Monday, July 7, 2014

Lesu selepas bersahur

Assalamualaikum & selamat pagi :)

Bertahun- tahun lamanya saya tak seronok bersahur, dan bukan sebab kena bangun awal pagi! Tapi sebab saya rasa sangat- sangat lesu selepas bersahur. Dan bila tak bersahur pula, letih dahaga melampau, juga buat saya lesu. Jadi sejak mula belajar berpuasa, pengalaman bersahur memang tak memberangsangkan, walaupun saya tau dan memang sangat mahukan berkat bersahur itu.

Kalau orang fikir bersahur ni small matter, pada saya ianya big deal. Sebab mood dan tenaga saya sepanjang bulan Ramadhan, sangat bergantung kepada kualiti sahur saya. Dan sejak berumahtangga, kalau ada masalah mood dan tenaga, aiyok berjangkit- jangkit lah dengan mood pasangan pula. Bulan puasa kalau asyik muncung je nak bergaduh, aduh tak seronok langsung. Stress!

Dan bila selepas bersahur dengan nasi dan lauk pauk, memang terbongkang tidur, mata berat sangat nak buka untuk Subuh, dan kalau dah solat, dapat pulak tidur semula, simply boleh sampai pukul 9-10 pagi. