Saturday, December 31, 2011

susu merudum, stok pam hari ini, habis esok?

note: this statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. these products are not intended to diagnose, treat or cure any diseases.  

macam pernah berlaku je. hiks. inilah yang terjadi pada saya semasa menyusukan aliyah dulu. mujur juga aliyah jenis minum susu ala kadar je. cukup- cukup setiap hari. dapat juga aliyah khasiat susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 15 bulan. saya mengaku, perkara utama kegagalan yang menyebabkan saya tidak dapat melakukan penyusuan eksklusif dengan aliyah ialah : kurangnya ilmu! saya tidak konsisten dalam melaksanakan 3 perkara di bawah:

1- power pumping
kalau dah merudum sangat, mesti buat power pumping. malas? kalau malas, jangan buat haha! tapi jangan merungut, stress bila susu makin susut. paling utama semasa buat power pumping ialah consistency. badan ibu A tak sama dengan badan ibu B. ada orang buat 3 hari, dah nampak perubahan. ada orang kena tunggu 2 minggu! saya pernah buat seminggu baru berhasil. jangan tengok botol yang kosong penuh angin tu, pam saja. alihkan minda dengan membaca buku atau main game atau berzikir (dapat gak pahala kan?!) kalau ditunggu botol tu penuh, memang sengsara ya. mental kena kuat ya mama!

2- minum air
kita rasa dah banyak minum air, dan dah penat berulang- alik ke tandas. tapi betul ke banyak? ada indicator? jangan main agak saja mama, mesti sukat dengan botol, berapa liter dalam sehari kita minum. lepas saja menyusukan, atau mengepam, minum lah air. sebelum mengepam pun elok minum air suam dulu, baru tenang fikiran dan perasaan. sila minum 2-3L sehari ya. malas minum? takpe. tapi jangan merungut, stress bila susu makin susut.

3- direct feeding
bila di rumah, ambil peluang sebaik mungkin untuk menyusu direct. lagi kerap lagi bagus. malam pula top up dengan power pumping, insyaallah akan dapat hasil.

---------------------------------------------------------
selain itu, mama kena tenangkan fikiran. cari punca mengapa susu merudum. mungkin tengah period? mungkin sebab ada ambil apa2 ubat (ubat flu pernah buat susu saya kering). fikirkan punca, dan cari penyelesaian terbaik. saya sangat mahu mencadangkan mama- mama cuba ambil vitamin- vitamin yang saya ambil sekarang, bagi menangani masalah kurang susu atau payah nak buat stok. saya dah cuba (disamping konsinten dengan 3 perkara di atas), dan saya syorkan anda juga!

ini set asas yang saya ambil secara konsisten, mengandungi vita-lea (multivitamin), vitamin c, b- complex dan alfalfa.

mengikut pengalaman saya, dengan menambah ostematrix (calcium), susu saya tetap tidak berkurang walaupun saya period. dan saya juga ambil energizing soy protein bagi mendapatkan khasiat soya sebagai sumber protein untuk badan dan terbukti berkesan sebagai milk booster terbaik, selain alfalfa.

selamat tahun baru!


alhamdulillah, kita dah sampai ke penghujung 2011. semalam di office, rakan saya seperti merungut "ahhh kejapnya masa berlalu!" saya senyum dan jawab, baguskan?! panjang umur kita, dapat  hidup sampai ke hujung tahun! positive...positive...

memang banyak perkara yang belum selesai jika difikirkan, terutama hal- hal di office. saya buat check list apa yang urgent perlu saya siapkan sebelum kembali bekerja hari selasa depan, dan saya yakin dapat menyiapkannya dalam 2 hari ini. sebentar tadi pun, adam tidur, suami & aliyah pergi beli groceries (patut jadikan aktiviti mingguan mereka, mama tak larat berpusu- pusu di supermarket!), saya dapat menyudahkan 2 perkara berkaitan kerja. apa yang kita perlu sebenarnya (sebagai ibu bekerjaya) ialah pengurusan masa & fokus! satu jam pun cukup kadang- kadang untuk siapkan beberapa perkara.

saya juga bersyukur, saya telah jumpa apa yang saya mahu capai untuk tahun depan sejak bulan November lagi. alhamdulilah, saya tahu landasannya sudah ada, saya perlu berbalik kepada pengurusan masa yang baik dan fokus supaya apa yang saya impikan tercapai.

secara ringkas, ini harapan dan doa saya untuk tahun 2012:

peribadi & keluarga:
1- masa yang lebih berkualiti dengan anak- anak dan suami. drop the laundry (tak penah habis pun laundry ni), play with the kids. that's my new motto!
2- menyediakan ruang belajar & bermain untuk aliyah (tunggu saya update bila projek dah bermula ya)
3- mengepam dengan konsisten, stock up yang lebih dari cukup untuk adam
4- meningkatkan kualiti ibadat
5- berpakaian (dan berbedak) lebih kemas (jangkit azam sorang teman saya ni Angah)

kerjaya:
1- fokus, fokus, fokus
2- guna masa di pejabat dengan lebih berkesan!
3- bimbing anak- anak buah dengan lebih efektif
4- cari ilmu lagi untuk perbaiki skill leadership saya
5- sebarkan aura positif setiap hari!

semoga kita semua dipanjang usia, diberi kesihatan yang baik, dikelilingi orang- orang yang positif sepanjang tahun 2012. semoga kita belajar dan insaf dengan kesilapan yang dilakukan dalam tahun 2011 dan tidak akan mengulanginya lagi.

selamat tahun baru!!

Wednesday, December 28, 2011

kulit sihat dengan ESP shaklee

mesti ramai yang tahu tentang kebaikan protein soya untuk kesihatan dan kecantikan kulit kan? saya teringat mak saudara saya yang rajin sangat buat homemade soy drink ketika hamil, petua nak dapatkan anak berkulit gebu & putih melepak! petua yang ini saya tak pasti samada betul berkesan atau tidak, tapi saya nak share tentang kebaikan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein) yang memang berkesan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.


mengapa kulit perlukan protein?
seperti yang kita tahu, kulit kita ni diperbuat dari protein (kuku dan rambut juga diperbuat dari protein). protein diperlukan dalam pembentukan tisu baru dan pembaikan semula tisu yang rosak. kulit yang berjerawat dan kemudiannya berparut menunjukkan bahawa badan tidak menerima protein yang cukup untuk membaiki tisu kulit yang telah rosak. parut yang berwarna gelap menunjukkan bahawa kulit tidak ada protein yang cukup untuk membina tisu yang baru. selain itu keanjalan kulit (dan tubuh badan yang lain) juga adalah berpunca daripada manfaat protein.

mengapa kita perlukan energizing soy protein?

sumber: cery

•ia membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan

•ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
•menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
•diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
•setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
•kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
•indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
•Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
•tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
•ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
•tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

kalau nak kesan yang mengancam dan berkekalan, pengambilan soy protein perlulah berterusan selama 3- 5 bulan untuk kita melihat kesannya. cadangan saya bagi anda yang inginkan kulit yang sihat ialah dengan mengambil vitamin yang lengkap iaitu energizing soy protein bersama- sama b- complex, vitamin c & vitamin e. 

apa kata kita treat kulit kita dari dalam pula. saya faham sangat mereka yang puas menyental kulit dengan pelbagai produk tapi tidak endahkan kesihatan kulit dari dalam (saya pun dulu macam tu). apa kata sempena tahun baru ni, ambil pendekatan yang berbeza pula. bukan saja dapat kulit yang cantik, insyaAllah gabungan vitamin- vitamin ini dapat juga mengawal kadar kolestrol dalam badan. bonus kan?! untuk ibu- ibu yang menyusu pula, lagi lah bonus berganda, dapat milk booster, dapat pula kulit yang anjal. terbaek lah!!

Saturday, December 24, 2011

tips berpantang dengan tenang

bila mengenangkan hari- hari berpantang yang dah berlalu, memang terasa sangat lega. banyak perkara saya belajar ketika berpantang anak pertama yang kemudian saya perbaiki ketika berpantang anak kedua. ada beberapa keputusan yang saya ambil termasuk dalam kategori keputusan bijak berpantang. moh kita lihat senarai bijak berpantang saya!

1- pakaian dalam & luar yang selesa
pertama sekali, pastikan anda membeli nursing bra yang selesa dan cukup jumlahnya, untuk dipakai siang dan malam. nursing bra yang diperbuat daripada 100% cotton adalah yang terbaik, memberi keselesaan kepada kulit, terutamanya jika ibu mengalami luka pada nipple (sakit rasa nak pecah otak), mestilah tak mahu bra yang berenda beropol bagai. jangan ambil mudah pemakaian bra di waktu malam ketika dalam pantang, kerana bila bengkak susu, anda mahukan sokongan yang padu, kalau tak terasa macam nak gugur ke lantai. dan klip yang mudah dibuka dan ditutup memudahkan anda menyusu bayi apabila diperlukan. tak perlu terkial- kial, baby dah menangis, lalu ibu dan anak menjadi stress!

2- fikiran yang tenang
cuba untuk fikir yang baik- baik dan banyakkan beristighfar. saya dapati, fikiran saya mudah terganggu dan tersentap ketika berpantang. adakalanya fikiran mengerawang entah ke mana- mana, berfikir yang bukan- bukan. hormon pun tak stabil, ditambah pula keletihan berjaga malam dan lain- lain. saya dapati dengan berulang kali berisitighfar dan berselawat, sedikit sebanyak saya mudah untuk tenang semula.

3- hadkan kedatangan tetamu melawat
ibu yang baru bersalin, amat lah fragile. samada dari segi kesihatan mental mahupun antibodi mereka. adakalanya kehadiran tetamu- tetamu yang tak putus- putus boleh membawa pelbagai jangkitan penyakit. jika tidak keterlaluan, beritahu kepada rakan- rakan atau kaum keluarga yang tidak sihat, supaya jangan melawat dulu. datanglah bila dah pulih. kadang- kadang tak bawak penyakit, tapi bawak komen- komen yang memanaskan telinga. oops!

4- tenang- tenang saja, susu ibu akan keluar juga
ini memang tricky. apabila kita hamil, impian kita memanglah nak menyusukan bayi dengan susu kita 100%. tapi, terimalah kenyataan sekiranya pada hari pertama kedua ketiga, susu masih setitik dua. biarlah anak disusui dengan formula dan tidak kelaparan. saya pasti ibu menyusu tegar kurang bersetuju dengan saya, tapi secara peribadi, ibu yang tenang fikiran, akan menghasilkan susu akhirnya. kalau tak dapat beri pada hari pertama, jangan rasa bersalah. rezeki anak datang dari Allah jua. saya melahirkan anak- anak saya secara ceasar, saya mesti beri peluang pada diri saya untuk berehat dengan cukup supaya saya lebih tenang, kemudian baru saya usahakan untuk menyusu bayi. ketika aliyah lahir, saya hanya dapat menyusukan aliyah 100% pada hari ke4 apabila pulang ke rumah. untuk adam, saya dapat memberi susu perahan setiap hari dalam 1-2 oz, namun tidak pada setiap jam. logiknya pada saya, bila saya tenang, cukup rehat, susu akan datang kemudian, dan saya akan susukan anak saya sepuas- puasnya.

5- jangan pam kuat sangat sampai luka
maklumlah dah ada medela FS, saya perah susu sekuat hati dengan harapan susu akan memancut keluar. yang keluar setitik dua, tapi yang merekah luka tu aduhai sakit nak pengsan! ingat ya, sabar- sabarlah. kalau boleh marmet, marmet lah dulu. jangan torture kulit anda! nak pakai lama lagi tu.

6- tidur dan rehat bila ada kesempatan
hentikan berBBM, sign out lah dari FB. pejamkan mata, rehatkan minda. ini anda dapat lakukan jika anda bersalin anak sulung. kalau anak kedua tu payah sikit pasal yang sulung mesti nak perhatian. tapi inilah masa suami kena ambil peranan untuk beri lebih perhatian kepada anak sulung, sementara kita dapat berehat. kalau ada tetamu pun, minta diri lah untuk berehat di bilik.

7- simpan rambut panjang ketika hamil, ikat rambut ketat- ketat dalam pantang
saya sangat percaya tips ikat rambut ketat- ketat ketika dalam pantang, dapat mengelakkan sakit kepala semasa dan selepas berpantang. masa hamil adalah masa yang baik untuk simpan rambut panjang. hormon tengah cantik, rambut pun lebat dan berkilat. ikatlah rambut elok- elok ketika berpantang untuk elak masuk angin dan kurangkan sakit kepala. cubalah!

8- gunalah syampu badan, rambut, losyen kegemaran
perkara- perkara kecil sebegini dapat memberi semangat kepada kita sebenarnya. sesekali manjakan diri dengan produk- produk kegemaran anda, supaya kita berasa lebih selesa dan bersemangat. adakalanya badan berbau minyak angin atau losyen bayi sepanjang hari pun tak best juga!

9- guna stoking panjang sampai ke lutut
ini yang paling saya suka. saya jumpa stoking yang panjang, colorful sekali untuk saya pakai ketika berpantang kan adam. sapukan minyak angin pada kaki, dan pakai stoking panjang, untuk elak dimasuk angin. malah bidan hospital pun suka! pilihan yang bijak katanya haha!

10- terimalah nasihat (percuma) dengan senyuman
ada ramai orang akan beri tips dan nasihat itu dan ini kepada ibu yang masih berpantang. senyum dan ucapkan terima kasih samada anda bersetuju atau tidak. mudah kan? ahaks!

sekian.

Wednesday, December 21, 2011

berpantang dengan supplement

pengalaman berpantang ni memang pengalaman yang lain dari lain. susah saya nak cari orang yang mempunyai pengalaman yang sama dan serupa dengan saya. macam juga pengalaman bersalin, macam takkan sama setiap orang kan!

saya memang yakin untuk buat perbandingan pengalaman semasa berpantang dengan produk Shaklee dan dengan bukan produk Shaklee. walaupun berpantang ala shaklee tidak melibatkan pembelian bengkung menjerut perut, ianya lebih berbaloi (bagi saya).

semasa persiapan bersalinkan aliyah, saya memang excited memilih set bersalin. memang rambang mata. akhirnya saya memilih produk yang paling familiar dengan saya iaitu dot-dot-dot. hehehe. produk ini memang mempunyai senarai supplement yang berkualiti tinggi, tapi saya kecewa dengan supplement yang dibeli untuk set bersalin. ianya dibuat dari herba dan tidak sesuai langsung dengan saya. ia buat badan saya gatal- gatal dan miang. dan saya rasa jadual makan pil juga begitu complicated! ada yang kena makan 2 minggu pertama, kemudian lepas sebulan. memang tak sesuai untuk orang yang pelupa (macam saya).

yang saya suka juga dengan set dotdotdot ini ialah ia mengandungi uncang- uncang kecil mandian yang sangat menyegarkan. disebabkan banyak juga barang dalam set ini, pernah sekali saya mandi dengan uncang teh untuk minum! hehehe! saya ni orang simple, benda- benda kompleks ni saya tak reti. dan bengkung yang dibeli bersama set ini, saya pakai 2 kali saja kot, tak selesa kerana (1) saya tak pandai ikat (2) saya bersalin ceasarean.

apabila tiba giliran adam, saya berazam untuk cari set yang simple, senang, logik dek akal. mak saya pesan, ambil vitamin saja, dan saya memilih shaklee- pasal ramai ibu- ibu sudah mencuba, paling mudah nak cari testimonials (untuk set bersalin guna vitamin modern lah).

mama kena cepat- cepat sihat & segar, nak jaga adam, nak jaga HATI aliyah.
set bersalin shaklee sangat mudah, mengandungi:
(1) vita-lea (multivitamin) untuk kesegaran tubuh badan sepanjang berpantang, berjaga malam menyusu anak, tidur tak lena, mandi tak sempat hehe. iron formula dalam vita-lea sangat penting bagi pembentukan sel darah merah dalam badan ibu yang lepas bersalin
(2) b- complex untuk mengawal atur hormon dalam badan, mengawal stress, dapat mengelakkan kemurungan/ baby blues dalam pantang
(3) vitamin C untuk menguatkan immune system badan, membantu membina tisu- tisu dalam badan
(4) zinc ni penting sangat untuk membantu menyembuhkan luka samada dalaman atau luaran. saya sangat merasai perbezaannya kerana saya bersalin ceasarean DUA KALI! masa bersalin aliyah, hanya selepas 2 minggu baru saya dapat berjalan dengan baik (bukan cergas). masa bersalin adam, dalam minggu pertama, saya dah boleh berjalan dengan baik, cergas dan boleh mandikan adam! alhamdulilah!

selingan: masa bersalin aliyah, saya ikut petua orang minum pati ikan haruan. minum la berbotol-botol, sampai kulit tempat surgery jadi tebal dan timbul. masa doktor nak operate keluarkan si adam, dia kikis dulu kulit yang menebal tu, dan dia cakap "macam sotong kan?!" dia dan suami saya ketawa beramai- ramai dalam OT. huhuhuhu!

ok sambung.

cara makan pun senang, sebiji sehari selama 40 hari. tak confuse langsung kan!  dan untuk persiapan breastfeeding, cuma tambah ESP + Alfalfa + Ostematrix. dah siap sedia untuk berjuang bangun malam dan menyusukan baby dan kalau ada anak sulung (macam aliyah yang jeles sangat dengan adik), tak lah stress sangat!

P.S: bagi anda yang rajin pakai pilis, bengkung, saya sangat kagum! saya pakai girdle avon je hahahaha! saya cuba pakai pilis kali kedua ni, tapi aliyah tak bagi, dia tutup hidung dan paksa saya basuh.

Tuesday, December 20, 2011

supplement lengkap satu keluarga

gambar hiasan: keluarga saya adalah melayu (walaupun anak- anak macam rupa cina)

apabila saya mula mengambil supplement shaklee ini, saya juga minta suami saya makan sama- sama. alang- alang dah beli berbotol- botol, baik sama- sama dapat khasiat. takkan isteri je chargas kan, suami kena lah sama chargas. apa kata masukkan dalam senarai azam tahun baru untuk sama- sama menchargaskan diri satu keluarga? MC pun kurang, cuti tahunan boleh simpan pegi holiday. yang lebih penting, banyak manfaat untuk team work (jaga anak, kemas rumah, iron baju, macam2 lagi). bagi suami makan vitamin sebab kita sayang dia, dan sebab kita sayang diri sendiri (tiada matlamat tersembunyi ok hehehe).

ok, habis di situ.

untuk pengetahun semua, cadangan supplement dalam family wellness programme shaklee termasuklah:
  • vita-lea iron formula
  • energizing soy protein (ESP)
  • vitamin C
  • b- complex
kesemua supplement di atas ini dapat membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh, membantu anda berasa lebih bertenaga, menguatkan sistem imun anda, dan membekalkan khasiat untuk rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.



cuba kita tengok, berbaloi ke tidak untuk mendapatkan setiap satu jenis ini untuk di makan berdua dengan suami:

sebotol vita- lea ada 120 biji - sebiji sehari, cukup untuk 4 bulan
sebotol ESP- satu sudu sehari, cukup untuk sebulan ke sebulan setengah
sebotol vitamin c ada 180 biji - sebiji sehari, cukup untuk 6 bulan
sebotol b- complex ada 120 biji - sebiji sehari, cukup untuk 4 bulan

**yang menarik, kalau anda ambil semua kerana menyusu bayi, boleh juga share alfalfa dengan suami. jangan risau, ia tidak boleh sama sekali jadi milk booster untuk lelaki! alfalfa baik untuk sistem pencernaan dan juga detox samada untuk lelaki atau pun perempuan.

Sunday, December 18, 2011

supplements for pregnancy

"it's not longer just about you!"

inilah yang saya beritahu kawan- kawan dan ahli keluarga tiap kali mereka (yang hamil) mengadu tak suka nak minum susu atau sering terlupa ambil vitamin. apabila dah berdua, ambillah kesempatan ini untuk menjadi orang yang lebih baik, menjadi orang yang lebih sihat, menjadi orang yang lebih gembira dan ceria!

saya benci susu sejak kecil. saya hanya boleh minum jika dicampur dengan milo atau susu kotak yang ada perisa strawberry. saya berlatih minum susu (tak ada perisa bantuan/ tambahan) apabila hamilkan aliyah. latihan ini membawa kebaikan kepada saya kemudian apabila tiba giliran adam, tabiat itu sudah melekat dan saya tiada masalah lagi untuk minum susu. anak bertambah, tabiat berubah (menjadi lebih baik), alhamdulillah.

bila hamil juga, kita tak mahu bercakap perkara- perkara buruk atau pelik kan. kalau boleh nak cakap hal- hal yang elok saja, tak mahu bergossip buang masa. tiba- tiba juga ramai bakal ibu yang cuba menjadi pembaca tegar hihihi! atau tiba- tiba nak dengar muzik klasik! saya tak pun dengar muzik klasik kerana saya tak suka (maaf aliyah dalam perut), tapi mujur saya memang suka membaca. bayangkan jika tabiat- tabiat baru yang baik ini boleh dikekalkan selama 9 bulan, insyaallah boleh melekat selama-lamanya. orang kata nak tukar tabiat hanya 2 minggu, kalau dah boleh selama 9 bulan, bayangkan banyak mana tabiat kurang elok kita boleh ubah!

saya tidak culas makan vitamin ketika hamil, walaupun ada masa saya terlupa. kalau dah tertidur pun, suami akan kejut, siap bawak air dan vitamin ke tempat tidur. pernah dia berpesan, jangan lah anak sulung saja ingat nak makan vitamin, anak kedua buat tak endah! anak ke lapan?? huii ramainya...*insaf*

bila tahu kita dah hamil, mesti excited kan. mesti mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk bayi. mesti list beli barang, beli baju dah siap awal- awal kan?! hehehe...jangan lupa, masuk jugak dalam list untuk beli supplement yang penting untuk ibu dan bayi.

ok di sini saya kongsi cadangan supplement shaklee untuk penggunaan ibu hamil:

1- vita-lea iron formula (multivitamin)

vita-lea dengan formula zat besi ini penting bagi memastikan ibu hamil mendapat nutrient secukupnya setiap hari. hari- hari yang dilalui oleh ibu hamil tak sama dengan ibu tak hamil. kita perlukan tenaga yang cukup kerana kita sedang berkongsi ruang, sumber, malah oksigen dengan si kecil di dalam. zat besi penting bagi mengelakkan ibu mengalami masalah mudah pitam atau pening, atau yang lebih serius ialah anemia. apabila kita hamil, jumlah darah dalam badan kita meningkat hingga 50% daripada waktu tidak hamil. apabila jumlah darah meningkat, badan kita perlu menghasilkan hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel yang lain). dan hemoglobin ini dihasilkan oleh zat besi. sebab itulah kita perlukan tambahan zat besi ketika hamil. dan jangan lupa, zat besi penting untuk perkembangan bayi dan placenta juga! biasa doctor akan bagi acod folic kan bila pertama kali membuat check-up, dan dalam vita-lea ada acid folic juga.

2- b- complex

dalam b-complex shaklee, selain lengkap dengan 8 jenis vitamin B, ianya juga dilengkapi dengan acid folic. (dalam vita-lea ada 200mcg, dalam b-complex ada 200 mcg) ibu hamil memerlukan memerlukan sekurang- kurangnya 400mcg acid folic sehari. acid folic penting bagi pertumbuhan sistem saraf bayi seawal minggu pertama kehamilan (sebab itu ketika merancang kehamilan pun kita dah mesti ambil acid folic).  berikut adalah info lebih lengkap tentang kebaikan b- complex kepada kehamilan dan bayi dalam kandungan:
  • B1 (thiamin), B3 (niacin), B12 (cobalamin) diperlukan untuk perkembangan organ, otak dan sistem saraf bayi. 
  • B2 (riboflavin) bantu bayi membesar
  • B5 (pantothenic acid) bantu bayi membesar dan bantu mengelakkan risiko anemia kepada ibu
  • B6 (pyridoxine) dapat kurangkan risiko keguguran di awal kehamilan, dapat mengurangkan rasa loya
  • B9 (folic acid) mencegah risiko kecacatan pada bayi
3- vitamin C

vitamin C penting bagi membantu badan kita menyerap zat besi yang penting bagi pembentukan hemoglobin. selain itu ia membantu kita mencegah jangkitan penyakit (ibu hamil mudah sangat berjangkit demam atau selesema kan!). kepentingan vitamin C (hamil atau tidak) termasuklah memperbaiki tisu badan, untuk membaiki tulang dan juga untuk kesihatan kulit.

4- ostematrix

ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. apa yang bestnya ostematrix ialah ianya tidak mengandungi lemak (berbanding jika mendapatkan kalsium melalui produk tenusu). vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium- lihat entry ini. kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pembentukan tulang, dan pembentukan gigi bayi sejak dalam kandungan lagi. pengalaman peribadi saya, kedua- dua aliyah dan adam, lahir dengan leher yang kuat dan tegap. mudah untuk mandikan mereka walaupun baru lahir. saya memang berdisiplin dengan pengambilan kalsium tambahan dan saya juga minum susu setiap hari. semasa hamil, kita juga berkongsi stok kalsium dalam badan dengan bayi, jadi amat penting bagi ibu mendapatkan bekalan calcium secukupnya.

5- energizing soy protein

protein penting kerana ianya mengandungi acid amino yang membentuk sel. dan sudah tentulah juga untuk pembentukan sel bagi bayi yang dikandung. terutamanya pada semester kedua dan ketiga, bayi akan membesar dengan pesat dan protein membantu badan kita memenuhi keperluan organ badan kita. lagi bayi membesar, lagi banyak yang badan ibu perlu sediakan dan protein yang lengkap adalah salah satu persediaan penting.

6- omega guard


persiapan membina minda anak, mesti bermula dari dalam kandungan. ada banyak petua bagi mendapatkan minda yang sihat dan cerdas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil. pilihan untuk mengambil makanan yang mempunyai DHA yang tinggi adalah salah satunya, dan ia boleh didapati dengan mudah dengan pengambilan omega guard dan untuk ibu pula, omega guard boleh mengawal kadar kolestrol.

tips memilih vitamins

sumber makanan sumber terbaik vitamin
kebaikan vitamin dan mineral sebenarnya mudah didapati di dalam makanan seharian kita. namun begitu faktor- faktor seperti pencemaran persekitaran terhadap sumber makanan, cara pemprosesan makanan, cara penyimpanan makanan dan juga cara kita memasak dan menyediakan sumber makanan ini menjadikan makanan tidak lebih hanya sekadar mengenyangkan tetapi tidak memberi manfaat kepada tubuh badan. sebagai contoh, ikan yang digoreng dengan minyak yang panas, memusnahkan sumber protein yang ada. tetapi jika kita mengambil jumlah makanan yang cukup nutrient di dalamnya,  kita mungkin hanya memerlukan multivitamin sebagai sumber tambahan seharian.

siapa perlukan apa?
keperluan mengambil vitamin juga berbeza mengikut kelompok usia, jantina dan keadaan kesihatan  dan diet seseorang.
  • wanita: hamil, merancang untuk hamil, menyusukan bayi, menopause
  • orang yang mengikut diet yang ketat, kerana allergies
  • seorang vegetarian atau vegan
  • orang yang sakit lama, dalam proses sembuh dari kemalangan, atau pembedahan
  • ada juga yang berpendapat, bayi juga memerlukan vitamin tambahan (tapi pada saya, bayi yang diberi susu ibu tidak perlukan apa- apa vitamin tambahan).
bagaimana memilih vitamin?

  • buat sedikit bacaan atau kajian tentang banyak mana yang diperlukan oleh badan (mengikut usia, diet seharian). vitamin yang disimpan dalam badan lama seperti vitamin A, D, E dan K boleh berbahaya sekiranya diambil lebih daripada keperluan seharian.
  • pastikan kita tahu kandungan vitamin yang kita pilih. baca label kandungan dan kenalpasti jika kita ada alahan kepada bahan tersebut. atau sebagai orang islam, kita kena pastikan ianya dibuat daripada sumber- sumber yang halal.
  • perika tarikh luput vitamin yang hendak dibeli. jika ada 120 tablet, perlu diambil sebiji sehari, dan tarikh luput adalah dalam masa 30 hari, rugi lah sangat!
  • jika kita rasa, kita hanya memerlukan multivitamin sahaja, tidak perlulah mengambil vitamin- vitamin yang berbeza secara berasingan. jika perlu, pastikan ianya tidak berlebihan.
  • hati- hati sekiranya vitamin yang dibeli menjanjikan kesan yang cepat. vitamin tidak sepatutnya mengubati sesuatu penyakit secara pantas, kerana ia bukanlah ubat.

sumber
---------------------------------------------------------------------------

saya yakin dengan produk Shaklee kerana ianya dibuat daripada sumber semulajadi dan selamat. penggunaan vitamin mengikut jadual yang betul, dan pengambilan air yang mencukupi untuk tubuh badan, akan membolehkan tahap kesihatan kita diperbaiki dalam jangka masa panjang.

Wednesday, December 14, 2011

kalsium, vitamin D dan tulang belulang

hari ini saya terpanggil untuk tulis tentang kalsium dan tulang (wanita)! semalam di clinic sementara tunggu giliran immunization jab untuk adam, saya membaca majalah health today. gambar aaron aziz di muka depan (tak relevant hehe). fokus bulan itu adalah segala- gala tentang kalsium dan tulang.

nah link kalau nak baca jugak pasal abang aaron! Klik hensem! hahaha!
gambar hiasan: contoh tulang pipi yang klass!

ok, fokus.

yang paling saya ingat dan tertarik semalam ialah kategori tulang mengikut peringkat umur dan bagaimana ianya berkembang, dikekalkan dan merosot mengikut umur. ada tiga kategori yang disebut dalam artikel itu.

bayi sehingga kanak- kanak
kategori pertama ialah seawal usia bayi sehingga peringkat kanak-kanak. kalsium dalam badan membentuk tulang bayi dan kanak- kanak, dan proses ini berjalan dengan optimum kerana kalsium dapat diserap dengan baik. secara general, bayi dan kanak- kanak minum formula yang diperkaya dengan kalsium membolehkan tulang mereka dibentuk dan berkembang dengan baik.

remaja- awal dewasa (bawah 30 tahun)
apabila meningkat remaja dan awal dewasa, tulang tidak berkembang dengan pesat (seperti semasa bayi & kanak- kanak), malah mungkin berhenti berkembang. pada masa ini, kalsium membantu mengekalkan tulang yang sedia ada. kalau diperhatikan secara amnya, remaja dan orang muda tidak mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang, seperti sengal- sengal, sakit lutut atau sakit pinggang!

orang dewasa 30 tahun ke atas sehingga usia menopause
*tak sangka aku dah berada dalam satu kategori dengan orang menopos* ini adalah usia yang kritikal untuk kita memastikan kita mendapat jumlah kalsium yang cukup bagi menguatkan tulang. tulang mula poros pada peringkat ini. jika tidak mendapat kalsium yang cukup, badan akan mengambil kandungan kalsium di dalam tulang (tulang ni gudang kalsium la) untuk membantu badan berfungsi. sebab itulah tulang belulang kita mula sakit- sakit, sengal- sengal, poros dan lain- lain. tak cukup dengan tulang, gigi pun boleh reput kalau kandungan kalsium tak diganti dengan baik.

vitamin D dan hubungan dengan kalsium
tapi harus diingat, tiada gunanya ambil cukup kalsium kalau tak cukup vitamin D! kalsium dan vitamin D adalah saling melengkapi di antara satu sama lain. vitamin D diperlukan untuk menyerap kandungan kalsium yang diterima oleh badan. ada 3 cara untuk mendapatkan vitamin D yang cukup.
  1. melalui kulit - sinaran matahari (aliyah calls matahari as Mr. Sun! thanks to Barney :)
  2. melalui diet seharian - ada dalam ikan mackerel, salmon, tuna, hati ikan (banyak vitamin D), cheese, egg yolks, lobak merah, ubi keledek, labu (sedikit saja vitamin D)
  3. melalui supplement - pilihan saya ialah OsteMatrix Shaklee!

apa ada dalam OsteMatrix?

tak perlu ambil vitamin D secara berasingan kerana OsteMatrix mengandungi vitamin D dan juga magnesium! ia mengandungi 100% keperluan kalsium, magnesium dan vitamin D harian yang diperlukan oleh badan.
  • 1000 mg unsur kalsium
  • 400 mg magnesium
  • 400 IU vitamin D
ambil 4 biji OsteMatrix setiap hari, dan saya tidak perlu risau lagi tentang kemaslahatan (haha canggihnya perkataan) tulang belulang.

mudah kan?

Sunday, December 11, 2011

what is natural parenting?

i have a quite high interest in natural parenting. i started to research and learn about the natural parenting after i gave birth to aliyah in 2009. through my readings and research, i believed that natural parenting is basically the way our parents and grandparents did raising children. it is very interesting to see how modern parents interpret it and bring the natural parenting forward. and the fact that most of parents today are also working parents, raising children in the natural ways also means extra work and extra efforts.


so what makes up this natural parenting, or also referred as attachment/ responsive parenting:

  • Prepare for pregnancy, birth, and parenting: parents and parents-to-be research parenting philosophies; maintain a healthy diet and active lifestyle; educate themselves about healthcare providers, birthing options, and the risks and benefits of medical interventions; research breastfeeding and routine newborn care procedures (circumcision, etc.);

this remind me of books i bought during  first pregnancy ; thinking i can sail smoothy into parenthood with books in arms hahahaha! not that it does not help at all, but it's nothing like the real deal. books can be a good reference, but at the end of the day, it's your love and your du'a to Allah Almighty, will guide you and put you at ease. talking to experienced friends and family members also helps, but i learn that our parents cannot be all the time provide the answers. my mom forgot a lot of thing to do to a newborn; can't blame her, last time she gave birth was in 1983!
  • Feed with love and respect: practice exclusive and full-term breastfeeding if possible, and feed with love and respect regardless of whether it is at the breast or with a bottle; parents continue to nurture when introducing solids, and strive to offer healthy, wholesome foods when babies are ready;
i strive to breastfeed. i breastfeed for 15 months with aliyah, and i am breastfeeding adam for 5 months already. i also learn that i must not impose the breastfeeding ideas (thought i wish every mom can experience breastfeeding). but i promise to support anyone that come to me for advice and tips :)
  • Respond with sensitivity: parents understand that babies cry to communicate needs, and that physical contact is healthy and natural. Parents continue to respond with sensitivity into toddlerhood and beyond, embracing big emotions and helping children learn to communicate gently (rather than stifling emotions or punishing “tantrums”);
ahhh this is tough. recently i made a promise to myself to control my emotions if aliyah buat perangai when we fetch her after work at the babysitter. as much as my heart drops every time i send them off and go to work, i believe she also feels the same. i pray for Allah to grant me with patience and promise to be the rock (literally) for both aliyah & adam.
  • Use nurturing touch: this category includes babywearing and skin-to-skin contact for infants, and hugs and physical play for older children;
i tried babywearing for  aliyah, and i am not comfortable, so i guess it's not for me. my husband sweats a lot so it's a no too haha! but hugs and kisses are constant in our home, we sing and dance in shower when we can (we means me and aliyah or adam; ayah tak berapa nak join haha), we scare each other by hiding behind doors and stuff like that.
  • Ensure safe sleep: parents take steps to make sleep safe both physically and emotionally; this category includes bed sharing and co-sleeping, responsive nighttime parenting, and no “crying it out”;
i have been talking about putting aliyah in different room since last year, but i can't! my husband is not so keen, not because of aliyah, but he thinks i might not be able to sleep at all at night. so co sleeping it is! they both smells better too hahaha!
  • Provide consistent and loving care: Parents do not attempt to put babies on strict feeding or sleep schedules. When parents must leave children with alternative caregivers, they find caregivers who respect the children’s needs and are supportive of the attachment principles;
alhamdullilah, our babysitter has knowledge on handling breast milk and very supportive of it. so far aliyah is happy staying with her and her family, sometimes she refused to go back with us! every day in the car i ask aliyah to du'a with me so that both adam & aliyah are safe and healthy at the babysitter while we are both at work.
  • Practice gentle/positive discipline: Parents do not discipline to control, manipulate, or put fear into their children, but to teach. Parents strive for communication and mutual respect and avoid harsh/physical punishment;
ahaa this is another tough thing. i admit that i raised my voice, though i also make daily reminder not to! aaarghh! sigh, i am not perfect. i might need to reflect on this a lot!
  • Strive for balance in personal and family life: Families seek to balance the needs and wants of each family member.
recently, i put away all the housework after i reached home. i changed them, i played with them, feed them and put them to sleep. sometimes i sleep with them, until midnite and only do the housework after that. i don't mind sleeping late as long as they are happy. my house is in the mess on weekdays and i don't care! my motto now is to put down the laundry and snuggle more with the kids.



source: http://naturalparentsnetwork.com/what-is-np/

tips kumpul stok susu sebelum mula bekerja

saya pasti ramai ibu- ibu yang menyusukan bayi pertama kali dan mahu kembali bekerja, tercari- cari cara yang paling praktikal untuk mula menyimpan stok susu untuk anak. saya ingat lagi, saya tidak menyimpan stok sehinggalah lepas pantang masa zaman membesarkan aliyah! sebab utama ketika itu, rumah mak di kampung tidak ada peti ais yang besar. saya pula berpantang 40 hari di kampung. masa berlalu begitu saja, tanpa stok. 2 minggu sebelum masuk kerja baru lah nk buat stok ,terkial- kial. saya dah jadi lebih pandai dan punya banyak maklumat ketika bersalinkan adam dan saya mahu berkongsi dengan anda semua. semoga dapat jadi panduan, sedikit sebanyak.

saya bekalkan adam 6 botol x 4-5oz setiap hari. saya hantar adam pada pukul 7.45pagi, dan ambil sekitar jam 6.30- 7 malam.

1-mula awal!
semasa dalam pantang, biasanya jumlah susu yang dikeluarkan oleh badan adalah lebih banyak (untuk yang tiada masalah). ambil lah kesempatan ini untuk mula menyimpan. jangan tunggu susu banyak baru simpan. dapat 1oz pun tak apa! sikit- sikit, lama- lama penuh lah freezer.

2-kenali corak penyusuan bayi
selepas dua minggu, biasanya badan dah bersedia untuk menghasilkan susu dengan baik. dalam masa ini juga, corak penyusuan bayi juga sudah boleh dijangka; berapa banyak dia menyusu, berapa lama dia tidur, jenis suka melekat atau jenis minum-kenyang-tidur. perhatikan corak ini untuk menentukan bila ibu mahu mengepam. kalau bayi jenis tidur 2 jam, jangan lah dah dekat 2 jam baru nak pam, mesti mengepam tak habis, baby dah nangis. leceh & boleh buat hilang semangat! jika bayi boleh kenyang menyusu sebelah saja, ibu boleh pam yang lagi sebelah untuk stok.

