(1) ESP adalah quick fix setiap pagi untuk saya, minum satu mug sebelum pergi kerja. saya memang tak sempat nak bersarapan di rumah pagi- pagi, jadi saya minum ESP + milo, untuk lapik perut, sebelum saya ambil sarapan kemudian bila dah sampai ofis. jika tidak, sangat lapar ok, sementelah selepas menyusukan adam sekitar jam 5 pagi, kemudian mengepam pula dalam jam 7 pagi. memang perlu quick fix untuk tenaga.
(2) ESP pembekal protein lengkap untuk saya; menyediakan badan saya untuk menghasilkan susu. selain calcium, saya perlu mengambil protein yang lengkap. sememangnya ada protein dalam diet seharian saya (ikan, ayam, kekacang dll) tapi saya pasti saya tidak mendapat kebaikan protein yang sempurna melalui sumber2 ini. pada kebanyakan masa, protein telah termusnah semasa makanan2 ini dimasak. bila saya minum ESP, saya tahu saya mendapat kebaikan protein yang maksima untuk badan saya.
(3) ESP membantu penyerapan vitamin yang lebih baik dalam badan saya. apabila berkoyan- koyan vitamin saya telan, rugilah jika ia tidak diserap dengan baik oleh badan kan?
(4) ESP pengganti homemade soya yang saya kerap beli di gerai dekat ofis; sebagai milk booster. dulu menjadi kebiasaan saya membeli homemade soya, sebagai milk booster semasa mengepam di ofis. biasanya saya beli 2 botol. dan biasanya botol kedua kerap la basi menjelang tengah hari. dengan ESP, saya cuma perlu bancuh selepas tiap kali mengepam, pertamanya untuk bekalan tenaga (letih ok lepas pam) dan keduanya untuk mendapat kebaikan sebenar soya.
(5) ESP memperbaiki kulit saya. saya memang lah berperang dengan masalah kulit muka sejak sekian lama. saya dapati pengambilan protein yang berterusan dengan ESP memang beri kesan yang baik kepada kulit. walaupun ini bukan niat awal semasa saya minum ESP, tapi kira bonus lah kan! dapat pam lebih banyak, dalam masa sama kulit pun lebih sihat.
Fakta syok: Semua sel dalam badan kita perlukan protein. Protein pula adalah bahan utama dalam pembentukan semua sel yang telah mati. Dan sel kulit diganti setiap lebih kurang 24 hari. Protein adalah kandungan terbanyak dalam badan kita selepas air. Dan 10% daripada jumlah protein ini tadi adalah di dalam kulit! Amazing u'olls!!
lagi info ESP di sini
No comments:
Post a Comment