Showing posts with label vivix. Show all posts
Showing posts with label vivix. Show all posts

Friday, July 24, 2015

Abah kena kencing manis!

Beberapa tahun lepas Abah saya disahkan mengidap kencing manis dan mula mengambil ubat setiap hari. Kami tak terkejut pun sebab tengok cara dia yang suka minum teh o hari2 tu dan sangat kurang minum air putih. Lagi pulak kalau dapat makan dessert macam pengat, seperiuk boleh habis sorang haha! Saya cakap dekat Mak, jangan la buat pengat lagi dah, Abah tak boleh kawal tu. Mak kata, eh mana aci, orang lain nak makan jugak, kihkihkih!
Tapi yg bagusnya lepas je kena kencing manis, terus Abah stop minum air bergula. No more teh O, just air putih. Nasi pun boleh dikurangkan. Bab pengat je still struggling hahaha!

Sejak setahun lepas baru Abah setuju nak makan Vivix padahal Mak dah makan dekat 3 tahun. Baru sampai seru kot. Amazingly boleh pulak dia berdisiplin sangat dengan Vivix, tak miss setiap pagi. Abah kata hilang lesu, kalau tidak memang letih je rupanya.
Yang paling best, bacaan gula setiap kali check up memang tip top! He manages his diet and supplement intake very well, kalah Mak.
Abah takkan sembuh dari penyakit kencing manis tapi kami harap dia dapat elak drpd komplikasi penyakit lain akibat kencing manis. Kita yang belum kena ni, elok lah kawal diet, ambil supplement untuk mencegah, dan bersenam.
Sekarang ni bukan saja orang tua kena kencing manis, yang umur 20-an, 30-an pun dah ramai dapat penyakit ni. Yang bahaya tu ramai jugak in denial, tanak makan ubat pulak tu. Jaga- jaga lah yer, kesihatan tu harga yang tak ternilai. Cegah sebelum parah! 

Vivix ni langkah yang baik untuk handle masalah diabetes, rugi kalau tak mula jaga badan dengan produk yang terbukti berkesan. Dan sekarang ni kalau beli Vivix, boleh dapat Vita-lea percuma tau (term & condition apply).

Puteri Yusof
016- 344 7727 
Kuala Lumpur 

Tuesday, July 21, 2015

Penawar slipped disc

Assalamualaikum semua :) 

Masa saya kerja, ada satu kali boss sembang2 pasal slipped disc masa meeting. Ramai yang kena slipped disc sebab kerja tak bergerak2, duduk je sepanjang hari di kerusi. Posture duduk pun tak betul, lama2 disc tulang belakang boleh senget benget. Saya tak ambik tau sangat sebab yelah tak kena kat diri sendiri.
Fast forward beberapa tahun, sahabat baik saya kena slipped disc lepas accident. Dengar cerita dia baru lah feel sbb kawan sendiri menanggung derita. Setahun tak buat kerja rumah, nak angkat penyapu pun tak mampu. Dah rasa macam lumpuh sebelah badan katanya.
Lagi tertekan bila badan jadi tembam sebab makan steroid tahan sakit. Bila dia kira balik, kos fisio, ubat etc sangatlah mahal tiap bulan. Lalu dia mencari alternatif dengan Shaklee.
Setahun lebih mengamalkan Vivix bersama2 supplement lain, keadaan makin baik. Tidur malam dah lena, dah boleh buat kerja rumah semula. Walaupun slipped disc takkan sembuh sampai bila2, tapi dapat menjalankan aktiviti macam biasa adalah rahmat yang besar buat dia. Eh dah boleh kembali semula dengan hobi hiking pun sekarang ni sahabat saya tu.
Slipped disc ni masalah kesihatan yang mahal maintenance nya. Sebab tu sebelum kena, ambil langkag berjaga2. Jaga berat badan, jaga posture, jaga cara angkat2 barang. Tapi kalau dah ditakdirkan nak kena jugak, cepat2 lah cari jalan penyelesaian. Takkan nak makan steroid seumur hidup kan?

Monday, July 13, 2015

Penawar kencing manis

Assalamualaikum semua :)

Beberapa bulan lepas, saya dapat tahu yang suami kepada jiran yang juga sepupu Mak di kampung meninggal dunia selepas pembedahan kaki. Saya terkejut sebab setahu saya pembedahan tu simple je. Kemudian baru Mak bagitau yang arwah tu ada masalah kencing manis yang serius. Lebih serius sebab dia enggan ke hospital, tak pernah check up, tak pernah makan ubat. Pembedahan kaki tu pun disebabkan oleh luka yang tak sembuh- sembuh. Dalam pada masa yang sama arwah dah pun ada komplikasi jantung rupanya.

Dua minggu lepas saya balik kampung, saya bertanya kepada Mak, samada sepupunya itu ada penyakit serius tak sebab nampak tak sihat. Mak kata tak ada. Saya tanya lagi, tak ada ke, tak pernah check?? Haih macam tu lah sebenarnya ramai yang takut nak pergi check up, end up tak tau apa penyakit yang dah berkampung dalam badan.

Tahu tak yang kencing manis ni TIDAK MENYEBABKAN KEMATIAN? Tetapi komplikasi akibat kencing manis memang akan membawa maut. Saya teringat arwah bapa mertua abang saya yang juga ada penyakit kencing manis. Satu hari arwah telah kemalangan yang serius. Tapi doctor tak boleh buat apa- apa pembedahan lanjut kerana terlalu banyak kompilkasi jantung, buah pinggang sekiranya pembedahan dilakukan. Akhirnya kecederaan yang tidak boleh dirawat itu membawa kematian.

Lazimnya masyarakat kita akan mencari penawar kencing manis, apabila bacaan gula sudah pun tinggi dan tidak lagi boleh dikawal dengan sekadar diet. Kebanyakan orang terpaksa juga mengambil ubat untuk mengawal, tetapi adakalanya ubat saja tidak mencukupi sekiranya kandungan resveratrol dalam diet seharian tidak mencukupi.

Untuk mendapatkan jumlah resveratrol yang cukup, sudah tentulah kita perlu cari supplement seperti Vivix Shaklee. Ia diperbuat daripada empat bahan utama yang mengandungi kandungan resveratrol iaitu anggur muscadine, purple carrot, japanese knotweed dan elderberry.

Badan yang sudah dilanda diabetes sudah tidak lagi sensitif dengan insulin (atau dikenali sebagai rintangan insulin).  Resveratrol inilah yang membantu meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin. Sebab itulah pengambilan Vivix memberi kesan yang sangat baik kepada bacaan gula dalam darah pesakit diabetes dan berupaya menghalang daripada mereka dapat komplikasi penyakit- penyakit lain pula.

Jika anda masih mencari- cari penawar kencing manis, dan sudah buntu mencari jalan untuk mengawal kadar gula yang susah  nak turun walaupun dah jaga makan, anda mesti consider untuk mula mengambil Vivix setiap hari. Sebab bila dah ada kencing manis, pesakit mesti tau apa perlu ada dalam diet seharian seperti kandungan resveratrol selain mengawal pengambilan gula dalam makanan.

Berita baik, bulan ini ada promosi Vivix, anda boleh dapatkan harga yang lebih berbaloi untuk setiap botol yang anda beli. Tapi kena cepat yer, sebulan je promo ni. Kalau nak beli stok pun good idea sebelum harga kembali seperti biasa. Sebulan je tau promo ni.





Saturday, January 3, 2015

3 salah faham tentang konsep detoks

Assalamualaikum semua :)

Antara azam tahun baru yang paling popular sudah semestinya berkaitan dengan keinginan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Ada yang sign up keahlian gym, ada yang beli baju dan kasut untuk bersukan, ada yang sedang cuba nak berhenti merokok, nak join yoga dan macam- macam lagi lah. Dan untuk memulakan proses penjagaan kesihatan yang berkesan, sangat penting untuk kita tahu cara "pembersihan" sistem badan atau lebih dikenali sebagai detoksifikasi. Kita memang mengambil berat tentang kebersihan luaran, dan kecantikan rupa paras, tapi ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli tentang kebersihan dalaman. Proses detoks secara ringkas bermaksud keupayaan badan kita mengeluarkan toksin daripada badan, supaya fungsi badan dapat berjalan dengan baik, dan nutrient yang kita ambil setiap hari daripada makanan, dapat diserap dengan baik.