3- korbankan sedikit waktu tido siang/ malam
ada bayi tido siang lama, tapi malam berjaga, dan sebaliknya. memang ibu- ibu nak sangat tidur bila bayi tidur. sesekali, korbankan waktu tidur, bangunlah untuk mengepam. bukan lama sangat pun mengepam kan :)

4- pam dan susukan bayi sekaligus
ibu- ibu memang hebat multitasking kan! kalau ada pam battery/ electric kerja mengepam sambil menyusukan bayi boleh menjadi sangat mudah. tapi saya pernah mengepam guna pam manual sambil menyusukan aliyah dan juga semasa dengan adam. kaedah ini lebih muda ketika bayi lebih kecil, sebelum mereka tahu nak tendang- tendang, atau tangan menggapai- gapai necklace mama!

5- konsisten
mesti konsisten, jangan culas (daily reminder untuk saya juga).semasa mengumpul stok untuk adam, saya pastikan setiap hari saya mesti buat stok, walaupun sebotol, walaupun  1oz. jangan biar hari berlalu tanpa tambahan stok susu ya.

saya faham, ramai yang jadi frust bila mengepam dapat 1-2 oz untuk simpan. percayalah, 1/2 oz pun ada sumbangan kepada jumlah stok ya. makanlah makanan seimbang, jangan putus asa mencari milk booster yang paling berkesan untuk badan, pastikan cukup minum air.

kali ini saya gembira sebab saya ada tenaga yang cukup untuk mengepam dengan konsisten, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, saya dapat menyimpan stok yang cukup untuk adam sebelum saya mula bekerja. stok saya belum menjangkau sehingga perlu deep freezer, tapi saya tidak stress memikirkan pasal stok siang dan malam! dan bila saya rasa saya perlu tambah lagi stok, saya buat power pumping pula. bukan mudah, bukan tak rasa nak muntah ya, tapi kenapa tidak kalau betul nak bagi yang terbaik untuk anak.

ibu- ibu carilah jalan untuk dapat tenaga lebih untuk bangun malam mengepam, atau untuk konsisten power pumping. berdasarkan pengalaman saya, milk booster hanya berkesan sementara dan terutamanya ketika badan kita ada tenaga dan dapat rehat yang cukup. jika badan letih, stress, milk booster pun susah nak nampak hasil. bila badan sihat, cergas, hati gembira, otak pun tenang, dengan izin Allah, badan pun dapat menghasilkan susu yang cukup. bila rasa malas, jangan lupa, tarik nafas dalam- dalam, istighfar sampai rasa lega, dan  start mengepam. sikit- sikit lama- lama penuh lah freezer.

selamat mengepam & selamat mengumpul stok!

nak dapat lebih tenaga untuk bangun malam, power pumping dan mengumpul stok? cuba set breastfeeding (trial 30 hari atau full pack) hari ini. saya akan beri jadual percuma, konsultasi sebelum dan selepas pembelian secara percuma (mungkin saya akan jadi reminder yang akan berleter juga haha).

SMS saya hari ini 016- 344 7727 atau EMAIL puteriyusof@gmail.com untuk harga istimewa.

Friday, December 9, 2011

susu merudum? tak cukup untuk buat stok?

me and my schmontel!

selepas melahirkan adam, saya tidak menghadapi masalah yang besar untuk menghasilkan susu yang cukup. cuma saya dapati saya tidak mengalami bengkak susu yang kerap sepertimana ketika melahirkan aliyah. saya agak risau pada mulanya. walau bagaimanapun pengalaman sedikit sebanyak mengajar saya. adam menyusu setiap 2-3 jam, kadang- kadang boleh tidur sehingga 4 jam di waktu malam. dia tidak melekat lama dengan saya, cukup kenyang, dia terus tidur. ini adalah indicator yang saya guna untuk meyakinkan diri saya bahawa adam mendapat susu yang cukup dan mengenyangkan.

walau bagaimanapun, selepas 3 minggu berpantang, saya masih belum menyimpan stok yang banyak. kali ini saya mahu mengumpul stok lebih awal, supaya tidak tertekan apabila semakin hampir masa untuk kembali bekerja. dan saya dapati, sukar untuk saya membuat stok sekiranya susu tiada lebihan. semua dah kena tapau dek adam!

saya kembali merujuk kepada tips istimewa yang saya terima untuk membolehkan saya kembali mengumpul stok. saya berdisiplin membuat power pumping selama seminggu, makan vitamin dan minum ESP mengikut aturan. alhamdullilah, saya boleh mula mengumpul stok (tak ingat pun nak ambil gambar, masa tu mana lah ada blog ni pun hehe). akhirnya saya lega apabila jumlah stok adalah mencukupi untuk saya bersiap sedia kembali bekerja.

power pumping
bagi ibu- ibu yang mengalami masalah untuk stok susu sebelum kembali bekerja ataupun berasa bimbang melihat lebih banyak stok keluar dari masuk, anda perlu tabah memulakan power pumping. kekuatan mental adalah lebih penting berbanding kudrat tenaga di sebalik kaedah power pumping ini. ada masanya kita hanya dapat 1oz dalam masa sejam mengepam! tapi percayalah cakap saya, jika kita konsisten, kuat semangat, 1oz akan jadi 2oz, 3oz, 4 dan 5! tidak mengapa jika kita hanya mengepam angin (sampai naik hangin), yang penting otak kita menerima signal bahawa hormon perlu menghasilkan susu untuk memenuhi keperluan bayi. ingat ya kawan- kawan, tiada jalan singkat membesarkan anak termasuklah memberi mereka yang terbaik iaitu susu ibu. untuk ibu- ibu baru, atau bakal ibu, whatthefish is power pumping?! caranya:

pam 10 minit, berhenti 10 minit, sambung lagi 10 minit, selama sejam. BOLEH?!

minum air
mudah? hehehe..tak semudah yang disangka jika ia bukan tabiat kita. ada orang malas nak ke tandas (saya pun dulu- dulu), ada orang malas nak top up air bila dah habis (saya juga kadang- kadang), ada orang tak suka air putih, ada orang kata nak muntah minum air banyak- banyak. fikirkan. jika mama- mama beritahu bayi anda "sorry, mama tak minum air cukup hari ini, jadi mama tak dapat hasilkan susu yang cukup ya" baby mesti jerit "ada aku kesah??!!" jadi, jika betul mahu menyusukan bayi (apatah lagi nak buat stok) minumlah air secukupnya. jangan kerah badan anda untuk menghasilkan susu tanpa disokong dengan pengambilan air yang cukup. dan jangan sesekali assume yang kita cukup minum air. ambil botol 1L atau 1.5L, dan sukat berapa banyak dah minum sepanjang hari. saya yakin anda akan nampak perubahannya.

direct feeding
susukan lah bayi setiap kali bayi minta. mudah kan?!!

selain itu ibu- ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup dan makan makanan yang berkhasiat. untuk memastikan kecergasan sepanjang hari (nak pegi office, nak sediakan itu ini, nak bermain dengan anak- anak, dan lain- lain) semua ini memerlukan tenaga. berilah badan anda sokongan yang sepatutnya ya mama!

mahu mengumpul stok atau mahu tenaga untuk mula power pumping secepat mungkin? saya cadangkan ibu- ibu mendapatkan set premium ini. apa yang ada dalam set ini?


set premium breastfeeding : alfalfa, b complex, vit c, vita-lea, energizing soy protein & ostematrix

nak cuba? saya akan kongsi jadual makan, tips- tips hebat dan sudah pasti dapatkan harga yang istimewa sekali. SMS 016- 344 7727 atau EMAIL puteriyusof@gmail.com  Jangan berlengah lagi, nak kumpul stok kan??

Wednesday, December 7, 2011

alfalfa, apakah?!

apa kaitan alfalfa dengan phua chu kang?! *giggles*

ok, pertama kali saya dengar pasal alfalfa ni masa menonton sitcom phua chu kang, bila si margaret yang sangat health conscious suka beli dan makan alfalfa! lepas tu kena lah kutuk dengan PCK dan rosie yang kuat makan!

 inilah margaret, penggemar alfalfa sprout!

alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. akar tunjangnya mengunjur sedalam 6 meter ke bawah tanah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.

alfalfa kompleks keluaran shaklee adalah formula signature shaklee, diasaskan padal tahun 1950an lagi. ia menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di california, kaya dengan pelbagai zat, termasuk kalsium, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, pelbagai minerals dan vitamin. setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan segelas susu!

ok, apa khasiat alfalfa?

Terkenal untuk merawat 3 A :

  • Arthritis
  • Asthma
  • Allergy

 Berkhasiat untuk membantu masalah :
  • Penyakit Usus (Colon disorder)
  • Buah pinggang
  • Kencing manis
  • Melawaskan usus
  • Ulcer
  • Fluid retention (sembab)
  • Kurang selera
Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
  • Penghadaman
  • Pencernaan

Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

  • Gastrik
  • Penyakit kulit (Eczema)
  • Kurang darah (Anemia)
  • Sembelit
  • Badan, nafas dan kaki berbau

 Ia juga:
  • Promotes pituitary gland function
  • Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)
  • Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri.
  • As Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu.
kredit

Nak dapat kebaikan Alfalfa Complex Shaklee? Hubungi saya untuk dapat harga istimewa. SMS 016- 344 7727 atau EMAIL puteriyusof@gmail.com hari ini!

Tuesday, December 6, 2011

persiapan kembali bekerja & breastfeeding

maksudnya, ibu- ibu perlu mengepam di office! OK, selepas memasang niat untuk meneruskan penyusuan lengkap untuk anak (6 bulan, 12 bulan, 24 bulan, terpulang), kita perlu memastikan kita mempunyai peralatan yang lengkap. peralatan ni kita boleh pilih, nak yang mahal, murah, yang flexi, yang kurang flexi. semua ini banyak bergantung kepada nature pekerjaan kita, samada kita kena travel for work, jenis 9-5 melekat kat meja/ kerusi, jenis berkejar- kejar tukar kelas (cikgu-cikgu kita ramai pengepam tegar juga), jenis meeting client sepanjang hari. kita yang faham nature kerja kita, maka kita boleh tentukan peralatan yang bagaimana paling sesuai. berikut saya kongsi apa yang saya ada/ guna sepanjang saya mengepam di ofis.

1- Niat - dah pasang niat sebelum bersalin Aliyah lagi. dengan Adam dah jadi natural lah nak breastfeed dan mengepam di ofis.
2- Semangat - kebanyakan masa memang bersemangat, tapi kena reflect selalu dan perlu diperbaharui setiap hari (ada masa lemau/malas/culas juga)
3- Barang- barang - yes! alasan bernas untuk shopping!


Breastpump

saya ada review dua breastpump iaitu Medela Freestyle di sini dan Avent Manual di sini . pada saya, jenis pam yang kita pilih dan beli sangat mempengaruhi motivasi kita untuk meneruskan aktiviti mengepam di ofis. jika pam tak berfungsi dengan baik (menyakitkan, tak effective) memang lama kelamaan kita jadi tak bersemangat. saya tahu ada ibu- ibu yang pakar marmet, mereka lebih senang guna tangan daripada guna pam. untuk jenis pekerjaan seperti saya (yang ada masa sibuk di luar ofis) pam sangat- sangat lah membantu. saya nasihatkan, fikir, research dan ambil keputusan untuk beli pam jenis apa sebelum bersalin lagi. belek- belek lah pam tu sementara tunggu si comel tiba. jangan pakai sudah lah, tak pasal- pasal boleh contraction awal pulops! mengikut pengalaman saya, pam manual lebih baik ketika di awal kelahiran kerana ia boleh dikawal dan tidak menyakitkan berbanding pam electric/battery operated. tapi lebih baik jika ibu-ibu pandai marmet, kulit pun tak luka, cuma perlu kesabaran yang tinggi.

cooler bag



ibu- ibu perlu ada cooler bag, untuk menyimpan susu yang sudah diperah ya. masa saya mengepam untuk aliyah, boss admin sanggup pegi stor cari mini bar yang tidak dipakai, letak bawah meja saya! ahhh terharu ok. jasa beliau dikenang sampai bila- bila. mini bar tu dah rosak pun. sekarang ni saya menumpang mini bar colleague yang juga mengepam. dia sanggup beli, letak bawah meja. ok dah keluar tajuk. bukan nak cerita pasal mini bar hikhik. cooler bag ada pelbagai jenis dan saiz. ikutlah berapa kerap mengepam, dan banyak mana susu yang dapat dihasilkan. semasa anak pertama, saya guna cooler bag Avent, muat 2 botol kecik saja. boleh sumbat 3 botol, tapi bag itu akan merekah lah. sekarang saya guna cooler bag Medela (dapat sekali masa beli pam), muat 4 botol.



ada 2 kegunaan cooler bag. satu untuk simpan susu yang dipam di ofis. kedua untuk bawa susu untuk keperluan satu hari ke babysitter atau nursery anak. untuk tujuan ke rumah babysitter, saya bekalkan adam 6 botol x 4-5oz sehari. saya letak semua susu dalam cooler bag brand FridgeToGo. brand ini memang superb kerana ia mempunyai inside lining untuk isi ice pack. jadi, bag ini dikelilingi oleh icepack (atas, bawah, kiri, kanan, dalam). kalau babysitter tanak simpan susu dalam peti ais rumah dia pun takpe. ia maintain sejuk sampai petang.


icepack (rujuk gambar cooler bag, yang biru tu icepack ler)

pastikan ibu- ibu beli icepack juga ya. cooler bag takkan sejuk gitu je kalau takde ice pack membantu. ada jenis murah, dalam plastik, keraskan dalam freezer. ada yang mahal sikit, macam brand coleman. icepack saya jenis medela (juga dapat sekali breastpump), bertahan selama 6-8 jam jika disimpan di luar. saya masukkan susu yang diperah ke dalam cooler bag bersama- sama icepack ke dalam mini bar. jadi saya tak bimbang susu akan basi. jika saya kena keluar meeting atau mengulor saya bawa cooler bag + ice pack, boleh bertahan sampai pukul 7pm lebih masih sejuk. icepack fridge to go adalah berbeza kerana ianya hanya untuk coolerbag itu saja. juga mesti disejukkan dalam freezer semalaman.

storage bottle/ EBM storage bag


bila dah pam di opis, mesti lah di simpan ya. ada banyak pilihan untuk simpan susu yang dah diperah. ada yang murah, ada yang mahal. saya guna botol avent untuk storage (banyak lebih masa aliyah dulu) dan storage bag. storage bag ni pun banyak jenis. yang murah pun ada, tapi kita kena ikat dengan getah lepas isi susu, single layer dan agak nipis (macam jenis You Have A Baby). yang better sikit ada ziplock, double layer, BPA free whatnot (macam brand Autumz). kalau berkemampuan, lebih mudah pakai botol yang boleh pam susu, terus tutup botol, simpan. macam avent, range botolnya semua breastpump avent friendly. tak payah salin- salin. medela pun sama, tapi storaga bottle medela dan storage bag, mashaAllah mahal! saya guna bag Autumz dengan double ziplock & BPA free. sekotak saya tinggalkan di office dan beberapa kotak di rumah.

hand sanitizer

mommies mesti simpan satu dalam bag ya. in case kena mengepam di luar office ke, tak perlu risau tangan tak basuh kalau ada hand sanitizer. kebersihan sangat penting ya, kita nak bagi yang terbaik untuk anak- anak. kemain kasi susu ibu tapi lupa basuh tangan isk isk isk! jadi, mesti ada sebotol ok!

breastpump wipe

saya tak pasti brand lain ada ke tak, tapi saya tau medela ada breastpump/ bottle wipe. tak perlu basuh botol atau pam selepas pakai. tapi sebenarnya ada tip ye kalau tanak terkejar- kejar basuh, lap pam ini. boleh simpan saja pam & botol dalam mini bar di ofis, tak perlu basuh, boleh sambung mengepam kemudian. susu yang melekat pada botol dan pam tidak akan basi dan masam jika disimpan dalam temperature dingin.

internet mobile device

ini penting ibu- ibu berhibur ketika mengepam bersama- sama rakan- rakan di FB atau twitter. jika tiada smartphone atau BB, lebih baik ibu- ibu berzikir saja sementara botol penuh. anak- anak yang minum susu diperah sambil berzikir pasti lebih baik berbanding diperah ketika ralit di FB khennnn...

Monday, December 5, 2011

rambut gugur? lihat apa diet kita!

masalah keguguran rambut adalah berpunca daripada beberapa sebab. yang utama termasuklah kekurangan vitamin, peningkatan usia, pengambilan dadah atau terkena jangkitan penyakit tertentu. pengambilan vitamin yang cukup (melalui diet atau supplement) boleh memastikan rambut kembali tumbuh apabila circulation dalam badan bertambah baik, stress berkurangan dan hormon dapat dibetulkan.

protein
kekurangan protein dalam badan adalah antara punca rambut tak sihat, gugur dan rapuh, kerana rambut dibuat daripada protein! tapi banyak mana protein yang kita perlukan dalam sehari? bergantung sebenarnya kepada peratus lemak dalam badan, berat badan dan aktiviti fizikal seharian kita. lebih banyak aktiviti fizikal, lebih banyak protein diperlukan dalam diet harian, bagi membolehkan protein memperbaiki dan membentuk otot badan. dan lebih banyak protein diperlukan untuk ibu hamil atau mereka yang terdedah kepada radiasi, mereka yang mudah dapat jangkitan penyakit. antibodi yang kita perlukan untuk melawan penyakit dibuat daripada protein. sebab tu kita perlu jumlah yang cukup untuk keperluan harian dan badan kita.

zinc
kekurangan zinc (dan mineral lain) berkait dengan keguguran rambut kerana ia boleh menyebabkan helaian rambut menjadi lemah dan lambat untuk tumbuh semula. apabila kita ada zinc yang cukup, ia membantu mempercepatkan pembentukan semula sel, pembinaan tisu dan pembaikan semual tisu yang rosak. zinc juga penting untuk maintain pengeluaran minyak di kelenjar yang melekat pada folllicle rambut, jadi rambut jadi lebih kuat.

b- complex
Biotin dalam b-complex adalah sumber yg paling penting bagi pertumbuhan semula rambut. bagaimana b-complex membantu masalah keguguran rambut? pengambilan b-complex memastikan pengumpulan kolestrol pada kulit kepala dapat dikawal, memperbaiki aliran darah ke kulit kepala, menggalakkan pertumbuhan rambut, melindungi rambut dan kulit kepala kepada radikal- radikal bebas yg merosakkan, melebatkan rambut dan menyihatkan rambut supaya ia bersinar dan tidak rapuh.

mutivitamins
apa lagi vitamin lain yang diperlukan untuk kesihatan rambut? vitamin A, H, C dan E adalah antara yang utama diperlukan. jika product rambut yang kita beli tak menampakkan hasil, cuba lihat diet seharian dan pastikan vitamin- vitamin ini ada dalam makanan yang kita ambil.
 
 
nak rambut gini canthek?? diva sangat...!!

nak dapatkan semua ni dengan cukup setiap hari? saya cadangkan anda cuba ESP untuk sumber protein lengkap, Zinc complex,  B-complex dan Vitalea bagi mengatasi masalah rambut gugur anda. kalau tak dapat nak pastikan semua ni ada dalam menu seharian anda, ini adalah jalan kedua terbaik kan?

PENTING: untuk ibu- ibu yang baru melahirkan baby, rambut gugur adalah perkara biasa, dan jika tiada implikasi lain, rambut akan kembali OK, ianya bersifat sementara kerana ketidakseimbangan hormon. jika berlarutan (anak dah sekolah, rambut gugur lagi hehehe) ibu- ibu kena lihat balik diet dan cari jalan penyelesaian.

