Showing posts with label set bersalin. Show all posts
Showing posts with label set bersalin. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Luka bersalin Caesarean sembuh segera

Assalamualaikum semua :) 
Bila kita bersalin secara pembedahan ataupun Caesarean ni, proses pemulihan sangat penting bermula hari pertama, kerana itulah masa kita perlu menghasilkan susu untuk bayi, dan perlu menyesuaikan diri dengan proses penyusuan dan juga penjagaan bayi baru lahir. 
Kalau berdiri pun tak mampu, bagaimana nak uruskan diri dan bayi? 
Pengalaman 3 kali bersalin melalui pembedahan Caesarean membolehkan saya membuat perbandingan kali pertama, kedua dan ketiga. 
Anak pertama: Satu minggu baru boleh berjalan sendiri, itupun menapak satu per satu, kura- kura lagi laju. Dua minggu belum boleh uruskan bayi. Semua dibantu keluarga. Ketika ini tidak mengamalkan apa- apa supplement selepas bersalin. 
Anak kedua: Satu minggu dah boleh berjalan dan uruskan diri sendiri. Selepas dua minggu sudah boleh mandikan bayi sendiri. Ketika ini saya mengambil beberapa jenis supplement Shaklee seperti Vita-lea, B- Complex, Zinc Complex dan Vitamin C. 
Anak ketiga: Hari ketiga dah boleh berjalan sendiri. Minggu pertama dah uruskan diri sendiri dan bayi. Hari ke-4 kembali ke hopsital kerana bayi jaundice. Uruskan bayi di hospital sendirian. 
Memang lain rasanya bila saya amalkan Vivix sejurus selepas bersalin. Proses penyembuhan lebih pantas, hari kedua, plaster dibuka dan tempat pembedahan ternyata telah kering. 


Anda punya pengalaman luka bersalin Caesarean yang lambat sembuh sebelum ini? Mungkin Vivix boleh membantu. 
Hubungi saya, dan jangan lupa minta diskaun menarik, hanya untuk bulan Julai ini saja! Oh lagi satu, ada free delivery tau smile emoticon

Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur 

Saturday, July 4, 2015

Urutan selepas bersalin Caesarean

Assalamualaikum semua :)

Saya nak berkongsi sikit pengalaman berurut selepas bersalin Caesarean, kerana pasti ramai tertanya- tanya, boleh ke tak boleh ke urut selepas bersalin secara pembedahan ini. Terutamanya yang bersalin kali pertama, banyak juga kita tak tahu, dan bila tak tau, kita jadi cemas, cuak dan susah hati kan?

Pengalaman saya bersalin kali pertama dan kedua secara pembedahan Caesarean, saya hanya berurut selepas 2 minggu bersalin. Kali pertama tu, saya tunggu 2 minggu sebab nak berurut di kampung. Dua minggu di rumah mertua di KL, takde orang yang berani suggest tukang urut, sebab (i) mertua pun tak kenal mana- mana tukang urut (ii) kita pun tak berani nak urut sebab dengar- dengar tak boleh urut kalau bersalin Caesarean. Jadi dalam masa 2 minggu tu, bertahan je lah. Kali pertama bersalin paling tak selesa dengan sakit belakang (salah posture menyusu dan kesan epidural). Badan pun lenguh- lenguh, kesan menanggung berat badan selama hamil.

Kali kedua walaupun urut selepas 2 minggu, badan lebih cergas kerana dah mula ambil supplements Shaklee. Ostematrix paling terbaik pada pendapat saya untuk masalah lenguh, sengal badan semasa dalam pantang. Ditambah lagi dengan supplement penambah tenaga lain seperti Vita-lea da B- Complex. Jauh lebih cergas berbanding bersalin kali pertama.




Pada pendapat saya, ada 3 perkara yang anda perlu tahu berkaitan urutan selepas bersalin.