Antara salah faham utama tentang konsep detoks ialah kita boleh mengesan masalah pembersihan dalaman badan dengan mudah. Sebenarnya tidak sama sekali. Ianya tidak sama dengan cara kita mandi, atau gosok gigi, iaitu kotoran pada luaran badan dapat dilihat dengan jelas. Sebagai contoh, hati berfungsi menapis toksin dan bakteria daripada darah, kemudian membuangnya daripada badan melalui buah pinggang. Fungsi hati, jika ia tidak bertindak dengan baik, tidak mudah dikesan dalam masa sehari dua, sehinggalah badan kita menunjukkan tanda- tanda toksin tinggi seperti letih dan lesu, penyakit tidak mudah sembuh, masalah pembuangan air besar dan kecil, dan sebagainya.

Selain daripada itu, kebanyakan kita ambil mudah tentang kepentingan detoks, dan hanya mahu merawat simptom penyakit yang muncul, dan bukan puncanya. Sebenarnya, sistem detoks adalah komponen terpenting kepada kesihatan keseluruhan tubuh badan kita, dan sering menjadi punca sebenar penyakit- penyakit yang melanda. Walaupun organ utama detoks sebahagian besar dilakukan oleh hati dan usus, tapi pada masa yang sama buah pinggang, sistem limpa, paru- paru dan kulit turut terlibat dalam proses detoks seluruh badan.

Pemahamam umum tentang detoks juga selalu terhad kepada proses pembuangan air besar sahaja, jadi kebanyakan orang memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan najis dapat dibuang setiap hari daripada badan.  Sebenarnya, detoks lebih sekadar buang air besar. Untuk mendapatkan tahap kesihatan yang optimum di samping merawat punca banyak penyakit, kita mesti tahu yang detoks melibatkan detoks hati, detoks darah dan detoks usus. Hati sebagai penapis toksin dan racun dalam badan pastinya memerlukan pembersihan berterusan, bayangkan betapa teruknya tugas hati kita. Darah kita juga setiap hari diserang oleh pelbagai radikal bebas, berpunca daripada pemakanan, persekitaran dan gaya hidup (stress terutamanya). Jadi dari masa ke masa, kita kena ambil langkah untuk memastikan darah kita bersih dan tidak menjadi tempat bersarangnya radikal bebas tersebut. Radikal bebas sentiasa mahu melekat dengan sel darah yang tidak sihat, jadi penyakit pun akan hinggap dan berkampung di dalam badan kita! Contoh lain yang boleh memberi risiko kepada kebersihan darah ialah apabila salur darah ditimbuni oleh kolestrol lalu menyempitkan salur darah.  Usus juga menanggung beban yang tidak kurang hebatnya setiap hari. Pelbagai bahan buangan melekat di dinding usus bakal menjemput pelbagai penyakit, termasuklah masalah kulit, masalah bau badan, sembelit, masalah berat badan dan sebagainya.

Pemahaman yang jelas tentang proses detoks membolehkan kita mengambil langkah berjaga- jaga dan memberi perhatian sewajarnya kepada keperluan ini. Tahun baru ini, ayuh kita spring cleaning tubuh badan kita. Antara produk kegemaran saya untuk tujuan detox darah ialah Vivix dan Alfalfa Complex. Vivix sangat sofistikated dalam membantu kita membersihkan darah, memberi tumpuan kepada kesihatan sel, yang boleh menyekat radikal bebas daripada berumahtangga di dalam darah kita. Alfalfa Complex pula bertindak meneutralkan darah yang berasid, kerana sifatnya yang tinggi kandungan alkali. Dan berita baik lagi, bulan ini kedua- dua produk ada promosi harga terbaik untuk ahli Shaklee. Jangan ketinggalan tau :)




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 
 * Produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 
** Hubungi saya jika anda ingin mengetahui peluang menjadi pendapatan dari rumah. 

Thursday, September 25, 2014

Jangan beri makan kepada SEL KANSER anda!

Assalamualaikum semua,

Baru- baru ni, business partner saya Fazrina (check out her very informative BLOG) share dengan kami satu link video, tentang bagaimana kita boleh bantu badan kita mengelak daripada penyakit kanser, dengan memahami bagaimana salur darah kita berfungsi.



Info dalam video ni sangat menarik, dan berguna, tapi mungkin payah nak faham sebab (1) ianya dalam English, dan (2) bahasa sains. Tapi saya akan cuba simple kan, dan saya dapat bantuan Cik Rina untuk bantu confirmkan apa yang saya faham tu tepat dengan apa yang disampaikan dalam video ni.
Ok beberapa term penting yang anda kena faham dulu ialah:
1- Blood vessel = salur darah
2- Angiogenesis = proses pembentukan salur darah
3- Inhibitors = penyekat proses pembentukan salur darah
4- Stimulators = merangsang proses pembentukan salur darah
1- Pembentukan salur darah kita ni sangat magical, ianya boleh dirangsang dan disekat bila diperlukan. Contoh, bila kita luka di bahagian kulit, proses pembentukan salur darah akan dirangsang untuk baiki luka tersebut. Dan bila luka dan sembuh, pembentukan salur darah disekat jadi sebab dah cukup tugasnya untuk perbaiki tisu kulit kita. Sepanjang kita hidup, proses ini sentiasa mencari keseimbangan untuk rangsangan atau sekatan. Kita tidak mahu ada terlalu banyak salur darah, atau terlalu sedikit salur darah. Badan yang sihat perlu seimbang.
2- Masalah2 yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu sedikit termasuklah luka lambat sembuh, penyakit jantung, strok, pre-eclampsia, rambut gugur, erectile dysfunction. Maknanya badan tak boleh nak ransang pembentukan salur darah, jadi dapat lah masalah2 kesihatan ni.
3- Masalah2 yang berkaitan dengan masalah salur darah yang terlalu banyak termasuklah cancer, psirosis, buta, athritis, endeometriosis, Alzheimers, obesiti etc. Maknanya badan tak boleh nak kawal pembentukan salur darah, jadi dapatlah masalah2 kesihatan ni.
4- Dan lebih menakutkan ialah, ketidakseimbangan ini (terlalu kurang atau terlalu banyak salur darah) 30-35% disebabkan oleh diet kita seharian. Dan dalam video ini Dr. Li menekankan bagaimana diet boleh menyebabkan kita dapat cancer dan kita sebenarnya memang "beri makan" sel kanser setiap hari, dan sel kanser pun membiak dan semakin "sihat" dalam badan kita.
5- Dalam badan kita memang terdapat sel kanser, dan semakin kita tua, semakin mudah sel kanser dalam badan ditemui. Yang membezakan samada ia boleh jadi penyakit ialah cara diet kita seharian. Adakah kita makan untuk bagi sel kanser sihat, atau kita makan untuk bagi sel kanser kita kebulur?
6- Dalam video ini Dr. Li beri contoh salah satu sumber makanan yang boleh membantu masalah ketidakseimbangan dalam proses pembentukan salur darah kita (imbalance in angiogenesis), ialah makanan2 yang ada sumber RESVERATROL yang tinggi, seperti anggur merah. Dan ia boleh menyekat ketidakseimbangan (dalam hal kanser, terlebih pembentukan salur darah) tersebut sebanyak 60%! Begitu juga dengan strawberries dan extract soya bean.
7- Senarai makanan lain yang boleh kita makan untuk memastikan sel kanser kita "kebuluran" termasuklah blackberries, raspberreis, blueberries, oranges, grapefruit, lemons, apples, pineapples, cherries, red wine, bok choy, kale, soy beans, ginseng, maitake mushrooms, licorice, turmeric, nutmeg, artichokes, pumpkin, sea cucumber, tuna, parsley, garlic, tomato, olive oil, grape seed oil, dark chocolate etc.
8- Bila kita asyik dengan makanan2 yang tidak elok, kita makin bagi sel kanser sihat, lama- lama salur darah kita tidak seimbang lagi, ia akan terlebih- lebih (bayangkan ia berakar tanpa henti), jadi makin banyak lah laluan makanan ke sel kanser tersebut.
9- Jadi kita ada pilihan untuk KEBULURKAN sel kanser kita, dengan menjaga keseimbangan pembentukan salur darah melalui deit yang sihat.
10- Jadi ingat juga, setiap kali kita makan, tanya diri sendiri, adakah saya menggemokkkan sel kanser saya, atau saya mengkebulurkan sel kanser saya?
11- Dan ketahuilah, kepada pengamal Vivix (paling potent / paling tinggi untuk kandungan resveratrol daripada muscadine grapes) bukan sekadar awet muda, tapi kita sedang berusaha mengkebelurkan sel kanser yang sememangnya ada dalam badan, lurking inside waiting to react!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk konsultasi percuma tentang produk dan bisnes Shaklee.

