Showing posts with label set breastfeedng. Show all posts
Showing posts with label set breastfeedng. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

supplement membantu saya meneruskan penyusuan

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.Consult your healthcare professionals before taking any dietary supplements.

antara perkara yang saya faham tentang konsep penyusuan berjaya ialah pentingnya kesungguhan, semangat dan ilmu penyusuan dalam diri kita. saya mula mengambil supplement shaklee semasa dalam pantang, dan dari situ saya sedar vitamin2 yang saya ambil memudahkan proses berpantang kerana ianya memberi saya tenaga. bila ada tenaga, saya jadi lebih semangat dan lebih ceria. bila hati senang, fikiran tenang, susu pun tak segan- segan nak keluar. semua ini berkaitan, dan tidak tergantung kepada supplement itu saja.

alfalfa 
beberapa kali juga orang bertanya kalau mereka boleh makan alfalfa saja untuk tambah susu, sebab memang saya beritahu yang alfalfa sifatnya tinggi protein boleh menjadi milk booster kepada ibu yang menyusukan bayi. tapi, ibu kena faham, milk booster pun berbalik kepada mood ibu. walau makan 10 biji alfalfa sehari pun, kalau fikiran kusut, badan lesu, milk booster takkan ke mana!

ESP
bagi yang bekerja, ESP bagi saya penting untuk memastikan kita mendapat sumber protein lengkap, dengan cara yang ringkas dan mudah. untuk mereka yang bukan naturally "banyak" susu (macam saya, lebih usaha, lebih susu, kurang usaha, kurang susu), ESP sangat2 membantu sebagai milk booster. tapi lagi sekali, kalau badan lesu, penat tunggang langgang di ofis, sambung lagi di rumah, ada masa ESP pun tak sempat minum kan?

bagi yang mempunyai masalah untuk simpan stok, atau bayi kerap bangun malam untuk menyusu, ini adalah senarai cadangan lengkap supplement untuk anda (dan saya sedang mengambil kesemua ini):

sebagai asas untuk menyokong keperluan nutrisi badan, mengekalkan kecergasan, mengawal stress, meningkatkan immune badan, kita perlukan:

  • vitalea (multivitamin)
  • b-complex
  • vitamin c
apabila badan dah ready, bertenaga dan bersemangat, kita ambil milk booster seperti: 
  • alfalfa
  • ESP
dan untuk tidur malam yang lena, bangun pagi lebih segar, boleh bangun tengah malam untuk power pumping atau buat stok, kita tambah:
  • ostematrix (calcium)

saya harap ibu- ibu lebih faham konsep pengambilan vitamin sebagai usaha menyokong keperluan ibu yang menyusukan bayi. dan jangan lupa, pam ikut masa, direct feeding lebih kerap dan minum air yang cukup. ini adalah peringatan untuk saya juga :)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan TIPS EKSKLUSIF! 
happy breastfeeding!

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

Saturday, December 31, 2011

susu merudum, stok pam hari ini, habis esok?

note: this statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. these products are not intended to diagnose, treat or cure any diseases.  

macam pernah berlaku je. hiks. inilah yang terjadi pada saya semasa menyusukan aliyah dulu. mujur juga aliyah jenis minum susu ala kadar je. cukup- cukup setiap hari. dapat juga aliyah khasiat susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 15 bulan. saya mengaku, perkara utama kegagalan yang menyebabkan saya tidak dapat melakukan penyusuan eksklusif dengan aliyah ialah : kurangnya ilmu! saya tidak konsisten dalam melaksanakan 3 perkara di bawah:

1- power pumping
kalau dah merudum sangat, mesti buat power pumping. malas? kalau malas, jangan buat haha! tapi jangan merungut, stress bila susu makin susut. paling utama semasa buat power pumping ialah consistency. badan ibu A tak sama dengan badan ibu B. ada orang buat 3 hari, dah nampak perubahan. ada orang kena tunggu 2 minggu! saya pernah buat seminggu baru berhasil. jangan tengok botol yang kosong penuh angin tu, pam saja. alihkan minda dengan membaca buku atau main game atau berzikir (dapat gak pahala kan?!) kalau ditunggu botol tu penuh, memang sengsara ya. mental kena kuat ya mama!

2- minum air
kita rasa dah banyak minum air, dan dah penat berulang- alik ke tandas. tapi betul ke banyak? ada indicator? jangan main agak saja mama, mesti sukat dengan botol, berapa liter dalam sehari kita minum. lepas saja menyusukan, atau mengepam, minum lah air. sebelum mengepam pun elok minum air suam dulu, baru tenang fikiran dan perasaan. sila minum 2-3L sehari ya. malas minum? takpe. tapi jangan merungut, stress bila susu makin susut.

3- direct feeding
bila di rumah, ambil peluang sebaik mungkin untuk menyusu direct. lagi kerap lagi bagus. malam pula top up dengan power pumping, insyaallah akan dapat hasil.

---------------------------------------------------------
selain itu, mama kena tenangkan fikiran. cari punca mengapa susu merudum. mungkin tengah period? mungkin sebab ada ambil apa2 ubat (ubat flu pernah buat susu saya kering). fikirkan punca, dan cari penyelesaian terbaik. saya sangat mahu mencadangkan mama- mama cuba ambil vitamin- vitamin yang saya ambil sekarang, bagi menangani masalah kurang susu atau payah nak buat stok. saya dah cuba (disamping konsinten dengan 3 perkara di atas), dan saya syorkan anda juga!

ini set asas yang saya ambil secara konsisten, mengandungi vita-lea (multivitamin), vitamin c, b- complex dan alfalfa.

mengikut pengalaman saya, dengan menambah ostematrix (calcium), susu saya tetap tidak berkurang walaupun saya period. dan saya juga ambil energizing soy protein bagi mendapatkan khasiat soya sebagai sumber protein untuk badan dan terbukti berkesan sebagai milk booster terbaik, selain alfalfa.

Sunday, December 11, 2011

tips kumpul stok susu sebelum mula bekerja

saya pasti ramai ibu- ibu yang menyusukan bayi pertama kali dan mahu kembali bekerja, tercari- cari cara yang paling praktikal untuk mula menyimpan stok susu untuk anak. saya ingat lagi, saya tidak menyimpan stok sehinggalah lepas pantang masa zaman membesarkan aliyah! sebab utama ketika itu, rumah mak di kampung tidak ada peti ais yang besar. saya pula berpantang 40 hari di kampung. masa berlalu begitu saja, tanpa stok. 2 minggu sebelum masuk kerja baru lah nk buat stok ,terkial- kial. saya dah jadi lebih pandai dan punya banyak maklumat ketika bersalinkan adam dan saya mahu berkongsi dengan anda semua. semoga dapat jadi panduan, sedikit sebanyak.

saya bekalkan adam 6 botol x 4-5oz setiap hari. saya hantar adam pada pukul 7.45pagi, dan ambil sekitar jam 6.30- 7 malam.

1-mula awal!
semasa dalam pantang, biasanya jumlah susu yang dikeluarkan oleh badan adalah lebih banyak (untuk yang tiada masalah). ambil lah kesempatan ini untuk mula menyimpan. jangan tunggu susu banyak baru simpan. dapat 1oz pun tak apa! sikit- sikit, lama- lama penuh lah freezer.

2-kenali corak penyusuan bayi
selepas dua minggu, biasanya badan dah bersedia untuk menghasilkan susu dengan baik. dalam masa ini juga, corak penyusuan bayi juga sudah boleh dijangka; berapa banyak dia menyusu, berapa lama dia tidur, jenis suka melekat atau jenis minum-kenyang-tidur. perhatikan corak ini untuk menentukan bila ibu mahu mengepam. kalau bayi jenis tidur 2 jam, jangan lah dah dekat 2 jam baru nak pam, mesti mengepam tak habis, baby dah nangis. leceh & boleh buat hilang semangat! jika bayi boleh kenyang menyusu sebelah saja, ibu boleh pam yang lagi sebelah untuk stok.

3- korbankan sedikit waktu tido siang/ malam
ada bayi tido siang lama, tapi malam berjaga, dan sebaliknya. memang ibu- ibu nak sangat tidur bila bayi tidur. sesekali, korbankan waktu tidur, bangunlah untuk mengepam. bukan lama sangat pun mengepam kan :)

4- pam dan susukan bayi sekaligus
ibu- ibu memang hebat multitasking kan! kalau ada pam battery/ electric kerja mengepam sambil menyusukan bayi boleh menjadi sangat mudah. tapi saya pernah mengepam guna pam manual sambil menyusukan aliyah dan juga semasa dengan adam. kaedah ini lebih muda ketika bayi lebih kecil, sebelum mereka tahu nak tendang- tendang, atau tangan menggapai- gapai necklace mama!

5- konsisten
mesti konsisten, jangan culas (daily reminder untuk saya juga).semasa mengumpul stok untuk adam, saya pastikan setiap hari saya mesti buat stok, walaupun sebotol, walaupun  1oz. jangan biar hari berlalu tanpa tambahan stok susu ya.

saya faham, ramai yang jadi frust bila mengepam dapat 1-2 oz untuk simpan. percayalah, 1/2 oz pun ada sumbangan kepada jumlah stok ya. makanlah makanan seimbang, jangan putus asa mencari milk booster yang paling berkesan untuk badan, pastikan cukup minum air.

kali ini saya gembira sebab saya ada tenaga yang cukup untuk mengepam dengan konsisten, makan makanan yang berkhasiat dan seimbang, saya dapat menyimpan stok yang cukup untuk adam sebelum saya mula bekerja. stok saya belum menjangkau sehingga perlu deep freezer, tapi saya tidak stress memikirkan pasal stok siang dan malam! dan bila saya rasa saya perlu tambah lagi stok, saya buat power pumping pula. bukan mudah, bukan tak rasa nak muntah ya, tapi kenapa tidak kalau betul nak bagi yang terbaik untuk anak.

ibu- ibu carilah jalan untuk dapat tenaga lebih untuk bangun malam mengepam, atau untuk konsisten power pumping. berdasarkan pengalaman saya, milk booster hanya berkesan sementara dan terutamanya ketika badan kita ada tenaga dan dapat rehat yang cukup. jika badan letih, stress, milk booster pun susah nak nampak hasil. bila badan sihat, cergas, hati gembira, otak pun tenang, dengan izin Allah, badan pun dapat menghasilkan susu yang cukup. bila rasa malas, jangan lupa, tarik nafas dalam- dalam, istighfar sampai rasa lega, dan  start mengepam. sikit- sikit lama- lama penuh lah freezer.

selamat mengepam & selamat mengumpul stok!

nak dapat lebih tenaga untuk bangun malam, power pumping dan mengumpul stok? cuba set breastfeeding (trial 30 hari atau full pack) hari ini. saya akan beri jadual percuma, konsultasi sebelum dan selepas pembelian secara percuma (mungkin saya akan jadi reminder yang akan berleter juga haha).

SMS saya hari ini 016- 344 7727 atau EMAIL puteriyusof@gmail.com untuk harga istimewa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...