Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Lesu selepas bersahur

Assalamualaikum & selamat pagi :)

Bertahun- tahun lamanya saya tak seronok bersahur, dan bukan sebab kena bangun awal pagi! Tapi sebab saya rasa sangat- sangat lesu selepas bersahur. Dan bila tak bersahur pula, letih dahaga melampau, juga buat saya lesu. Jadi sejak mula belajar berpuasa, pengalaman bersahur memang tak memberangsangkan, walaupun saya tau dan memang sangat mahukan berkat bersahur itu.

Kalau orang fikir bersahur ni small matter, pada saya ianya big deal. Sebab mood dan tenaga saya sepanjang bulan Ramadhan, sangat bergantung kepada kualiti sahur saya. Dan sejak berumahtangga, kalau ada masalah mood dan tenaga, aiyok berjangkit- jangkit lah dengan mood pasangan pula. Bulan puasa kalau asyik muncung je nak bergaduh, aduh tak seronok langsung. Stress!

Dan bila selepas bersahur dengan nasi dan lauk pauk, memang terbongkang tidur, mata berat sangat nak buka untuk Subuh, dan kalau dah solat, dapat pulak tidur semula, simply boleh sampai pukul 9-10 pagi. Memang tak menarik langsung gaya macam ni. Dan kalau hari bekerja, bayangkan betapa melekatnya badan di katil, nak bersiap ke ofis, adoi macam kena gam kulit badan ke tilam.

Kemudian saya berkenalan dengan supplement Shaklee. Saya tidak pernah terfikir pun ia boleh membantu saya enjoy bersahur! Dan saya tidak lagi makan nasi dan lauk pauk semasa bersahur - kecuali bila balik kampung, sebab masakan Mak la, kalau tak makan, rugi rugi rugi.

Kenapa supplement, dan apa teorinya? Saya tidak mahu menyentuh tentang senarai supplement yang berjela- jela tentang tenaga, cuma tentang Energising Soy Protein (ESP) saja. Saya minum ESP setiap kali bersahur, mix dengan Milo dan fresh milk saja. ESP ni rendah GI (Glisemic Index) jadi pelepasan glucose (yang beri tenaga) adalah secara perlahan dan stabil. Berbanding dengan nasi yang tinggi GI, pelepasan glucose tak stabil, menyebabkan kita cepat lapar. Walaupun berbanding makan nasi dan minum ESP memang lah lepas makan nasi tersandar kekenyangan. Tapi 2-3 jam lepas tu mesti lapar berkeriuk peruk. Bila minum ESP, glucose dilepaskan sedikit demi sedikit, jadi takde lah lapar cepat, dan badan diberi tenaga berterusan sehinggalah waktu berbuka.

Bandingkan makanan yang high GI dengan low GI,
nasi kan tinggi karbo, cepat kenyang, cepat pulak lapar. 

Selain ESP, kalau nak yang ada perisa, ada Cinch Shake perisa latte dan vanila. Saya suka nak advice minum ESP atau Cinch Shake dengan kurma juga, sebab ianya tinggi serat dan ada glucose untuk tenaga. Memang lega dan seronok lah dapat bersahur dengan pilihan makanan rendah GI, kalau lah dari dulu lagi saya tahu :p

Kalau nak order, click saja SINI yer, penghantaran terus ke alamat anda oleh Shaklee.

Selamat mencuba :)

Puteri

Wednesday, July 10, 2013

Berpuasa dengan supplement Shaklee

Assalamualaikum!

Dah masuk hari ke -10 umat Islam berpuasa, Alhamdulillah kami sekeluarga sihat & ceria (yang tak puasa 2 orang budak tu memang ceria sangat la). 

Kami sekeluarga bersahur dan berbuka ringkas je hari ni. Saya macam biasa minum shake ESP + Meal Shakes dengan fresh milk & Milo. Ringkas & kenyang. Saya sebenarnya takde masalah nak makan nasi dan lauk subuh hari, cuma saya tak suka rasa pedih perut bila menjelang waktu pagi. Maklumlah lauk pun banyak yang greasy saja. Jadi ada baiknya saya stop menyakitkan perut sendiri dan minum je shake ni. 

Setiap hari saya bangun awal jugak, dalam pukul 4- 4.30 pagi. Mengemas apa yang patut dan bersahur. Saya jarang tidur semula sebab ia buat badan jadi lemau dan lesu. Selepas solat Subuh, bersedia pulak nak kejutkan Aliyah mandi dan bersiap ke sekolah. 

Selepas hantar dia ke sekolah dan Adam ke rumah pengasuh, rutin saya bermula di pejabat pos jika ada order untuk dihantar kepada customer. Kemudian saya akan ke branch Shaklee di Wangsa Maju, kadang- kadang untuk coaching anak buah, ataupun beli stok. Yang seronoknya sekarang ni saya ada ruang dan masa untuk rehat sebelum jam 1pm. Masa ni kalau tidur aduiiii memang terbaek haha! 

Saya dah jarang beli makanan di pasar Ramadhan. Saya suka masak fresh di rumah, sejenis je lauk & sayur, setel. Mujur saya tak suka dessert, jadi takde isu rambang mata pegi pasar Ramadhan. 

Puasa kali ni saya tak lagi breastfeed anak, jadi takde isu longlai dahaga. Tahun lepas pun tak longlai sebab saya jaga diet dan ikut pengambilan air yang sesuai. Alhamdulillah. Mujur ada set Mighty 3 Gems Shaklee. Sangat membantu ibu yang breastfeed untuk berpuasa dan bertenaga. 

Nak cuba dan rasa perbezaannya? Hubungi saya 016- 344 7727

Sunday, November 18, 2012

khasiat hebat untuk wanita

nak tanak, sebagai perempuan, memang kena ambil little bit more effort untuk jaga kesihatan tubuh badan. orang biasa cakap, badan nak pakai lama, so kena jaga. dah la tu bukan kita pakai badan sorang- sorang pulak tu! anak bergayut, suami lagi huuuu!

