer, dan kalau boleh nak sambung belajar. Belum ada perancangan untuk berkahwin, dan tak fikir pun tentang kehidupan punya suami dan anak- anak. Malah apabila usia saya dah lebih 27 tahun dan masih belum ada calon dan plan untuk berkahwin, saya sudah buat plan pula untuk travel the world. Haih, those were the days haha!

Dan kemudian of course saya pun berkahwin dan punya dua anak. Saya ada kerjaya yang saya suka, yang memang saya betul- betul minat. Tapi sudah tentu, pilihan saya lebih kepada anak- anak dan keluarga, harta saya dunia akhirat. Dan ketika inilah cabaran seorang ibu bekerjaya bermula. Dua tahun selepas saya ambil keputusan untuk berusaha menjadi seorang "work at home mom", saya dah boleh tersenyum dan berpuas hati, kerana inilah pencapaian terbesar dalam hidup saya sebagai seorang wanita bekerjaya- punya waktu kerja fleksibel, punya waktu yang lebih dengan anak- anak dan pendapatan yang lumayan dan stabil.

Era baru 'work at home mom' adalah sangat berbeza. Ibu- ibu kini tidak lagi risau menjadi "second class" kerana tinggal di rumah menjaga anak- anak, malah telah muncul sebagai satu pilihan yang sangat prestige pula. Mana tidaknya, ramai yang cemburu dengan keupayaan ibu- ibu ini menguruskan rumahtangga dan anak- anak, bina kerjaya dan kewangan, dan yang paling penting punya lebih masa untuk diri sendiri.

Too good to be true? Anda tentukan sendiri :)

(1) Bisnes dari rumah
Saya masih ingat ketika saya bersekolah rendah, ibu saudara saya yang tinggal di Singapore, juga bekerja dari rumah. Setiap hari, supplier permainan kanak- kanak akan datang ke rumah dan hantar bahagian- bahagian kecil permainan untuk dipasang. Kemudian ibu saudara saya akan diberi upah harian berdasarkan banyak mana kerja yang boleh disiapkan. Untung tidak besar mana, tapi sangat fleksibel dan mudah. Kemudian saya lihat pula, apabila blogging muncul, ramai ibu- ibu yang berbakat memasak, atau menjahit mula mendapat tempat dalam pasaran. Saya pernah terjumpa blog yang mempromosikan kelas jahitan dan pengajarnya boleh dapat ke rumah kita bersama- sama mesin jahit untuk memberi tunjuk ajar (berbayar) sehingga kita pandai. Ingat tak kegilaan kita semua menempah cupcakes satu ketika dulu? Kreativiti hebat ibu- ibu di rumah telah dipasarkan melalui blog dan kita mengadap gambar- gambar dari pada hingga petang di ofis. Aha, ingat tak blog gubahan hantaran perkahwinan? Oh sangat heaven! Kemudian muncul pula Facebook dan perniagaan dari rumah tumbuh bak cendawan lepas hujan, termasuklah distributor- distributor Shaklee muncul setiap hari memperkenalkan produk dan pelan perniagaan Shaklee. Peluang ini tidak disia-siakan oleh ramai ibu-ibu bekerjaya termasuk saya sendiri, dan kini apabila Shaklee Malaysia juga telah online (www.shaklee2u.com.my) semuanya boleh diuruskan di hujung jari saja.

(2) Hantar anak pada pengasuh
Ketika saya mula bekerja dari rumah, ramai yang mempersoalkan kenapa saya masih hantar anak ke rumah pengasuh sedangkan saya punya masa di rumah. Ketika itu suami saya masih lagi bekerja dan hanya pulang ke rumah jam 6-7 petang. Kami setuju untuk hantar anak- anak ke rumah pengasuh bagi membolehkan saya menguruskan hal- hal berkaitan bisnes seperti menghantar order ke Pos Laju, berjumpa anak-anak buah saya untuk discussion atau pun jika perlu saya akan ke branch Shaklee yang berdekatan dengan rumah saya. Walaupun hati berat juga nak hantar anak ke rumah pengasuh, tapi saya nampak kelebihannya. Selepas pukul 3, saya ada 100% masa dengan anak- anak, dan tidak lagi risau jika ada urusan bisnes yang belum selesai. Saya boleh sambung saja esok pagi seperti biasa. Saya dapati kerja saya lebih efektif dengan cara ini.

(3) Guna service cuci rumah
Keadaan di rumah saya sama saja samada masa bekerja di ofis, ataupun bekerja di rumah. Kalau dulu saya tak sempat sangat nak mengemas sebab bekerja, sekarang ni saya sempat mengemas, tapi tak sempat lama, dah bersepah semula. Anak- anak saya 4++ tahun dan 2++ tahun memang sangat pakar dalam hal menyepah barang- barang. Jadinya back to square one. Cuma saya perlu pastikan tandas, kipas, ceiling dan balcony dicuci seminggu atau dua minggu sekali. Dan untuk tujuan itu, saya lebih suka menggunakan cleaning service yang dibayar mengikut jam. Setakat ini service yang saya guna memang memuaskan hati (setanding bayaran, RM60 untuk dua jam, 2 orang cleaner), jadi saya tidak rasa ralat mengupah cleaner ini. Saya pernah cuba upah orang lipat kain, tapi saya tak berapa berkenan dengan cara lipatan, jadi saya fikir cukuplah sekali tu saja haha!

(4) Manjakan diri
Pada sebelah pagi, selepas saya hantar anak ke pengasuh dan tadika, saya ada lebih kurang 5 jam. Dan setiap 2-3 minggu saya akan ambil masa untuk buat facial dan lain- lain maintenance hehehe. Kalau dulu, saya tak ada langsung masa, atau tak ada langsung extra cash untuk hal ini, tapi sejak hampir 8 bulan, inilah rutin yang paling saya tunggu- tunggu. Saya dapati apabila saya lebih fresh, dan rasa cantik dan kemas, mood saya pun lebih baik dengan orang lain terutama anak- anak saya tu! Alhamdulillah.

(5) Lebih masa berkeluarga
Sekarang saya dapati, saya lebih fleksibel untuk berjumpa kaum keluarga. Saya boleh pergi ke rumah in law pada bila- bila masa (dulu hanya pada hari Jumaat selepas kerja) dan kami boleh pilih untuk balik kampung lebih lama (dulu hanya terhad Jumaat-Ahad). Dah tak perlu lagi nak ambil cuti dan sebagainya. Memang saya rasa betul betapa "emas" nya masa bila dah boleh ada waktu fleksibel macam sekarang ni.

Apa yang saya share di atas, tidaklah datang bergolek, dan bukanlah sesuatu yang kami nikmati dalam sekelip mata. Saya ambil masa dua tahun untuk merancang dan berusaha bagi memboleh kami menjalani kehidupan yang sebegini fleksibel. Malah hari ini seorang demi seorang anak buah saya memulakan hari mereka sebagai 'work at home mom' dan semakin ramai yang menanam azam untuk turut serta. Apapun bidang bisnes yang anda pilih, dan jika ini juga cara kehidupan yang anda mahu, pastikan matlamat anda jelas, dan fokus kepada butiran usaha anda setiap hari. Semoga Allah memberi kemudahan kepada niat baik kita semua. Amin.

Much love,
Puteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...