Showing posts with label anti-aging. Show all posts
Showing posts with label anti-aging. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Rahsia awet muda gaya Shaklee



Dr. Elizabeth Blackburn menerangkan bagaimana proses penuaan berlaku
diperingkat DNA, dan bagaimana kita boleh bantu DNA kita pulih
dan meningkatkan tahap kesihatan 

Jangka Hayat vs Taraf Kesihatan 

Manusia hari ini hidup semakin lama, tetapi tidak tanpa masalah kesihatan yang serius. Tahukah anda, apabila kita menua, kita semakin terdedah kepada penyakit- penyakit kronik kepada diabetes, dan penyakit kardiovascular? Dan pastinya proses pemulihan menjadi lebih perlahan apabila kita semakin tua dan berusia. 

Apa yang kita makan, dan gaya hidup yang kita jalani sangat- sangat mempengaruhi bagaimana kita boleh hidup lama dan kekal sihat dan cergas. Gaya hidup masa kini memberi gambaran bahawa semakin kita tua, semakin menurun kualiti kesihatan kita -- berat badan tidak seimbang, kurang cergas, minda lembab & lemah dan pergerakan semakin terbatas.

Apabila Shaklee memperkenalkan Vivix, ianya diperkenalkan sebagai supplement yang mampu memperbaiki sel sehingga ke peringkat DNA. Apa maksudnya? Ia diterangkan melalui penjagaan kromosom, lebih spesifik lagi kepada tahap kesihatan telomeres -- hujung kromosom yang boleh menjadi semakin pendek apabila kita menua dan apabila sel terbahagi. Telomeres yang panjang merupakan kunci kepada taraf kesihatan yang optimum, mengelakkan manusia terdedah kepada penyakit yang datang dengan usia yang semakin tua.

Shaklee mempunyai matlamat untuk memastikan jangka hayat kita selari dengan taraf kesihatan kita. Secara ringkas, walaupun kita semakin tua, tahap kesihatan kita boleh menjadi semakin baik! Kajian yang dijalankan oleh Shaklee mendapati, bukan saja pengguna Vivix mempunyai telomeres yang lebih panjang, tetapi juga yang mengamalkan multivitamin Vitalea dan pengguna Cinch (berat badan ideal).

Dengan Shaklee, konsep awet muda bukanlah satu objektif estetika semata- mata, tetapi lebih daripada itu. Tingkatkan pemahaman bagaimana proses penuaan berlaku, ambil langkah untuk elak proses tersebut datang bersama penyakit kronik, dan kita boleh membantu badan menua dengan taraf kesihatan yang optimum, dengan izin Allah semuanya. 


Cadangan produk untuk bantu proses penuaan berjalan dengan baik ialah: 

1- Vivix
2- Vitalizer (tidak ada dalam pasaran Malaysia) 
3- Cinch - shake & tea mix 

Hubungi saya jika anda mahu mencuba :) 

Puteri 016- 344 7727 

Wednesday, February 29, 2012

vivix, tonic awet muda yang hebat!

alhamdulillah, bulan ni saya ada rezeki lebih untuk belikan mak sebotol lagi vivix. bulan lepas, saya belikan sebotol lepas dia operate thyroid tu. mak suka dengan kesan positif lepas minum vivix setiap hari. awal2 lepas operate, dia minum 5ml, dua kali sehari. pastu sekali sehari bila dah feel better. dia pun nak berjimat memandangkan vivix ni agak mahal. masa mula beli, mak terkejut harga mahal sangat. dia pun macam berat hati je nak minum. tapi saya belikan jugak. saya pun bukan banyak duit, ada la lebih-lebih sikit je dapat beli sebotol. cakap pasal duit ni emotional juga haha! syukur bulan ni ada lagi rezeki untuk botol kedua. saya berdoa mudahan ada lagi rezeki untuk botol ketiga, keempat, kelima...sampai bila- bila. saya belikan jugak untuk MIL, sebab lately nampak dia kurang sihat. mekasih la opis yang bagi bonos tu yer. merasa lah dua-dua mak saya minum vivix. hikhik.

bila mak kena operate, saya memang expect process recovery akan lebih lambat pasal dia dah berusia, nak masuk 55 tahun dah (kena kira balik umor sebenar hehe). dan saya tau, mak ni bukan la jenis berdisiplin sangat nak makan vitamin2 ikut masa, minum air ikut sukatan. vivix adalah jalan terbaik untuk memastikan process recovery berjalan lancar, bila sel- sel yang kurang sihat dapat diperbaiki dengan cepat dan sel baru dapat dihasilkan. dan disebabkan vivix ni dalam bentuk cecair, ianya lebih mudah diserap oleh badan berbanding dalam bentuk pil.


kalau tengok website shaklee, vivix ni dalam kategori anti-aging. jangan salah faham pulak, anti aging bukan sekadar awet muda luaran. kita nak awetmudakan juga sel-sel kita kt dalam. itu yg lebih penting kan. dan kalau ada kemampuan, dan kesempatan, cuba lah beri parents minum vivix ni. saya puas hati dengan kesan positif yang mak dapat, dan secara tak langsung, kesannya pada saya pulak, buat saya berazam nak make sure ada rezeki di bulan- bulan akan datang untuk beli lagi. amin.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh atau mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...