Showing posts with label business motivation. Show all posts
Showing posts with label business motivation. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Suami tak sokong bisnes anda?

Assalamualaikum semua :)

Topik yang paling popular setiap kali saya berjumpa dengan rakan bisnes, dan juga anak buah bisnes sendiri. Baik berjumpa secara santai, mahupun semasa di kelas- kelas kami. Memang ramai suka bertanya isu ini, baik yang suami, baik yang isteri. Masing- masing mahu tips;

"Suami saya tak setuju saya bisnes Shaklee"

"Suami saya gelak saja tengok bonus saya sedikit"

"Suami tak tanya apa- apa pun pasal bisnes"

"Suami saya, setuju pun tidak, larang pun tidak" 

Baru- baru ni semasa kelas Start Bright Series, di Kota Bharu, salah seorang suami kepada leader dalam group kami ada membuat sedikit perkongsian, tentang bagaimana dia beri sokongan kepada isteri. Paling awal sekali, dia belikan Samsung tab, untuk memudahkan isteri buat promosi di Facebook, dan juga mudah untuk berhubung dengan customer dan ahli group yang lain. Bukan itu saja, kadang- kadang bila isteri tak sempat, dia sendiri membuat iklan dan promosi di Facebook. Lebih canggih, kadang- kadang dia pun turut beri tips dan motivasi kepada ahli group dalam WhatsApp. Itu tak termasuk lagi jadi runner pegi hantar order, pergi pos office dan lain- lain. Alolololo bertuah badan kan? Alhamdulillah Alhamdulillah. Mesti ada yang terfikir;

"Patut lah isteri dia boleh berjaya, ada suami macam tu. Aku ni tak ke mana lah jawabnya, suami dah la tak ambik kisah pasal bisnes, lagi "menganjeng" ada laaa..."

OH NO! STOP! Jangan sabotaj diri sendiri dengan pemikiran sebegini!

1- Suami/ lelaki adakalanya tidak pandai nak menunjuk sokongan
Kena terima hakikat, ada jenis suami bukan jenis pong pang pong pang, bagaikan pemidato hebat dan pasukan sorak Ultras, atau jenis buat "victory dance" setiap kali isteri dapat order atau dapat downline. Kalau dah bertahun- tahun berkawen, memang suami jenis tak banyak cakap, atau tak reti nak tunjuk romantik dan sokongan, takkan tiba- tiba selepas join bisnes, suami akan berubah pula. Yang penting, dia tak halang kita bisnes online (ada yang tak jadi bisnes sebab suami larang ber-Facebook/ ber-blogging) dan tak kisah jika mata lebih banyak ke screen handphone berbanding ke muka dia hehehe! Jadi tak payah juga banding suami kita dengan suami orang. Huih bahaya!

2- Susun jadual berbisnes dan menguruskan rumahtangga dengan lebih baik
Ada beberapa perkara yang saya belajar ketika mula- mula berbisnes. Memang kelam kabut, maklumlah kita pun kena pegi kerja juga, balik rumah anak- anak lagi melekat. Masa tu customer pun semakin ramai, kita mahu beri layanan terbaik. Akibatnya suami muncung sedepa, nampak macam kita tak cekap, melebihkan bisnes berbanding keluarga. Dan kita pula defensive sebab kita rasa kita buat semua ni untuk kesenangan keluarga juga. Jika ini berlaku, take 1-2 steps back and reflect. Lihat berapa jam kita habiskan dengan baik hanya untuk bisnes. Lihat berapa lama masa kita ambil sekadar borak kosong di WhatsApp dan bukan melakukan sesuatu yang membina bisnes kita. Mungkin boleh baca tips tentang Kelab 5 Pagi juga.

3- Pastikan ada komunikasi tentang bisnes dengan suami
Jangan simpan sorang- sorang kalau dah dapat customer baru. Jangan simpan sorang- sorang bila dapat bonus (sikit ke banyak ke kena la share happiness). Cerita lah sikit- sikit tentang group kita tu. Tanya pendapat suami apa yang boleh kita buat untuk memajukan lagi bisnes. Jangan terlalu ego menganggap kita tahu semua. Hakikatnya suami juga ada pendapat sendiri, dan kita kenalah ambil masa untuk dengar. Nak guna ke tidak pendapat dia tu, itu belakang cerita ehehehe!

4- Gunakan kekuatan doa kita sebagai isteri dan ibu
Ini paling powerful. Lebih power daripada heart to heart session ke, lebih power dari guna duit bonus belanja suami. Jangan lupa berdoa setiap hari, supaya Allah lembutkan hati suami untuk memberi lebih sokongan kepada kita. Ikhlaskan hati sendiri untuk melakukan bisnes sebagai usaha meningkatkan ekonomi keluarga. Korbankan waktu tido dan waktu rehat untuk lebih berdoa. Ada macam- macam tips melembutkan hati pasangan melalui doa dan amalan- amalan solat sunat dan sebagainya. Semua ini kita boleh amalkan. Kalau dah Allah sentuh hati suami kita, sepertimana yang kita doakan, semua boleh setel!

5- Suami yang sokong suam- suam atau yang buat tak tau adalah pembakar semangat
Point yang ini mungkin agak pedas, tapi saya kenal juga isteri- isteri yang dapat sokongan 200%, tidak pun begitu maju bisnes mereka. Adakalanya pressure itu perlu, adakalanya tukang bakar itu perlu. Kalau all the time suami kata "takpe lah ayang....ayang dah buat yang terbaik....cuba lagi yer..." tick tock tick tock dah 12 bulan tang situ juga sebab ayang rasa dah terbaik dah. Kalau dapat pula kena kutuk, ada jenis 100% takde selindung macam suamiku "you tak boleh macam ni, salah cara fikir ni, blablablabla" pedih masuk jantung pastu merebak ke ginjal hahaha! Hah menangis sampai pagi, bengkak mata. Esoknya bangun, buat balik, WHATEVER IT TAKES TO SUCCEED. Bukan lagi sekadar buat yang terbaik.

Tips: Pastikan anda ada jurnal kesyukuran yang ditulis setiap hari,
dan sebut juga yang baik- baik untuk suami kita. 

Apa-apapun, semua bergantung kepada diri kita sendiri. Yang perlu berubah, pada kebanyakan masa bukanlah suami kita, sebaliknya kita sendiri. Percayalah, susah manusia nak berubah demi manusia yang lain, termasuklah pasangan kita. Tahun pertama saya mulakan bisnes, ada juga terasa hati dengan suami, nak mintak tolong hantar order pun takut- takut. Walaupun dia buat, tapi muka masam mencuka lahai. Maklumlah customer nak jam- jam tu jugak, yang kena harung jem bukan saya, tapi dia. Sampai naik rank Coordinator pun tak banyak saya share dengan suami. Buat je apa patut, kalau mood baik, saya cerita. Kalau mood tak baik, dapat je bonus bawak keluarga makan- makan dan belikan barang kegemaran dia. Yang penting pada saya masa tu, selagi dia tak kata "STOP, I TAK REDHA" itu dah cukup baik.

Nasihat saya....

"Anda tak perlu sokongan suami 100%, 
tapi pastikan dapat 100% redha suami"

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Saturday, September 13, 2014

Kenapa nak bisnes Shaklee?

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya terpanggil nak share something yang saya rasa perlu juga orang lain tau, selain daripada anak buah saya dalam group PAF. Saya share ni dalam FB group kami, untuk kami sama- sama reflect dan buat sesuatu. Sepatutnya ia exclusive saja untuk kami baca dan bincang, tapi saya fikir ramai lagi usahawan Shaklee yang patut ambil tahu tentang hal ini, dan buat refleksi ke atas diri sendiri. Panjang lebar jugak rambling saya ini, jadi baca rilek- rilek ok :) Semoga beri manfaat.

------------------------------

Dua hari lepas, saya dapat FB message daripada sorang kenalan ni. Dia ni orang penting kat local uni, selalu masuk tv etc. Sangat2 passionate dgn kerja dia. Saya kenal dia waaaaay in 2002/3 kot, sama- sama blogger masa tu. Dia masa tu sambung phD di USA, saya lak buat Master di USM. Dia graduate, saya tidak hahaha! Fast forward, kami pun dah tak berapa aktif blogging, tapi still keep in touch, thru Yahoo Messenger sesekali, and now ada Facebook, memang la hari2 saling tengok menengok status FB memasing.
Panjang pulak mukadimah yer.
Anyway, dia suruh saya suggest set untuk sihat, cergas, muda, cantik. Biasa la orang pompuan kan. Dia pernah beli Omega Guard & CoQHealth sebab concern pasal heart health selepas kakak dia meninggal suddenly pasal heart attack. Itu last week la punya cerita. Saya dah pun suggest Vivix, Collagen sebagai tambahan, dengan free membership. She is ok with that katanya.
Tadi pagi dia PM lagi, katanya nak dengar pasal business plan Shaklee. Saya pun tak pasti kenapa, sebab rasanya dia ni super busy dgn kerja, travel sana sini, takkan nak bisnes pulak kan. Tapi who knows kan, so kami set nak jumpa next week, tunggu dia balik dari oversea.
And she said something,
"I can sense that you are passionate about your current career. I nak belajar dengan you macam mana nak meniaga"
Saya ni hari- hari ajak orang join Shaklee, kadang- kadang memang rasa "ada ke lagi nak join Shaklee ni?" In fact, yang dah join pun, ramai belum start (dengan macam2 sebab of course kita tak boleh paksa), tapi hari ini ada orang acknowledge my passion sebab dia nampak my passion dalam business. Sebenarnya tak kisah pun dia nak join serius ke tidak, tapi bagi saya, kalau passion saya ni dapat menjangkit dekat ramai orang, itulah yang saya idamkan.
Bila buat bisnes ni, makin lama, makin luas fikiran kita ni. Kalau pun tak jangkit passion nak buat Shaklee, jangkit passion nak jadi sihat, nak jadi kaya, nak jadi positif -- pun dah cukup menyeronokkan kita. Kadang- kadang kita support bisnes kawan kita yang lain sebab kita suka tengok ibu2 sebaya kita dah ada bisnes sendiri, ada time freedom uruskan keluarga.
Lagi satu cerita....
Pagi tadi, Vivy Yusof letak kat Instagram dia, mintak her followers suggest home made macarons, dia nak beli. Berderet orang tag nama baker2 , dan saya teringat kawan saya, isteri kpd opismate saya dulu. Saya tau dia sgt passionate dengan kerja2 baking dia, terserlah daripada sharing dia di IG dia tu. And very knowledgable about her work. Terus I tag dia, suruh dia cuba. Dia pun email Vivy, and guess what, Vivy setuju nak test her macaron! She was so excited bagitau saya, and we were like jumping2 dalam WhatsApp hahaha! Dia kata terima kasih sebab tag dia, bagitau dia tentang peluang ni. Saya fikir kalau dia tak tunjuk passion dia, sekadar jual kek dan kuih saja, tak mungkin saya teringat nak tag dia dan suggest dia pada Vivy. Kalau tak kenal Vivy Yusof, sila Google hehehe. 
Sama juga kita dalam bisnes Shaklee ni. Kalau setakat nak menjual punya lah ramai penjual Shaklee. Tapi berapa ramai yang betul2 passionate untuk bantu orang get on healthier and better lifestyle. Berapa ketul yang betul paham dengan produk dan cara jalan untuk bantu customers? Jadi, kalau kita tak tunjuk passions kita, takde sapa nampak, dan takde sapa akan berjangkit dengan kita. Every day bangun tido, fikir macam mana nak jadi SID yang lebih baik, leader yang lebih baik. Macam mana nak create more awareness pasal health, pasal natural products macam Shaklee.
Sebenarnya tak cukup kalau kita jadi DIFFERENT saja tanpa ada PASSION. Mesti ada keinginan meluap-luap nak educate orang tentang apa yang kita dapat dengan Shaklee, dari segi kesihatan dan gaya hidup. Passion ni kadang2 buat kita berdebar2, tak sabar nak share, sampai tak boleh tidur. Ini yang buat kita bangun awal, mahu berkongsi more and more and more. Cabaran kita semakin hari semakin hebat, hanya yang ada passion je akan makin happy, makin puas hati buat Shaklee.
Kita selalu cakap kan, apa2 hal pun kena mula dengan diri kita dulu. Bila dah passionate tu, memang berjangkit2 dengan orang, magnet melekat2, berebut2 orang nak follow kita. Kita bukan perfect pun, banyak lagi kena belajar, tapi dengan passion kita nak improve, nak tau lagi dan lagi, nak share lagi dan lagi, berderet2 orang nak ikut kita (walaupun kita byk kekurangan).
Ramai team members PAF ni sangat passionate, bila baca sharing kat FB tu memang melekat, tertunggu2 apa lagi dia nak update. Bila dia sharing, dia buat sungguh2, dia cari info extra, dia berusaha nak jadi berbeza. Dia tak pernah kutuk orang, atau perli orang dalam FB dia, dia berhati2 bila nak share info orang lain. Hujan ribut ke tsunami ke dia tetap positif sebab dia dah jumpa passion dia dalam Shaklee. Saya sendiri, sapa sangka boleh terjebak dalam MLM, tapi bila dah saya kaji, MLM boleh beri saya peluang bantu orang lain (jiwa NGO sangat tebal), saya tau yes ini passion saya -- bonus la dapat jadi lebih kaya daripada dulu hehehe! Dan saya sangat berminat dengan hal2 natural dan alam sekitar walaupun taklah beria2 mcm orang lain. Jadi Shaklee ni selari dengan passion saya.
So to all Shaklee families, whether or not we know each other, 
Please reflect this, and find that passion in you. I know you all have it in you, go and search for that passions, what tick you, what push you forward, and see how Shaklee business allows you to follow your passions. It could be your passion in health, it could be your passion in helping others, it could be your passion in a fair business model, it could be your passion in natural lifestyle, it could be your passion in balanced family-work life, it could be anything, you know that Shaklee can offer. 
Please find that in you, please find that in your business partners, and you will never turn back.
Puteri

