aha! tak patut la kalau promote pasal Shaklee Collagen Powder, tapi tak cerita pulak tentang apa itu kolagen sebenarnya kan. sekarang ni produk ada macam- macam di pasaran, pilih je ikut bajet masing- masing. tapi selain bajet, paling penting kena tau kandungan produk, selamat ke tidak, side effect dan lain- lain. jangan main telan aje. dan pastikan ada ujian klinikal. seram ok entah macam- macam ingredient diletak asalkan dapat lawa cepat.
ok anak- anak, untuk kenal kolagen, kena kenal dulu kulit kita. kulit kita terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
1- epidermis- kulit luaran kita yang menghalang kehilangan air daripada sel dan tisu. kalau takde epidermis, badan kita akan kekeringan lah.
2- dermis- lapisan kedua selepas epidermis mengandungi salur darah, akar rambut dan saraf. dermis dibina dengan protein yang dikenali sebagai kolagen. kolagen inilah yang menyokong struktur kulit.
3- hypodermis- lapisan ketiga lapisan lemak dan tisu penyambung yang mempunyai salur darah dan saraf yang lebih besar.
ok, disebabkan oleh faktor usia dan persekitaran, secara semulajadinya kolagen yang berada di dermis akan merosot. bila dah tua, senyuman pun menyebabkan garis halus muncul dan kedut- kedut kelihatan. dan ada pelbagai cara untuk kita mengembalikan keremajaan dermis ni tadi dengan menambah kolagen ke dalam badan kita. ada beberapa cara kita boleh buat untuk tambah kolagen yang semakin merosot itu.
yang pertama, antara kaedah yang popular ialah menyuntik kolagen ke dalam kulit. ada yang menyuntik bahan semulajadi seperti lembu, ataupun daripada badan manusia yang terhasil secara bio- engineering.
ada juga bahan sintetik yang disuntik ke dalam kulit, yang dikenali sebagai artecoll. kaedah ini lebih terdedah kepada risiko allergic kerana badan mungkin tidak sesuai dengan bahan sintetik yang digunakan. kaedah autologen pula ialah dengan menyuntik kolagen dari badan sendiri, ke bahagian badan sendiri juga. kaedah ini tiada risiko allergic tetapi hasilnya bersifat sementara. kaedah dermalogen ialah kaedah menyuntik kolagen orang yang dah mati ke dalam badan kita. ianya juga bersifat sementara (dan menyeramkan! aaaaaaaiyaaak!)
ada beberapa lagi kaedah suntikan yang boleh dilakukan untuk menggantikan kolagen yang hilang. tapi sanggup ke?
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment