pernah dengar nama mary kay? haaa mesti biasa kan, tu jenama mekap antarabangsa tu kan. mary kay, pengasas jenama mekap ini percaya dengan kepentingan bangun lebih awal setiap hari sebelum anak- anak dan ahli keluarga lain bangun. jadi dengan bangun seawal 5 pagi, kita ada dalam 2 jam untuk fokus dengan kerja- kerja seperti kerja rumah ataupun bisnes sampingan.
saya pernah cuba teknik ni. ia berkesan buat sementara kerana 5 pagi saya sangat bergantung kepada adam. adam punya waktu menyusu pagi- pagi berubah. sekarang ni 5 pagi memang time dia bangun! takkan saya nak buat kelab 4 pagi pulak! haih mau tido dalam surau opis kan. tapi masih possible, dia bangun untuk menyusu dalam 10 minit je. lepas tu saya boleh bangun dan buat kerja. yang bagusnya idea 5 pagi ni, kita ada masa untuk solat sunat jugak. buat sikit sebanyak, sebab time ni memang tenang sangat. kemudian boleh sambung solat subuh. rasa lebih bersemangat pun.
macam hari ni saya bangun pukul 4 pagi. semalam tido awal sebab sakit kepala rasa nak kena flu. makan ubat kemudian tido sama- sama dengan anak- anak. pukul 4 terjaga rasa segar, dan tak boleh nak tidur semula. adam pulak sama2 bangun, menyusu sekejap, tertido semula. pukul 5 bangun lagi budak tu! nangis tersedu- sedu sebab saya takde kat sebelah. menyusu lagi. kemudian dia bergolek- golek, menung sana, menung sini, tak tido2. saya buat- buat pejam mata, tak bergerak2. lama2 dia bosan, tertidur sendiri. sejam OK tunggu!
pengurusan masa sangat penting untuk mereka yang mahu buat pendapatan sampingan. saya biasa sangat dengar orang kata takde masa, kerja banyak dll. rasanya semua orang sama. baik yang jadi surirumah sepenuh masa, yang bekerja di pejabat, yang bekerja dari rumah. masa memang tak pernah cukup. kadang- kadang yang single, belum ada anak2, pun tak cukup masa. jadi masalah kita semua sama. yang berbeza macam mana kita handle masa kita. betul tak?
ok, saya jumpa artikel menarik tentang pengurusan masa dan tips praktikal yang boleh kita cuba. jom baca!
1- buat satu aktiviti/ kerja setiap hari untuk business sampingan anda itu. maknanya kena konsisten. hari- hari- hari- hari. lagi kita buat, lagi cepat kita berjaya. simple sangat.
2- mesti ada matlamat. matlamat ni maknanya apa yang kita nak dalam jangka masa panjang, setahun, dua tahun, 5 tahun? kenapa anda buat, apa yang anda sedang buat?
3- mesti ada target harian, target mingguan dan target bulanan. mesti review setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
4- target mesti berkaitan dengan matlamat kita. kita kadang2 buang masa buat aktiviti yang tak berkaitan dengan matlamat asal kita. sebab tu masa tak cukup!
5- kurangkan masa menonton tv! haaaa...mampu?
6- bangun lebih awal, ataupun tidur lebih lewat setiap hari.
7- mesti track activiti setiap hari. samada dah buat ke belum. tulis to-do-list supaya tak lupa.
8- ambil masa untuk belajar benda baru setiap hari. samada dengan membaca atau Google saja!
---------------------------------------------------
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment