Showing posts with label business online. Show all posts
Showing posts with label business online. Show all posts

Tuesday, April 7, 2015

Kelas Start Up Facebook Ads Marketing

Assalamualaikum semua :)

Hujung bulan Mac, saya menghadiri satu lagi kelas berkaitan bisnes iaitu kelas Facebook Marketing. Ramai juga bertanyakan kenapa sekarang baru nak pergi kelas marketing, selepas dah naik rank Master pulak tu.

Sebenarnya saya mahu mengikut perubahan masa. Dulu masa saya mulakan bisnes online, saya hanya bergantung kepada blog, dan kemudian saya tambah dengan konsep "sharing" di Facebook peribadi. Ketika itu dua method ini memang sangat berkesan dan menjadi.

Dua tahun berlalu, online marketing bertambah pesat, dan persaingan bertambah sengit. Saya dapati blog dan sharing biasa di Facebook tidak cukup. Kena tambah lagi dengan Facebook marketing pula. Sebelum saya pilih untuk register kelas, saya dah spent few months membaca dan memerhati bagaimana orang lain melakukannya. Dan saya yakin, ini adalah keperluan yang urgent untuk saya dan group bisnes saya.

Saya boleh buat kesimpulan ringkas daripada kelas ini, dan saya dapat 5 points utama yang saya belajar tentang Facebook Ads Marketing iaitu:

1- Sangat penting dan sesuai untuk mereka yang BARU MULA bisnes secara online. Ibaratnya seperti latihan membuka dan menguruskan kedai anda sendiri.

2- Sangat penting dan kritikal untuk mereka yang SUDAH LAMA ada bisnes secara online. Ibaratnya seperti membuat renovation dan menambah cawangan kedai sedia ada.

3- Sangat penting untuk elak SYOK SENDIRI berbisnes. Maklumlah bisnes online ni tak payah nak keluar rumah pun boleh buat. Jadi bagaimana mahu dapat feedback secara tepat tentang marketing yang dijalankan. Dengan FB Ads Marketing ada kemudahan untuk dapat marketing review. Jadi boleh improve diri sedikit demi sedikit.

4- Sangat penting jika kita nak elak HILANG KAWAN dalam Facebook list kita mula "hide" atau "unfriend" semata- mata sebab kita bisnes. Ini isu besar juga sampai ada yang terasa hati dan sebagainya. Bila dah mula terasa sana sini, bisnes apa pun tak boleh la. Jadi eloklah beralih kepada Facebook Ads marketing ni pula. Memang tak kacau orang.

5- Sangat penting jika anda rasa BISNES ONLINE MERUDUM atau masih di takuk lama. It's time to reinvent and to innovate!

Pergi kelas tak payah serius sangat, mesti kena fun dan ceria, baru senang serap ilmu tu! 

Jika anda rasa 5 points saya senaraikan itu relevan dengan anda, inilah masanya untuk cari kelas- kelas start up Facebook Ads Marketing :)

Thursday, June 19, 2014

Membina magnet diri

Assalamualaikum semua :)

Terlambat sudah nak update tentang Shaklee National Conference, nampak gaya dah penuh Facebook & blogs cerita tentang NC yang berlangsung dengan meriah sekali. Apatah lagi, tahun ni sangat special, Roger Barnett sendiri turun padang, berjumpa dengan penerima award, memberi speech yang sangat inspiring. Tahun depan kena lah join ye, kalau tak nak ketinggalan!

Exclusive dinner with Mr. Roget Barnett,
Peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan! 
Kami berdua terpilih untuk menyertai exclusive dinner with Mr. Roger Barnett, sehari sebelum NC, satu perjumpaan yang sangat memberi makna, kerana tidak ramai leaders yang layak, lebih kurang 50 orang saja malam itu. Ianya special kerana ini kali pertama dapat berjumpa dengan Mr. Barnett secara up close, dan yang kedua kelayakan ini bukti kerja kerasa kami dan bukti kesungguhan group kami membina bisnes Shaklee mereka. Saya berharap tahun depan ada lagi peluang yang serupa, dan dapatlah saya pergi dengan leader- leader saya pula.

Selepas selesai NC, saya terus pulang ke Perak, balik kampung ikut mak. Mak pun join NC, sebab kami layak tiket untuk stay 3 hari 2 malam di Sunway Resort. Jadi mak dapat la melepak dengan cucu- cucu, sambil saya berpesta di NC hahaha! Adik saya, yang juga leader saya, dah rank Coordinator pun balik dari Abu Dhabi untuk join NC kali ni. See, memang meriah sangat.

Malam melaram!
Sangat suka dengan mekap oleh Balkis Amir. TQ Bal! 
Beberapa hari di kampung, menghabiskan cuti sekolah Aliyah, kami terus ke Paka, untuk program Inner Circle United: From Zero to Hero, yang dianjurkan oleh Master Dila Roslan. Ini kali pertama saya join tour dengan leader saya,  Master Aishah, and we had such a great time! Aliyah memang enjoy bila dapat jumpa Izzah, dan Adam macam biasa, as long ada swimming pool, memang enjoy punya.

Aishah berkongsi pengalaman bagaimana dia merancang career dengan bisnes Shaklee, daripada bisnes part time kepada full time. Topik saya pula fokus kepada bagaimana kita boleh membina magnet diri, supaya mudah menjadi kegemaran orang lain, mudah menarik perhatian orang lain (secara positif). Saya gembira dengan respon yang diberikan oleh peserta dan jelas mereka memang serius mahu memajukan diri dengan bisnes ini.

Work hard, play hard. The trip was a perfect family getaway as well.
Best friends, in progress :) 
Kami sempat menziarah pakcik saya di Dungun, dan saya sebenarnya tak mahu lah sangat cerita tentang bisnes saya, tapi rupanya pakcik dan makcik saya dah tahu pun saya ada bisnes Shaklee haha! Ini mesti kerja Abah la ni, seronok bercerita hehehe! Bukan apa, kadang- kadang kita tak tahu samada orang suka atau tidak dengan cerita bisnes terutamanya bisnes MLM, jadi lebih baik tutup mulut. Kalau tak ditanya, baik diam hehehe. Alhamdulillah, setakat ini keluarga saya sangat menyokong bisnes kami, dan kami berazam untuk buat lebih baik lagi untuk membantu keluarga.

Dua minggu yang sangat busy, dan weekend ni kami ada lagi kelas, tapi kedua- duanya organized by my leaders, Master Aishah ada kelas Blogging for Millionaires (BFM) dan Coordinator Fadlina bersama- sama Supervisor Asliah pula bergabung tenaga menguruskan kelas Start Bright Series yang ke-8. Saya pula akan berkumpul dengan geng ICU di Hotel Marriot, untuk sesi Learn to Lead bersama- sama leaders masing- masing. Ini sesi high stress haha sama- sama nak brainstorm untuk improve leadership skills masing- masing. Lepas tu boleh pergi spa!

See you all soon!

Wednesday, November 13, 2013

Bisnes MLM, satu perjalanan yang sunyi

Saya teringat dulu (2002 kot?) saya pernah menemani rakan saya "dating" dengan seorang lelaki yang dikenalkan oleh rakan kami yang lain. Kami bertiga berjumpa di KFC, saya, lelaki tersebut dan rakan saya. Saya tak berapa ingat apa yang berlaku, tapi saya sangat ingat satu perkara, iaitu lelaki tersebut seorang businessman MLM, brand Omega Trend. 

Lelaki itu tidak bercakap tentang hal lain, selain daripada bisnes MLM, nampak sangat bersemangat dan bersungguh- sungguh. Kami berdua pula langsung tak tau menahu tentang bisnes, dan kami memang jenis tak pandai berlakon. Jadi, muka sangap kami sangat jelas, dan lelaki itu berkata "Maaf la yer korang, saya memang dah tak reti nak cakap pasal benda lain, memang nak cakap pasal Omega Trend je". Hahaha! Jujur orangnya. Seperti yang anda boleh duga, itulah kali terakhir rakan saya "dating" dengan mamat tersebut. Tadak magnet! 

Saya juga begitu di awal penglibatan bisnes Shaklee. Tiba- tiba saya jadi begitu passionate dengan bisnes ini, dan seharian itu saja yang saya cerita! Pong pang pong pang! Tak berhenti- henti! Ngeri tak? Alhamdulillah ianya tak seperti cara konvensional MLM, saya hanya pong pang di Facebook dan blog saja. Tiada muka sangap yang saya nampak, dan sangat minimum rasa malu itu. Maklumlah kita cuma update status Facebook dan layan komen (jika ada haha). Itu saja. 

Makin lama, makin ramai yang ambil tahu tentang aktiviti Shaklee saya di Facebook. Ada yang jadi customer, ada yang jadi ahli. Akhirnya merebak dan hari ini Puteri & Friends ada lebih 500 orang ahli, saya kumpulkan semua di dalam group khas (rahsia & eksklusif) di group Facebook. Meriah dan tidak pernah sunyi dengan pelbagai discussion sesama kami SETIAP HARI! 

