Pagi- pagi ni saya scroll Facebook dan nampak berita di NST Online, tentang pemergian ke Rahmatullah, wartawan hiburan veteran dan terkenal, Mama Juwie. Bagi yang membesar di zaman 80-an seperti saya, mesti kenal Mama Juwie dan baca penulisan beliau di URTV, Pancaindera dan juga Majalah Mangga.
Tadi saya terfikir, zaman tu, column Mama Juwie tak macam column- column hiburan sekarang yang panas dan suka memanaskan orang. Bahasa kesat, dan selalu melaga- lagakan selebriti. Lain la dengan penulisan orang lama yang lebih kepada info dan berita. Itu belum lagi peminat bergaduh dan berpuak- puak di Instagram artis- artis.
Kenapa agaknya eh? Pada masa dulu orang tak suka nak baca benda panas ke, atau macam mana? Mungkin juga sebab sekarang semua ada mobile internet, tiap jam boleh baca gossip dan siapa- siapa pun boleh bagi pendapat. Kadang- kadang saya terfikri macam mana la selebriti ni boleh tahan. I guess it comes with the job la kan, macam occupational hazard yang mereka kena tanggung.
Dalam dua bulan ni, at least 3 orang yang terkenal dikaitkan dengan kanser prostat. Yang pertama berita PM Singapore Mr. Lee Hsien Loong, yang menjalani pembedahan merawat kanser tersebut. Kemudian Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz yang meninggal akibat kanser prostat juga. Dan kini Mama Juwie pula.
Kanser prostat di kalangan lelaki ini meningkat risikonya apabila mereka menginjak usia 40-an. Dan menjelang usia 50-60-an, risiko semakin meningkat. Oleh sebab kanser prostat sering menyerang lelaki yang sudah pertengahan usia, bermakna mereka ada masa yang panjang untuk memulakan langkah pencegahan.
Antara yang paling simple ialah dengan amalan pemakanan yang sihat seperti pengambilan buah- buahan yang tinggi kandungan bioflavonoids, karotenoids, mineral, asid folik dan vitamin C. Jika mahu lebih mudah, amalkan supplement yang mengandungi bahan- bahan ini seperti yang tinggi anti oksida seperti vitamin E dan vitamin A. Jika anda penggemar produk Shaklee, amalkan Vivix, Vita E Complex, Carotomax dan Sustained Release vitamin C setiap hari.
Wartawan Hiburan Veteran Mama Juwie Meninggal Dunia
Sumber: My News Hub
Mama Juwie pernah menjadi wartawan di Berita Harian sejak 1974 namun beliau paling dikenali selepas menyertai Utusan Melayu sepuluh tahun kemudiannya terutama ketika mengendalikan sisipan hiburan Mingguan Malaysia, Pancaindera menerusi ruangan pojok Auww Juwie.
Di Utusan, beliau telah mengembangkan karier wartawannya apabila dinaikkan pangkat daripada Pengarang Muda-Mudi kepada Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, seterusnya Pengarang Hiburan Majalah Mangga bermula 1995.
Kemuncak kerjaya Mama Juwie adalah apabila beliau berjaya menjadikan majalah Mangga sebagai majalah hiburan nombor satu terlaris di Malaysia pada 1998.
Antara wartawan hiburan terkenal yang merupakan anak didik Mama Juwie adalah Huzz dan Niezam Abdullah.
Mama Juwie akhirnya mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia kewartawanan pada 2008 dan selepas itu beliau mulai aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan selain menumpukan perhatian untuk melakukan ibadat.
Mungkin tak ramai generasi muda yang tahu, selain dikenali sebagai wartawan hiburan, Mama Juwie juga sebenarnya seorang penulis lirik prolifik sekitar tahun 80-an.
Lirik nukilannya menjadi pilihan kebanyakan penyanyi popular zaman itu antaranya Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab dan Jamal Abdillah.
Malah, garapan puitis Mama Juwie menyaksikan dua buah lagu tulisannya berjaya memenangi anugerah Juara Lagu pada 1988 dan 1991 iaitu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu(Ramlah Ram) dan Takdir dan Waktu (Mega).
Lagu lain karya Mama Juwie yang pernah menjadi siulan ramai adalah Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi (Ramlah Ram) dan Bila Rindu Ku Sebut Namamu (Siti Fairus) dan Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats).
Sesungguhnya Mama Juwie adalah satu nama besar dalam dunia kewartawanan hiburan dan pemergiannya tentu menyentuh hati banyak pihak terutama para artis dan anggota masyarakat yang membesar circa 80-an.
No comments:
Post a Comment