Assalamualaikum semua :)
Semalam saya dan suami buat lawatan sambil belajar ke Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju. Rupanya dah tukar nama, jadi Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Naluri. Padanla dah lain nampaknya. Lebih fresh, kemas dan teratur. Minggu lepas kami dah berbincang dengan doctor tentang birth plan. Sekarang ni saya dah 29 minggu, jadi sudah kena buat birth plan. Ini kali ketiga saya dijadualkan untuk pembedahan Caesarean, jadi kami sudah pilih tarikh siap- siap. Doctor bagi dua tarikh untuk dipilih.
Semalam kami ditemani oleh Nurse Mira, yang comel dan juga pregnant hehehe. Dia bawak kami tengok ward, baby room dan intai sikit OT. Labour room tak pegi haha! Semalam ada sorang je baby kat situ, yang lain ramai dah discharged.
Ok jom tengok dulu pakej- pakej bersalin yang ditawarkan oleh Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Naluri. Kalau ada yang belum merancang nak bersalin di mana, boleh rujuk pakej di sini.
BERSALIN NORMAL
PAKEJ 1: BERSALIN NORMAL OPEN WARD RM1990*
- penginapan 2 hari 1 malam
- termasuk kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak- kanak
- saringan neonatal
PAKEJ 2: BERSALIN NORMAL SINGLE ROOM RM2220*
- penginapan 2 hari 1 malam
- termasuk kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak- kanak
- saringan neonatal
PAKEJ 3: BERSALIN NORMAL DELUXE ROOM RM2500*
- penginapan 2 hari 1 malam
- termasuk kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak- kanak
- saringan neonatal
BERSALIN PEMBEDAHAN
PAKEJ 1: BERSALIN PEMBEDAHAN OPEN WARD RM5100*
- penginapan 3 hari 2 malam
- termasuk kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak- kanak
- saringan neonatal
PAKEJ 2: BERSALIN PEMBEDAHAN SINGLE ROOM RM5550*
- penginapan 3 hari 2 malam
- termasuk kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak- kanak
- saringan neonatal
PAKEJ 3: BERSALIN PEMBEDAHAN DELUXE ROOM 6000*
- penginapan 3 hari 2 malam
- termasuk kos rawatan O&G dan pemeriksaan pakar kanak- kanak
- saringan neonatal
*Pakej tidak termasuk: Cukai Kerajaan, Kos Akibat Komplikasi, Jagaan Pra- Natal oleh Pakar O&G, Kos Makmal dan Kos Ubat Ubatan.
KADAR CHARGE BILIK
Open ward: RM95/ malam
Single room/ Paediatric: RM195/ malam
Deluxe Room: RM280/ malam
Kot bayi: RM50/ malam
Semalam saya tengok, Open Ward pun dah cukup selesa, hanya ada 5 katil saja. Apatah lagi Single Room dan Deluxe, dah macam hotel pun ada. InshaAllah memang selesa untuk keluarga, terutama yang kena standby dengan dua orang kanak- kanak aktif macam anak- anak saya ni. Walaupun rumah kami belakang tu je, still nak yang selesa sebab pengalaman bersalin pembedahan ni, 1-2 hari pertama kena betul- betul relax. InshaAllah kali ni kami lebih pandai nak handle sebab dah ada pengalaman. Masa anak kedua dulu pun dah OK, dah boleh pumpu susu dengan tenang selepas bersalin, dan boleh handle cara nak bangun, cara nak baring supaya tak sakit di tempat pembedahan.
Doakan kami ya :) Terima kasih!
No comments:
Post a Comment