1- Boleh urut sejurus selepas bersalin untuk kesegaran badan 

Sebenarnya tidak ada masalah nak urut badan selepas bersalin Caesarean. Apa yang penting ialah elakkan urut kawasan pembedahan dan di kawasan perut. Kawasan perut terutamanya, perlulah di-scan dulu (selepas sebulan) untuk memastikan uterus telah mengecut dan rahim dalam keadaan baik (tidak bengkak dan sebagainya). Untuk kawasan lain terutamanya kaki, bahu, belakang, tangan dan kepala, tiada masalah untuk diurut. Malah ia beri kelegaan kepada kita supaya lebih sihat dan cergas.

2- Pilih tukang urut yang ada pengalaman

Tukang urut yang ada pengalaman mengurut ibu yang bersalin Caesarean akan lebih konfiden dan sekaligus beri kita ketenangan fikiran semasa diurut. Kalau tukang urut pun jerit- jerit seram nak tengok kawasan pembedahan, sudah tentulah kita sendiri terganggu. Tukang urut saya di kampung sekadar tengok kawasan pembedahan, samada sudah kering atau belum, dan terus mengurut di kawasan badan yang lain. Melihatkan luka saya sudah kering dan nampak bersih dan cantik, dia juga mengurut sedikit di bahagian atas perut dan menungkunya. Sangat awesome!

3- Guna hot water bottle untuk tuam badan

Kalau badan dah sengal sangat, dan tidak yakin diurut dan ditungku, gunakan alternatif moden dengan hot water bottle. Anda boleh beli di farmasi, dan letak di bahagian pinggang, bawah peha, punggung dan tuam di sekitar tapak kaki, betis dan juga lengan. Sangat nyaman dibuat sebelum tidur, ataupun selepas mandi pagi. Tukang urut saya di kampung beri tips yang menarik juga berkaitan hal tuam ini. Anda boleh ambil garam kasar, sangai di atas kuali. Ambil sarung bantal, dan masukkan garam kasar ke dalam sarung bantal. Ikat dan punjut sarung bantal, dan gunakan untuk menuam seluruh badan termasuklah kawasan perut. Saya dah cuba, dan ianya sangattttt melegakan.

Pada pendapat saya, produk Shaklee yang terbaik untuk menemani sesi urutan ialah Ostematrix dan Performance Drink. Ostematrix sangat membantu menghilangkan sengal- sengal diurut (terutama yang tak tahan diurut kuat seperti saya).

Aha, tahu tak selepas badan diurut,  badan kita akan keluarkan toksin melalui peluh dan air kencing. Jadi kita kena cepat replenish air yang keluar dari badan, untuk elak suhu badan meningkat dan boleh jadi demam. Sebab itu Performance Drink boleh membantu, dengan kandungan elektrolit, Performane Drink elak badan menjadi "kering" dan suhu meningkat.

Saya harap perkongsian ini membantu anda semua. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya, dan sudah pastinya pengalaman orang lain mungkin berbeza. Sekiranya anda mahu mendapatkan produk Shaklee untuk pemulihan selepas bersalin, bolehlah hubungi saya :)

Puteri Yusof
016- 344 7727 
Kuala Lumpur 

Friday, April 10, 2015

Persiapan berpantang

Assalamualaikum semua :)

Hari ni genap dah my pregnancy minggu ke-31. Sangat pantas masa berlalu. Which is bagus lah, memang tak sabar dah ni haha! Now tidur pun tak lena sangat, serba tak kena sebab perut dah besar sangat. Tapi Alhamdulillah, selain dari tu semua berjalan lancar. Baby is growing at its right pace and gestational age.


So apa lagi, cerita persiapan berpantang la pulak. Sebenarnya saya dah start beli barang sikit- sikit sejak last month. Berbeza la tahap teruja nak shopping kali ni, tapi shopping tetap shopping. Never give up never surrender, slogan tetap tu hahaha!

Dan untuk set berpantang kali ni, sudah tentu meneruskan tradisi, dengan supplement Shaklee. Ini kali kedua berpantang dengan supplement Shaklee, selepas mendapat manfaat yang super awesome semasa berpantang dengan Adam, 4 tahun lepas. FYI, ni kali ketiga saya akan menjalani pembedahan Caesarian, jadi tumpuan utama selepas bersalin ialah FAST RECOVERY.