Saya teringat kembali kepada mamat Omega Trend. Saya fikir mungkin dia sunyi, kerana bisnes MLM tanpa kuasa internet adalah sukar dan bukan calang- calang orang boleh tabah. Terutamanya kami generasi yang super busy, semua nak cepat saja. Dengan internet, click click, banyak benda boleh selesai. Malah Shaklee pun dah fully online sekarang ni, nak jadi ahli, nak order barang, sampai lah nak check bonus pun online! Syukur Alhamdulillah, mudahnya perjalanan kami berbanding generasi MLM dahulu. 

Tapi sudah tentu ada cabaran berbeza pula. Bila semua nak cepat, orang jadi tak sabar, termasuklah customer kami. Jika barang habis stock, lambat sampai, oh parah juga tu! Dan saya akui jika tidak ada support group yang kuat, kami juga akan tewas, kesunyian dan hilang arah. Saya bermula dengan support yang diberikan oleh dua orang uplines saya, Cery & Alin. Dan saya mengenali 2-3 orang sidelines lain, yang juga baru bermula bisnes mereka. Semakin lama semakin ramai orang yang saya kenal, dan bertuahnya saya, mereka juga memberi sokongan. Sama- sama memotivasikan diri untuk berjaya. Dan apabila PAF semakin besar, saya ada downlines yang menjadi tempat saya bertukar pendapat, berkongsi impian dan harapan. Semakin hari semakin kuat hubungan kami. Kami tidak sunyi lagi! Internet mengukuhlan lagi hubungan kami dan kini kami ada community kami sendiri. 

Kepada distributor2 yang baru join bisnes Shaklee, jika anda perlu bimbingan dan rasa sunyi, carilah uplines anda. Kadang- kadang ada juga yang lost dan menghubungi saya, terpaksa saya berterus terang, dan bertanya apa dah jadi dengan uplines anda? Carilah mereka dan hulurkan tangan untuk dibimbing dan dipimpin, supaya anda tidak sunyi lagi.

Kepada yang berminat untuk menyertai komuniti kami, boleh hubungi saya :)

Master Puteri 
016- 344 7727 (WhatsApp)
puteriyusof@gmail.com 

Saturday, November 9, 2013

Dying to know, scared to ask?


Semalam ada perbualan menarik antara saya dan seorang sahabat, sambil makan tengah hari. 


Dia terlalu curious tentang bisnes saya, kerana saya langsung tidak bercerita tentang Shaklee jika tidak ditanya. 

"So you don't go around and call people to meet?"

"Errm NO. I just share the info with EVERYONE on my Facebook and blog". 

"Interesting, because all my friends that are into this always harassing me and I would run if I see them"

"Hmmm yeah, it's interesting that you don't run from me today" 

Selesai lunch, kami pun berpisah, kemudian dia kata,

"Kak Puteri, can I come and OBSERVE your training?"

"Sure!" 

See, this is how we do it, since the beginning. Just be yourself, share the info, and let people come to you. 

Sound easy? Hey, not without steps and some magic tips yeah :)



xoxo
Puteri 
016-3447727

Wednesday, September 4, 2013

Peluang bisnes shaklee - pilih group yang tepat untuk anda

Assalamualaikum!

Hampir sebulan saya tidak update blog, walaupun kenyataannya hari- hari saya buka blogger.com, tulis sebaris dua dan akhirnya saya simpan sebagai draft. Sepanjang bulan puasa, memang sangat busy dengan macam- macam aktiviti. Dan sepanjang minggu- minggu selepas raya, lagi lah busy dengan entah apa- apa lagi. Tapi saya sangat gembira dan sangat- sangat puas. Saya dapat rasakan saya berada di kemuncak kerja keras, keadaan di mana saya tidak peduli waktu tidur saya dan sangat kurang waktu saya berehat. Kesannya, sudah hampir dua minggu, selesema saya masih belum pulih 100%. Bila badan penat, immune system pun mudah dicerobohi. Dan saya pula tidak berdisiplin membina perisai semulajadi badan!

Raya pun tak tenang...haha! 
Alhamdulillah, selepas closing August, saya terus berehat dan kesihatan pun semakin pulih. Dan saya kembali merangka strategi bisnes Shaklee kami. Dan yang lebih exciting, suami saya kini telah (secara formal) turut serta dalam bisnes ini. Kali ini sumbangan beliau tidak sekadar sebagai runner ke branch beli order atau stok, tapi sebagai business consultant. Dengan keadaan kumpulan kami yang semakin besar, saya amat memerlukan partner yang boleh membantu saya merangka strategi supaya semua ahli kumpulan diberi tumpuan yang sewajarnya dalam membina perniagaan Shaklee mereka. Saya terima tanggungjawab yang besar ini dengan hati terbuka dan sangat teruja untuk melihat impian mereka menjadi kenyataan.

