Showing posts with label basic H. Show all posts
Showing posts with label basic H. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Cloth pad, sudahkah anda mencuba?

Assalamualaikum semua :)

Topik berbeza sedikit pagi ni, sebab saya tengah excited dengan idea nak menggunakan cloth pad pulak. Rasanya ramai dah beralih arah ke cloth pad lately, memandangkan dah banyak kesedaran tentang bahaya sanitary pad biasa kepada kesihatan wanita. Lama juga saya berkira- kira, antara yakin dengan tidak, tapi memang saya mahu mencuba. Bayangkan saya dah guna sanitary pad sejak umur 15 tahun, nak tukar guna cloth pad memang pelik la, lagi satu memikirkan leceh nak membasuh, pencuci yang digunakan pulak kena lah yang memang boleh membersihkan kotoran degil, dan paling penting tak nak la pulak pencuci tu sama juga bahaya dengan sanitary pad yang diganti dengan cloth pad. Dan sekarang ni saya dah bebas, bekerja dari rumah saja, jadi tak ada lah alasan leceh dan sebagainya.

Saya berbual dengan beberapa orang kawan yang dah biasa guna cloth pad, dan semuanya suka dan paling penting bagi mereka, mencuci cloth pad yang kotor tidak lah sukar. Tips yang mereka bagi ialah:

1- siram dengan air, bersihkan sekadar yang boleh
2- rendam dengan Basic-H dalam 1-2 jam
3- bilas, dan basuh lagi dalam washing machine


Basic H, selamat untuk anda, selamat untuk bumi!
Pic from Google

Jadi, sejak dua hari saya guna cloth pad ni, inilah 3 benda yang saya ikut. Dan memang sangat- sangat mudah kerja- kerja mencuci. Material cloth pad yang saya beli ni pun sangat soft pada kulit, dan selesa. Semalam saya outing pun saya beranikan diri guna, yes, langsung tak leaking (padahal kalau pakai sanitary pad biasa pun leaking memanjang).

Untuk brand cloth pad yang saya beli ni, recommended by my Shaklee peers Puan Eppi, dengan harga RM125, saya dapat:

Maxi size x 1
Regular size x 4
Panty liner x 1 (FOC)

Cloth pad, brand Bisky Bosky 

Secara ringkas, ini review saya tentang cloth pad yang pertama kali saya beli dan guna ini:

1- Materialnya selesa pada kulit, serapan pun elok
2- Tidak leak depan atau belakang, tapi leak di tepi sedikit
3- Mudah dibersihkan, boleh siram dan bilas dengan air. Rendam dan basuh lagi dengan Basic H
4- Design cantik dan cute :)
5- Boleh pakai masa tidur dan time heavy flow pun takde masalah (guna yang maxi)

Secara keseluruhan, pengalaman pertama guna cloth pad ni tidak mengecewakan. Dan lebih menggembirakan saya, bila saya fikir saya dah lakukan sesuatu untuk kurangkan pencemaran bumi dengan sanitary pad biasa, dan saya tahu pencuci yang saya guna juga tidak beri pencemaran kepada alam sekitar. Dan sudah tentu, untuk kesihatan jangka panjang juga, InshaAllah. Better late than never kan?

Untuk beli cloth pad jenama Bisky Bosky, anda boleh hubungi Puan Qhatijah Md Said 019- 316 1933. Saya tak pasti apa pakej dan harga sebenar, sebab yang saya beli ini bukan set lengkap. Puan- puan boleh hubungi Puan Qhatijah untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba :)

Puteri

Wednesday, July 16, 2014

Cuci bag Longchamp dengan Basic H

Assalamualaikum semua,

Nak cerita tentang satu bad habit saya. Saya tak gemar nak bersihkan apa- apa benda yang dah kena kotoran yang payah nak sental, macam marker pen ke, minyak ke, darah ke, anything la yang memerlukan saya ambik masa lama nak sental, nak bersih. Selalunya barang atau kain baju yang dah kena stain degil, ku simpan je, atau kekadang lagi buruk perangai, ku buang! Hilang dari pandangan, hilang sakit hati, macam tu la lebih kurang slogan haha!

Sama jugak dengan satu bag Longchamp ni. Pakai dalam 3-4 bulan, lepas tu makin kotor, makin kotor. One day, terseret tepi tiang di parking lot, dah la sememeh cat putih pulak melekat. Bosan betul, saya punggah semua barang dalam bag tu, tukar bag lain. Pastu ambik bag kotor, sangkut belakang pintu, GONE! Buruk kan tabiat camni.

Lama jugak disimpan belakang pintu tu, saya pun dah beli bag Longchamp baru, tapi tetap la teringat bag tu sebab suka pakai Longchamp ni besar, semua boleh sumbat, saya suka. Jadi, lepas ku Google ramai juga yang cuci bag guna Basic H, jadi saya pun cuba jugak la. Bukan susah pun kan. Balik kampung baru- baru ni, sementara petang takde apa nak buat, saya pun memulakan aktiviti sental Longchamp dengan Basic H.



Inilah rupa bag tu, entah apa- apa la kekotoran sebab memang bila masuk kereta je ku campak kat bawah tu. Heret sana, seret sini. Saya pernah terbaca, handbag actually lagi banyak kuman dari toilet tau, sebab entah ke mana- mana je kita bawak. Maybe kajian tu dibuat berdasarkan tabiat perempuan macam saya ni la hahaha! 


Caranya mudah saja, guna berus gigi, kemudian letak Basic H pada berus gigi, dan mulakan memberus. Tak perlu basahkan bag tu la, basahkan brush je cukup. Dan berus gigi tu cari la berus gigi lama ke, apa ke. Saya guna berus gigi hotel yang banyak kami angkut bawak balik :p 


Lepas tu, lap dengan towel bersih, nampak tu bersih suci murni terus! 


 Aha ni gambar lepas dah kering sikit bag tu. Oh gambar- gambar ni takde filter ke apa tau, ni original punya gambar. jadi memang terbukti bersih kan haha! Jadi sekarang ni tak perlu la nak campak belakang pintu dah bag yang kotor tu, boleh sental sekejap je, tak sampai pun setengah jam. 

Harga Basic H ni sangat la murah, cuma RM46 saja, untuk pelbagai kegunaan. Setakat ni yang paling saya suka guna nak menyental la, memang terbaik. Ok now, tak payah simpan lagi bag kotor tu, jom sental. 

ORDER SINI! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...