Wednesday, August 27, 2014

Shaklee Live, Long Beach : Faith, Courage and Change

Assalamualaikum semua :)


3 teams at Shaklee Live Long Beach
CTZ & Partners,
Puteri and Friends (PAF)  &
Leaders In Shaklee with Aishah (LiSA)

Dua minggu lepas, kami berada di California bagi menyertai delegasi Malaysia di Shaklee Global Convention yang diadakan setiap dua tahun sekali. Kehadiran kami (yang majoritinya pertama kali menjejak kaki di US dan pertama kali ke Global Convention), sangat istimewa dan sangat dialu-alukan oleh Shaklee families dari seluruh dunia, kerana pencapaian yang sangat memberangsangkan tahun lepas, iaitu 300% business growth. Kami sangat teruja dengan sambutan yang diberikan, manakala Shaklee families daripada China, USA, Canada dan lain- lain pula teruja dengan pencapaian kami dan sangat ingin tahu bagaimana kami melakukannya. Alhamdulillah, siapa sangka, bermula dengan bisnes kecil- kecilan, untuk membantu keluarga, kami beramai- ramai berbangga mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa. Amazing, Alhamdulillah!

1- Faith
Melihat kepada barisan delegasi daripada US dan Canada terutamanya, ramai yang sudah dalam kategori warga emas. Salah seorang daripada mereka yang kami kenali, Dr. Lawrence, telah menggunakan produk Shaklee sejak tahun 1974, selepas beliau diserang pneumonia yang hampir meragut nyawanya. Sejak itu, beliau tidak berpaling kepada mana- mana produk lain, hanya Shaklee 100%. Selama berpuluh- puluh tahun, produk Shaklee telah membantu ramai masyarakat di sana untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Apabila kami duduk dan mendengar maklumat dan perkongsian Dr. Bruce Daggy, (Senior Vice President R & D, Chief Science Office, Shaklee Corp) kami sedar yang kepercayaan terhadap produk Shaklee bukan sekadar gimmick pemasaran, tidak sama sekali. Tetapi ia adalah 100% back up daripada hasil kajian bertahun- tahun lamanya, menggunakan bahan- bahan paling berkualiti, disokong dengan skill dan ilmu saintis paling handal. Untuk Shaklee kekal menjadi yang terulung dalam pasaran, kepercayaan terhadap produk adalah kekuatan utama, dan Shaklee tidak mengambil mudah tentang hal ini. Produk yang dikeluarkan dihasilkan daripada bahan terbaik, semulajadi dan memberi kesan diinginkan. Apabila Shaklee jujur dan setia untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya, pengguna akan terus yakin dan setia dengan produk ini. Hasilnya di USA, selama 5 generasi, Shaklee kekal sebagai produk terunggul.

Saya berasa kecil dan kerdil apabila bercakap dengan pengguna Shaklee yang senior. Saya hanya pengguna selama 3 tahun, dan sangat sedikit ilmu tentang produk yang saya ada, berbanding mereka. Saya salute dengan kesetiaan mereka dengan Shaklee, dan pada masa yang sama, saya yakin kesetiaan mereka bukanlah melulu sebaliknya kerana mereka mahu yang terbaik saja untuk diri dan keluarga. Di sini saya belajar, keyakinan terhadap produk adalah perkara paling utama untuk kami di Malaysia juga. Jika kita tidak yakin dengan produk, maka sukarlah untuk kita berkongsi kebaikan produk tersebut, dan jauh sekali untuk kita berjaya dalam membina bisnes pula. Semasa di sana, saya bertambah yakin, kerana selama ini, faith/ keyakinan adalah antara perkara utama yang saya sering bincang dan bahaskan bersama- sama business partners saya.

Do you have faith in Shaklee products? Do you have faith in Shaklee business? Do you believe the products can improve people's health? Do you believe the business can allow people to lead a better life? 
2- Courage 
Sempena Global Convention kali ini, Shaklee Corporation juga meraikan ulangtahun ke-10 Shaklee bersama- sama CEO Roger Barnett. Di satu sesi khas, kami diminta melihat di bawah kerusi, dan terselit di situ medal istimewa, terukir indah perkataan COURAGE. Ia benar- benar buat saya sebak. Terlalu banyak pengorbanan yang memerlukan keberanian untuk kami, delegasi Malaysia untuk ke US. Salah satunya, kena berani naik flight 20 jam! I'm telling you, after MH370 and MH17, it's so hard to fly without feeling slightly terrified wondering of your fate in the sky. But of course, this example is just too small to compare with other sacrifices made by the business builders and leaders. Untuk memulakan bisnes MLM seperti bisnes Shaklee, kita mesti berani. Walaupun ia tidak memerlukan modal yang besar (bayar yuran RM65 saja untuk jadi distributor), namun langkah pertama untuk memberitahu orang yang kita adalah seorang pengedar, bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri berperang dengan fikiran dan perasaan, apa orang akan kata? Ada ke yang berminat nak beli? Kalau kena kutuk macam mana?  Kemudian apa group mula membesar, tanggungjawab sebagai leader pun meningkat. Kena pula berani berhadapan dengan pelbagai karenah business partner, ada yang tak sabar, ada yang putus asa. Apabila mendengar perkongsian Roger Barnett tentang perjalanan dia sebagai owner syarikat, terasa juga kerdilnya diri. Kerana sayangkan Shaklee, Roger dan keluarga berpindah dari New York ke California (sangat jauh yer dua tempat ini, berbeza cara kehidupan juga) untuk memberi tumpuan kepada bisnes. Roger ambil langkah berani kerana dia percaya dengan apa yang Shaklee boleh sumbangkan kepada ramai orang.