Ini 3 jenis basic supplements yang saya ambil forever and ever lah. Tak pregnant pun makan, time pregnant pun makan, lepas bersalin pun makan. Multivitamin, b- complex dan Vitamin C. Untuk selepas bersalin, saya akan add Zinc untuk menyembuhkan luka dannnnnn yang paling saya suka untuk lepas bersalin ialah GLA Complex. Satu manfaat yang saya alami semasa mengamalkan GLA Complex selepas bersalin ialah ia menyelesaikan masalah kulit hitam di leher dan ketiak semasa pregnant, akibat perubahan hormon. Aiseh ni memang masalah luaran tapi sakit mata memandang. Dan selain dari tu, sebabkan GLA Complex ni ada omega- 6 daripada tumbuhan (minyak dari bunga borage), ianya sangat bagus untuk women wellbeing terutamanya bagi menyeimbangkan hormon. Ibu- ibu lepas bersalin ni kalau tak seimbang hormon, jaga- jaga lah takut jadi post partum depression pulak. Nauzubillah.

Saya dah ada pengalaman semasa anak pertama, recovery agak lambat dan beri sedikit tekanan. Mujurlah takde ada masalah besar sangat, luka pun sembuh dengan baik. Tapi daripada segi tenaga dan pergerakan, memang agak slow lah masa bersalin anak pertama. Belum kenal supplement pun masa tu. Ingatkan dalam pantang wajib guna herba- herbi saja ahaha!

So anyway, let's check out apa benda yang saya dah beli untuk persiapan berpantang nanti.

Tadaaaaa....produk Tanamera!


Saya survey juga produk untuk selepas  bersalin yang lain. Tapi lebih kepada produk luaran, untuk dapat feeeeel berpantang haha! Kalau takde bau- bau herba tak best jugak kan hehee...saya suka bau herba- herba ni, fresh! Jadi saya check website Tanamera, selepas dapat good review daripada rakan- rakan Facebook ehehe. Ramai yang guna Tanamera rupanya. Tapi saya tak beli satu set pun. Saya pilih yang berkenan saja. Termasuk Brown Formulation Body Soap ni lah. Kawan saya pesan beli dua ketul sabun tu sebab seketul pakai terus! Oh memang bestttt! Saya cuba sental leher yang hitam tu kan, ehhhh lepas seminggu nampak lebih cerah tau. Tak tipu, serius kena cuba! Walaupun tak habis hilang, tapi ada perubahan. Haiyoh tak sabar nak tengok result lepas bersalin, makan GLA Complex dan sental lagi dengan sabun ni. Memancor confirm punya ahaha!

Ladies, you can go to the Tanamera website, and start filling the shopping cart yeah!

https://www.tanamera.com.my

And kawan saya kata, ada kedai jual produk Tanamera ni dalam Giant Taman Melawati, KL. Kalau anda dekat area tu boleh survey tengok. Saya beli online je, pantas dan tuntas.

Kali ni saya tak plan nak berpilis semua kat muka, sebab saya stress dengan habuk serbuk pilis di lantai. FYI saya ni ada jadi senang stress bila rumah bersepah, berhabuk etc. Walaupun dah pandai ejas, pejam mata je kekadang, tapi still, ada benda saya elak la, contohnya serbuk- serbuk pilis time berpantang.

Last week kawan saya suggest guna produk Anugerah. Katanya pilis jenis oil, sapu saja ke dahi dan badan, untuk warm the body. Effect sama macam pilis, tapi tak bersepah. Saya belum check out lagi produk ni, so next nak cari lah satu dua yang boleh guna. Semangatttt!


Oppps bukan salah tepek gambar. Tapi ni satu keperluan penting berpantang yer puan- puan hehehe! I don't know about others, tapi semasa dalam pantang, I will wash my hair EVERY DAY. So kena ada hair dryer supaya tak kepammmm. Lepas tu rambut pulak wajib diikat (Mak pesan jangan potong pendek haha), jadi nak lagi selesa, wash, blow dry and tie it kemas- kemas. Skema ke tidak tu.  Hair dryer kat rumah ni pun dah bertahun rosak dan dah buang pun. Jadi terima kasih  ada point Bonus Link hahaha!


