kebaikan vitamin dan mineral sebenarnya mudah didapati di dalam makanan seharian kita. namun begitu faktor- faktor seperti pencemaran persekitaran terhadap sumber makanan, cara pemprosesan makanan, cara penyimpanan makanan dan juga cara kita memasak dan menyediakan sumber makanan ini menjadikan makanan tidak lebih hanya sekadar mengenyangkan tetapi tidak memberi manfaat kepada tubuh badan. sebagai contoh, ikan yang digoreng dengan minyak yang panas, memusnahkan sumber protein yang ada. tetapi jika kita mengambil jumlah makanan yang cukup nutrient di dalamnya, kita mungkin hanya memerlukan multivitamin sebagai sumber tambahan seharian.
siapa perlukan apa?
keperluan mengambil vitamin juga berbeza mengikut kelompok usia, jantina dan keadaan kesihatan dan diet seseorang.
- wanita: hamil, merancang untuk hamil, menyusukan bayi, menopause
- orang yang mengikut diet yang ketat, kerana allergies
- seorang vegetarian atau vegan
- orang yang sakit lama, dalam proses sembuh dari kemalangan, atau pembedahan
- ada juga yang berpendapat, bayi juga memerlukan vitamin tambahan (tapi pada saya, bayi yang diberi susu ibu tidak perlukan apa- apa vitamin tambahan).
- buat sedikit bacaan atau kajian tentang banyak mana yang diperlukan oleh badan (mengikut usia, diet seharian). vitamin yang disimpan dalam badan lama seperti vitamin A, D, E dan K boleh berbahaya sekiranya diambil lebih daripada keperluan seharian.
- pastikan kita tahu kandungan vitamin yang kita pilih. baca label kandungan dan kenalpasti jika kita ada alahan kepada bahan tersebut. atau sebagai orang islam, kita kena pastikan ianya dibuat daripada sumber- sumber yang halal.
- perika tarikh luput vitamin yang hendak dibeli. jika ada 120 tablet, perlu diambil sebiji sehari, dan tarikh luput adalah dalam masa 30 hari, rugi lah sangat!
- jika kita rasa, kita hanya memerlukan multivitamin sahaja, tidak perlulah mengambil vitamin- vitamin yang berbeza secara berasingan. jika perlu, pastikan ianya tidak berlebihan.
- hati- hati sekiranya vitamin yang dibeli menjanjikan kesan yang cepat. vitamin tidak sepatutnya mengubati sesuatu penyakit secara pantas, kerana ia bukanlah ubat.
sumber
---------------------------------------------------------------------------
saya yakin dengan produk Shaklee kerana ianya dibuat daripada sumber semulajadi dan selamat. penggunaan vitamin mengikut jadual yang betul, dan pengambilan air yang mencukupi untuk tubuh badan, akan membolehkan tahap kesihatan kita diperbaiki dalam jangka masa panjang.
No comments:
Post a Comment