Baru- baru ini juga Shaklee dituduh sebagai penyokong keganasan, dan ini juga menduga keberanian kami sebagai business owner untuk mencari jawapan dan memberi keyakinan, bukan saja kepada orang lain, tetapi yang lebih penting kepada diri sendiri. Jika tidak berani, tidaklah kami sanggup bertemu dengan pengurusan Shaklee, dan memberi tekanan bagi memastikan Roger Barnett sendiri membuat kenyataan. Jika tidak berani, masakan kami teguh meneruskan misi berkongsi kebaikan produk ini, di saat ramai rakan bisnes kami yang ambil jalan mudah, terus berhenti.

Life in general requires courage, and to be on top, we don't just generalise courage; we live by its principles, we prove it through our daily actions, we stand by it, because we believe in it. To be courageous is not voluntary, but by choice. 

3- Change 
Kami sangat bertuah dan berbangga kerana dapat mendengar perkongsian secara LIVE oleh Maria Shriver,  seorang aktivist yang sangat disegani dan memang yang saya dan Aishah (my business partner and leader) nantikan. Wow! Sangat teruja, bila Maria bercakap tentang kemampuan kita menjadi "the architect of change". I was sitting on the edge of my chair, the whole time she spoke. It's like otak berselirat dengan wayar dan semua wayar itu menyala dan berbunyi! Sangat inspiring, sangat- sangat empowering. Maria menyentuh isu bagaimana wanita masa mini, bukan saja perlu bekerja mencari rezeki, tapi juga memikul tanggungjawab menjaga orang tua dan anak- anak. Jika bisnes seperti Shaklee, membolehkan seorang ibu dan isteri berada di rumah, menjana pendapatan di samping menjaga keluarga, ianya adalah PERFECT! Ianya merintis kepada perubahan dalam keluarga dan masyarakat. Ia membolehkan ibu- ibu menjadi the ARCHITECT OF CHANGE! Kenyataannya, wanita hari ini ramai sekali yang cukup- cukup makan saja gaji mereka (paycheck to paycheck), dan bisnes Shaklee boleh membantu mereka keluar daripada struggle tersebut. 

"Change a family, change a town, change a country!"

Maria berpesan, kita wanita dan lelaki, bukan SEKADAR ibu atau bapa, bukan SEKADAR isteri atau suami. She said it clearly to drop the JUST! We are not just husband or wife or father or mother. We play same importance to see problems and to fix it, whether it's big or small. And many things can start at home, and one of it by selling quality products to improve health. Maria puts it so clearly, saying courage to change can be found daily, we will have fear, BUT we do it anyway. 



Maria juga berpesan untuk kita tidak hanyut dalam dunia cyber, tanpa mengekalkan hubungan fizikal. Ambil peluang dan masa untuk berjumpa, kerana semakin kita duduk di dalam teknologi yang "menghubungkan" kita, sebenarnya kita semakin sunyi. Saya tersenyum puas mendengar pesanan ini, kerana walaupun bisnes saya banyak menggunakan media online, tetapi kami punya ruang untuk berjumpa setiap bulan dengan Start Bright Series dan juga sesi Be a Winner. InshaAllah, business partners dalam group PAF tidak akan kesunyian dalam mengharung cabaran bisnes yang berliku ini. 

Akhir sekali, pesanan Maria yang melekat di jiwa saya ialah "be kind, because everybody is engaged in hard struggle". Kita tidak tahu masalah semua orang, dan kita tidak punya jawapan kenapa orang berkelakuan sepertimana mereka sering berkelakuan. Cara yang mudah ialah dengan "be kind anyway". Dan bak kata Jewel dalam lagunya "My Hands" yang dinyanyikan di malam penutup convention: 

"in the end, only kindness matters..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...