Showing posts with label adam. Show all posts
Showing posts with label adam. Show all posts

Tuesday, July 15, 2014

Majlis berbuka puasa dan sambutan harijadi Muhammad Adam

Assalamualaikum semua,

Hari Sabtu lepas, saya ajak kawan- kawan dan family untuk berbuka puasa sama- sama, dan kebetulan harijadi Adam pun dalam bulan puasa, jadi terus buat sekali. Macam biasa, kalau saya nak buat makan- makan atau gathering, memang lah saya akan booking Ours Cafe, milik kawan saya, Puan Mimi, di Bandar Seri Damansara. Saya memang tak pernah jemu dengan masakan Mimi, dan cake yang dia buat saja, yang saya boleh makan banyakkkk! Termasuklah kek birthday Adam hari tu, sedap sangat orange cake itu! Oh, our 6th wedding anniversary also on the same date, tapi takde la sambutan bagai hahaha! But million thanks to suami, bagi hadiah jam baru - tiap2 tahun pun dapat jam hahaha!

Ok jom tengok gambar!

We had nasi tomato and kuih muih, simple but sedap trust me!  
My anak buah Shaklee pun ada, Nurul & Liza
Go and check out their awesome blogs :) 
Iron Man! Adam loved it soooo much!
Dia kejap2 nak tengok cake hahaha!  
TQ Lia for coming, seronok!
Boys having fun, Adam memang suka sangat dengan Abg!
The nice balcony at the cafe, solved our problem of having
comfortable praying area. Bawak tikar & sejadah, setel. 

 Thank you everyone for coming, we really appreciate it!

Wednesday, April 3, 2013

latihan ke jamban

esok anak sulung saya, genap berusia 4 tahun. saya takde nak cerita pasal perkembangan dia ni, tapi nak share pasal toilet training yang dia lalui sejak setahun lepas. percaya tak saya punya peranan untuk train dia pegi toilet ni ada dalam 10-15% je kot. hehehe! saya terhutang budi dengan pengasuh anak saya ni. ada dua orang pengasuh yang terlibat sepanjang masa aliyah toilet training. kebetulan pengasuh yang awal tu dia bersalin, jadi aliyah dijaga selama 2 bulan oleh pengasuh lain yang juga jiran pengasuh asal tu. paham ke? ahahaha paham2 la sendiri.

so anyway, pengasuh2 aliyah sangat dedikasi ok, memang biasa la insiden terkencing kat lantai tu setiap hari, tapi dia tak putus asa. kitaorang memang dapat hasil je la, anak yang dah pandai bagitau nak kencing, yang boleh kencing bila disuruh sebelum tido dan selepas bangun tido. sangat lah mudah. saya mulanya bagitau kat pengasuh, pakaikan aje diaper, sebab tanak dia letih mengemop lantai. tapi dia sendiri bertegas, takpe, biar saya asuh dia sampai pandai, boleh jimat beli diapers nanti. sangat bertuah la kami sekeluarga. untuk training buang air besar senang sikit sebab dia memang senang dikenalpasti kalo tiba time nak membuang tu. cuma kadang2 dia confuse, nak kencing ke nak berak masa awal2 tu. akhirnya sebelum dia berusia 3 tahun setengah, dia dah fully toilet trained. alhamdulillah. memang jimaaaaat beli diapers! dan yang lagi bagus, kami tak pernah guna potty tu pun. saya beli je toilet seat untuk budak2 supaya aliyah tak terserlum masuk bowl ahaha!

kemudian si adam ni pulak. satu hari masa saya nak mandikan dia, tiba- tiba dia bertinggung dan kencing, masa tu umur dia dalam setahun 4 bulan. wah! comel nya budak kecik tinggung gitu ahaha! saya pun tanya pengasuh, rupanya memang dia ajar adam kencing tiap kali sebelum mandi. wah wah wah! terima kasih!! so sampai sekarang adam memang macam tu, before mandi, kencing dulu. btw, saya takde term comel2 untuk buang air kecil ni, not wee wee ke pee pee, shee shee shoo shoo ahahaha! tak terlintas nak ada term comel, jadinya kami guna term kencing & berak. semua orang paham. it just that aliyah think adam's thing is APPLE and she is not keen to mention hers. bila saya sebut, dia kata isk apa la mama ni! uiksss...

so we are expecting adam can be toilet trained before 3 y/o hopefully hehe..thanks to our dedicated babysitter! what's your story training your kids?

Wait! This is more like ME muehehehehe!

Saturday, December 15, 2012

adam, hampir 18 bulan penyusuan eksklusif

Dah lama saya tak bercerita tentang adam & penyusuan eksklusif kami. mungkin entry terakhir selepas saya outstation ke bangkok dan bawa pulang susu yang dipam di sana. nak tau tak, susu- susu tu semua cair & tak boleh dipakai lagi. kisahnya, aliyah main fridge, hempas pintu bawah, pintu atas terbuka. saya tak sedar, kami pun keluar sehari suntuk bershopping, makan etc. Bila balik semua dah cair, saya pun dah was- was nak bagi Adam, memandangkan susu tu pun jauh berjalan dari Bangkok nun.

Sejak 2 minggu lepas, Adam sangat kurang menyusu EBM. saya bekalkan 4oz pun tak habis. pengasuh bagitau dia suka makan, jadi saya tak risau sangat. ada masa nak tido pun dia tak perlukan susu. minggu lepas yang lagi kelakar, bila pengasuh tunjuk botol susu, dia geleng kepala dan cabut lari!

rutin harian tetap tak berubah. dia akan menyusu dalam kereta on the way ke rumah pengasuh waktu pagi, dan bila saya ambil dia petang tu, dia akan menyusu lagi. kemudian dia akan makan lagi (walaupun dah makan nasi kat rumah pengasuh sebelah petang) di rumah kadang-kadang makan nasi, roti atau pasta. atau apa saja yang boleh, mesti ngap!

saya masih dengan rutin ber-ESP, alfalfa dengan vitamin2 yang lain. tapi saya dah stop mengepam di office. saya akan pam lepas adam menyusu, dalam pukul 8.30 malam. kemudian saya susukan adam masa dia nak tidur, dalam pukul 10.30. dan sekali lagi bila dia bangun tengah malam. kemudian saya pam lagi sekitar 4-5 pagi. saya simpan stok sedikit di rumah, dan ada 2 pack di rumah pengasuh, yang masih belum bersentuh.

setakat ni dah 4 hari la adam tak menyusu EBM di rumah pengasuh. pengasuh cuba juga pujuk, dapat la habis 1 oz. nak kata diet saya berubah tak jugak. saya masih dengan menu yang sama kot hari- hari. saya tak makan durian atau benda2 busuk macam petai haha! peti ais pun bersih, tak berbau.

hmmm memang pelik. tapi saya bersyukur jugak demand adam terhadap EBM dah berkurangan. terus terang ada masa sangat la hazab nak mengepam tu kan! paling saya malas bila luka. tertekan sangat. so far saya puas hati dapat cecah 18 bulan menyusu. lebih lama berbanding dengan anak pertama, hanya 15 bulan. jadi saya aim untuk melengkapkan penyusuan selama 2 tahun dan tidak lebih dari itu! sekarang pun saya dah slow talk dengan adam, 6 bulan je lagi tau, lepas tu kita cari formula milk pulak. dia senyum je bila saya cakap, senyum setuju atau senyum "forget it mama!" tatau la kan!

oh tips penting untuk ibu yang mahu penyusuan eksklusif ialah : JANGAN GELABAH. itu je.

semoga dipermudahkan Allah :)

Saturday, May 19, 2012

urutan bayi, banyak khasiatnya dan kelebihannya

jom kita baca sikit pasal urutan bayi pulak. saya baca artikel ni dalam majalah kegemaran saya di hospital KPJ yang pasti dirembat tiap kali pegi sana hehe. banyak sangat artikel berguna kat dalam majalah care for life KPJ ni. padat dengan info. 

Pic: Google
aktiviti mengurut bayi ni walaupun nampak lebih kurang sama dengan aktiviti kita bermesra dengan anak-anak, tapi dengan cara yang betul, ianya beri banyak kelebihan kepada bayi dan juga pada kita sebagai ibubapa. jom saya share point2 penting dalam artikel tu:

1- urutan meningkatkan berat badan bayi pra-matang
  • urutan pada bayi sangat- sangat bagus untuk bayi pra-matang. dengan memberi urutan yang sesuai, berat badan bayi pra- matang dapat ditingkatkan dengan efektif sekali. 
  • apabila bayi pra- matang diurut, ianya berupaya mengurangkan stress yang dialami oleh bayi. bukti stress berkurangan ini dapat dilihat dalam kadar hormone cortisol dalam badan bayi. hormon cortisol ni adalah hormon semulajadi yang dikeluarkan oleh badan apabila dalam keadaan stress.
2- urutan melegakan bayi yang colic
  • walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah colic secara total, urutan yang sesuai dapat menyingkatkan masa bayi mengalami colic. 
  • bayi yang kerap diurut akan jadi lebih tenang, kurang meragam dan dapat tidur dengan lebih nyenyak. 
3- urutan boleh mententeramkan bayi
  • bayi yang berada di hospital terutamanya yang terpaksa tinggal lama seperti bayi pra- matang, akan mudah berasa takut kerana terpaksa melalui pelbagai prosedur perubatan. urutan didapati dapat mententeramkan mereka sekaligus memudahkan fokus doktor dan jururawat kepada kesihatan bayi tersebut. 
apa pula kebaikan untuk ibubapa? ibubapa yang rajin luangkan masa untuk buat urutan pada bayi juga sebenarnya dapat melegakan stress dalam diri mereka. so, bila anak tenang, parents tak stress, keluarga bahagia la!

Adam: Infant massage?? Ok jugak tu!
anyway, saya pernah urut anak2 pun masa dalam pantang je. bila dah besar, dah start menggelupur masa nak tukar diaper atau lepas mandi, forget it la nak urut2. macam ribut ok! adam pulak sekarang ni, asal nak pakai diaper je dia sibuk nak meniarap, menendang dll. yang sempat diurut ialah dadaku sendiri, istighfar bebanyak! 

Sunday, April 8, 2012

homeschool project update

hello everyone! happy lovely sunday!

hari ni macam tak kelam kabut sangat. awal- awal pagi dah siap masak untuk lunch (10.30 pagi tu awal la utk saya hehe), laundry pun dr smlm the faazzherr *lawak austin powers* dah buat sikit- sikit, so tinggal balance2 je nak cuci. so now schmontel dah tido, kakak pun dah tido, mama nak update blog lah!

anyway, saya nak update tentang project homeschool tu kan. basically saya buat sikit- sikit, sebab memang takde masa nak setel semua. barang2 dah beli pun slow- slow assemble dan susun. tambah sana sikit, sini sikit, siap la ala kadar, bagi saya dah cukup la setakat ini. ok jom tengok!

the room, from different angle, quite pinkish don't you think, the overall set up?

overall, saya rasa the room masih terlalu girly! byk jugak warna pink tu pasal most of the toys and stuffs in here belong to aliyah. adam punya maybe the blue chair tu je hahaha and other small toys dlm drawer. takpe la adam, nnt kita tukar bedsheet gambar boboiboy ke robot ke, senapang pistol lori whatnot.

memang puas hati saya buat space ni untuk aliyah & adam. adam sukaaaaaaaaaa merayap celah-celah barang yang kakak dia sepahkan. dan aliyah pulak sukaaa spend time dalam bilik ni sebab boleh menyepah barang, conteng dinding, conteng kertas, apa saja lah dia nak buat. saya pun tak risau si montel tu merayap ke mana- mana selain dalam bilik ni. but i have to be careful in case there are small parts from aliyah's toys around, he might take it and put it in his mouth. sebab tu barbie pun dah takde kasut, saya dah simpan! and now kena focus dengan pengisian pulak. bilik je lawa, tapi mama pun takde masa nak ajar baca, lukis, tulis, tak guna gak kan!

jom tengok aksi dua orang budak ni!

adam guna kaki untuk tolak drawer, dia seronok dengar bunyi drawer tu gedegung gedegang! syabas anak jantan mak!
my dear friend, gave aliyah this painting smock, the color markers, and the papers for her birthday. by today, the papers are mostly "drawn", and the wall and bed sheet are tainted here and there! good job my lil picasso!
ini posing apek kat kopitiam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...