Friday, September 5, 2014

Rahsia awet muda gaya Shaklee



Dr. Elizabeth Blackburn menerangkan bagaimana proses penuaan berlaku
diperingkat DNA, dan bagaimana kita boleh bantu DNA kita pulih
dan meningkatkan tahap kesihatan 

Jangka Hayat vs Taraf Kesihatan 

Manusia hari ini hidup semakin lama, tetapi tidak tanpa masalah kesihatan yang serius. Tahukah anda, apabila kita menua, kita semakin terdedah kepada penyakit- penyakit kronik kepada diabetes, dan penyakit kardiovascular? Dan pastinya proses pemulihan menjadi lebih perlahan apabila kita semakin tua dan berusia. 

Apa yang kita makan, dan gaya hidup yang kita jalani sangat- sangat mempengaruhi bagaimana kita boleh hidup lama dan kekal sihat dan cergas. Gaya hidup masa kini memberi gambaran bahawa semakin kita tua, semakin menurun kualiti kesihatan kita -- berat badan tidak seimbang, kurang cergas, minda lembab & lemah dan pergerakan semakin terbatas.

Apabila Shaklee memperkenalkan Vivix, ianya diperkenalkan sebagai supplement yang mampu memperbaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Apa maksudnya? Ia diterangkan melalui penjagaan kromosom, lebih spesifik lagi kepada tahap kesihatan telomeres -- hujung kromosom yang boleh menjadi semakin pendek apabila kita menua dan apabila sel terbahagi. Telomeres yang panjang merupakan kunci kepada taraf kesihatan yang optimum, mengelakkan manusia terdedah kepada penyakit yang datang dengan usia yang semakin tua.

Shaklee mempunyai matlamat untuk memastikan jangka hayat kita selari dengan taraf kesihatan kita. Secara ringkas, walaupun kita semakin tua, tahap kesihatan kita boleh menjadi semakin baik! Kajian yang dijalankan oleh Shaklee mendapati, bukan saja pengguna Vivix mempunyai telomeres yang lebih panjang, tetapi juga yang mengamalkan multivitamin Vitalea dan pengguna Cinch (berat badan ideal).

Dengan Shaklee, konsep awet muda bukanlah satu objektif estetika semata- mata, tetapi lebih daripada itu. Tingkatkan pemahaman bagaimana proses penuaan berlaku, ambil langkah untuk elak proses tersebut datang bersama penyakit kronik, dan kita boleh membantu badan menua dengan taraf kesihatan yang optimum, dengan izin Allah semuanya. 


Cadangan produk untuk bantu proses penuaan berjalan dengan baik ialah: 

1- Vivix
2- Vitalizer (tidak ada dalam pasaran Malaysia) 
3- Cinch - shake & tea mix 

Hubungi saya jika anda mahu mencuba :) 

Puteri 016- 344 7727 

Wednesday, August 6, 2014

Vivix, ikhtiar eczema anak

Assalamualaikum semua :)

Bersiaran dari kampungku yang indah permai hehehe...

Balik kampung memang seronok, terutamanya budak dua orang tu. Sanggup tak tido siang, main macam- macam dengan Abang dan Kakak sepupu kesayangan diaorang. Memang tak layan pun Mama, selain time mandi, berak dan makan saja. Mama boleh rehat bila balik kampung haha!

Tapi yang tak best, si Aliyah terutamanya, tak tahan dengan cuaca panas, dan rumah Opah pula takde aircond. Dia tak merungut pun, cuma memang kesian tengok kulit naik bintik, gatal, asyik menggaru. Dan bila tak dikawal, mata akan bengkak, berbintik dan merah. Digaru lagi, luka lah pulak. Itu belum bintik belakang lehar, celah pelipat peha, siku. Kulit jadi kesat, kering dan gelap.

Baru- baru ni saya dapat idea, bila tengok ramai rakan- rakan Shaklee ber-masker dengan Vivix. Saya fikir, maybe saya patut cuba ikhtiar pada kulit Aliyah, especially kat muka tu. Eczema dia ni, sekejapan je dah buat mata bengkak, kesian sangat ku tengok muka comel amoi tu. Dah la sepet, makin sepet jadinya mata tu hehe.

masker vivix

Sebagai tanda solidarity eczema, Mama pun temankan Aliyah bermasker. Mana tau boleh lawa daripada biasa hahaha! But I love the soft and glowy effect afterward :))

testimonial eczema dengan vivix

Ini kali pertama, saya sapu Vivix ke seluruh muka Aliyah. Bengkak memang terus hilang, tapi kuling kering sekeliling mata belum hilang sepenuhnya. Masih ada merah- merah, tapi banyak surut daripada sebelum. 