Always find time to meet, it's important to be around those with similar dreams
Bukan seorang dua ahli kumpulan kami, yang memberitahu betapa mereka gembira dengan bisnes Shaklee mereka. Dulu saya hanya berfikir, oh memang la gembira bila dapat order dan melihat customer happy dengan produk Shaklee, ianya memang terbukti berkesan. Kemudian saya sedar, kegembiraan mereka adalah lebih dari sekadar menjual produk. Saya mengakui, sepanjang saya bekerja dahulu, tidak pernah saya gembira melakukan kerja sepertimasa sekarang. Mengapa? Sebab utama ialah sokongan kumpulan & leaders dalam kumpulan kami.

Saya senaraikan di sini 3 sebab mengapa sokongan adalah penting dalam bisnes Shaklee kami:

(1) Perniagaan MLM boleh menyebabkan kita terasing dan sunyi - apabila anda buat keputusan untuk menyertai sesebuah perniagaan MLM, anda berperang dengan diri sendiri samada ia adalah keputusan yang baik. Anda tidak tahu samada rakan- rakan dan keluarga akan menyokong anda atau sebaliknya. Ramai yang risau tentang pandangan orang lain tentang bisnes MLM mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan anda tertekan kerana rasa terasing dan kesunyian. Sokongan group dan leader adalah penting bagi memastikan anda tidak terus hanyut dengan rasa takut dan risau. Apabila berada dalam kumpulan yang sudah tetap halatuju, rakan- rakan dalam kumpulan boleh memberi galakan berterusan dan anda sendiri boleh lihat banyak contoh mereka yang telah berjaya. Sebab utama anda risau bila memikirkan samada anda boleh berjaya ataupun tidak,  kini bukan lagi isu yang penting. Setiap hari anda diingatkan bahawa anda juga boleh berjaya seperti mereka. Inilah pendorong kepada usaha berterusan dan tidak mengaku kalah.

(2) Perniagaan MLM memerlukan usaha dan kerja keras - jika anda menyertai sesebuah perniagaan MLM yang menjanjikan kerja senang dan pulangan lumayan, kemungkinan besar anda telah menyertai skim yang tidak telus dan berisiko. Usaha dan kerja keras di awal penglibatan anda dalam MLM adalah perkara utama yang anda perlu tahu. Anda perlu berusaha meningkatkan jumlah pengguna dan pelanggan produk dan pada masa yang sama perlu bina keyakinan mereka untuk turut serta menyertai peluang bisnes yang menguntungkan ini. Sudah tentu anda tidak boleh bersenang lenang, sehingga dua perkara ini tercapai dan kumpulan anda membesar dan matang. Sokongan kumpulan yang padu akan memastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan bagi mencapai dua perkara ini. Anda tidak perlu membuang masa mencipta cara yang lain, sebaliknya akan diberi panduan supaya meniru cara mereka yang telah berjaya.

(3) Perniagaan MLM anda perlu diberi cermin diri- apabila group semakin besar, anda perlu memastikan ahli- ahli tahu apa yang perlu dilakukan dan anda sebagai ketua perlu sentiasa memusabah diri tentang apa yang boleh diperbaiki dari masa ke masa. Leaders dan ahli kumpulan boleh membantu anda memberi feedback setiap hari supaya anda tidak terus leka dengan cara anda sendiri. Adalah menjadi kebiasaan dalam perniagaan MLM apabila orang menuduh ketua kumpulan tidak peduli dengan ahli- ahli yang baru kerana sudah senang lenang. Ini boleh dielakkan sekiranya leader beri masa untuk cermin diri sendiri dan bagaimana anda boleh buat dengan lebih baik. Leader yang baik akan berterus terang dengan anda, apakah kesilapan- kesilapan yang pernah dilakukan dan mengajar supaya anda dapat mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama.

Alhamdulillah, ketiga- tiga perkara di atas saya temui dalam group besar kami- Group Jutawan di bawah pimpinan Presidential Master Shareeza & Muhd Nazri. Beliau saya kenali sejak saya bergelar distributor lagi, dan sehingga kini sokongan beliau tidak pernah putus. Direct upline saya, Master Azlin Mohd Atan adalah tempat saya mengadu, dan meminta sokongan dan saya tidak pernah dikecewakan. Alin adalah contoh terbaik bagi saya dalam hal- hal pengurusan masa dan disiplin yang tinggi, perkara yang sangat penting dalam memastikan kejayaan perniagaan MLM saya.


Hubungi saya sekiranya anda mahu jadi sebahagian daripada group yang hebat ini, dan anda boleh rasai apa yang kami sedang jalani. SMS/ WhatsApp 016 344 7727 atau email puteriyusof@gmail.com

Let's Start Bright
Puteri & Friends

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...