2 malam lepas, sakit- sakit badan saya masa tidur. adam menyusu macam non-stop. melekat sepanjang malam. saya tidur mengiring sampai kebas sebelah badan. tukar belah kanan, tukar belah kiri. rasa macam tak tidur pun ada. kemudian kalau dah melekat je, apa lagi, mesti la melecet. pedih amat, macam ada garpu toreh2 dada. ataupun jarum. kemudian, dalam kesakitan tu, tiba- tiba aliyah (yang dah tido upside down) mengigau, tendang2 kepala saya! huiiii memang rasa nak lari tido kat depan tv je! sorang gigit, sorang tendang. apa ni?!

anyway, saya nak share kebaikan dua supplement wajib saya ambil sejak setahun lepas. mulanya saya ambil untuk milk booster. kemudian saya dapat macam- macam benefit bila saya amalkan setiap hari- tak miss!

mesti ramai tau pasal khasiat alfalfa kan yang serupa kacip fatimah tu kan?! semalam, kawan saya yang baru beli alfalfa bagitau, dia asyik miss saja makan alfalfa. dia beli utk detox, nak slim lagi dengan lecithin & ESP. tapi bab alfalfa tu culas.

so i said, "if i told you, alfalfa can help to tighten up vagina muscle, i bet you won't forget!"

immediately she said, "from tomorrow onwards!"

hahahaha!

ok ladies, tunggu apa lagi!



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Friday, October 12, 2012

gebu macam aishah, dengan Vitamin E dan ESP!

aishah ni saya kenal thru FB & blog, sebab sama-sama pengguna tegar Shaklee dan dia jugak distributor di JB. blog aishah memag kelako kekadang, tapi sampai time drama airmata tu memang tangkap leleh theehehehe...

anyway, semalam borak dengan dia kat FB chat, pasal entry terkini dia buat gambar before and after kulit muka dia selepas pakai masker vitamin E, minum ESP (dan makan juga vitamin E tu). sapa sangka, kitaorg berperang dengan benda yang sama iaitu blackhead!! benci ok blackhead itu!!

anyway jom tengok pipi gebus aishah selepas minum ESP dan guna vitamin E sebagai masker dan makan vitamin E hari2. simple kan! heeeee maka saya akan menjejaki langkah si aishah ini. selama ni kasi suami je makan vitamin E hikhikhik!

thank you aishah for sharing!

oh untuk hiburkan hati, leh lawat blog aishah yang kelako ni: http://myaishah.blogspot.com/

Aishah- before ESP + Vitamin E
Aishah- after & still going strong with ESP + Vitamin E
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, October 4, 2012

lagi 9 bulan je nak mengepam!

dah lama tak cerita tentang breastfeeding kan? hehe asyik cerita nak santek je!

anyway, alhamdulillah, adam dah nak masuk setahun 3 bulan october ni, dan masih minum susu mama. masa bulan puasa ada jugak saya top up dengan formula, tapi gagal. adam tanak, siap campak botol kata dek pengasuh. pengasuh cakap kena gak susu mak dia! mak tertekan pasal bulan puasa merudum lah jugak ada masanya. kebetulan saya tukar kerja tempat baru, segan juga nak ke surau kerap sangat. bertahan je lah si adam!

lepas puasa, susu balik macam biasa, dah boleh bagi 3 botol sehari. sekarang ni dah banyak makan si adam, semua benda dia nak makan. jadi susu tu taklah banyak sangat nak bagi pengasuh. pengasuh pulak pandai handle EBM, memang berjimat cermat. bersyukur sangat dapat pengasuh memahami ni.
Sesi pagi ni..alhamdulillah
saya masih dengan supplement shaklee untuk bantu saya mengepam dengan cukup. apatah lagi hujung bulan ni saya nak outstation ke bangkok, 5 hari. sekarang tengah giat stock up susu. saya tanak bagitahu ada berapa pack dah simpan, nanti takut jinx! hahaha! so far steady je lah penambahan tu. alhamdulillah.

saya buat power pumping dengan lebih kerap, dan kat opis pun buat 2 kali dan lamaaaaaa bertapa kat surau. kadang- kadang dah 30 minit tiba- tiba ada lagi LDR, tambah lagi 10-15 minit. rugi ok kalau stop. dan sangat- sangat happy pasal ada offer ESP bulan ni, takde la saya berjimat- jimat sangat haha! ESP sangat membantu saya untuk replenish susu untuk session mengepam kedua kat opis ni. Best sangat!

Susu pekat likat. Suka sangat! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, October 2, 2012

30-an, sihat dan kekal muda dengan ESP & Collagen Powder

Puteri, Aula dan Cery, sengih happy pasal rasa cantik sangat dah! 

siapa kami? tak kenal? hahaha memang la! bukan artis pung! 

kami hanyalah mama- mama yang minum ESP secara tegar sejak 1-2 tahun yang lepas. 

dan kami suka dengan produk baru Collagen Powder Shaklee yang terbaru di pasaran! 

nak tau rahsia bagaimana kami minum dan bermasker, dan mengekalkan kulit yang muda dan sihat? 

Hubungi saya hari ini!

Wooot! 


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, September 8, 2012

bertenaga dengan ESP dan Vita-lea

Paling kerap saya ditanya, apa supplement yang patut diambil supaya badan cergas dan bertenaga sepanjang hari. Dan ramai yang tak gemar nak makan tablet banyak- banyak dan malas nak ikut jadual makan. 

Jadi saya cadangkan, bersarapan dengan minum ESP, kemudian makan Vita-lea. 
Anda akan rasa perbezaannya!

Pic: Shaklee Website


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, August 22, 2012

urus berat badan dengan lecithin & herblax

mesti ramai yang susut badan masa bulan puasa kan? saya memang dah susut sejak lepas bersalin adam. berat saya sekarang ni 46-47kg. tak la sampai 43kg masa zaman bujang hehe. berat badan saya sejak bersalin turun dengan stabil, tapi yang pasti memang badan saya mengecut (lost inches). nak kata ringan sangat tak juga, tapi baju, seluar,kain semua pakat londeh haha! saya jarang beli jeans, so jeans yang sekarang ni saya beli mungkin 3 tahun lepas, saiz 28. sekarang ni, dah longgar sangat, tak perlu bukak butang, zin pun leh bukak terus, macam seluar tidur tu. eh apa ni, too much info kot!

anyway, saya pasti ada kaitan dengan supplement yang saya ambil walaupun kesemua yang saya ambil tu bukan saya focus untuk kurus pun. jom selidik!


