Friday, November 30, 2012

50 langkah mudah untuk jadi lebih sihat

entah bila saya suscribe dengan i-village newsletter pun saya tak ingat. tapi kadang2 dapat article menarik dalam email yang patut saya kongsi dengan semua.



1- mulakan diet mediteranean- banyakkan makan bijiran, sayuran dan buah- buahan.
2- 15 minit saja sehari bersenam- mampu? hahaha!
3- tinggalkan kerja office, DI OFFICE! - dah buat lama dah :p
4- makan dengan kerap, dalam jumlah yang sedikit- ha ikut nasihat kevin zahri tu, 6 kali sehari makan
5- banyakkan berjalan- kira langkah anda sehari berapa banyak.
6- tangguh rasa kempunan selama 20 minit dan tengok kalau rasa teringin masih ada
7- buat senaman regangan- oh no, tak ingat bila last meregang2kan badan haha!
8- minum banyak air, kalau tak suka air kosong, letak la hirisan limau, atau timun, atau pudina.
9- nikmati pemandangan yang hebat- lihat langit ke, awan ke, gunung ganang etc.
10- belajar teknik bernafas dengan baik
11- gunakan minyak zaitun dalam makanan anda - yummm suka!
12- pergi berenang - dah lam nak cari baju renang sopan, macam takde yang berkenan :(
13- pilih snack berkhasiat - jajan sayuran, mampu? haha!
14- kuatkan otot perut, belakang, peha! senaman ya.
15- dapatkan bekalan omega-3 yang cukup. mujur ada omega guard shaklee. tak payah nak siang salmon :p
16- bercucuk tanam untuk hilangkan stress! dah start berangan herbs garden di balkoni.
17- bersenam! banyak kali ulang pulak suruh bersenam ni
18- tinggalkan saja dipping & condiment, itu semua menambahkan kalori, lemak, garam etc yang tak bagus
19- aha cuba weight lifting- yang ringan2 dulu
20- kurangkan gula!
21- dengar music yang menenangkan
22- bertukar kepada whole grain
23- belajar taichi - bukan taichi kat opis tu ok
24- belajar dan prektis meditasi
25- ambil sarapan dengan sempurna
26- dapatkan rehat yang cukup
27- belajar untuk relaks, bertenang
28- berdiri! kalau dah lama sangat duduk di meja, cuba berdiri pula dan bekerja
29- cari masa untuk pegi ke hutan dan nikmati alam sekitar
30- SENYUM! walaupun terpaksa, ngeeeee....

ada lagi 20, boleh baca kat sini 

2 comments:

Aisah Salim said...

14- kuatkan otot perut...KETAWA BANYAK² hahaha

Puteri said...

setuju- setuju! hahaha!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...