Sunday, December 11, 2011

tips kumpul stok susu sebelum mula bekerja

saya pasti ramai ibu- ibu yang menyusukan bayi pertama kali dan mahu kembali bekerja, tercari- cari cara yang paling praktikal untuk mula menyimpan stok susu untuk anak. saya ingat lagi, saya tidak menyimpan stok sehinggalah lepas pantang masa zaman membesarkan aliyah! sebab utama ketika itu, rumah mak di kampung tidak ada peti ais yang besar. saya pula berpantang 40 hari di kampung. masa berlalu begitu saja, tanpa stok. 2 minggu sebelum masuk kerja baru lah nk buat stok ,terkial- kial. saya dah jadi lebih pandai dan punya banyak maklumat ketika bersalinkan adam dan saya mahu berkongsi dengan anda semua. semoga dapat jadi panduan, sedikit sebanyak.

saya bekalkan adam 6 botol x 4-5oz setiap hari. saya hantar adam pada pukul 7.45pagi, dan ambil sekitar jam 6.30- 7 malam.

1-mula awal!
semasa dalam pantang, biasanya jumlah susu yang dikeluarkan oleh badan adalah lebih banyak (untuk yang tiada masalah). ambil lah kesempatan ini untuk mula menyimpan. jangan tunggu susu banyak baru simpan. dapat 1oz pun tak apa! sikit- sikit, lama- lama penuh lah freezer.

2-kenali corak penyusuan bayi
selepas dua minggu, biasanya badan dah bersedia untuk menghasilkan susu dengan baik. dalam masa ini juga, corak penyusuan bayi juga sudah boleh dijangka; berapa banyak dia menyusu, berapa lama dia tidur, jenis suka melekat atau jenis minum-kenyang-tidur. perhatikan corak ini untuk menentukan bila ibu mahu mengepam. kalau bayi jenis tidur 2 jam, jangan lah dah dekat 2 jam baru nak pam, mesti mengepam tak habis, baby dah nangis. leceh & boleh buat hilang semangat! jika bayi boleh kenyang menyusu sebelah saja, ibu boleh pam yang lagi sebelah untuk stok.

3- korbankan sedikit waktu tido siang/ malam
ada bayi tido siang lama, tapi malam berjaga, dan sebaliknya. memang ibu- ibu nak sangat tidur bila bayi tidur. sesekali, korbankan waktu tidur, bangunlah untuk mengepam. bukan lama sangat pun mengepam kan :)

4- pam dan susukan bayi sekaligus
ibu- ibu memang hebat multitasking kan! kalau ada pam battery/ electric kerja mengepam sambil menyusukan bayi boleh menjadi sangat mudah. tapi saya pernah mengepam guna pam manual sambil menyusukan aliyah dan juga semasa dengan adam. kaedah ini lebih muda ketika bayi lebih kecil, sebelum mereka tahu nak tendang- tendang, atau tangan menggapai- gapai necklace mama!

5- konsisten
mesti konsisten, jangan culas (daily reminder untuk saya juga).semasa mengumpul stok untuk adam, saya pastikan setiap hari saya mesti buat stok, walaupun sebotol, walaupun  1oz. jangan biar hari berlalu tanpa tambahan stok susu ya.

saya faham, ramai yang jadi frust bila mengepam dapat 1-2 oz untuk simpan. percayalah, 1/2 oz pun ada sumbangan kepada jumlah stok ya. makanlah makanan seimbang, jangan putus asa mencari milk booster yang paling berkesan untuk badan, pastikan cukup minum air.

kali ini saya gembira sebab saya ada tenaga yang cukup untuk mengepam dengan konsisten, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, saya dapat menyimpan stok yang cukup untuk adam sebelum saya mula bekerja. stok saya belum menjangkau sehingga perlu deep freezer, tapi saya tidak stress memikirkan pasal stok siang dan malam! dan bila saya rasa saya perlu tambah lagi stok, saya buat power pumping pula. bukan mudah, bukan tak rasa nak muntah ya, tapi kenapa tidak kalau betul nak bagi yang terbaik untuk anak.

ibu- ibu carilah jalan untuk dapat tenaga lebih untuk bangun malam mengepam, atau untuk konsisten power pumping. berdasarkan pengalaman saya, milk booster hanya berkesan sementara dan terutamanya ketika badan kita ada tenaga dan dapat rehat yang cukup. jika badan letih, stress, milk booster pun susah nak nampak hasil. bila badan sihat, cergas, hati gembira, otak pun tenang, dengan izin Allah, badan pun dapat menghasilkan susu yang cukup. bila rasa malas, jangan lupa, tarik nafas dalam- dalam, istighfar sampai rasa lega, dan  start mengepam. sikit- sikit lama- lama penuh lah freezer.

selamat mengepam & selamat mengumpul stok!

nak dapat lebih tenaga untuk bangun malam, power pumping dan mengumpul stok? cuba set breastfeeding (trial 30 hari atau full pack) hari ini. saya akan beri jadual percuma, konsultasi sebelum dan selepas pembelian secara percuma (mungkin saya akan jadi reminder yang akan berleter juga haha).

SMS saya hari ini 016- 344 7727 atau EMAIL puteriyusof@gmail.com untuk harga istimewa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...