  • saya makan b-complex mainly untuk handle stress. b-complex memang membakar gula untuk jadi tenaga, lantas mengawal metabolisme kita. kalau metabolisme rendah, ditingkatkan. kalau terlalu tinggi, direndahkan. regulate!
  • saya juga ambil ostematrix (calcium/ magnesium) dan vitamin c. pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini secara serentak sebenarnya juga dapat meningkatkan metabolisme badan. 
  • saya minum soy protein (ESP) hampir setiap hari. saya dapat kawal nafsu nak makan merapu masa breakfast selepas saya ambil ESP+mealshake+performance drink. tengok entry yang ini.  kenyang sehingga waktu makan tengah hari. malam pula, kadang2 bila jemu atau malas nak makan nasi, saya minum ESP dengan milo saja. 
  • dan tidak lupa, vitalea (multivitamin). kenapa multivitamin penting untuk orang yang nak kuruskan badan? bila nutrient lengkap dah masuk dalam badan, taklah kita craving nak itu ini. 
  • oh lagi satu. saya makan GLA complex. yang ni boleh bakar lemak tau masa kita tidur. 
yang biasa dicadangkan untuk pengawalan berat badan ialah lecithin dan herblax. herblax untuk detox, dan lecithin untuk bakar dan angkut lemak keluar dari badan. yang bagusnya berat badan tidak akan turun mendadak, kemudian tak perlu mengganti makan. kita boleh makan macam biasa, kemudian ambil lecithin selepas makan. nak lagi cepat turun, mesti lah kena bersenam dan pilih makanan yang rendah lemak. ramai juga yang ambil ESP untuk diminum ketika terasa lapar sebagai snack samada belah siang atau malam. tapi yang paling superb untuk dapatkan sumber protein dengan leucine untuk mengawal berat badan ialah cinch shake. biasanya customer saya akan ambil lecithin & herblax dulu. bila dah rasa OK dengan kadar penurunan berat badan (dan ada budget), mereka tambah cinch shake pula. 

nak cuba? 




HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Wednesday, August 8, 2012

bagaimana memilih protein soya terbaik?

saya share di sini tips mudah untuk memilih produk soya terbaik:

1) kacang soya mesti tumbuh membesar secara organik- bermaksud ditanam tanpa bahan kimia, yang menyebabkan zat soya berkurangan. selain zat kurang, ia boleh menyebabkan kanser juga. jadi, katakan tidak kepada penggunaan pesticides, fungicides dan herbicides semasa pembesaran kacang soya itu.

2) kacang soya mestilah Non GMO. apa maksud non GMO? maksudnya kacang soya itu tidak dihasilkan secara tiruan, dialter bentuk asal genetiknya. kacang soya tiruan adalah lebih murah dihasilkan tapi genetik nya dah dimodified dan tidak asli lagi. khasiatnya jugak tidak lagi asli lah.

3) protein soya mesti ada 9 asid amino lengkap- ini kerana badan kita memerlukan 9 jenis asid amino ini (yang diperolehi daripada sumber protein yang dimasukkan ke dalam badan melalui makanan). apa gunanya asid amino? banyak gunanya- hasilkan hormon, menghadamkan makanan, hasilkan enzyme, sebagai antibodi etc. kalau satu jenis asid amino tak ada, immune system badan boleh berkurangan sebagai 30%. ada fungsi badan yang boleh tergendala tanpa asid amino yang lengkap ini.

4) soya mesti dibersihkan/ diasingkan dengan air, bukan alkohol. kenapa? selain alkohol tu haram untuk orang islam, alkohol juga menghapuskan kandungan isoflavanes dalam kacang soya. kalay soya takde isoflavanes, memang khasiat soya itu langsung tak wujud. isoflavanes terbukti mengurangkan risiko kanser, menyeimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang. ingat tu, soya bukan penyebab kanser ya, tapi cara pemprosesan tu yang menyumbang kepada kualiti soya itu sendiri.

5) proses pembuatan protein soya bukan melalui pemanasan- asid amino yang terdapat dalam protein soya adalah sangat sensitf kepada suhu yang tinggi. memasak soya dengan suhu yang tinggi memusnahkan asid amino yang penting sehingga 50%. rugi lah makan tanpa khasiat kan!

6) bahan anti- thyroid/ anti- growth substance mesti disingkirkan. cara penyingkirannya pula mesti memastikan asid amino dan kandungan isoflavanes dalam protein soya tidak terjejas.

7) product soy isolate mesti ditambah dengan unsur kalsium. ini kerana tanpa tambahan kalsium, soya yang asal boleh menyebabkan kerapuhan tulang. tambahan kalsium akan meneutralkan semula soya dan mengembalikan faedah- faedah yang lain.

apa yang anda tahu tentang minuman soya yang anda ambil? ada kesemua 7 perkara di atas? cuba tanya penjual soya di petaling street, berani? confirm kena pelangkung! hahaha!

kalau tanak kena pelangkung, boleh pilih yang ini!

Pic: www.shaklee.com.my 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, June 10, 2012

kulit sihat dan cantik, cara mudah dengan supplement shaklee

sejak seminggu lepas, beramai- ramai pengguna shaklee group FB yang saya join mula mencuba buat masker dengan ESP & Vitamin E. saya dah suruh kawan saya cuba minggu lepas, padahal saya sendiri belum ada masa nak cuba. kawan saya cakap best gila, kulit jadi supple bila bangun pagi. memang teruja saya sendiri nak cuba. akhirnya malam ni baru ada kesempatan.

humak aihhh memang best ya amats!! bau sedap rasa nak makan masker hahaha! letak sikit je ESP tu, hujung sudu, letak air sikit, picit vitamin E, kasi sebati, tepek kt muka. sangat berbeza rasanya. alang- alang sapa yang dah ada ESP dan vit E tu, leh la cuba ya. tak payah hari2, karang bengkrap haha! tapi takpe, bulan ni vitamin E promo price memang menarik ok! tak rugi letak kt umah, dan telan masuk perut. cantek la nanti insyaallah!


kenapa energizing soy protein menjadi pilihan mereka yang ada masalah jerawat atau masalah kulit kusam dll? protein adalah makanan kepada sel ya, kulit yang bermasalah bermakna, sel pun ada masalah, tidak sihat. berikan sel protein terbaik, sel akan diperbaiki dan dipulihkan. selain itu, protein menjadikan kulit dan badan kita lebih anjal dan gebus. untuk kulit bermasalah, gabungan ESP & Vitamin E adalah yang terbaik. untuk yang ada bajet lebih, boleh tambah Vitamin C dan B- complex. memang berpuas hati. 

-------------------------------------------------

annnyyywaaay...semalam saya pergi conference shaklee, ada product launching dan award untuk yang berjaya dengan business ni. very inspiring and humbled nengok mommies2 part timer/ full timer yang naik pentas, gendong anak pun ada naik pentas dapat award. yang lain dari lain, semua mak- mak ni sangat sederhana walaupun kita tau RM diaorang memang boleh tahan! sederhana dalam ertikata yang sebenarnya. salute!

bila balik rumah, saya berfikir panjang. masa di rumah bersama- sama anak- anak lah pelaburan terbaik (syarat tak jadi singa sepanjang masa dengan diaorang ler haha). dan mak- mak yang naik pentas tadi tu dah buktikan dengan azam diaorang nak bekerja dari rumah dengan pendapatan yang sangat selesa. amin amin amin ya Allah, saya ada impian yang sama, makbulkanlah. terima kasih Allah.

P.S: product launching semalam yang meletop ialah Colagen Powder. nanti saya share lagi info. tak payah cucuk2 y'all, kita telan dan sapu je segala mak nenek supplement ni kasi lawa hahaha! seriously, sejak nak masuk 35 tahun ala2 kertu ni, makin vain ya saya ni. nak sihat, nak lawa, nak cergas, semua nak. ok, selamat malam! esok kita kelija!!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Thursday, May 31, 2012

langsing dan menawan dengan 3 cara terbaik!


ramai yang bertanya pasal supplement untuk kawal berat badan, atau kurangkan berat yang berlebihan. memang ada, dan sebenarnya ianya mampu dimiliki, tidak seperti yang dirisaukan, kerana kebanyakan program pengurusan berat badan memerlukan modal yang tinggi.

cuma yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit ialah tahap disiplin dan konsistensi seseorang. tapi jika berdisiplin, ganjarannya lebih daripada rupa bentuk badan yang menawan, tapi yang lebih penting ialah tahap kesihatan juga meningkat baik.


yang paling penting untuk kita ketahui tentang program pengurusan berat badan shaklee ialah, ianya bukan berbentuk pengganti makanan (meal replacement) sebaliknya lebih kepada usaha menyokong badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik melalui cara detox (bersihkan), dan bakar dan angkut lemak ke luar daripada badan, dan akhirnya menyokong badan dengan protein supaya badan tetap tegap dan tidak menggeleber walaupun berat sudah berkurangan.

ramai yang bermula dengan langkah 1 (bersih) dan langkah 2 (bakar) dahulu, sebelum menambahkan protein ke dalam program mereka. yang pasti, cara ini tidak memberi kesan mendadak kepada badan anda, dan tidak beri kesan mendadak kepada poket anda juga!

lebih awesome jika kita makeover jugak badan dengan pengambilan vitamin- vitamin asas seperti multivitamin, b- complex dan vitamin C. memang terbaik!

P.S: berlapar bukan caranya untuk kurus ya!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sunday, May 13, 2012

sarapan lengkap dan berkhasiat

ok, sebelum saya update apa yang dah berlaku dengan breakfast makeover saya, saya nak share dulu apa yang ada dalam satu lag program kesihatan shaklee iaitu Mighty 3 Gem Programme. saya pun baru je lagi membelek info pasal program ni sejak berniat nak ubah style sarapan saya yang tak sihat tiap2 pagi tu.

Mighty 3 Gem Programme ni menekankan kepentingan sarapan untuk semua orang, daripada kanak- kanak, pelajar, dan orang dewasa yang bekerja. ramai yang tahu kepentingan bersarapan tapi ramai juga yang tak sempat untuk bersarapan dengan lengkap dan berkhasiat tiap pagi. makluma lah nak berkejar pegi opis, tersangkut dalam traffic lagi. sampai je opis dah kena start keje/meeting dll. antara masalah yang akan muncul jika kita tidak bersarapan dengan sempurna ialah:

  • tidak dapat memberi tumpuan untuk jangkamasa panjang
  • kurang peka
  • mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • kandungan gula dalam darah akan menjadi rendah
  • produktiviti seharian merosot
Shaklee Performance (Pure Hydration Drink), Energizing Soy Protein & Meal Shakes
Mighty 3 Gem dapat membantu kita bertenaga sepanjang hari, meningkatkan daya tumpuan dan memelihara kesihatan secara menyeluruh. dan yang paling penting ianya ringkas dan mudah disediakan setiap pagi. 3 Gems dalam program ini ialah:

Energizing Soy Protein: protein soya yang mengandungi asid amino lengkap untuk keperluan tubuh badan, sangat mengenyangkan jika diambil sebagai sarapan pagi
Meal Shake: multivitamin yang kaya serat dan protein, memenuhi keperluan nutrient seharian kita, dengan rasa enak vanila. 
Shaklee Performance (Performance Drink): mengandungi electrolytes yang dapat meningkatkan tenaga dan menghilangkan dahaga, lebih baik dari air biasa. mengandungi OPTY-LYTE electrolyte yang dihasilkan daripada campuran unik karbohidrat, membekalkan tenaga segera dan mengekalkan tenaga. ianya juga mengekalkan kadar gula dalam darah, mengandungi calcium & magnesium. 

mengapa tiba- tiba saya include shaklee performance dalam diet saya pulak? 

Saya campurkan air suam dengan 1 sudu Performance Drink, 2 sudu Meal Shakes, 1 sudu ESP. Yang warna oren tu  lah Performance Drink, rasa fresh orange gitu. 
2-3 minggu lepas saya bercerita dengan alin, yang saya sering pening kepala selepas mengepam di opis, akibat kurang air. walaupun saya dah makan sebelum pam, memang saya akan pening. dan saya jenis yang mudah dapat low blood pressure kalau kurang air, kurang makan. nak recover balik selepas mengepam tu at least 30 minit jugak, atau saya kena lekas2 pegi makan. biasanya kat opis, lepas mengepam, saya dapat minum je, itupun bawak bekal ESP ke opis bancuh dengan milo. untuk keadaan diri saya, memang tak cukup. so alin cadangkan saya cuba Shaklee Performance ni. kebetulan saya memang dah campur meal shake dengan ESP setiap pagi, sebab rasanya lagi sedap daripada telan vitalea hehehe. 

yang paling saya suka ialah bila saya sediakan shake ni, saya tahu saya dah ada sarapan pagi yang berkhasiat dan sihat. bila sampai opis, takde la mata rambang tengok roti canai, nasi lemak, mee goreng. sangat sesuai untuk cara hidup kita yang sibuk tak sempat ni kan. kalau anda jenis malas nak fikir apa sarapan yang sihat dan berkhasiat, atau jenis yang suka tahan lapar pepagi sampai masuk angin (atas sebab malas atau tak sempat), apa kata cuba mighty 3 gems ni. sangat berbaloi. kalau anda confuse atau clueless nak makeover diet seharian, inilah permulaan terbaik. 

hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

* produk ini tidak bertujuan merawat dan menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Thursday, May 10, 2012

Breakfast makeover with Energizing Soy Protein

hari ini saya terpanggil nak tulis pasal kepentingan breakfast. pagi tadi breakfast saya agak kureng. lontong yang masin! end up makan nasi impit & telur rebus tu saja. tak sanggup telan kuah masin tu. saya sedar pilihan breakfast meal saya terutama hari bekerja, agak kurang sihat. sebab utama pasal makan di kedai, penuh dengan pilihan yang sangat berminyak dan tak sihat. untuk menyedapkan hati, takpe nanti saya pam susu, kalori terbakar. tapi kolestrol jahat tu semua tetap la berkumpul dalam badan kan.

saya ni senang ter-inspirasi dengan orang keliling yang nak hidup secara sihat. tadi pagi, kawan saya cerita pasal rutin dia pegi gym. wah terus rasa nk register jugak hahaha! tapi masa ni, gym kena hold la, belum buleh selit gym dalam jadual seharian. so mungkin saya patut start dengan eating right dulu kan. walaupun saya takde masalah berat badan *insert idung kembang* saya kena jugak jaga apa yang saya makan, supaya takde masalah lain mcm high kolestrol, allergies dan lain- lain kan.


so, kenapa breakfast sangat penting? jom kita baca sikit:


  • secara psychology, bila kita makan sarapan pagi yang sihat dan  mengenyangkan, kita akan rasa tenang kerana kita tahu hari kita bermula dengan baik. bila lama- lama kita maintain ambil breakfast, ia akan jadi habit dan hari kita tidak akan ceria dan lengkap tanpa sarapan yang sihat. pengambilan sarapan yang sihat dan lengkap, mampu membekalkan kita nutrient yang kita perlukan untuk sepanjang hari. tak lah masuk angin pukul 11, migrain pukul 12 tgh hari, pastu pukul 1, melahap tak ingat dunia kan. start the day right is the key!
  • sarapan pagi penting untuk minda yang cergas. sebab tu jangan sekali2 kasi anak pegi sekolah tanpa sarapan yang sihat dan mengenyangkan. jawapnya, otak diaorang ingat nak makan je, tak boleh focus dengan pelajaran yang diajar. begitu jugak untuk kita orang dewasa yang kena pegi kerja. sarapan ni ibarat minyak pelincir untuk kita mulakan hari kita dengan baik. kalau bangun pagi, keluar rumah, kereta takde minyak, oh crap kan?! so if your day start like a crap, you will feel crappy whole day!
  • sarapan pagi sangat penting untuk orang yang nak jaga berat badan, too heavy or too skinny. kalau tak sarapan, by lunch time, lapar sangat kan? so semua benda kat gerai/ restoran nampak sedap. padahal hari2 pun makan benda tu gak kan. untuk orang skinny, kalau miss sarapan, badan akan guna lebihan calories yang tak cukup tu utk fuel the body. pastu masuk angin pulak! langsung tak boleh nak replace the used calories. makin kurus ler. supermodel? nOT! 
  • sarapan pagi sangat sangat penting untuk yang bersenam dan bersukan. tapi ada orang tanak makan before workout takut muntah, senak. itu kena lah pilih jenis breakfast yang sesuai, dan mudah dihadam. kalau makan mee goreng telor mata before bersenam, memang cari pasal la kan. high protein breakfast helps you to build your body back as well, while losing weight. 
ok, apa pilihan kita untuk buat breakfast makeover ni? kalau malas nak fikir panjang, gabungkan saja makanan yang high fiber + high protein (sangat penting untuk meningkatkan mental alertness). ada ayam, lean meat, ikan, putih telor, grains, smoothies (soy powder + fruits), wholegrain bread, dan macam- macam lagi. 

dan tak perlu la saya nak cakap pasal pilihan breakfast kat keliling kita yang tak sihat tu kan, berminyak, berlemak dan lain2 tu. so kena pandai buat pilihan. pegi mamak tak semestinya tak sihat, boleh order roti nan & ayam tandoori je tanpa kuah kari tu. atau makan capati atau tosai pun sihat (minus la kuah kari tu). 

untuk saya sekarang ni, saya wajib minum ESP + milo kat rumah before pergi kerja. kalau tak memang menggigil sebab saya akan  mengepam subuh2 hari tu. untuk breakfast makeover ni, saya nak buat smoothies pulak, sebab ESP + milo tak cukup untuk saya yang breastfeeding ni. kena tambah lagi supaya lebih sihat, dan tahan lama. kalau dah full, tak perlu lah mee goreng, lontong tu semua kan. 

yang bagus, untuk jimat masa, saya boleh bancuh ESP dan buat smoothies at night, dan breakfast saya yang sihat, high in fiber & protein ready untuk diminum pagi- pagi. jom join saya buat breakfast makeover dengan ESP. nak lagi mantap campur Meal Shake sedap gila. jom jom jom! 

Sunday, May 6, 2012

kebaikan protein soya di dalam Energizing Soy Protein Shaklee

saya mula minum energizing soy protein selepas bersalinkan adam, bulan july tahun lepas. tujuan utama untuk bantu saya boost breastmilk production sebab soya memang berkesan untuk milk booster. sebelum kenal ESP saya minum homemade soy drink, dijual kat opis. kadang2 ok kesannya masa mengepam, kadang2 takde kesan. sebab homemade soy drink bukan pilihan terbaik.

bila dah kenal ramai pengguna2 ESP yang lain, saya terdedah dengan kebaikan- kebaikan ESP dan mengapa ESP adalah sebahagian daripada set family wellness shaklee, dan digalakkan diambil bersama- sama mana- mana jugak vitamin shaklee yang lain. let me summarize it here:

  • untuk yang makan vitamin C, B complex utk masalah kulit, ESP memberi khasiat protein terbaik untuk memperbaiki sel kulit yg rosak
  • untuk yang sedang berdiet, minum ESP adalah pilihan terbaik utk masa2 snacking atau bila2 terasa lapar. 
  • untuk yang ada masalah kolestrol, protein soya boleh membantu merendahkan tahap kolestrol 
  • untuk yang vegetarian, ESP adalah pilihan terbaik kerana protein soya mempunyai khasiat yang paling hampir dengan protein daripada daging2
  • untuk yang pregnant, dan suka kebaikan soya untuk bayi, ESP adalah pilihan yang lebih selamat dan berkesan berbanding soya yang dibeli dalam kotak, kerana pemprosesan ESP yang berkualiti tinggi
  • kalau nak badan jadi lebih pejal terutama selepas bersalin dan breastfeeding, ESP adalah yang terbaik! minum ESP secara konsisten, memang akan rasa perubahan ketara. 
ESP- bestseller! 
ada banyak lagi kebaikan ESP ni, bukan untuk breastfeeding je. saya minum 2-3 kali sehari mainly untuk mengepam dan stok susu la. rasa lebih seronok bila dapat jugak kebaikan2 yang lain ni. satu botol ESP ni cukup sebulan hingga 2 bulan, depends banyak mana kita minum. tapi maksimum sehari leh ambil 3 sudu je. yang buat saya lebih yakin dengan ESP ialah ianya non GMO dan diproses dengan cara yang paling selamat dan bersih. 

anda bila lagi? jom la amalkan ESP! hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

*produk ini tidak bertujuan mencegah, merawat dan menyembuh penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

Sunday, March 18, 2012

susu lebih pekat, baby tidur lebih lama

sejak jadi mak ni kan, tido tu macam luxury sangat! tapi masalahnya tengah tido pun otak ligat mikir apa nak buat bila bangun nanti! hahaha! tapi yang bagusnya breastfeeding ni, kita tak payah bangun mengagau botol, air panas kat dapur nak bancuh susu. alih je badan, setel! tapi, kalau setiap 30 minit nak alih badan, hangin juga kan! bila hangin, stress, susu pun malas nak keluar. rantai makanan gitu ehehe!

entry ni berkesahkan energizing soy protein kegemaran saya.

rutin minum ESP saya adalah pada sebelah pagi, sebelum pegi ofis. kemudian segelas lagi sebelum tido. minum pagi tu untuk persediaan mengepam di opis. minum malam tu sebagai persediaan if adam nak menyusu. setakat ni rutin menyusu adam tak banyak beza sejak dia berusia 3-4 bulan. bangun sekali pukul 12 atau 1, kejap sangat pun bangun, buat syarat sebab dah habit kot. kemudian pukul 6++. masa ni memang dia lapar la.

jadi, apa yang saya membebel ni sampai dua perenggan?? kesahnya, nak bagi tau, ESP bantu saya mendapatkan susu yang lebih pekat. boleh tengok beza susu yang dipam, pekat dan likat. tujuan asal saya ambil ESP adalah untuk bantu tambah susu kerana ESP kaya dengan protein. kemudian saya dapati susu jadi lebih pekat, adam tido lebih nyenyak! bonus ok!

berbeza kan? yang kekuningan dan pekat tu bila saya pam selepas minum ESP!
bonus lain termasuk lah dapat mengurangkan kesan- kesan jerawat di muka saya jugak. memang best. dan kalau ESP diambil dengan vitamin- vitamin lain, ianya membantu badan menyerap vitamin2 tersebut dengan lebih cepat dan baik!

kalau nak tau lebih lanjut tentang kebaikan ESP, dan cadangan pengambilan yang bersesuaian, boleh hubungi saya,

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

*produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mencegah dan mengubati penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, February 7, 2012

hilangkan parut jerawat, ESP sangat membantu

lepas bersalin adam, saya start makan vitamin (vita-lea, b- complex, vitamin C) & minum energizing soy protein SETIAP HARI. tujuan asal pasal nak bertahan breastfeeding lebih lama berbanding masa aliyah. tapi lepas 4-5 bulan makan/ minum tak miss, saya dapat bonus!!

  • kesan parut makin cerah, makin hilang
  • warna kulit makin sekata
  • jerawat segan- segan nak keluar
  • kulit nampak fresh, muda (ini saya perasan la kot, tapi bangun pagi, rasa ceria je tengok muka moist dan segar)
set yang dicadangkan untuk masalah kulit berjerawat/kusam whatnot ialah:
  • B- complex, 
  • Vitamin C & 
  • Vitamin E atau GLA complex 
saya hanya makan sebotol baru GLA complex ni, sebab masa dalam pantang, jerawat menyerang. rupanya alfalfa buat kulit saya sangat panas (kerana tak minum air dengan cukup). lepas tambah minum air, makan GLA sebotol, masalah selesai. alhamdulillah. 


saya belum ambil pun vitamin E, tapi dengan minum soy protein secara konsisten, ia membantu penyerapan vitamin2 yang lain dengan baik (untuk perbaiki kulit) dan juga protein penting untuk memulihkan dan memperbaharui sel kulit. itulah wajib sangat minum energizing soy protein ni! 

tapi syaratnya kena konsisten. sel ambik masa 30- 90 hari untuk dibaiki dan diperbaharui. selepas 4-5 bulan pun saya baru notice yang kulit saya bertambah baik. mula- mula takla perasan sebab tujuan utama nya nak maintain breastfeeding je kan. ni kira bonus lah ni. sejak tu, minum ESP pun rasa lagi enjoy hikhikhik! 



saya dah minum ESP ni selama 6 bulan lebih. 

these statements have not been evaluated by the food and drugs administrations. these products are not intended to cure, diagnose or prevent any diseases. please consult with your healthcare provider before taking any dietary supplements.
-------------------------------------------------------------------------------------

kesah ni untuk hiburan je la. kalau tanak baca pun takpe hehe. amaran: kesah ni panjang berjela. nasib la kalau tertido masa membaca.


parut jerawat? nak hilangkan macam mana? dengan foundation 5 inci? atau photoshop? hehehe...mana-mana kengkawan, sedara mara yang kenal saya, mesti tau lah cabaran muka berjerawat yang saya hadapi. yang geram tu, masa sekolah menengah, elok je licin, dah masuk universiti (time nak cari bakal boipren whatnot) tu lah meletop- letop jerawatku. late bloomer lah katakan. slow sket bab itu. masa jadi student, mana la ada duit kan, tenyeh je la apa yang mampu. bedak sejuk la yang paling mampu pun *sadis*

nak jadi cerita, ada satu opismate ni (lelaki) jual produk kecantikan ok. brand natasya. dia ni duduk depan meja saya. sekali sekala, dia bangun, buat aksi facial (gosok2 tapak tangan kat pipi), pastu tanya "amacam puteri, nak cuba?" masa tu memang panas je muka, tapi sekarang ni bila ingat memang rasa macam eeeeeee lawak nyerrrr! hahaha! yang lagi panas tu, si jamal ni muka nya licin ok, glowing summore! guna natasya ler teww..dalam diam, saya pegi gak beli natasya tu ok. hahahaha!! tp kejap je pakai sebab masa tu kecoh pasal produk yang kasi muka putih tapi beracun tu. takot.

dah tu, satu hari kawan ajak cuba CN*I. dia datang rumah, buat facial. urut punya urut, nah kau berketul2 keluar. mengamuk kulitku. tapi saya tak panic, sebab DAH BIASA kihkihkih. saya decided nak pegi facial kt CN*I untuk memperbaiki keadaan. tiap2 bulan la pegi, habis dalam RM150 lebih kurang tiap kali pegi. dan continue pakai produk yang sama. memang ada perbezaan, sebab facial tak miss. tapi masalahnya, gaji masa tu ciput, tak miss facial, takut miss soru pulops. lepas dalam 4 bulan kot, saya stop, tak mampu nak membayor.

ok, dah la tu, mari lah kita fast forward je sampai saya dah kawen kihkihkih. before wedding, kulit agak terkawal la, sesekali pegi facial, tapi bukan selalu. lepas bersalin aliyah, memang jerawat kurang sangat. hormon dah stabil kot. buttttttt kulit kusam dan berparut tu memang maintain ok. kalau tak maintain, kawan2 tak kenal pulak ahahaha! sehinggalah adam lahir, saya konsisten dengan vitamin2 dan energizing soy protein.

Tuesday, January 10, 2012

rahsia susu lebih pekat

this statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. these products are not intended to diagnose, treat or cure any diseases.  

rahsia ke? bukan rahsia lah! dah ramai ibu2 breastfeeding yang minum ESP sebagai milk booster terbaik~  

saya nak share perbezaan EBM saya, jika saya minum Energizing Soy Protein sebelum tidur (dan bangun pump susu dalam pukul 2-3 pagi ataupun pump di office selepas minum ESP waktu pagi) dengan EBM yang saya pump tanpa minum ESP. saya memang dah lama perhati, susu lebih pekat dan warna pun cantik kekuningan sejak saya minum ESP. tapi ada masanya, saya tak minum (tertido awal, terlalu kenyang dll alasan huhu) dan memang susu yang saya pump lebih cair. jumlah susu yang di pump tidak banyak beza jika saya minum cukup air dan menyusukan adam mengikut demand. yang sangat ketara perbezaan ialah, susu lebih pekat dan adam tak ambil masa yang lama untuk kenyang dan terus tidur (penting tu supaya tiada aktiviti bergayutan berjalan sepanjang malam, boleh la mama nak tidur lena dan selesa).


sebab itu saya sangat rekomen supaya ibu- ibu tambah ESP jika order set penyusuan dengan saya. kerana ia sangat berkesan bukan saja sebagai milk booster (dan quick fix yang mengenyangkan selepas mengepam) tapi juga dapat memekatkan susu dan membuatkan baby kenyang lebih lama.

untuk pertanyaan, boleh hubungi saya:

Puteri,
SMS: 016- 344 7727
EMAIL: puteriyusof@gmail.com

Monday, January 2, 2012

protein untuk kesihatan

note: this statement have not been evaluated by Food and Drug Administration. these products are not intended to diagnose, treat or cure any diseases. 
 

ESP? diva divana sangat ke?
1- protein untuk penyerapan vitamin yang lebih baik
ada orang rasa vitamin yang diambil tidak memberi kesan langsung, atau tidak memberi kesan yang dikehendaki. selain daripada jangka masa pengambilan vitamin yang masih baru (3 hari ambik, memang belum nampak kesan ye, ini bukan magic pills hehe), kita perlu consider, samada badan kita bersedia atau tidak untuk menyerap kebaikan vitamin- vitamin yang kita ambil. inilah gunanya protein, ia membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.

2- ESP & orang yang mudah dapat gastric
ada orang pula, mudah terkena gastric jika ambil vitamin terutamanya vitamin C. ESP membantu perut kita lebih relax, tidak rasa sebu dan pedih perut. biasanya kita dapat gastric sebab kita ambil mudah dengan time makan, suka tunggu dah lapar sgt dan masuk angin. dan biasanya juga, bila dah kena gastric, memang susah nak un-gastric (ada ke? haha), sebab kita tak tukar gaya pemakanan (masa makan, jenis makanan/ minuman) kita. maka kita pun jadi life member kelab gastric. important point i need to add tho: ESP bukan ubat utk pedih perut bila dah kena gastric, ESP boleh diambil secara konsisten sbg minum pagi, atau masa snack utk mengelakkan kelaparan dan masuk angin. dan semua set kesihatan yang dicadangkan akan mengandungi vitamin C (kerana ianya sangat penting untuk ketahanan badan melawan penyakit), jadi rugilah jika kita miss satu kebaikan vitamin dalam set yang kita ambil kan?

3- ESP dan kulit yang cantik
untuk yang mengalami masalah kulit pula, protein sangat penting untuk proses memperbaiki semual sel kulit yang telah rosak. vitamin E saja tidak cukup untuk membaiki sel- sel kulit yang terjejas dalam masa yang singkat. bila tambah protein dalam badan, vitamin E yang diambil lebih mudah diserap dan dapatlah vitamin E bekerja dengan lebih pantas. saya sendiri dapat lihat, dengan pengambilan ESP, jerawat saya kalau timbul, cepat surut, dan cepat hilang parut). ESP bukanlah ubat jerawat, tapi protein yang berkualiti tinggi ini membantu badan memperbaik sel- sel yang rosak dengan cepat.  

4- ESP dan allergies
untuk yang mengalami masalah allergies seperti sinus dan eczema pula, gabungan ESP bersama- sama vitamin C, b- complex, dan alfalfa adalah yang terbaik bagi mendapatkan kesan yang optimum. ini testimonial diri sendiri: suami saya menghidap sinus yang serius, dan doctor memang suggest operation saja. tapi sinus attack dia ni hanya bermusim; musim cuaca sejuk sangat, atau musim kerja stress. baru- baru ni musim kerja stress, sinus pun datang. saya paksa ajak dia minum ESP sama- sama, dengan vitamin C, alfalfa, b-complex (basically semua tu untuk saya dan breastfeeding journey saya, tapi alang- alang dah beratur atas peti ais, dia pun buat mcm vitamin sendiri huhu). dah dekat 2 bulan since the last sinus attack, so far dia masih sihat walaupun stress keje tak jugak berubah. alhamdulillah.

