Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

5 tips untuk elak sembab atau Edema semasa hamil

Assalamualaikum semua,

Post yang lepas, saya share tentang perbezaan semasa hamil 5 bulan dengan anak sulung, dengan hamil 5 bulan anak ketiga (masih dalam kandungan). Ramai yang terkejut sebab lain sangat rupanya. Dalam masa yang sama, untuk yang tak pernah mengalami edema, ada yang berpendapat ianya "pembawak budak" ataupun ianya tidak serius mana, standard la kan, pregnant memang sembab.
  1. During pregnancy, the body produces approximately 50% more blood and body fluids to meet the needs of the developing baby. Swelling is a normal part of pregnancy that is caused by this additional blood and fluid. Normal swelling, which is also called edema, is experienced in the hands, face, legs, ankles, and feet.
Saya buat sedikit pembacaan di Google, dan mencari punca edema. Dua kali hamil sebelum ni, saya tak terfikir untuk mencari punca edema kerana turut percaya yang ianya BIASA! Hmmm rupanya tak juga, edema boleh dicegah dan walaupun ia tidaklah merbahaya, tapi boleh mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil seperti sembab kaki (susah nak pakai kasut, mudah kebas dan lain- lain). Dan kalau anda jenis yang mudah terguris akibat ditegur "Ya Tuhan ni kenapa hidung kembang bebeno ni?" eloklah mencari jalan supaya kurang sikit kembang tu untuk kehamilan akan datang.

Saya share di sini antara tips yang boleh diamalkan ketika hamil untuk mengurangkan edema.

1- Pengambilan garam dalam makanan harian 

Menurut buku "What Every Pregnant Woman Should Know" oleh Dr. Tom Brewer, ibu hamil perlu mendapatkan garam secukupnya. Kekurangan garam boleh menyebabkan sembab, kerana darah memerlukan keseimbangan sodium dan cecair untuk berfungsi dengan baik.

2- Pengambilan protein yang mencukupi 

Protein yang dimakan akan ditukar menjadi albumin di dalam hati. Albumin sangat penting bagi memastikan cecair tidak keluar daripada salur darah ke tisu- tisu hingga menyebabkan bengkak dan sembab.

3- Pengambilan sumber potassium yang mencukupi 

Potassium ada sejenis electrolyte dalam badan, dan darah kita memerlukan keseimbangan electrolyte seperti potassium, sodium magnesium etc untuk berfungsi dengan baik dan mengelakkan sembab.

4- Pengambilan halia semasa hamil

Halia dapat membantu perjalanan darah dan boleh membantu mengurangkan sembab dan lebihan cecari dalam badan semasa kehamilan.

5- Vitamin C

Seperti juga halia, vitamin C membantu memperelokkan perjalanan darah semasa hamil dengan dengan itu boleh mengelakkan badan jadi sembab dan bengkak ketika hamil.

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, selain daripada pengambilan garam (memang tak monitor lah bab ni, saya banyak masak di rumah, dan sangat kurang guna garam & perasa tambahan), yang lagi 4 tu, memang saya ambil sepanjang kehamilan ketiga ini. Protein memang minum setiap pagi, dan kadang- kadang bila hunger strikes at midnight pun saya bancuh protien shake. Sumber potassium paling minimum saya ambil harian daripada multivitamin, memang tak miss setiap hari. Dan halia pulak, kali ini memang ada saya simpan supplement ginger di rumah sebab selalu perut berangin, dan supplement ni sangat membantu. Dan paling bagus, kalau dulu memang tak sentuh pun vitamin C semasa hamil, kini memang saya ambil 500mg setiap hari. Kadang- kadang lebih bila terasa nak kena flu dan demam.

Jadi 3 daripada 5 perkara di atas memang saya tak ambil sepanjang 2 kehamilan yang lepas, menjadi faktor yang menyebabkan saya telah sembab dengan begitu hebat. Dan kini saya belajar, sembab semasa hamil bukanlah "kebiasaan" dan "accidental"! Kalau nak kata gila buat marketing untuk produk Shaklee pun saya tak kisah, sebab saya yakin ianya sangat berkesan, selamat dan semulajadi. Semua orang boleh cuba dan InshaAllah membantu.

Left: Almost 6 months pregnant, 2011 (age 33)
Right: Almost 6 months pregnant, 2015 (age 37)

I am happy and satisfied with Shaklee supplements for my current pregnancy. 
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, January 30, 2015

Sembab masa hamil

Assalamualaikum semua :)

Petang tadi saya ketawa sorang- sorang, sampai Aliyah pun tegur, kenapa pulak Mama ni. Mula- mula ketawa pasal tengok gambar sembab masa pregnant kali pertama. Bukan saja sembab, hidung kembang, siap dengan kulit kusam, complete package! Lepas tu saya saja upload gambar tu kat Facebook sebab sekarang ni saya 5 bulan pregnant, sama dengan dalam gambar tu jugak. Memang lain sangat la rupanya hahaha! Tapi kan, Alhamdulillah, it was a smooth pregnancy & delivery (despite morning sickness for 2 months and later had to experience c-section delivery), and my husband and I had a great time experiencing it together for the first time.

Ok sambung gelak....

Kemudian second pregnancy pulak, same thing happened. Bloated, kembang semangkuk. Kalau orang lain maybe start kembang bila dah 7-8 bulan, tapi saya ni jenis start awal, tak menyempat. By 5th month tu dah start dah. Masa tu saya menerima seadanya, yang penting baby sihat walafiat, Mama comot pun takpe. Fikir happy je masa tu, tak kesah pun rupa paras. Anyway, masa tu saya berdisiplin juga ambil supplement yang doctor bagi. Ada multivitamin, folic acid, calcium & fish oil. But I don't really know if it's natural or synthetic and how pure the sources were. Tak pernah ambil berat.

Ni gambar last weekend, tak la lawa macam Marion Caunter,
tapi lawa la daripada kaunter hahaha! 
Tayang sikit gambar few weeks ago, focus hidung yang masih saiz asal
Master Yani saksi live sebab saya suruh dia check hidungku jugak.
Nampak tak baju Yani sama dengan bajuku? 
And now, saya dah 5 bulan pregnant. So far belum kembang lagi, berat badan memang naik, membulat seadanya. Tapi tak bloated, hidung masih saiz asal, belum ganda 5 lagi kihkihkih! Frankly, saya skeptikal bila ramai orang kata makan supplement Shaklee ni tak bengkak sembab badan. Serius, daku macam hmmmm iyolah tuuuu korang, sebab dah dua kali daku menjelma jadi Fiona Shrek! Padahal dah kenal Shaklee 3 tahun kot, punyalah pasrah dan berserah hahaha! Tapi plan untuk pregnant tetap diteruskan, kembang pun kembang lah haha! Tapi memang Alhamdulillah, sembab terkawal dan takde la sampai orang tak kenal (berlaku masa pregnant 2 kali, orang tak kenal bila jumpa!).

Saya bedal macam- macam supplement hari- hari, terutama yang basic (multivitamin, b complex, vitamin C, calcium, fish oil - ALL SHAKLEE). Tapi saya pernah lah Google, apa supplement yang baik untuk elak sembab, tapi taklah saya ikut 100% sebab selagi tak mengganggu kesihatan saya dan baby, saya tak kisah sangat la kembang mambang ni. Tapi saya ada baca, kadang- kadang ibu- ibu memang jadi tak selesa sangat sebab kaki sembab, kebas dan sebagainya. Dan menurut artikel ini, majoriti wanita mengalaminya, walaupun tidak serius, tapi ia adalah petanda kurang nutrisi dalam pemakanan seharian. Paling menarik, vitamin C yang simple tu rupanya membantu boost blood circulation semasa pregnant dan elak sembab kaki dan tangan. Jadi simply put, kalau kita jaga keperluan nutrisi semasa hamil, dan ambil supplement yang semulajadi (maknanya yang kita makan tu sama content atau sama benefit dengan bahan asal makanan) InshaAllah ianya berkesan dan beri manfaat.

Oh, kepada yang cantik berseri tak sembab apa, lawa meletop- letop sepanjang kehamilan saya nak kata "UNTUNG LA....tahniah yer..." IKHLAS ni tau....hahaha!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, January 27, 2015

Top 3 pregnancy cravings: Sofina 3, Nelissa Hilman's flat AND a beach holiday!

Assalamualaikum semua :)

Siapa sini percaya dengan pregnancy cravings? Haha! Saya salah seorang yang tak percaya 100% LOL! Pada saya, kadang- kadang masa pregnant ni, hormon kelam kabut sikit kan, hilang selera makan la, takde mood la, jadi kita mencari sokongan emosi dalam bentuk keinginan- keinginan tertentu, bukanlah secara langsung sebab "baby yang nak". Tapi bab craving makan tu, memang ada perubahan. Kadang- kadang nak makanan manis, kadang nak yang masam. Kadang tanak makan terus haha! Anyway, simple entry pagi ini, saja nak share, top 3 cravings yang buat saya teringat- ingat sejak 2-3 minggu lepas. Kecuali yang kasut tu, tu baru teringin PAGI NI! Hahaha!

1- Sofina 3.0 handbag from Fashion Valet 
Lama dah perati kegilaan semua orang dengan handbag ni, dan sekarang baru rasa nak beli, sebab tengok spacious betul, sesuai jugak nanti dah ada baby, jadi diaper bag pun boleh ni. Terus nak nak nak! Tapi esok pagi launching, dan selalunya Sofina ni akan habis dalam masa sejam pertama. Gila kan. Jadi esok pagi, kena standby kihkihkih! By the way, tu gambar dari blog Vivy Yusof, tu perut pregnant dia, bukan perutku.


2- Nelissa Hilman's flat shoes
Rasanya teringin flat shoes Nelissa Hilman, dah setahun lebih kot. Tapi macam biasa, tak berapa ambil peduli sebab risau lah beli kasut online, kot tak selesa. Tapi ku tengok Vivy (again! stalker tegar namanya) selalu pakai, dan bila baca komen- komen semua cakap it's very comfortable, keinginan tu meruap- ruap semula. Kasutku yang sedia ada buat lenjan ni memang dah kategori patut simpan je, comot sangat. Heels pulak of course dah simpan sejak pregnant. Kalau tak pregnant pun jarang ler pakai. Tapi still berfikir- fikir, yay or nay?


3- Beach holiday in Langkawi
Aha, yang ni memang da bomb! Last time jejak beach maybe masa pergi Paka, Terengganu. Saya dah propose pada life/business partner tentang percutian ini dan saya pilih Langkawi. Pakej yang ku tawarkan (ehehe) termasuklah Geo Park tour, spa for me, golf for him and kids club for the kids. Pastu buat la kira- kira, humak aih memang bajet 5 bintang sangat ni hahaha! Hari ni bangun tido dok fikir, maybe nak downgrade la, tinggalkan Geo Park saja LOL!



Apa "pregnancy cravings" anda semua :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

Monday, March 5, 2012

khasiat minyak ikan pada kehamilan,

sedikit perkongsian tentang khasiat minyak ikan (omega- 3 fish oil) untuk ibu hamil:
  • menyokong perkembangan otak bayi dalam kandungan
  • menyokong pertumbuhan deria penglihatan bayi dalam kandungan
  • mengurangkan risiko alahan pada bayi selepas dilahirkan
  • mengurangkan risiko kelahiran pra- matang
  • mengurangkan risiko post- partum depression di kalangan ibu
pengambilan omega- 3 yang paling berguna iaitu EPA & DHA bukan saja penting kepada kehamilan, ianya juga menyokong perkembangan otak bayi selepas lahir, melalui ibu yang mengambil cukup bekalan omega- 3 dalam diet seharian, dan menyusukan bayi mereka. kalau tak menyusukan bayi pun, EPA & DHA penting bagi menyokong sistem saraf ibu (yang boleh semakin menurun di setiap kelahiran). 

secara ringkas, EPA menyokong kesihatan jantung, sistem immunisasi, DHA pula menyokong perkembangan otak, mata, dan sistem saraf. 


kami anak beranak dah mula makan omega guard untuk tujuan mendapatkan kebaikan omega- 3. saya makan lebih kepada untuk beri khasiatnya pada adam (melalui susu ibu) dan bonus lah pada saya supaya sistem saraf otak saya dapat dipertingkatkan (otak letih yer bila beranak pinak, banyak benda nak fikir, keje opis lagi, ok stop membebel karang otak tambah letih haha). aliyah makan 2-3 kali seminggu (campur dalam susu), tujuan saya lebih pada menguatkan sistem immune badan dia. ayah aliyah pun makan, sebab kadang- kadang tekanan darah dia boleh naik dan menakutkan juga. omega- 3 dapat mengawal tahap kolestrol yang menjadi salah satu punca tekanan darah meningkat. saya berdoa kami sekeluarga dapat kebaikan- kebaikan omega- 3 ni setiap hari. memang versatile lah omega guard ni. semua orang boleh makan! untuk hadiah birthday pun ok ni haha! 

