Wednesday, August 27, 2014

Shaklee Live, Long Beach : Faith, Courage and Change

Assalamualaikum semua :)


3 teams at Shaklee Live Long Beach
CTZ & Partners,
Puteri and Friends (PAF)  &
Leaders In Shaklee with Aishah (LiSA)

Dua minggu lepas, kami berada di California bagi menyertai delegasi Malaysia di Shaklee Global Convention yang diadakan setiap dua tahun sekali. Kehadiran kami (yang majoritinya pertama kali menjejak kaki di US dan pertama kali ke Global Convention), sangat istimewa dan sangat dialu-alukan oleh Shaklee families dari seluruh dunia, kerana pencapaian yang sangat memberangsangkan tahun lepas, iaitu 300% business growth. Kami sangat teruja dengan sambutan yang diberikan, manakala Shaklee families daripada China, USA, Canada dan lain- lain pula teruja dengan pencapaian kami dan sangat ingin tahu bagaimana kami melakukannya. Alhamdulillah, siapa sangka, bermula dengan bisnes kecil- kecilan, untuk membantu keluarga, kami beramai- ramai berbangga mengibarkan bendera Malaysia di pentas antarabangsa. Amazing, Alhamdulillah!

1- Faith
Melihat kepada barisan delegasi daripada US dan Canada terutamanya, ramai yang sudah dalam kategori warga emas. Salah seorang daripada mereka yang kami kenali, Dr. Lawrence, telah menggunakan produk Shaklee sejak tahun 1974, selepas beliau diserang pneumonia yang hampir meragut nyawanya. Sejak itu, beliau tidak berpaling kepada mana- mana produk lain, hanya Shaklee 100%. Selama berpuluh- puluh tahun, produk Shaklee telah membantu ramai masyarakat di sana untuk mendapat kesihatan yang lebih baik. Apabila kami duduk dan mendengar maklumat dan perkongsian Dr. Bruce Daggy, (Senior Vice President R & D, Chief Science Office, Shaklee Corp) kami sedar yang kepercayaan terhadap produk Shaklee bukan sekadar gimmick pemasaran, tidak sama sekali. Tetapi ia adalah 100% back up daripada hasil kajian bertahun- tahun lamanya, menggunakan bahan- bahan paling berkualiti, disokong dengan skill dan ilmu saintis paling handal. Untuk Shaklee kekal menjadi yang terulung dalam pasaran, kepercayaan terhadap produk adalah kekuatan utama, dan Shaklee tidak mengambil mudah tentang hal ini. Produk yang dikeluarkan dihasilkan daripada bahan terbaik, semulajadi dan memberi kesan diinginkan. Apabila Shaklee jujur dan setia untuk memberikan yang terbaik kepada penggunanya, pengguna akan terus yakin dan setia dengan produk ini. Hasilnya di USA, selama 5 generasi, Shaklee kekal sebagai produk terunggul.

Saya berasa kecil dan kerdil apabila bercakap dengan pengguna Shaklee yang senior. Saya hanya pengguna selama 3 tahun, dan sangat sedikit ilmu tentang produk yang saya ada, berbanding mereka. Saya salute dengan kesetiaan mereka dengan Shaklee, dan pada masa yang sama, saya yakin kesetiaan mereka bukanlah melulu sebaliknya kerana mereka mahu yang terbaik saja untuk diri dan keluarga. Di sini saya belajar, keyakinan terhadap produk adalah perkara paling utama untuk kami di Malaysia juga. Jika kita tidak yakin dengan produk, maka sukarlah untuk kita berkongsi kebaikan produk tersebut, dan jauh sekali untuk kita berjaya dalam membina bisnes pula. Semasa di sana, saya bertambah yakin, kerana selama ini, faith/ keyakinan adalah antara perkara utama yang saya sering bincang dan bahaskan bersama- sama business partners saya.

Do you have faith in Shaklee products? Do you have faith in Shaklee business? Do you believe the products can improve people's health? Do you believe the business can allow people to lead a better life? 
2- Courage 
Sempena Global Convention kali ini, Shaklee Corporation juga meraikan ulangtahun ke-10 Shaklee bersama- sama CEO Roger Barnett. Di satu sesi khas, kami diminta melihat di bawah kerusi, dan terselit di situ medal istimewa, terukir indah perkataan COURAGE. Ia benar- benar buat saya sebak. Terlalu banyak pengorbanan yang memerlukan keberanian untuk kami, delegasi Malaysia untuk ke US. Salah satunya, kena berani naik flight 20 jam! I'm telling you, after MH370 and MH17, it's so hard to fly without feeling slightly terrified wondering of your fate in the sky. But of course, this example is just too small to compare with other sacrifices made by the business builders and leaders. Untuk memulakan bisnes MLM seperti bisnes Shaklee, kita mesti berani. Walaupun ia tidak memerlukan modal yang besar (bayar yuran RM65 saja untuk jadi distributor), namun langkah pertama untuk memberitahu orang yang kita adalah seorang pengedar, bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri berperang dengan fikiran dan perasaan, apa orang akan kata? Ada ke yang berminat nak beli? Kalau kena kutuk macam mana?  Kemudian apa group mula membesar, tanggungjawab sebagai leader pun meningkat. Kena pula berani berhadapan dengan pelbagai karenah business partner, ada yang tak sabar, ada yang putus asa. Apabila mendengar perkongsian Roger Barnett tentang perjalanan dia sebagai owner syarikat, terasa juga kerdilnya diri. Kerana sayangkan Shaklee, Roger dan keluarga berpindah dari New York ke California (sangat jauh yer dua tempat ini, berbeza cara kehidupan juga) untuk memberi tumpuan kepada bisnes. Roger ambil langkah berani kerana dia percaya dengan apa yang Shaklee boleh sumbangkan kepada ramai orang.

Baru- baru ini juga Shaklee dituduh sebagai penyokong keganasan, dan ini juga menduga keberanian kami sebagai business owner untuk mencari jawapan dan memberi keyakinan, bukan saja kepada orang lain, tetapi yang lebih penting kepada diri sendiri. Jika tidak berani, tidaklah kami sanggup bertemu dengan pengurusan Shaklee, dan memberi tekanan bagi memastikan Roger Barnett sendiri membuat kenyataan. Jika tidak berani, masakan kami teguh meneruskan misi berkongsi kebaikan produk ini, di saat ramai rakan bisnes kami yang ambil jalan mudah, terus berhenti.

Life in general requires courage, and to be on top, we don't just generalise courage; we live by its principles, we prove it through our daily actions, we stand by it, because we believe in it. To be courageous is not voluntary, but by choice. 

3- Change 
Kami sangat bertuah dan berbangga kerana dapat mendengar perkongsian secara LIVE oleh Maria Shriver,  seorang aktivist yang sangat disegani dan memang yang saya dan Aishah (my business partner and leader) nantikan. Wow! Sangat teruja, bila Maria bercakap tentang kemampuan kita menjadi "the architect of change". I was sitting on the edge of my chair, the whole time she spoke. It's like otak berselirat dengan wayar dan semua wayar itu menyala dan berbunyi! Sangat inspiring, sangat- sangat empowering. Maria menyentuh isu bagaimana wanita masa mini, bukan saja perlu bekerja mencari rezeki, tapi juga memikul tanggungjawab menjaga orang tua dan anak- anak. Jika bisnes seperti Shaklee, membolehkan seorang ibu dan isteri berada di rumah, menjana pendapatan di samping menjaga keluarga, ianya adalah PERFECT! Ianya merintis kepada perubahan dalam keluarga dan masyarakat. Ia membolehkan ibu- ibu menjadi the ARCHITECT OF CHANGE! Kenyataannya, wanita hari ini ramai sekali yang cukup- cukup makan saja gaji mereka (paycheck to paycheck), dan bisnes Shaklee boleh membantu mereka keluar daripada struggle tersebut. 

"Change a family, change a town, change a country!"

Maria berpesan, kita wanita dan lelaki, bukan SEKADAR ibu atau bapa, bukan SEKADAR isteri atau suami. She said it clearly to drop the JUST! We are not just husband or wife or father or mother. We play same importance to see problems and to fix it, whether it's big or small. And many things can start at home, and one of it by selling quality products to improve health. Maria puts it so clearly, saying courage to change can be found daily, we will have fear, BUT we do it anyway. 



Maria juga berpesan untuk kita tidak hanyut dalam dunia cyber, tanpa mengekalkan hubungan fizikal. Ambil peluang dan masa untuk berjumpa, kerana semakin kita duduk di dalam teknologi yang "menghubungkan" kita, sebenarnya kita semakin sunyi. Saya tersenyum puas mendengar pesanan ini, kerana walaupun bisnes saya banyak menggunakan media online, tetapi kami punya ruang untuk berjumpa setiap bulan dengan Start Bright Series dan juga sesi Be a Winner. InshaAllah, business partners dalam group PAF tidak akan kesunyian dalam mengharung cabaran bisnes yang berliku ini. 

Akhir sekali, pesanan Maria yang melekat di jiwa saya ialah "be kind, because everybody is engaged in hard struggle". Kita tidak tahu masalah semua orang, dan kita tidak punya jawapan kenapa orang berkelakuan sepertimana mereka sering berkelakuan. Cara yang mudah ialah dengan "be kind anyway". Dan bak kata Jewel dalam lagunya "My Hands" yang dinyanyikan di malam penutup convention: 

"in the end, only kindness matters..."

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...