Saturday, December 24, 2011

tips berpantang dengan tenang

bila mengenangkan hari- hari berpantang yang dah berlalu, memang terasa sangat lega. banyak perkara saya belajar ketika berpantang anak pertama yang kemudian saya perbaiki ketika berpantang anak kedua. ada beberapa keputusan yang saya ambil termasuk dalam kategori keputusan bijak berpantang. moh kita lihat senarai bijak berpantang saya!

1- pakaian dalam & luar yang selesa
pertama sekali, pastikan anda membeli nursing bra yang selesa dan cukup jumlahnya, untuk dipakai siang dan malam. nursing bra yang diperbuat daripada 100% cotton adalah yang terbaik, memberi keselesaan kepada kulit, terutamanya jika ibu mengalami luka pada nipple (sakit rasa nak pecah otak), mestilah tak mahu bra yang berenda beropol bagai. jangan ambil mudah pemakaian bra di waktu malam ketika dalam pantang, kerana bila bengkak susu, anda mahukan sokongan yang padu, kalau tak terasa macam nak gugur ke lantai. dan klip yang mudah dibuka dan ditutup memudahkan anda menyusu bayi apabila diperlukan. tak perlu terkial- kial, baby dah menangis, lalu ibu dan anak menjadi stress!

2- fikiran yang tenang
cuba untuk fikir yang baik- baik dan banyakkan beristighfar. saya dapati, fikiran saya mudah terganggu dan tersentap ketika berpantang. adakalanya fikiran mengerawang entah ke mana- mana, berfikir yang bukan- bukan. hormon pun tak stabil, ditambah pula keletihan berjaga malam dan lain- lain. saya dapati dengan berulang kali berisitighfar dan berselawat, sedikit sebanyak saya mudah untuk tenang semula.

3- hadkan kedatangan tetamu melawat
ibu yang baru bersalin, amat lah fragile. samada dari segi kesihatan mental mahupun antibodi mereka. adakalanya kehadiran tetamu- tetamu yang tak putus- putus boleh membawa pelbagai jangkitan penyakit. jika tidak keterlaluan, beritahu kepada rakan- rakan atau kaum keluarga yang tidak sihat, supaya jangan melawat dulu. datanglah bila dah pulih. kadang- kadang tak bawak penyakit, tapi bawak komen- komen yang memanaskan telinga. oops!

4- tenang- tenang saja, susu ibu akan keluar juga
ini memang tricky. apabila kita hamil, impian kita memanglah nak menyusukan bayi dengan susu kita 100%. tapi, terimalah kenyataan sekiranya pada hari pertama kedua ketiga, susu masih setitik dua. biarlah anak disusui dengan formula dan tidak kelaparan. saya pasti ibu menyusu tegar kurang bersetuju dengan saya, tapi secara peribadi, ibu yang tenang fikiran, akan menghasilkan susu akhirnya. kalau tak dapat beri pada hari pertama, jangan rasa bersalah. rezeki anak datang dari Allah jua. saya melahirkan anak- anak saya secara ceasar, saya mesti beri peluang pada diri saya untuk berehat dengan cukup supaya saya lebih tenang, kemudian baru saya usahakan untuk menyusu bayi. ketika aliyah lahir, saya hanya dapat menyusukan aliyah 100% pada hari ke4 apabila pulang ke rumah. untuk adam, saya dapat memberi susu perahan setiap hari dalam 1-2 oz, namun tidak pada setiap jam. logiknya pada saya, bila saya tenang, cukup rehat, susu akan datang kemudian, dan saya akan susukan anak saya sepuas- puasnya.

5- jangan pam kuat sangat sampai luka
maklumlah dah ada medela FS, saya perah susu sekuat hati dengan harapan susu akan memancut keluar. yang keluar setitik dua, tapi yang merekah luka tu aduhai sakit nak pengsan! ingat ya, sabar- sabarlah. kalau boleh marmet, marmet lah dulu. jangan torture kulit anda! nak pakai lama lagi tu.

6- tidur dan rehat bila ada kesempatan
hentikan berBBM, sign out lah dari FB. pejamkan mata, rehatkan minda. ini anda dapat lakukan jika anda bersalin anak sulung. kalau anak kedua tu payah sikit pasal yang sulung mesti nak perhatian. tapi inilah masa suami kena ambil peranan untuk beri lebih perhatian kepada anak sulung, sementara kita dapat berehat. kalau ada tetamu pun, minta diri lah untuk berehat di bilik.

7- simpan rambut panjang ketika hamil, ikat rambut ketat- ketat dalam pantang
saya sangat percaya tips ikat rambut ketat- ketat ketika dalam pantang, dapat mengelakkan sakit kepala semasa dan selepas berpantang. masa hamil adalah masa yang baik untuk simpan rambut panjang. hormon tengah cantik, rambut pun lebat dan berkilat. ikatlah rambut elok- elok ketika berpantang untuk elak masuk angin dan kurangkan sakit kepala. cubalah!

8- gunalah syampu badan, rambut, losyen kegemaran
perkara- perkara kecil sebegini dapat memberi semangat kepada kita sebenarnya. sesekali manjakan diri dengan produk- produk kegemaran anda, supaya kita berasa lebih selesa dan bersemangat. adakalanya badan berbau minyak angin atau losyen bayi sepanjang hari pun tak best juga!

9- guna stoking panjang sampai ke lutut
ini yang paling saya suka. saya jumpa stoking yang panjang, colorful sekali untuk saya pakai ketika berpantang kan adam. sapukan minyak angin pada kaki, dan pakai stoking panjang, untuk elak dimasuk angin. malah bidan hospital pun suka! pilihan yang bijak katanya haha!

10- terimalah nasihat (percuma) dengan senyuman
ada ramai orang akan beri tips dan nasihat itu dan ini kepada ibu yang masih berpantang. senyum dan ucapkan terima kasih samada anda bersetuju atau tidak. mudah kan? ahaks!

sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...