5- ESP dan susu ibu
dan akhir sekali (untuk hari ini) ESP memang menakjubkan jika digabungkan bersama- sama alfalfa (dan ostematrix) jika anda seorang breastfeeding mother. selain bertindak sebagai milk booster, protein ini memberi quick fix kepada anda selepas anda mengepam atau menyusukan bayi. memang lapar kan kalau lepas pam tu, semua benda nampak lazatttttt!! minum saja ESP, perut kenyang, takde lah risau badan gemok (pasal pegi mkn banyak lepas pam haha).  dan bonusnya protein yang berkualiti tinggi ini akan terus disalurkan kepada baby, dan baby pun akan mendapat kebaikan protein tersebut.

Wednesday, December 28, 2011

kulit sihat dengan ESP shaklee

mesti ramai yang tahu tentang kebaikan protein soya untuk kesihatan dan kecantikan kulit kan? saya teringat mak saudara saya yang rajin sangat buat homemade soy drink ketika hamil, petua nak dapatkan anak berkulit gebu & putih melepak! petua yang ini saya tak pasti samada betul berkesan atau tidak, tapi saya nak share tentang kebaikan ESP Shaklee (Energizing Soy Protein) yang memang berkesan untuk kesihatan dan kecantikan kulit.


mengapa kulit perlukan protein?
seperti yang kita tahu, kulit kita ni diperbuat dari protein (kuku dan rambut juga diperbuat dari protein). protein diperlukan dalam pembentukan tisu baru dan pembaikan semula tisu yang rosak. kulit yang berjerawat dan kemudiannya berparut menunjukkan bahawa badan tidak menerima protein yang cukup untuk membaiki tisu kulit yang telah rosak. parut yang berwarna gelap menunjukkan bahawa kulit tidak ada protein yang cukup untuk membina tisu yang baru. selain itu keanjalan kulit (dan tubuh badan yang lain) juga adalah berpunca daripada manfaat protein.

mengapa kita perlukan energizing soy protein?

sumber: cery

•ia membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan

•ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
•menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
•diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
•setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
•kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
•indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
•Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
•tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
•ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
•tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

kalau nak kesan yang mengancam dan berkekalan, pengambilan soy protein perlulah berterusan selama 3- 5 bulan untuk kita melihat kesannya. cadangan saya bagi anda yang inginkan kulit yang sihat ialah dengan mengambil vitamin yang lengkap iaitu energizing soy protein bersama- sama b- complex, vitamin c & vitamin e. 

apa kata kita treat kulit kita dari dalam pula. saya faham sangat mereka yang puas menyental kulit dengan pelbagai produk tapi tidak endahkan kesihatan kulit dari dalam (saya pun dulu macam tu). apa kata sempena tahun baru ni, ambil pendekatan yang berbeza pula. bukan saja dapat kulit yang cantik, insyaAllah gabungan vitamin- vitamin ini dapat juga mengawal kadar kolestrol dalam badan. bonus kan?! untuk ibu- ibu yang menyusu pula, lagi lah bonus berganda, dapat milk booster, dapat pula kulit yang anjal. terbaek lah!!

Sunday, December 4, 2011

tambah susu dengan Energizing Soy Protein!

saya memang nak sangat kongsi kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee, selepas saya mencuba sejak hampir 5 bulan lepas. saya seorang mama yang mengepam di tempat kerja, saya cari jalan penyelesaian kepada resah gelisah ketika mengumpul stok susu dan sekarang dalam memastikan saya bawa balik susu yang cukup untuk bekalan hari- hari akan datang untuk adam.



Ini adalah 5 sebab saya *heart* sangat Energizing Soy Protein (ESP)! Dan saya mahu ramai lagi yang boleh mendapat manfaat daripadanya.

(1) ESP adalah quick fix setiap pagi untuk saya, minum satu mug sebelum pergi kerja. saya memang tak sempat nak bersarapan di rumah pagi- pagi, jadi saya minum ESP + milo, untuk lapik perut, sebelum saya ambil sarapan kemudian bila dah sampai ofis. jika tidak, sangat lapar ok, sementelah selepas menyusukan adam sekitar jam 5 pagi, kemudian mengepam pula dalam jam 7 pagi. memang perlu quick fix untuk tenaga.

(2) ESP pembekal protein lengkap untuk saya; menyediakan badan saya untuk menghasilkan susu. selain calcium, saya perlu mengambil protein yang lengkap. sememangnya ada protein dalam diet seharian saya (ikan, ayam, kekacang dll) tapi saya pasti saya tidak mendapat kebaikan protein yang sempurna melalui sumber2 ini. pada kebanyakan masa, protein telah termusnah semasa makanan2 ini dimasak. bila saya minum ESP, saya tahu saya mendapat kebaikan protein yang maksima untuk badan saya.

(3) ESP membantu penyerapan vitamin yang lebih baik dalam badan saya. apabila berkoyan- koyan vitamin saya telan, rugilah jika ia tidak diserap dengan baik oleh badan kan?

(4) ESP pengganti homemade soya yang saya kerap beli di gerai dekat ofis; sebagai milk booster. dulu menjadi kebiasaan saya membeli homemade soya, sebagai milk booster semasa mengepam di ofis. biasanya saya beli 2 botol. dan biasanya botol kedua kerap la basi menjelang tengah hari. dengan ESP, saya cuma perlu bancuh selepas tiap kali mengepam, pertamanya untuk bekalan tenaga (letih ok lepas pam) dan keduanya untuk mendapat kebaikan sebenar soya.

(5) ESP memperbaiki kulit saya. saya memang lah berperang dengan masalah kulit muka sejak sekian lama. saya dapati pengambilan protein yang berterusan dengan ESP memang beri kesan yang baik kepada kulit. walaupun ini bukan niat awal semasa saya minum ESP, tapi kira bonus lah kan! dapat pam lebih banyak, dalam masa sama kulit pun lebih sihat.

Fakta syok: Semua sel dalam badan kita perlukan protein. Protein pula adalah bahan utama dalam pembentukan semua sel yang telah mati. Dan sel kulit diganti setiap lebih kurang 24 hari. Protein adalah kandungan terbanyak dalam badan kita selepas air. Dan 10% daripada jumlah protein ini tadi adalah di dalam kulit! Amazing u'olls!!

lagi info ESP di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...