mesti ramai yang tahu tentang kebaikan protein soya untuk kesihatan dan kecantikan kulit kan? saya teringat mak saudara saya yang rajin sangat buat homemade soy drink ketika hamil, petua nak dapatkan anak berkulit gebu & putih melepak! petua yang ini saya tak pasti samada betul berkesan atau tidak, tapi saya nak share tentang kebaikan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein) yang memang berkesan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
mengapa kulit perlukan protein?
seperti yang kita tahu, kulit kita ni diperbuat dari protein (kuku dan rambut juga diperbuat dari protein). protein diperlukan dalam pembentukan tisu baru dan pembaikan semula tisu yang rosak. kulit yang berjerawat dan kemudiannya berparut menunjukkan bahawa badan tidak menerima protein yang cukup untuk membaiki tisu kulit yang telah rosak. parut yang berwarna gelap menunjukkan bahawa kulit tidak ada protein yang cukup untuk membina tisu yang baru. selain itu keanjalan kulit (dan tubuh badan yang lain) juga adalah berpunca daripada manfaat protein.
mengapa kita perlukan energizing soy protein?
sumber: cery
•ia membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
•ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
•menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
•diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
•setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
•kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
•indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
•Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
•tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
•ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
•tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet
kalau nak kesan yang mengancam dan berkekalan, pengambilan soy protein perlulah berterusan selama 3- 5 bulan untuk kita melihat kesannya. cadangan saya bagi anda yang inginkan kulit yang sihat ialah dengan mengambil vitamin yang lengkap iaitu energizing soy protein bersama- sama b- complex, vitamin c & vitamin e.
apa kata kita treat kulit kita dari dalam pula. saya faham sangat mereka yang puas menyental kulit dengan pelbagai produk tapi tidak endahkan kesihatan kulit dari dalam (saya pun dulu macam tu). apa kata sempena tahun baru ni, ambil pendekatan yang berbeza pula. bukan saja dapat kulit yang cantik, insyaAllah gabungan vitamin- vitamin ini dapat juga mengawal kadar kolestrol dalam badan. bonus kan?! untuk ibu- ibu yang menyusu pula, lagi lah bonus berganda, dapat milk booster, dapat pula kulit yang anjal. terbaek lah!!
No comments:
Post a Comment