Sunday, December 4, 2011

tambah susu dengan Energizing Soy Protein!

saya memang nak sangat kongsi kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee, selepas saya mencuba sejak hampir 5 bulan lepas. saya seorang mama yang mengepam di tempat kerja, saya cari jalan penyelesaian kepada resah gelisah ketika mengumpul stok susu dan sekarang dalam memastikan saya bawa balik susu yang cukup untuk bekalan hari- hari akan datang untuk adam.



Ini adalah 5 sebab saya *heart* sangat Energizing Soy Protein (ESP)! Dan saya mahu ramai lagi yang boleh mendapat manfaat daripadanya.

(1) ESP adalah quick fix setiap pagi untuk saya, minum satu mug sebelum pergi kerja. saya memang tak sempat nak bersarapan di rumah pagi- pagi, jadi saya minum ESP + milo, untuk lapik perut, sebelum saya ambil sarapan kemudian bila dah sampai ofis. jika tidak, sangat lapar ok, sementelah selepas menyusukan adam sekitar jam 5 pagi, kemudian mengepam pula dalam jam 7 pagi. memang perlu quick fix untuk tenaga.

(2) ESP pembekal protein lengkap untuk saya; menyediakan badan saya untuk menghasilkan susu. selain calcium, saya perlu mengambil protein yang lengkap. sememangnya ada protein dalam diet seharian saya (ikan, ayam, kekacang dll) tapi saya pasti saya tidak mendapat kebaikan protein yang sempurna melalui sumber2 ini. pada kebanyakan masa, protein telah termusnah semasa makanan2 ini dimasak. bila saya minum ESP, saya tahu saya mendapat kebaikan protein yang maksima untuk badan saya.

(3) ESP membantu penyerapan vitamin yang lebih baik dalam badan saya. apabila berkoyan- koyan vitamin saya telan, rugilah jika ia tidak diserap dengan baik oleh badan kan?

(4) ESP pengganti homemade soya yang saya kerap beli di gerai dekat ofis; sebagai milk booster. dulu menjadi kebiasaan saya membeli homemade soya, sebagai milk booster semasa mengepam di ofis. biasanya saya beli 2 botol. dan biasanya botol kedua kerap la basi menjelang tengah hari. dengan ESP, saya cuma perlu bancuh selepas tiap kali mengepam, pertamanya untuk bekalan tenaga (letih ok lepas pam) dan keduanya untuk mendapat kebaikan sebenar soya.

(5) ESP memperbaiki kulit saya. saya memang lah berperang dengan masalah kulit muka sejak sekian lama. saya dapati pengambilan protein yang berterusan dengan ESP memang beri kesan yang baik kepada kulit. walaupun ini bukan niat awal semasa saya minum ESP, tapi kira bonus lah kan! dapat pam lebih banyak, dalam masa sama kulit pun lebih sihat.

Fakta syok: Semua sel dalam badan kita perlukan protein. Protein pula adalah bahan utama dalam pembentukan semua sel yang telah mati. Dan sel kulit diganti setiap lebih kurang 24 hari. Protein adalah kandungan terbanyak dalam badan kita selepas air. Dan 10% daripada jumlah protein ini tadi adalah di dalam kulit! Amazing u'olls!!

lagi info ESP di sini

Saturday, December 3, 2011

susu ibu, berbeza dan berbaloi!

milk is milk is milk? apparently not with breastmilk!

susu ibu ni custom made utk keperluan dan kesesuaian bayi. seperti susu mamalia- mamalia lain (jgn lupa pulok, ibu-ibu adalah kategori mamalia juga), kandungan nutrient asas dalam susu ibu ialah lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan minerals. apabila seorang ibu hamil, kolustrum akan terbentuk dan kemudian akan menjadi matang, sedia untuk diminum oleh bayi. kandungan susu ibu mamalia yang lain juga mengandungi asas nutrien yang sama. yang membezakan susu ibu (mamalia) dengan susu ibu mamalia yang lain adalah nisbah protein, lemak, karbo, vitamin dan minerals. contoh: mama singa laut menghasilkan susu yg tinggi lemak untuk baby singa laut kerana mereka tinggal di iklim sejuk yang memerlukan lebih lemak untuk memanaskan badan. mama adam menghasilkan lebih protein berbanding lemak (lebih tak bermaksud protein dalam susu ibu terlebih atau sangat banyak) dalam susu kerana adam adalah baby manusia, tak sama keperluan lemak dengan baby singa laut tadi.

gambar hiasan: adam yang kekenyangan selepas menyusu

susu ibu mengandungi protein berkualiti tinggi

walaupun susu ibu adalah rendah protein, ianya sangat berkualiti tinggi. ada sebab mengapa ianya rendah protein. contoh mudah, baby manusia membesar dengan perlahan berbanding baby lembu. lihat anak lembu, keluar je terus boleh berdiri (walaupun terkial- kial). tumbesaran baby manusia adalah secara lebih perlahan, dan bersama- sama dengan perkembangan akal fikiran. perkembangan fizikal baby manusia perlu selari dengan perkembangan otak bagi membolehkan bayi belajar kemahiran- kemahiran yang lain. bayi lembu perlu membesar lebih pantas kerana ia kena berjalan mencari makanan sendiri! bayi manusia mesti slow and steady ya.

walaupun kandungan protein dalam susu ibu adalah lebih rendah (berbanding susu lembu), ianya mengandungi asid amino. satu jenis asid amino yang terkandung dalam susu ibu ialah taurine. taurine penting dalam pertumbuhan otak dan mata. badan manusia tidak boleh menukar jenis asid amino yang lain kepada taurine, jadi kewujudan taurine dalam susu ibu adalah kandungan yang sangat penting. protein yang berkualiti tinggi dalam susu ibu juga memudahkan proses penghadaman bayi kerana protein dalam susu ibu tadi dihadam dengan efisien.


susu ibu mengandungi lemak (yang terhadam sendiri)

susu ibu mengandungi lemak yang ada enzim dipanggil lipase (bukan lipas yer ibu-ibu). enzim ini penting untuk memecahkan lemak kepada bahagian2 kecil yang kemudian dapat disalurkan dengan baik ke dalam salur darah badan bayi. lemak dalam susu ibu memastikan bayi mendapat tenaga secukupnya. sebab itu, susu ibu sangat penting diberikan kepada bayi pramatang; mereka perlu tenaga, tapi sistem penghadaman masih belum sempurna. beri susu ibu, bayi pramatang dapat tenaga, dan tidak susah untuk dihadam.

kandungan susu ibu berubah ikut keperluan

apabila bayi mula menyusu, kandungan awal susu (foremilk) adalah rendah lemak (bagi yang mengepam, mesti perasan, warna susu yang cair mula-mula pam tu kan). kandungan lemak yang rendah ini perlu bagi memastikan bayi dapat menghilangkan dahaga dengan segera. secara perlahan- lahan, kandungan lemak bertambah semakin lama bayi menyusu dan akhirnya sedawa kekenyangan. sebab itu lah penting jika kita dapat menyusukan bayi sehingga dia puas mendapat susu hindmilk (yang kemudian tu). lagi kerap kita menyusukan bayi, lagi banyak kalori diperolehi (oleh bayi, bukan ibu, jangan risau hehe) kerana lemak dalam susu ibu telah sedia ada. lemak dalam susu ibu juga kandungi linoleic & linolenic yang tinggi, iaitu asid lemak yang penting untuk perkembangan otak yang sihat.

fakta menarik tentang vitamin dalam susu ibu

mesti ibu- ibu dan bakal ibu tahu tentang kandungan vitamin yang lengkap dalam susu ibu kan? sebagai contoh vitamin C dalam susu ibu membolehkan zat besi diserap dengan baik ke dalam badan bayi melalui salur darah.secara ringkas, nutrient yang ada dalam susu ibu diserap ke dalam darah dan bukan menjadi ta*k! huhuhu!

hormon dan enzim dalam susu ibu pula, walaupun tidak menunjukkan kesan dengan cepat, ianya memberi faedah jangka panjang kepada perkembangan tumbersaran manusia daripada usia bayi hingga dewasa.

sumber: Klik sini!

langkah awal untuk kesihatan optimum

kenapa saya syorkan vitalea (multivitamin), vitamin c dan b complex, sebagai langkah awal mengembalikan kesegaran, tenaga dan kesihatan anda secara optimum?

kebanyakan kenalan, rakan baik dan saudara mara saya adalah wanita dan ibu- ibu bekerjaya. keluar rumah seawal 6.30- 7 pagi, dan pulang menjelang maghrib. ada yang bekerja sebagai guru di sekolah, mungkin pulang lebih awal (sesi pagi) tapi sementelah (arwah tok suka word ni) nama pun isteri/ ibu, kerja takkan habis waima (lagi word favorite tok) sudah tidur pun. dalam nak lelap tu pun masih berkira- kira apa nak dibuat esok pagi, tengahari, malam, pagi lusa dll.

maka ramai yang mengeluh kepenatan seterusnya memang sangat stress. kalau anda macam saya, stress selalunya berkaitan dengan ketidakmampuan untuk melihat rumah yang bersih dan teratur (tak dapat sepanjang masa pun takpe, 3-4 jam kemas pun ok dah) dan rasa bersalah bila anak- anak nak perhatian, saya pulak terpeleot tak larat. bila tak larat, anak meragam, kita pun sama meragam. itu belum ayah pun sama meragam. hadoi!

semalam, sahabat baik saya berkata "kalau badan tak letih, takde rasa marah pun bila suami lepak- lepak tengok tv, tapi kalau kita letih, panas je hati" hikhikhik. memang betul! bayangkan la, kita ke hulu ke hilir berkemas, ada pulak cleopatra depan tv. hahahaha! istighfar la banyak2!!

ibu- ibu yang breastfeeding mungkin lagi mencabar. kalau anda seperti saya, selepas anak habis menyusu, perut mesti lapar, tekak kering kehausan. kena cepat- cepat replenish energy dengan makanan & minuman yang berkhasiat, dan yang boleh bertahan untuk bekalan tenaga hingga keesokan hari.

saya mengenali pelbagai vitamin keluaran shaklee semasa saya mengandungkan adam. apabila bersalin, saya terus mengambil vitamin- vitamin shaklee untuk mengembalikan tenaga. saya juga memilih untuk menambah bekalan protein dengan ESP dan calcium dengan Ostematrix (sangat penting untuk penghasilan susu badan yang stabil). nak tau apa bonus yang saya dapat? saya semakin cergas (tetamu melawat saya dalam pantang risau tengok saya cergas, jalan laju- pelik juga risau sbb cergas haha), dan selepas 5 bulan mengamalkan vitamin- vitamin dengan konsisten, kulit muka saya sudah menunjukkan perubahan. kata kunci pengambilan vitamin ialah istiqamah. mesti konsisten jika nak lihat kesan.

jika buget adalah kekangan anda, anda boleh cuba trial pack saja, cukup untuk sebulan. ambil secara konsisten dan lihat kesannya. hubungi saya untuk maklumat, consultation lanjut. harga sangat istimewa dan mampu milik hehe..SMS 016- 344 7727 atau email puteriyusof@gmail.com

anak susah nak buang air besar?

alhamdulilah, kedua- dua anak saya tidak mengalami masalah untuk buang air sehingga kini. aliyah, sekali sekala dia miss lah jugak terutama bila kami travel jauh. tapi pada kebanyakan masa, dia akan buang air besar setiap hari, samada belah pagi atau petang. jarang dia buang air belah malam, tapi ada juga sesekali. semenjak dia dalam pantang lagi, memang tiada masalah. faktor utama yang boleh saya fikirkan ialah kerana dia diberi susu ibu, yang mudah hadam dan mesra colon hehe..adam juga begitu, setiap hari akan buang air besar, dan sebabkan schmontel ni minum banyak, maka dia pun berak banyak!

ini bukan muka sembelit, ini muka banyak akal!

tapi saya tau dan biasa tengok anak- anak yang sukar buang air besar. anak saudara saya (sebelah suami) kedua- dua ada masalah nak membuang. walaupun yang sorang masih menyusu badan, dia juga adalah masalah nak berak. ada beberapa sebab utama mengapa ada di kalangan anak- anak kita ni sukar untuk buang air besar.

  • bayi- bayi yang menyusu badan, mudah dapat sembelit selepas diperkenalkan dengan solid food. perut mereka yang kecil tu dah biasa dengan susu ibu yang mudah hadam, tiba- tiba bila solid food masuk, terkujat la sikit kan.
  • anak- anak yang makan makanan yang rendah fiber juga mudah mendapat sembelit.
  • anak- anak yang terlebih makan dan minum dairy food seperti susu, yogurt, atau cheese juga mengalami masalah sukar membuang.
  • ada makanan yang kita bagi anak- anak menyumbang kepada masalah ini seperti pisang, cereal, roti atau pasta (yang tinggi carbo).
apa kita boleh buat untuk meredakan masalah ini?

  • belajar urutan untuk bayi- tanya doktor anak anda, bagaimana urutan yang berkesan bagi memudahkan mereka untuk buang air (adik ipar saya dah pakar urut perut baby, aliyah pun pernah tak berak sehari, kena urut, terus langsai!) secara ringkas ini caranya:
    • Gently massage and rub baby's tummy in a clockwise direction. Place your hands at baby's navel and massage in a circular motion, moving your hand(s) out and away from the center of baby's belly.
  • senaman- gerakkan kaki bayi seperti mengayuh basikal:
    • Place your baby on her back and lightly hold her legs in a half-bent position. Gently begin to move your baby's legs as if she is riding a bicycle. Alternate "Bicycle Legs" with Tummy Massage. *"Bicycle Legs" also may help to relieve a baby who is gassy.
  • untuk anak- anak yang lebih besar, tukar diet seharian mereka dengan makanan- makanan yang tinggi fiber. untuk bayi yang baru makan solid food, jangan beri nasi atau kentang yang tinggi karbo terlebih dahulu. tapi fokus pada buahan atau sayuran.
bila mendengar kisah- kisah anak yang sukar buang air ni, saya dapati ada faktor- faktor lain juga yang menyebabkan mereka seolan- olah menyimpan ta*k. ada yang pernah mengalami kesukaran untuk buang air sehingga menyebabkan mereka takut untuk teran! (OMG, masa saya taip ni, adam kentut kuat!, tau-tau pulak mama cerita hal- hal penyahtinjaan!). ok sambung. tambah- tambah jika anak dah besar, dah pandai. ada je jalan diaorang tahan berak ya. jadi saya nak cadangkan ibu- ibu cuba Meal Shakes Shaklee yang sedap ini. boleh dibancuh dengan susu anak- anak, berperasa vanilla yang enak.


apa ada dengan Meal Shakes Shaklee ni?
  • sangat tinggi fiber, memudahkan proses detok lalu melawaskan perut dan colon.
  • mengandungi nutrient yang lengkap, 24 jenis vitamin A-Z dan mineral. 
  • tinggi protein (tiada lactose), penting untuk kesihatan kulit, kuku, rambut, organ, darah, cell dll.
  • mengandungi asid folik, biotin, tinggi kalsium dan magnesium- sangat penting membina tulang dan sel semasa anak- anak membesar
  • untuk orang dewasa, pengambilan meal shakes mengandungi anti oksida, untuk awet muda lah tu!
  • ia ada vitamin b yang lengkap, iron, copper utk membentuk sel darah merah yang sihat, lalu mencantikkan kulit.
  • penting juga, ia tidak mengandungi pewarna dan perisa tiruan.
tapi saya perlukan tekankan, mesti beri anak air putih yang mencukupi untuk keperluan seharian. ada budak memang susah nk minum air, itu kena terpulang kepada kreativiti ibu- ibu. saya tak pasti mcm mana saya latih aliyah, tapi seingat saya memang saya tak introduce air-air jenis lain sejak dia kecik. lama- lama pilihan utama dia untuk minum tetap air putih.

Thursday, December 1, 2011

medela freestype breastpump

ok, apa kata kita review pasal medela freestyle breastpump pula. saya memang menyimpan impian untuk memiliki the breastpump goddess ni dah lama. tapi harga sangat mahal ye di malaysia, memang tak mampu rasanya. nasib baik, adik saya jumpa yang lebih murah di dubai masa summer sale di sana. saya beli dengan harga RM1300 awal tahun ni.

medela freestyle sangat compact untuk breastpump yang battery operated dan handsfree. superb ok, handsfree! buleh mengepam di opis sambil potostat document. terer hehehehe...set breastpump didatangkan bersama 2 corong pam (funnel, ada dua jenis, satu lembut, satu plastik keras mcm corong plastik kt makmal sains), 2 botol utk storage, the motor (besar tapak tangan je, smart sgt), tube utk sambung ke funnel dan botol, ice pack, cooler bag, tote bag, dan pelbagai strap segala macam klip utk menjadikan ia handsfree.

yang saya suka tentang medela fs:

  • ia sangat compact, senang di bawa ke mana- mana. tak perlu power point. charge saja battery, boleh dipakai di mana- mana (seriously di mana- mana kalau sanggup).
  • ia mempunyai dua fasa, satu fasa stimulation selama 2 minit, dan fasa expression (sukati lama mana sampai larat).
  • untuk fasa expression kita boleh set dan save, pakai same style everytime. lets say yang sesuai utk kita ialah 2 minit stimulation dan 10 minit expression, phase 4. so setkan saja, dia buatkan, kita boleh la membaca ke, layan fb kt phone ke, tido duduk ke.
  • oh tentang phase tu pula, ada 5 phase, dari paling slow sedutan nya (hehehe) ke paling sengal. setakat saya pakai sampai 4 saja.
  • ia sangat cepat. sekarang ni dengan supply susu yang OK, dalam masa 10 minit saya boleh kumpul dalam 4-5 oz. kalau dah engorge, saya boleh kumpul sampai 7-8 oz dalam masa 10 minit. puratanya, saya pam selama 15- 20 minit saja.
  • saya suka juga kerana ia adalah double pump. takde masalah leaking sebelah kanan, semasa pam sebelah kiri. dan double pumping terbukit berkesan dapat mengumpul lebih banyak susu kerana kedua- dua belah dapat dipam secara optima.
  • ia juga bagus untuk tandem pumping bersama- sama baby. adam boleh menyusu dan saya boleh mengepam, bahagi sorang satu.
  • ada tote bag yang comel. kita boleh identify rakan2 mengepam yang lain di dalam lrt dengan melihat tote bag ini hehe.
yang saya tak suka dengan medela fs adalah kerana:
  • harga sangat mahal! hanya sekiranya anda bercadang untuk mengepam secara pukal atau berterusan, barulah berbaloi. kalau setakat dalam pantang atau selama 6 bulan pertama, baik beli yang lebih murah dan berkesan seperti avent manual breastpump.
  • handfree? hmpph!! yes it is, buat IT IS NOT HASSLE FREE. ok, mungkin kerana saya tak cekap, saya masih gagal menggunakan kit handsfree itu. berselirat buat saya pening kepala.
  • bunyi pam ini agak kuat juga, trrrr trrrr trrrr.tapi bukan masalah besar. saya pernah dengar yg lebih kuat dari ini. tapi saya fikir, avent duo electric lebih senyap compared to medela fs.
  • cooler bag nya agak kecil ya. tapi cukup lah untuk 3 kali pam di office.
  • storage bottle medela adalah mahal berbanding botol2 yang lain. jadi selepas mengepam saya perlu transfer ke dalam lining bag atau botol storage avent (saya beli masa anak pertama)
pokoknya saya cadangkan kalau ada budget why not, tapi make sure nak mengepam lama baru berbaloi. atau kalau berhenti setengah jalan, jual aje di ebay, ramai yang nak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...