Ni sebahagian harta benda baby yang dah dibeli, tapi belum disusun. Dalam drawer ada lagi, mostly barang2 Aliyah & Adam yang boleh diguna lagi. That nice changing table saya beli daripada kawan yang nak pindah oversea. Sebelum ni takde pun pakai changing table bagai tapi rasa macam practical pulak ahaha iyolah tu. We shall see ok. Kalau rasa tak praktikal, kita bagi orang.

Oh sapa- sapa ada pengalaman guna produk Anugerah tu, boleh ler share ek :)

Saturday, December 24, 2011

tips berpantang dengan tenang

bila mengenangkan hari- hari berpantang yang dah berlalu, memang terasa sangat lega. banyak perkara saya belajar ketika berpantang anak pertama yang kemudian saya perbaiki ketika berpantang anak kedua. ada beberapa keputusan yang saya ambil termasuk dalam kategori keputusan bijak berpantang. moh kita lihat senarai bijak berpantang saya!

1- pakaian dalam & luar yang selesa
pertama sekali, pastikan anda membeli nursing bra yang selesa dan cukup jumlahnya, untuk dipakai siang dan malam. nursing bra yang diperbuat daripada 100% cotton adalah yang terbaik, memberi keselesaan kepada kulit, terutamanya jika ibu mengalami luka pada nipple (sakit rasa nak pecah otak), mestilah tak mahu bra yang berenda beropol bagai. jangan ambil mudah pemakaian bra di waktu malam ketika dalam pantang, kerana bila bengkak susu, anda mahukan sokongan yang padu, kalau tak terasa macam nak gugur ke lantai. dan klip yang mudah dibuka dan ditutup memudahkan anda menyusu bayi apabila diperlukan. tak perlu terkial- kial, baby dah menangis, lalu ibu dan anak menjadi stress!

2- fikiran yang tenang
cuba untuk fikir yang baik- baik dan banyakkan beristighfar. saya dapati, fikiran saya mudah terganggu dan tersentap ketika berpantang. adakalanya fikiran mengerawang entah ke mana- mana, berfikir yang bukan- bukan. hormon pun tak stabil, ditambah pula keletihan berjaga malam dan lain- lain. saya dapati dengan berulang kali berisitighfar dan berselawat, sedikit sebanyak saya mudah untuk tenang semula.

3- hadkan kedatangan tetamu melawat
ibu yang baru bersalin, amat lah fragile. samada dari segi kesihatan mental mahupun antibodi mereka. adakalanya kehadiran tetamu- tetamu yang tak putus- putus boleh membawa pelbagai jangkitan penyakit. jika tidak keterlaluan, beritahu kepada rakan- rakan atau kaum keluarga yang tidak sihat, supaya jangan melawat dulu. datanglah bila dah pulih. kadang- kadang tak bawak penyakit, tapi bawak komen- komen yang memanaskan telinga. oops!

4- tenang- tenang saja, susu ibu akan keluar juga
ini memang tricky. apabila kita hamil, impian kita memanglah nak menyusukan bayi dengan susu kita 100%. tapi, terimalah kenyataan sekiranya pada hari pertama kedua ketiga, susu masih setitik dua. biarlah anak disusui dengan formula dan tidak kelaparan. saya pasti ibu menyusu tegar kurang bersetuju dengan saya, tapi secara peribadi, ibu yang tenang fikiran, akan menghasilkan susu akhirnya. kalau tak dapat beri pada hari pertama, jangan rasa bersalah. rezeki anak datang dari Allah jua. saya melahirkan anak- anak saya secara ceasar, saya mesti beri peluang pada diri saya untuk berehat dengan cukup supaya saya lebih tenang, kemudian baru saya usahakan untuk menyusu bayi. ketika aliyah lahir, saya hanya dapat menyusukan aliyah 100% pada hari ke4 apabila pulang ke rumah. untuk adam, saya dapat memberi susu perahan setiap hari dalam 1-2 oz, namun tidak pada setiap jam. logiknya pada saya, bila saya tenang, cukup rehat, susu akan datang kemudian, dan saya akan susukan anak saya sepuas- puasnya.

5- jangan pam kuat sangat sampai luka
maklumlah dah ada medela FS, saya perah susu sekuat hati dengan harapan susu akan memancut keluar. yang keluar setitik dua, tapi yang merekah luka tu aduhai sakit nak pengsan! ingat ya, sabar- sabarlah. kalau boleh marmet, marmet lah dulu. jangan torture kulit anda! nak pakai lama lagi tu.

6- tidur dan rehat bila ada kesempatan
hentikan berBBM, sign out lah dari FB. pejamkan mata, rehatkan minda. ini anda dapat lakukan jika anda bersalin anak sulung. kalau anak kedua tu payah sikit pasal yang sulung mesti nak perhatian. tapi inilah masa suami kena ambil peranan untuk beri lebih perhatian kepada anak sulung, sementara kita dapat berehat. kalau ada tetamu pun, minta diri lah untuk berehat di bilik.

7- simpan rambut panjang ketika hamil, ikat rambut ketat- ketat dalam pantang
saya sangat percaya tips ikat rambut ketat- ketat ketika dalam pantang, dapat mengelakkan sakit kepala semasa dan selepas berpantang. masa hamil adalah masa yang baik untuk simpan rambut panjang. hormon tengah cantik, rambut pun lebat dan berkilat. ikatlah rambut elok- elok ketika berpantang untuk elak masuk angin dan kurangkan sakit kepala. cubalah!

8- gunalah syampu badan, rambut, losyen kegemaran
perkara- perkara kecil sebegini dapat memberi semangat kepada kita sebenarnya. sesekali manjakan diri dengan produk- produk kegemaran anda, supaya kita berasa lebih selesa dan bersemangat. adakalanya badan berbau minyak angin atau losyen bayi sepanjang hari pun tak best juga!

9- guna stoking panjang sampai ke lutut
ini yang paling saya suka. saya jumpa stoking yang panjang, colorful sekali untuk saya pakai ketika berpantang kan adam. sapukan minyak angin pada kaki, dan pakai stoking panjang, untuk elak dimasuk angin. malah bidan hospital pun suka! pilihan yang bijak katanya haha!

10- terimalah nasihat (percuma) dengan senyuman
ada ramai orang akan beri tips dan nasihat itu dan ini kepada ibu yang masih berpantang. senyum dan ucapkan terima kasih samada anda bersetuju atau tidak. mudah kan? ahaks!

sekian.

Wednesday, December 21, 2011

berpantang dengan supplement

pengalaman berpantang ni memang pengalaman yang lain dari lain. susah saya nak cari orang yang mempunyai pengalaman yang sama dan serupa dengan saya. macam juga pengalaman bersalin, macam takkan sama setiap orang kan!

saya memang yakin untuk buat perbandingan pengalaman semasa berpantang dengan produk Shaklee dan dengan bukan produk Shaklee. walaupun berpantang ala shaklee tidak melibatkan pembelian bengkung menjerut perut, ianya lebih berbaloi (bagi saya).

semasa persiapan bersalinkan aliyah, saya memang excited memilih set bersalin. memang rambang mata. akhirnya saya memilih produk yang paling familiar dengan saya iaitu dot-dot-dot. hehehe. produk ini memang mempunyai senarai supplement yang berkualiti tinggi, tapi saya kecewa dengan supplement yang dibeli untuk set bersalin. ianya dibuat dari herba dan tidak sesuai langsung dengan saya. ia buat badan saya gatal- gatal dan miang. dan saya rasa jadual makan pil juga begitu complicated! ada yang kena makan 2 minggu pertama, kemudian lepas sebulan. memang tak sesuai untuk orang yang pelupa (macam saya).

yang saya suka juga dengan set dotdotdot ini ialah ia mengandungi uncang- uncang kecil mandian yang sangat menyegarkan. disebabkan banyak juga barang dalam set ini, pernah sekali saya mandi dengan uncang teh untuk minum! hehehe! saya ni orang simple, benda- benda kompleks ni saya tak reti. dan bengkung yang dibeli bersama set ini, saya pakai 2 kali saja kot, tak selesa kerana (1) saya tak pandai ikat (2) saya bersalin ceasarean.

apabila tiba giliran adam, saya berazam untuk cari set yang simple, senang, logik dek akal. mak saya pesan, ambil vitamin saja, dan saya memilih shaklee- pasal ramai ibu- ibu sudah mencuba, paling mudah nak cari testimonials (untuk set bersalin guna vitamin modern lah).

mama kena cepat- cepat sihat & segar, nak jaga adam, nak jaga HATI aliyah.
set bersalin shaklee sangat mudah, mengandungi:
(1) vita-lea (multivitamin) untuk kesegaran tubuh badan sepanjang berpantang, berjaga malam menyusu anak, tidur tak lena, mandi tak sempat hehe. iron formula dalam vita-lea sangat penting bagi pembentukan sel darah merah dalam badan ibu yang lepas bersalin
(2) b- complex untuk mengawal atur hormon dalam badan, mengawal stress, dapat mengelakkan kemurungan/ baby blues dalam pantang
(3) vitamin C untuk menguatkan immune system badan, membantu membina tisu- tisu dalam badan
(4) zinc ni penting sangat untuk membantu menyembuhkan luka samada dalaman atau luaran. saya sangat merasai perbezaannya kerana saya bersalin ceasarean DUA KALI! masa bersalin aliyah, hanya selepas 2 minggu baru saya dapat berjalan dengan baik (bukan cergas). masa bersalin adam, dalam minggu pertama, saya dah boleh berjalan dengan baik, cergas dan boleh mandikan adam! alhamdulilah!

selingan: masa bersalin aliyah, saya ikut petua orang minum pati ikan haruan. minum la berbotol-botol, sampai kulit tempat surgery jadi tebal dan timbul. masa doktor nak operate keluarkan si adam, dia kikis dulu kulit yang menebal tu, dan dia cakap "macam sotong kan?!" dia dan suami saya ketawa beramai- ramai dalam OT. huhuhuhu!

ok sambung.

cara makan pun senang, sebiji sehari selama 40 hari. tak confuse langsung kan!  dan untuk persiapan breastfeeding, cuma tambah ESP + Alfalfa + Ostematrix. dah siap sedia untuk berjuang bangun malam dan menyusukan baby dan kalau ada anak sulung (macam aliyah yang jeles sangat dengan adik), tak lah stress sangat!

P.S: bagi anda yang rajin pakai pilis, bengkung, saya sangat kagum! saya pakai girdle avon je hahahaha! saya cuba pakai pilis kali kedua ni, tapi aliyah tak bagi, dia tutup hidung dan paksa saya basuh.

Wednesday, November 9, 2011

B-complex; tak buat siapa-siapa gemuk ;)

Saya tak pernah tau pulak vitamin B-complex adalah penting untuk mengawal stress! Yang saya tahu, dulu bila saya ambik b-complex, mesti warna air kencing sangat kuning. sekarang ni, saya dah tahu juga kenapa warna jadi begitu rupa. Sila sambung membaca jika nak tau...:)

Rupa2nya, semua jenis vitamin B, adalah nutrien yang kritikal dan sangat penting untuk perkembangan yang berkaitan dengan minda dan mood kita, samada stress, rasa risau, PMS (nice!). Di samping menguatkan daya ingatan, vitamin B membantu meningkatkan tenaga. Haih, kenapa lah saya tak concentrate masa belajar hal vitamin dalam kelas sains dulu!

Vitamin- vitamin B ni bekerja dalam pasukan dalam memberi faedah kepada tubuh badan kita. Kalau kita jenis yang sangat tinggi stress (sebab kerja atau keluarga dll), kita perlukan supplement b- complex untuk mengawal, atau dapatkan sumber vitamin B natural dalam whole grain, protein haiwan dan sayuran berwarna hijau tua.

Berbalik kepada warna air kencing yang kuning tadi kan (sapa la yang nak tau selain saya ni). Dalam ahli keluarga B-complex, ada sorang uncle bernama Riboplavin (B2). Jadi air kencing menjadi pekat dan sangat kuning apabila badan kita menghapuskan lebihan Riboplavin dari dalam badan melalui air kencing. Gitu...so jangan khuatir, lepas kencing, minum je air, next trip pegi tandas, mesti takde pekat kuning pekat lagi dah!

Ramai juga yang risau, sebab katanya B-complex buat mereka berselera makan, lalu gemuk! Kalau lah mereka tau, sebenarnya seorang lagi uncle dalam keluarga b-complex bernama Thiamine (B1) mengawal jumlah asid di dalam perut bagi menormalkan selera makan. Dan juga, uncle kencing kuning (Riboplavin, B1) membantu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga! Jadi, apa sebab gemuk? Sebab terlebih makan la, jangan marah...

Selain itu, vitamin B seperti B2 dan Biotin penting untuk kesihatan kulit, mata dan rambut. Saya lihat logicnya, kalau kita tak stress, atau tahap stress terkawal, kita akan sihat dan berseri- seri aje!

Dan saya perlu share perbandingan pengalaman saya. Pernah melalui baby blues tak semasa dalam pantang? Tiba-tiba rasa sedih tak pasal- pasal dan stress sebab kurang tidur buat kita senang marah juga. Saya mengalaminya selepas melahirkan Aliyah. Mainly because I didn't have enough energy to cope with the changes in my body. Alhamdulilah, with Adam I didn't experienced another round of baby blues. Memang ada juga stress (tak mungkin relax je kan) tapi sangat terkawal (walaupun berpantang tanpa mak di sisi dan maid tiba-tiba nak berhenti kerja).

Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi saya, mungkin berbeza dengan orang lain. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mempunyai sebarang kondisi kesihatan yang serius sebelum mengambil vitamin2 ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut pengalaman saya menggunakan product ini, boleh email puteriyusof@gmail.com

Tuesday, November 8, 2011

Vitalea - iron formula, bekalan dalam pantang yang cool!

seperti yang dijanjikan, saya nak review tentang set bersalin/ dalam pantang yang saya cuba daripada shaklee. saya cuma membeli trial set, kerana saya sendiri tak pasti samada ianya sesuai atau tidak, dan takut perkara yg sama berulang (tak habis guna set bersalin masa anak pertama).

confinement set shaklee mengandungi Vitalea/ Multivitamin, B Complex, Vitamin C dan Zinc. oleh sebab saya juga perlu mengumpul stock yang cukup apabila mula bekerja, saya juga mengambil set breastfeeding. saya akan review kemudian tentang breastfeeding set ini.

vitalea/ multivitamins shaklee mengandungi 12 jenis galian & minerals yang diperlukan oleh badan. yang paling saya concern tentang badan saya semasa pregnant dan juga selepas bersalin ialah kurangnya darah dalam badan. semasa hamil (belum tahu tentang vitalea), doctor bagi saya formula iron tambahan. kemudian selepas bersalin, saya mendapati vitalea lebih sesuai dengan saya. vitalea mengandungi iron yang diperlukan untuk pembentukan sel dan darah. very important for women at childbearing age.

dan sesuai juga dengan saya yang tak suka nak makan organ dalaman atau seafood (natural source untuk tambah darah). kalau nak tau, jika kita kekurangan zat besi, daya konsentrasi boleh terjejas, cepat letih dan lesu. mungkin antara kesan lain pengambilan vitalea semasa dalam pantang, kawan2 yang datang melawat komen "you ni tak macam orang dalam pantang pun!" (sebab saya ketawa riang gembira, cergas je- diaorang expect saya akan terlantar dan terketar2 kot haha).

Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi saya, mungkin berbeza dengan orang lain. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mempunyai sebarang kondisi kesihatan yang serius sebelum mengambil vitamin2 ini. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut pengalaman saya menggunakan product ini, boleh email puteriyusof@gmail.com


to be continued...

Sunday, November 6, 2011

Set bersalin Shaklee

Tanpa saya sangka, mak tak dapat membantu saya semasa berpantang anak kedua. Mak ketika itu sedang sibuk menjaga atok saya yang sedang sakit (atok meninggal dunia ketika saya dalam pantang, al-Fatihah untuk arwah). Saya ada pembantu rumah ketika itu, dia banyak membantu menguruskan rumah dan anak sulung saya. Suami juga banyak membantu, dan kami berpakat untuk sama- sama menyokong satu sama lain dalam mengharungi jangkamasa berpantang tanpa mak saya. Ibu mertua saya pula juga sibuk dengan cucu-cucu lain yang dijaga sewaktu ibubapa mereka pergi bekerja.

Apa yang saya perlukan ketika itu adalah tambahan tenaga (untuk menguruskan bayi dan bangun malam menyusukan bayi terutamanya), jumlah susu badan yang cukup (anak lelaki, oh my kuatnya menyusu!) dan tahap stress yang terkawal (teringat baby blues period masa anak pertama, strange experience!). Oh saya juga perlukan keberanian untuk memandikan bayi baru lahir (tiada vitamin yang dapat membantu dalam hal ni).

Set bersalin yang saya ambil dari Shaklee mengandungi Multivitamins, Vit C, B Complex dan Zinc. Saya juga menambah dengan beberapa lagi vitamin tambahan untuk tujuan breastfeeding seperti Alfalfa, Energizing Soy Protein dan Ostematrix (pil kalsium kegemaran saya!).

Kesan paling ketara pada pendapat saya ialah, selepas seminggu bersalin (bagi yang bersalin ceasar, mungkin tau lah rasa hazab nak bergerak, menyusu dll dlm tempoh seminggu hingga sebulan), saya dah cukup kuat untuk memandikan bayi dan mampu bangun malam setiap 2-3 jam untuk menyusukan. Saya masih ingat ketika pantang anak sulung, suami perlu menyokong belakang saya untuk bangun, angkatkan bayi dan letak di atas riba, selama hampir 3 minggu! Kali ini, suami boleh fokus kepada anak sulung kami (tempoh tunjuk perasaan anak sulung pun boleh tahan lama) dan saya dapat melakukan banyak perkara sendirian. Dan saya mengambil keputusan untuk tidak minum terlalu banyak pati ikan haruan selepas luka jahitan kering dengan baik sekali (pati ikan haruan buat parut operation menjadi tebal dan huduh!).

Nak tau kebaikan- kebaikan senarai vitamin- vitamin yang saya sebutkan di atas? Tunggu entry seterusnya :)

Set bersalin, berjuta pilihan!

Saya seorang yang gilakan Google, semua benda pun saya Google! Bermula saja kehamilan, segala benda saya Google, termasuklah hal set bersalin. Gila sangat banyak pilihan, sangat gila banyak reviews dan testimonials, semuanya bagus-bagus belaka (kalau baca testimoni lah!)

Sebabkan dah terlalu banyak pilihan, saya pilih yang paling senang, set yang SEMUA ada, dari bengkung hinggalah ke minyak urut ke minyak baby ke pil2 herba. Tapi set paling senang (pada saya ketika itu) bukanlah yang paling murah! Tapi takpe, untuk pengalaman pertama, semua kena perfect dan complete :p

Saya tidak habis menggunakan set tersebut atas sebab2 paling utama iaitu saya bersalin secara ceasarian, nak berjalan ke tandas pun mcm siput, lepas sebulan baru badan rasa sedikit kuat, barulah terkial2 nak habiskan pil, pilis whatnot. Sebab utama kedua ialah, saya lebih rela meng-qada tidur daripada meneliti set tersebut. Sebab ketiga, pil herba tidak sesuai dengan saya, mungkin terlalu panas, badan jadi miang dan gatal- gatal! Dan tiada kesan yang significant terhadap tenaga yang saya perlukan untuk bangun malam menyusukan anak! Mujur ada mak yang sanggup take turn, selesai saya susukan baby, mak tolong tidokan pulak.

Apabila saya pregnant anak kedua, mak dah siap pesan, jangan beli pil herba, sila lah cari vitamins saja (mungkin dia suspect kena bergilir- gilir berjaga malam lagi kot haha). Sebagai anak yang taat, saya pun Google lagi lah! Dan saya telah mencuba Shaklee. Rupa- rupanya, ada perkara yang tak disangka berlaku menjelang kelahiran anak kedua saya, dan saya akui vitamin pilihan saya kali ini banyak membantu saya menguruskan proses dalam pantang (juga selepas bersalin ceasar). Do stay tune :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...