Monday, April 6, 2015

Kelas renang di Wangsa Maju

Assalamualaikum semua :)

Dua bulan lepas saya survey kelas berenang untuk Adam dan Aliyah. Matlamat utama saya supaya budak dua orang ni dah boleh berenang sebelum sekolah rendah atau lebih awal lah. Bukan apa, anak- anak ni tak berpeluang terjun sungai macam saya kecik- kecik. Jadi tak dapat lah mereka nak secara natural boleh berenang macam maknya, si budak kampung ni. Rugi lah kan!

Cari punya cari, takde satu pulak yang buat saya nak contact kelas- kelas dan coach- coach ni. Sebenarnya ada beberapa faktor yang menyebabkan saya fikir banyak kali. Satunya jadual kelas renang. Kebanyakan semua dalam 3-4 petang, bermakna lepas sekolah, anak- anak kena pergi kelas renang pulak. Hmmm...letih pulak ku rasa. Kesian kat diaorang, kesian jugak kat kitaorg hehee. Kemudian faktor harga, boleh tahan juga harga kalau nak ada private lessons ni. Kalau nak coach untuk masuk competition maybe berbaloi haha. Dan lagi satu venue untuk belajar. Kalau boleh nak buat dekat pool condo ni saja. Mama pun boleh terjun sama.

Nasib baik saya post hajat ni ke Facebook. Dapat lah info rupanya our cousin pun swimming coach. Kalau tak sebab Facebook, memang tak tau ler. Lepas dah discuss etc, dia setuju datang ke Wangsa Maju, dan conduct class di condo kami. Saya pakat dengan adik ipar, ajak anak dia sekali. Jadi dapatlah 3 orang students untuk setiap sesi. Berbaloi la coach nak datang all the way from Subang.

Kelas pertama, Adam dan Dhiya (my niece)  masih takut- takut, tapi sangat taat dengan arahan coach.  Berbeza sikit dengan Aliyah, dia dah berani, sebab pernah ada kelas swim sekejap di sekolah (cikgu stop sebab kids tak ngam dengan coach ahaha). Dan Aliyah ni naturally lebih berani berbanding Adam pun. Setakat semalam, Aliyah dah boleh float, kick, breath dengan baik. Alhamdulillah. They also have good chemistry with the coach (diaorang tak tau coach tu pangkat Auntie diaorang haha).

Gap dengan kelas kedua agak jauh, jadi saya ambil langkah proaktif bawak diaorang ke pool dengan lebih kerap. Berlatih la konon. Tapi as usual bila Mama yang guide, Adam manja terlebih la pulak. Semua tanak, semua takut. End up main kat pool kanak- kanak yang separas buku lali tu haha!

Dalam satu pakej, ada 4 kelas dan boleh pilih ikut tarikh yang kita nak, dan juga ikut lah tarikh yang coach suggest. Saya plan untuk habiskan 4 kelas dalam bulan April. Dan sambung lagi satu pakej dalam bulan May.





Dan pandai berenang, kita cari kelas menunggang kuda pulak ok!

4 comments:

Unknown said...

Assalam.

Pakej kelas swimming economy di sekitar setapak/wangsa maju/gombak area.
Whatsapp 012205084.
Pakej: Rm150/5session/per pax

Unknown said...

Assalam.

Pakej kelas swimming economy di sekitar setapak/wangsa maju/gombak area.
Whatsapp 012205084.
Pakej: Rm150/5session/per pax

business said...

no telefon tak lengkap. boleh dapatkan no telefon yang lengkap?

business said...

no telefon tak lengkap. boleh dapatkan no telefon yang lengkap?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...