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya,

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

*produk ini tidak bertujuan merawat, menyembuh dan mencegah penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Thursday, February 9, 2012

3 cara mudah beri anak kebaikan minyak ikan berkualiti tinggi

entry hari ni saya nak tulis ringkas saja. ini cadangan 3 cara mudah untuk beri kebaikan Omega Guard Shaklee kepada anak- anak kita:

untuk mama yang hamil- makan lah omega guard sebiji sehari, kebaikan minyak ikan akan sampai pada baby di dalam perut, dan membantu perkembangan sel- sel otak sejak dari dalam perut lagi.

untuk mama yang breastfeed- makan lah omega guard sebiji sehari, melalui susu ibu, baby akan dapat kebaikannya juga! senang sangat kan.

untuk anak yang dah besar atau yang TAK breastfed- campur minyak ikan dalam susu atau minuman kegemaran anak- anak. tak ada bau atau rasa ikan yang kuat, anak takkan perasan, saya dah cuba (aliyah sensitif jugak kalau ada apa2 pelik dalam susu dia, kali ni saya berjaya, tidak dikesan hikhik). boleh juga sprinkle atas nasi panas, takkan notice lah! (saya ada baca, budak kunyah je capsule tu ala chewing gum, itu memang fabulous haha)

yang best bulan ni ada promosi menarik omega guard. rugi kalau tak cuba :)

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS/ WhatsApps 016- 344 7727
Email puteriyusof@gmail.com

these statements have not been evaluated by the food and drugs administrations. these products are not intended to cure, diagnose or prevent any diseases. please consult with your healthcare provider before taking any dietary supplements. 

Sunday, December 18, 2011

supplements for pregnancy

"it's not longer just about you!"

inilah yang saya beritahu kawan- kawan dan ahli keluarga tiap kali mereka (yang hamil) mengadu tak suka nak minum susu atau sering terlupa ambil vitamin. apabila dah berdua, ambillah kesempatan ini untuk menjadi orang yang lebih baik, menjadi orang yang lebih sihat, menjadi orang yang lebih gembira dan ceria!

saya benci susu sejak kecil. saya hanya boleh minum jika dicampur dengan milo atau susu kotak yang ada perisa strawberry. saya berlatih minum susu (tak ada perisa bantuan/ tambahan) apabila hamilkan aliyah. latihan ini membawa kebaikan kepada saya kemudian apabila tiba giliran adam, tabiat itu sudah melekat dan saya tiada masalah lagi untuk minum susu. anak bertambah, tabiat berubah (menjadi lebih baik), alhamdulillah.

bila hamil juga, kita tak mahu bercakap perkara- perkara buruk atau pelik kan. kalau boleh nak cakap hal- hal yang elok saja, tak mahu bergossip buang masa. tiba- tiba juga ramai bakal ibu yang cuba menjadi pembaca tegar hihihi! atau tiba- tiba nak dengar muzik klasik! saya tak pun dengar muzik klasik kerana saya tak suka (maaf aliyah dalam perut), tapi mujur saya memang suka membaca. bayangkan jika tabiat- tabiat baru yang baik ini boleh dikekalkan selama 9 bulan, insyaallah boleh melekat selama-lamanya. orang kata nak tukar tabiat hanya 2 minggu, kalau dah boleh selama 9 bulan, bayangkan banyak mana tabiat kurang elok kita boleh ubah!

saya tidak culas makan vitamin ketika hamil, walaupun ada masa saya terlupa. kalau dah tertidur pun, suami akan kejut, siap bawak air dan vitamin ke tempat tidur. pernah dia berpesan, jangan lah anak sulung saja ingat nak makan vitamin, anak kedua buat tak endah! anak ke lapan?? huii ramainya...*insaf*

bila tahu kita dah hamil, mesti excited kan. mesti mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk bayi. mesti list beli barang, beli baju dah siap awal- awal kan?! hehehe...jangan lupa, masuk jugak dalam list untuk beli supplement yang penting untuk ibu dan bayi.

ok di sini saya kongsi cadangan supplement shaklee untuk penggunaan ibu hamil:

1- vita-lea iron formula (multivitamin)

vita-lea dengan formula zat besi ini penting bagi memastikan ibu hamil mendapat nutrient secukupnya setiap hari. hari- hari yang dilalui oleh ibu hamil tak sama dengan ibu tak hamil. kita perlukan tenaga yang cukup kerana kita sedang berkongsi ruang, sumber, malah oksigen dengan si kecil di dalam. zat besi penting bagi mengelakkan ibu mengalami masalah mudah pitam atau pening, atau yang lebih serius ialah anemia. apabila kita hamil, jumlah darah dalam badan kita meningkat hingga 50% daripada waktu tidak hamil. apabila jumlah darah meningkat, badan kita perlu menghasilkan hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel yang lain). dan hemoglobin ini dihasilkan oleh zat besi. sebab itulah kita perlukan tambahan zat besi ketika hamil. dan jangan lupa, zat besi penting untuk perkembangan bayi dan placenta juga! biasa doctor akan bagi acod folic kan bila pertama kali membuat check-up, dan dalam vita-lea ada acid folic juga.

2- b- complex

dalam b-complex shaklee, selain lengkap dengan 8 jenis vitamin B, ianya juga dilengkapi dengan acid folic. (dalam vita-lea ada 200mcg, dalam b-complex ada 200 mcg) ibu hamil memerlukan memerlukan sekurang- kurangnya 400mcg acid folic sehari. acid folic penting bagi pertumbuhan sistem saraf bayi seawal minggu pertama kehamilan (sebab itu ketika merancang kehamilan pun kita dah mesti ambil acid folic).  berikut adalah info lebih lengkap tentang kebaikan b- complex kepada kehamilan dan bayi dalam kandungan:
  • B1 (thiamin), B3 (niacin), B12 (cobalamin) diperlukan untuk perkembangan organ, otak dan sistem saraf bayi. 
  • B2 (riboflavin) bantu bayi membesar
  • B5 (pantothenic acid) bantu bayi membesar dan bantu mengelakkan risiko anemia kepada ibu
  • B6 (pyridoxine) dapat kurangkan risiko keguguran di awal kehamilan, dapat mengurangkan rasa loya
  • B9 (folic acid) mencegah risiko kecacatan pada bayi
3- vitamin C

vitamin C penting bagi membantu badan kita menyerap zat besi yang penting bagi pembentukan hemoglobin. selain itu ia membantu kita mencegah jangkitan penyakit (ibu hamil mudah sangat berjangkit demam atau selesema kan!). kepentingan vitamin C (hamil atau tidak) termasuklah memperbaiki tisu badan, untuk membaiki tulang dan juga untuk kesihatan kulit.

4- ostematrix

ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. apa yang bestnya ostematrix ialah ianya tidak mengandungi lemak (berbanding jika mendapatkan kalsium melalui produk tenusu). vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium- lihat entry ini. kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pembentukan tulang, dan pembentukan gigi bayi sejak dalam kandungan lagi. pengalaman peribadi saya, kedua- dua aliyah dan adam, lahir dengan leher yang kuat dan tegap. mudah untuk mandikan mereka walaupun baru lahir. saya memang berdisiplin dengan pengambilan kalsium tambahan dan saya juga minum susu setiap hari. semasa hamil, kita juga berkongsi stok kalsium dalam badan dengan bayi, jadi amat penting bagi ibu mendapatkan bekalan calcium secukupnya.

5- energizing soy protein

protein penting kerana ianya mengandungi acid amino yang membentuk sel. dan sudah tentulah juga untuk pembentukan sel bagi bayi yang dikandung. terutamanya pada semester kedua dan ketiga, bayi akan membesar dengan pesat dan protein membantu badan kita memenuhi keperluan organ badan kita. lagi bayi membesar, lagi banyak yang badan ibu perlu sediakan dan protein yang lengkap adalah salah satu persediaan penting.

6- omega guard


persiapan membina minda anak, mesti bermula dari dalam kandungan. ada banyak petua bagi mendapatkan minda yang sihat dan cerdas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil. pilihan untuk mengambil makanan yang mempunyai DHA yang tinggi adalah salah satunya, dan ia boleh didapati dengan mudah dengan pengambilan omega guard dan untuk ibu pula, omega guard boleh mengawal kadar kolestrol.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...