1- Bila makan supplement bukan bermakna kita mahu badan kita bekerja sepanjang hari, langsung tak berehat, berjaga malam dan sebagainya. Waktu rehat kena ada, waktu tidur kena jaga, dan bangun awal pagi mesti jadi rutin.
2- Bila makan supplement bukan bermakna kita makan juga benda- benda tak berkhasiat, dengan pemikiran yang supplement akan cuci badan sampai bersih. Kalau dah sumbat macam- macam non stop, supplement pun tak boleh tolong, lama- lama badan pun give up.
3- Bila makan supplement bukan bermakna kita tak akan jatuh sakit. Lihat point no.1 dan 2 dan ditambah lagi dengan risiko lain seperti denggi misalnya. Mana ada supplement boleh cegah denggi, kalau keliling rumah kita penuh nyamuk Aedes.
4- Bila makan supplement bukan bermakna kita langsung tak ada tekanan. Mengawal stress bukan sekadar melalui diet dan supplement tapi juga latihan dan usaha membersihkan minda dan hati. Perlu ambil kira amalan rohani setiap hari bagi memperoleh ketenangan.
5- Bila makan supplement bukan bermakna kita tidak makan benda lain. Yang ditayang- tayang tu sudah tentunya 100% teknik pemasaran saja. Belakang, semua benda pun bedal.
Saya makan b-complex hari - hari tak miss, tapi ada masanya tak boleh tahan jugak, memang naik antu LOL! |
No comments:
Post a Comment