eczema hilang dengan vivix

Ini kali kedua dimasker hehehe! Bertabah je dia, dia suka kalau kita kata boleh cantik, typical la kot kan, pompuan suka cantik. Jelas kelihatan kulit sekeliling mata dah takde menggelupas lagi, merah- merah memang dah hilang totally. Kulit kering masih ada sikittt je lagi. InshaAllah it will totally gone soon. Syukurlah ikhtiar kami dengan Vivix berhasil untuk Aliyah. Alhamdulillah :)) 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, November 26, 2013

rahsia awet muda, siapa artis kegemaran anda?

Tiba- tiba je kan, topik ni? Eh taklah tiba- tiba, saya dapat idea nak menulis tentang rahsia awet muda artis ni sebab bulan ni promosi Vivix, tonik anti penuaan yang hebat, keluaran Shaklee, hasil kajian bertahun- tahun lamanya. Memang meriah promo tahun ini memandangkan jarang- jarang Shaklee Malaysia buat promo produk hebat ni. Saya lagi la seronok sebab ini dah jadi produk kegemaran kami sekeluarga, termasuk mak abah saya, dan ibu ayah mertua saya. Hari Sabtu lepas, ibu bagitau dia dah tak sakit lutut lagi sejak konsisten minum Vivix, haih gembira sangat rasa!

Awal bulan ni, saya ke Bangsar Shopping Center untuk lunch, tiba- tiba ternampak Sofea Jane. Oh sangat la cantik, langsung tak berubah rupa sejak saya tengok dia dalam Harry Boy! Hahaha ok nak tergelak terkenang movie itu. Syukurlah beliau tidak sangkut dalam corak filem yang serupa, dan semakin fabulous dari tahun ke tahun. Tiba- tiba nak jugak lawa macam Sofea Jane kihkihkih!

Pic: Googled
Tapi ku sedar diri, cukuplah senyuman yang manis dan sel yang sihat, walaupun tidak serupa Sofea, tapi feeling fabulous tu tetap ada haha! So ladies, stop wasting your money on make-ups, let's repair your cells and see the awesome effects!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, May 16, 2013

risks of cancer, prevention is the key

I was shocked yesterday to read about Angelina Jolie's double mastectomies due to breast cancer. The world is again amazed and inspired by her bravery and I had teary eyed reading her saying that she must be strong and keep healthy for her 8 young children. Though I am not a fan, I am inspired by her humanitarian efforts and now how she keeps being positive about her current trials.

In my own small world, my dear cousin was diagnosed with breast cancer too last year and was advised by her doctor to remove her left breast. She is 35 years old, a single mother with 5 kids. It was indeed a devastated news to all of us.

Very similar to Jolie, she told her children to not worry and pray for her recovery. She has completed her 3 chemo sessions and 1 laser treatment early this year.

Meeting her recently I had to fight my tears back, listening to her stories about the treatment. But I wanted to cry more looking at her big smile, her booming voice and her enormous hope to recover.

It's funny now I think I am the weak one :')




Do you know what is BRCA and that can you be tested?

BRCA stands for breast cancer susceptibility genes, a class of genes known as tumor suppressors, according to the National Cancer Institute (US). 

In Malaysia it costs you RM2450 to be tested, and you would know the likelihood of you getting the breast cancer by percentage. 

It is well known that high resvaraterol content in our diet both can reduce the risks of cancer and also to be used as supplementary treatment to cancer.

For those women who are at risks of breast cancer especially with family histories, I would highly recommend Vivix to be consumed daily. Special offer for everyone only in May. For more info please visit my page at Healthy Cell

Thank you and take care 


xoxo
Puteri

Tuesday, September 4, 2012

mengapa Vivix baik untuk mencegah kanser?

Jawapan kepada soalan tajuk tu ialah: 

KERANA VIVIX MENGANDUNGI RESVERATROL! 

salah satu bahan utama dalam Vivix ialah "muscadine grape" (anggur muskat). anggur ini mengandungi kandungan resveratrol yang sangat tinggi. tapi apa itu resveratrol? dan mengapa ia penting?

Muscadine Grapes
Pic: Googled

apa itu resveratrol?
resveratrol ialah sejenis polifenol hyang dikenali sebagai "phytoalexin", sejenis kompoun yang dihasilkan oleh tumbuh- tumbuhan bagi membolehkan ia melawan penyakit. tumbuh- tumbuhan menhasilkan resveratrol bagi melindungi dirinya daripada serangan fungus, stress, kecederaan, jangkitan penyakit dan gangguan radiasi sinar ungu.

tumbuh- tumbuhan yang mengandungi kandungan resveratrol yang tinggi termasuklah anggur, raspberries dan kacang. Vivix yang diperbuat daripada muscadine grapes, lebih kaya dengan anthocynins, jadi ia mengandungi resveratrol yang lebih tinggi berbanding anggur dan berries yang lain. anthocynins adalah bahan yang menghasilkan warna ungu pada anggur, yang sangat kaya dengan nilai anti-oksida.

kelebihan- kelebihan resvaratrol termasuklah:

  • mengurangkan tumor
  • menyekat pertumbuhan banyak jenis kanser 
  • melambatkan sel kanser payudara daripada merebak
  • mengurangkan risiko kanser prostat

Pic: Googled
sebab itulah red wine dikatakan baik untuk mencegah kanser, kerana ianya kaya dengan resvaratrol yang diperolehi daripada anggur. antara kebaikan- kebaikan red wine termasuklah:

  • meningkatkan paras kolestrol baik dalam badan
  • menguatkan arteri 
  • melindungi salur darah
  • mencegah darah beku
namun begitu dengan Vivix, anda tak perlu minum red wine pun! kajian mendapati untuk mendapatkan kebaikan red wine, ia perlu diminum 1-4 gelas sehari, tapi pada masa yang sama, anda terdedah dengan risiko ketagihan dan kerosakan hati (dan haram untuk orang Islam, sendiri tahu lah tu kan!). 

1 sudu Vivix (15ml) mengandungi 10 kali ganda resveratrol yang terkandung dalam 100 gelas red wine. bayangkanlah kebaikan resvaratrol yang anda boleh beri kepada badan anda! memang hebat. 

ambil kesempatan promosi bulan September ini untuk menghadiahkan Vivix kepada yang tersayang atau untuk diri sendiri. memang berbaloi! 



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, February 29, 2012

vivix, tonic awet muda yang hebat!

alhamdulillah, bulan ni saya ada rezeki lebih untuk belikan mak sebotol lagi vivix. bulan lepas, saya belikan sebotol lepas dia operate thyroid tu. mak suka dengan kesan positif lepas minum vivix setiap hari. awal2 lepas operate, dia minum 5ml, dua kali sehari. pastu sekali sehari bila dah feel better. dia pun nak berjimat memandangkan vivix ni agak mahal. masa mula beli, mak terkejut harga mahal sangat. dia pun macam berat hati je nak minum. tapi saya belikan jugak. saya pun bukan banyak duit, ada la lebih-lebih sikit je dapat beli sebotol. cakap pasal duit ni emotional juga haha! syukur bulan ni ada lagi rezeki untuk botol kedua. saya berdoa mudahan ada lagi rezeki untuk botol ketiga, keempat, kelima...sampai bila- bila. saya belikan jugak untuk MIL, sebab lately nampak dia kurang sihat. mekasih la opis yang bagi bonos tu yer. merasa lah dua-dua mak saya minum vivix. hikhik.

bila mak kena operate, saya memang expect process recovery akan lebih lambat pasal dia dah berusia, nak masuk 55 tahun dah (kena kira balik umor sebenar hehe). dan saya tau, mak ni bukan la jenis berdisiplin sangat nak makan vitamin2 ikut masa, minum air ikut sukatan. vivix adalah jalan terbaik untuk memastikan process recovery berjalan lancar, bila sel- sel yang kurang sihat dapat diperbaiki dengan cepat dan sel baru dapat dihasilkan. dan disebabkan vivix ni dalam bentuk cecair, ianya lebih mudah diserap oleh badan berbanding dalam bentuk pil.


kalau tengok website shaklee, vivix ni dalam kategori anti-aging. jangan salah faham pulak, anti aging bukan sekadar awet muda luaran. kita nak awetmudakan juga sel-sel kita kt dalam. itu yg lebih penting kan. dan kalau ada kemampuan, dan kesempatan, cuba lah beri parents minum vivix ni. saya puas hati dengan kesan positif yang mak dapat, dan secara tak langsung, kesannya pada saya pulak, buat saya berazam nak make sure ada rezeki di bulan- bulan akan datang untuk beli lagi. amin.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu*

Sunday, January 22, 2012

shaklee's vivix: hadiah untuk kesihatan ibubapa

this statement has not been evaluated by the food and drug administration. this product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.

2 minggu lepas ni, adalah hari- hari yang mendebarkan untuk kami sekeluarga. saya tidak berkongsi banyak cerita tentang hal ini kerana tidak mahu terlalu ramai orang tahu kerana tidak mahu sekiranya ada cas- cas negatif (akibat komen atau spekulasi) yang akan mengganggu kami. hanya keluarga terdekat dan kawan- kawan rapat saja yang tahu dan saya minta jasa baik mereka untuk mendoakan kemudahan urusan kami sekeluarga.

emak saya telah selamat menjalani pembedahan thyroid pada hari isnin lepas. 2 minggu lepas, dia mengalami sesak nafas kerana goiter di leher (antara tanda thyroid yang sudah sangat serius) telah menjadi begitu besar dan menyekat saluran pernafasan. ramai ahli keluarga perempuan sebelah emak saya mempunyai thyroid, ada yang telah buat pembedahan, ada yang belum. emak saya tidak berbuat apa- apa tentang thyroid nya sehinggalah kejadian dia sesak nafas 2 minggu lepas. alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik. hanya setelah selesai semua, baru emak kongsi dengan saya bahawa doktor memberitahu yang pembedahan itu adalah berisiko tinggi kerana goiter yang besar di tiga tempat di sekeliling leher. dan emak saya masih agak emosional kerana preparation untuk pembedahan, adalah sangat menyakitkan. saya tak dapat nak explain bagaimana, khuatir jika tersalah info dan mengelirukan pembaca. sepatutnya ia hanyalah pembedahan biasa, dan berisiko rendah, jika dibuat dari awal dahulu. walau bagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur, semua berjalan lancar. alhamdulillah.

saya memang dah berniat untuk belikan mak vivix. saya dah lama kagum dengan kehebatan produk shaklee yang ini, tapi vivix tidak boleh diambil oleh ibu breastfeeding atau hamil. 2 minggu sebelum mak operate, dia ambil vitalea, vitamin c dan b-complex yang saya bekalkan. dan hari ini, barulah kami mulakan rutin minum 5ml vivix setiap pagi selepas sarapan. mak kata rasanya manis2, kelat. warnanya merah pekat seperti darah!

apa itu vivix?
ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat, elderberi eropah, lobak ungu dan polygonum cuspidatum. tumbuhan2 ini kaya dengan polifenol semulajadi yang tinggi.  vivix mengandungi resveratrol yang bertindak sebagai anti- oksida, anti kanser dan anti inflamasi.

siapa perlukan vivix?
tidak kira muda atau tua (kecuali ibu hamil dan menyusukan bayi), lelaki atau wanita dewasa boleh mengamalkan minum vivix untuk kesihatan badan secara keseluruhan. ianya memperbaiki sel yang rosak, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

bagaimana vivix bertindak?
secara ringkas, vivix:
1- memperbaiki sel
2- mempertahankan sel
3- memberi tenaga kepada sel
4- meningkatkan prestasi sel

bagaimana pengambilan vivix?
di minum sekali sehari, selepas makan, sebanyak 5ml saja. satu botol vivix mengandungi 150ml saja. jika anda minum vivix, anda mungkin tidak mahu lagi mengambil vitamin2 lain secara berasingan, kerana ianya sudah lengkap. walau bagaimanapun, vitamin2 lain masih boleh diambil sekiranya mahu.

melalui pembacaan saya, ramai yang mempromosi vivix kerana sifatnya yang anti-oksida untuk awet muda. tapi bila saya jumpa 4 cara vivix bertindak kepada sel, ini yang paling utama pada saya dan saya tidak ragu- ragu lagi membeli bagi memastikan mak saya dapat menjalani proses recovery dengan lebih baik. mak nampaknya suka dengan info vivix yang saya kongsi dengan dia, malah dah ready nak stock lagi sebotol. saya kata, sabarlah dulu, baru 5ml minum, takkan nak stock up dah hehe...


inilah dia rupa vivix, tonic hebat. ianya disahkan halal oleh JAKIM, jadi boleh guna tanpa was-was. jika nak maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS 016- 344 7727 
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...