Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Saturday, August 2, 2014

Set Kesihatan Wanita mampu milik

Assalamualaikum semua :) 

Bulan ni adalah bulan terbaik untuk anda mulakan rutin supplement bagi menjaga kesihatan diri anda sebagai wanita, tidak kira usia. Kami mencadangkan anda pilih GLA Complex, Omega Guard dan Ostematrix untuk membantu anda mengurangkan risiko- risiko yang disenaraikan di bawah: 

Masalah hormon: 
>> Hormon yang tidak stabil menyebabkan wanita sukar hamil,
>> Hormon yang tidak stabil menyebabkan wanita alami post partum depression,
>> Hormon yang tidak stabil menyebabkan wanita hadapi masalah mood dan masalah kulit,
Masalah jantung: 
>> Seorang daripada 4 wanita di Malaysia mati akibat sakit jantung,
>> Jumlah pesakit jantung wanita dan lelaki di Malaysia adalah hampir sama,
>>Wanita yang menopause, hadapi risiko sakit jantung lebih tinggi,
Masalah tulang: 
>> Wanita bertubuh kecil lebih terdedah kepada risiko osteoporosis,
>> Wanita yang hamil terdedah kepada masalah tulang kerana berkongsi sumber kalsium dengan bayinya,
>> Wanita yang menyusukan bayi, lebih mudah rongak!


PS: Ada promosi untuk GLA Complex bulan ni tau, sangat menjimatkan! Hubungi saya untuk konsultasi percuma :) 

Puteri 016- 344 7727 

Monday, May 14, 2012

vitamin untuk kesihatan wanita

saya share sini info dalam booklet shaklee pasal women's health programme. bulan ni bagus kalau nak start menjaga kesihatan terutama yang berkaitan dengan hal2 orang perempuan. tak perlu tunggu dah tua baru nak start jaga kesihatan. jom kita tua dengan lebih lawa, ceria dan sihat. age gracefully macam grace kelly ahaks!

jom kita copy-paste.

------
women are prone to many health challenges as they go through many stages in life:

  • puberty
  • pre-pregnancy
  • pregnancy
  • pre- menopause
  • menopause
  • post- menopause
women's health programme suggest 3 types of important supplements. the benefits include:
  • helps to relieve PMS and menopause simptoms
  • promote healthy skin
  • promote stronger bones
  • helps to reduce heart disease risk
  • relieve join stiffness
ini tiga beradik yang sangat baik utk wanita. omega guard, GLA & ostematrix


hubungi saya ya!

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat dan menyembuhkan penyakit.

Friday, March 9, 2012

ostematrix melegakan senggugut/ period pain

team members saya semuanya muda belia. termasuk sorang gadis muda juga. setiap bulan dia akan mengalami cramps bila tiba masa. kesian juga menengoknya. saya pun dulu macam tu, masa muda haha! lepas dah bersalin 2 kali, cramps tu semakin kurang, kadang- kadang langsung tak ada. bulan lepas, dia mengadu lagi cramps. terbongkok-bongkok dekat meja. terus balik, amek MC. 2-3 hari lepas tu, saya bawak sebotol ostematrix, saya kasi dia. hadiah (pasal kalau MC je saya takde kawan kat opis ahahaha).

btw, period pains actually signify that you are fertile! sila bersyukur haha!

saya bagitau dia, makan ostematrix 2 biji pagi, 2 biji sebelum tido. tengok kesannya untuk next cycle. saya baca/ google, period pain/ senggugut/ cramps ni berkaitan dengan muscle yang kembang kuncup bila tiba period. dan calcium dapat membantu muscle bersedia untuk masa- masa 'istimewa' tu. saya cakap cuba je lah, tak rugi pun. and she did! dengan berdisiplin pulak tu. hari- hari makan. semalam masa lunch, dia cakap ianya berkesan, dan bulan ni, takde cramp, takde MC. bagus!!!

bukan saja dapat kurang/ hilang cramps, ostematrix membekalkan kuantiti kalsium yang cukup untuk keperluan seharian tubuh badan kita. orang perempuan terutamanya mesti ambil berat tentang ini, kalau tanak tulang reput, gigi luruh sebelum tua. maklumlah kan, badan orang perempuan ni banyak gunanya- untuk diri sendiri, dan untuk orang lain. huhuhu!

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Sunday, February 12, 2012

period pain? ostematrix kan ada!

macam mana nak explain kat orang, rasa period pain? memulas? berpintal? nak tercabut perut? tak jugak kan. indescribable pada kebanyakan masa. sakit sangat sampai tertido pun pernah, dalam mimpi pun sakit jugak!  period pain saya bermusim, masa sekolah sampai ke universiti paling horor. on-off bila dah start kerja. on-off bila dah kahwin. lepas bersalin anak pertama, makin OK, tapi cramp perut tu tetap ada la. annoying kan.

saya makan ostematrix lepas bersalinkan adam. ianya lebih kepada memenuhi keperluan calcium untuk ibu yang breastfeed seperti saya. dan saya dapati ostematrix buat saya cergas dan senang nak bangun pagi. dan sekarang si montel tu dah 8kilo lebih, memang tiap malam saya akan rasa lenguh2 bahu sebab belah siang dukung si adam. sebelum tido, saya akan makan 2 biji atau 4 biji ostematrix, tidur pun lena, bangun pagi rasa segar. dan saya tak rasa langsung cramp apatah lagi period pain sejak konsisten ambil ostematrix tiap-tiap malam.

kenapa kita perlu calcium untuk legakan cramp atau kesakitan masa period?secara ringkas, calcium penting untuk maintain muscle tone. muscle yang tak cukup calcium, lebih mudah akan cramp dan bila period cramp akan jadi lebih teruk.  kajian juga mendapati, pompuan yang mengambil cukup keperluan calcium setiap hari akan mengalami kurang masalah berkaitan PMS seperti sakit kepala, mudah marah dan resah gelisah.

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya ya:

Puteri,
SMS/ WhatsApps 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

ok mari baca, apa ostematrix ni sebenarnya, saya copy dari website shaklee malaysia.



Komprehensif, Terbukti Secara Klinikal dan Mudah Ditelan

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.  Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:


OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet.  Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, December 14, 2011

kalsium, vitamin D dan tulang belulang

hari ini saya terpanggil untuk tulis tentang kalsium dan tulang (wanita)! semalam di clinic sementara tunggu giliran immunization jab untuk adam, saya membaca majalah health today. gambar aaron aziz di muka depan (tak relevant hehe). fokus bulan itu adalah segala- gala tentang kalsium dan tulang.

nah link kalau nak baca jugak pasal abang aaron! Klik hensem! hahaha!
gambar hiasan: contoh tulang pipi yang klass!

ok, fokus.

yang paling saya ingat dan tertarik semalam ialah kategori tulang mengikut peringkat umur dan bagaimana ianya berkembang, dikekalkan dan merosot mengikut umur. ada tiga kategori yang disebut dalam artikel itu.

bayi sehingga kanak- kanak
kategori pertama ialah seawal usia bayi sehingga peringkat kanak-kanak. kalsium dalam badan membentuk tulang bayi dan kanak- kanak, dan proses ini berjalan dengan optimum kerana kalsium dapat diserap dengan baik. secara general, bayi dan kanak- kanak minum formula yang diperkaya dengan kalsium membolehkan tulang mereka dibentuk dan berkembang dengan baik.

remaja- awal dewasa (bawah 30 tahun)
apabila meningkat remaja dan awal dewasa, tulang tidak berkembang dengan pesat (seperti semasa bayi & kanak- kanak), malah mungkin berhenti berkembang. pada masa ini, kalsium membantu mengekalkan tulang yang sedia ada. kalau diperhatikan secara amnya, remaja dan orang muda tidak mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang, seperti sengal- sengal, sakit lutut atau sakit pinggang!

orang dewasa 30 tahun ke atas sehingga usia menopause
*tak sangka aku dah berada dalam satu kategori dengan orang menopos* ini adalah usia yang kritikal untuk kita memastikan kita mendapat jumlah kalsium yang cukup bagi menguatkan tulang. tulang mula poros pada peringkat ini. jika tidak mendapat kalsium yang cukup, badan akan mengambil kandungan kalsium di dalam tulang (tulang ni gudang kalsium la) untuk membantu badan berfungsi. sebab itulah tulang belulang kita mula sakit- sakit, sengal- sengal, poros dan lain- lain. tak cukup dengan tulang, gigi pun boleh reput kalau kandungan kalsium tak diganti dengan baik.

vitamin D dan hubungan dengan kalsium
tapi harus diingat, tiada gunanya ambil cukup kalsium kalau tak cukup vitamin D! kalsium dan vitamin D adalah saling melengkapi di antara satu sama lain. vitamin D diperlukan untuk menyerap kandungan kalsium yang diterima oleh badan. ada 3 cara untuk mendapatkan vitamin D yang cukup.
  1. melalui kulit - sinaran matahari (aliyah calls matahari as Mr. Sun! thanks to Barney :)
  2. melalui diet seharian - ada dalam ikan mackerel, salmon, tuna, hati ikan (banyak vitamin D), cheese, egg yolks, lobak merah, ubi keledek, labu (sedikit saja vitamin D)
  3. melalui supplement - pilihan saya ialah OsteMatrix Shaklee!

apa ada dalam OsteMatrix?

tak perlu ambil vitamin D secara berasingan kerana OsteMatrix mengandungi vitamin D dan juga magnesium! ia mengandungi 100% keperluan kalsium, magnesium dan vitamin D harian yang diperlukan oleh badan.
  • 1000 mg unsur kalsium
  • 400 mg magnesium
  • 400 IU vitamin D
ambil 4 biji OsteMatrix setiap hari, dan saya tidak perlu risau lagi tentang kemaslahatan (haha canggihnya perkataan) tulang belulang.

mudah kan?

Saturday, November 26, 2011

kesihatan optimum- mulakan hari ini juga!

sahabat baik saya, baru melahirkan anak sulung lebih kurang 4 bulan yang lepas, lebih kurang sebaya adam. dan sekarang dia dah rasa lah hazab betapa penat dan letihnya menguruskan baby dan pergi kerja. saya teringat macam mana kalutnya kami suami isteri ketika saya kembali bekerja selepas melahirkan aliyah dulu. nak kata sekarang kami dah pro, tidak juga. tapi dah boleh adapt la hehe.


dia minta saya suggestkan vitamin yang patut dia ambil. saya cadangkan dia ambil set optimum/ basic set. memandangkan dia juga menyusukan baby, saya cadangkan juga Ostematrix. saya dah mendapat faedah mengambil Ostematrix; mudah bangun malam untuk menyusukan, dan mudah bangun pagi juga. dia akan mendapat faedah lain seperti meningkatkan kesihatan tulang (ibu menyusukan akan mengalami masalah tulang rapuh sekira tidak mengambil kalsium tambahan)

saya nak rakan saya juga dapat rasa kebaikan yang sama. set optimum mengandungi vitalea (multivitamin), b complex dan vitamin C. ketiga- tiga ini adalah senarai vitamin yang asas bagi memulakan langkah untuk memperbaiki kesihatan diri dan keluarga.

Thursday, November 24, 2011

istiqamah dalam ber-vitamin :)

dalam ramai- ramai orang, saya paling tak harap suami akan beri komen apa-apa pun dengan vitamin yang saya ambil. cara suami saya menyokong mungkin berbeza sedikit, dia tidak komen banyak pun termasuk dalam kategori menyokong juga. ada masa dia pun sama kongsi vit c, b-complex dan vitalea saya, tapi tidak secara berterusan. sehinggalah kebelakangan ini, keadaan kesihatannya tidak begitu baik, (sadly) disebabkan oleh kerja! stress menyebabkan dia migrain, tidak lena tidur dan sakit- sakit badan. sejak minggu lepas, saya bertegas, dia mesti juga ambil vitamin dan tolonglah konsisten! saya juga minta dia makan ostematrix sebelum tidur. saya bawa vitamin bersama air kosong, dan beri pada dia. kalau boleh nak buat hari-hari sebab saya dah tak larat lagi tengok dia tidak sihat dan cergas (juga bila team mate tak sihat, letih la saya seorang diri dengan anak-anak dan kerja rumah!). 3 hari ini dia konsisten mengambil vitamin-vitamin tersebut dan seperti saya, dia juga sangat berkenan dengan ostematrix. kata dia, tidur pun lena, mudah untuk bangun (dan berasa segar) dan bahu pun dah tak sengal lagi. alhamdulilah. petang tadi dia bertanya "ostematrix tu ada botol besar tak?" ngehehehe...

pada pendapat saya, kunci utama kepada keberkesanan pengambilan vitamin adalah istiqamah/consistency. apabila kita mula mengambil vitamin, kita akan dapati badan cuba untuk adjust dan adapt. ada orang akan rasa mengantuk bila mula-mula ambil vitamin (sebab kurang minum air). bila badan dah adjust dan setuju dengan vitamin yang diambil, janganlah berhenti tiba-tiba! kemudian sambung semula, adjust lagi, penat la ini macam, kemudian mengeluh ianya tidak berkesan. ini peringatan untuk saya juga ni!

Sunday, November 20, 2011

lagi sebab kenapa saya *heart* ostematrix!

pernah tak terfikir, kita, ibu-ibu, mak- mak, TIDAK SESUAI untuk sakit walaupun dalam sehari dua? kalau boleh, nak sihat tip top sentiasa, supaya rumah sentiasa kemas dan bersih, anak sentiasa kenyang dan gembira. dan...kena pergi office pulak tu!  

semalam, bila dah hampir tengah hari, badan saya rasa tak sedap. lenguh- lenguh, macam rasa nak kena flu. tak lama kemudian, kepala pun pening, seperti kena mild sinus. saya kuatkan juga, mengemas rumah, menyudahkan kain- kain yang setimbun perlu dilipat. akhirnya, menjelang pukul 5 petang, saya dah tak larat lagi. kebetulan anak- anak sedang lena tidur (dengan bapaknya sekali), saya ambil kesempatan untuk berehat. saya fikir, jika tak rehat sekarang, tentu akan melarat hingga malam dan esok! saya telan sebiji vitamin C, cuba memejamkan mata. alhamdullilah, saya dapat tidur sehingga 6.30 petang. saya bangun apabila dua-dua anak bangun dan merengek minta perhatian.

bila bangun, kepala tidak begitu pening, walaupun masih ada sisa- sisa. kami perlu keluar selepas mahgrib untuk ke rumah kawan. kemudian, datang pula hal lain. pinggang dan kaki saya, lenguh- lenguh pula! aiyayaya! kalau tak sebabkan dah berjanji, saya malas betul nak keluar. dikuatkan juga, kami keluar, dan pulang ke rumah sekitar 10.30 malam. kebetulan adam dalam mood yang baik, dah kenyang menyusu, tapi masih tidak mahu tidur. saya biarkan dia membebel di sebelah, dan saya cuba berehat. pelik sungguh kenapa pinggang dan kaki saya lenguh-lenguh, terasa macam tua sangat! saya bangun dan ambil 2 biji ostematrix kemudian saya susukan adam dan kami semua tidur. bila saya terjaga sekitar 1 pagi untuk menyusukan adam, saya dah berasa segar, lenguh- lenguh pun dah hilang. alhamdulillah.

pagi ni, saya dah temui sebab kenapa saya lenguh- lenguh semalam. saya tidur atas lantai petang semalam, tak sempat nak ke katil elok- elok, terbongkang depan tv! dan semalam saya juga berjaya mengumpul 8oz susu (dua kali mengepam malam dan pagi tadi) dengan mengambil tambahan pil calcium. tapi ini cerita lain :)

Sunday, November 6, 2011

3 sebab saya suka sangat Ostematrix

Ostematrix adalah pil calcium Shaklee yang saya ambil ketika dalam pantang dan selepas itu juga. Berikut adalah 3 sebab saya suka sangat Ostematrix:

1- Saya bertenaga ketika bangun malam; setiap 2-3 jam untuk menyusukan bayi. Oh, ibu-ibu mesti tau kan, bayi baru lahir ni, mula- mula dia lapar nak susu, kemudian sambil- sambil tu dia rasa nak berak pula, kemudian dia lapar semula, kadang- kadang boleh juga overflow sebab banyak sangat susu, muak/ muntah pula. Bangun pukul 2 pagi, tido balik mungkin 4 pagi! Dengan adanya tenaga, takde lah hati rasa panas sangat tengok orang lain (suami la tu haha) sedap tido!

2- Saya cuma berketinggian 150cm (sebenarnya 149cm je, dalam borang saya tambah 1 cm lagi), dengan berat sekitar 48-52kg (tengok musim hehe). Tau tak yang wanita (dan lelaki) berbadan kecil lebih terdedah kepada osteoperosis? Dah la kecik, tulang plak senang reput. Jadinya, calcium tambahan adalah sangat penting untuk saya (dan anda juga yang kecik molek).

3- Susu bukan minuman kegemaran saya, walaupun saya akui susu adalah sumber calcium paling mudah didapati. Walaupun saya minum susu hampir setiap hari semasa mengandungkan Adam (sebab tak selera makan nasi, minum susu untuk kenyang), doktor beri juga pil calcium tambahan. Sekarang ni, dengan aktiviti mengepam di tempat kerja, dan saya tidak lagi minum susu setiap hari, Ostematrix menjadi pilihan kerana ianya mudah, cepat dan mengandungi cukup calcium yang saya perlukan!

Disclaimer: Ini adalah pengalaman peribadi saya, mungkin berbeza dengan orang lain. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya mempunyai sebarang kondisi kesihatan yang serius sebelum mengambil vitamin2 ini.  Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut pengalaman saya menggunakan product ini, boleh email puteriyusof@gmail.com 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...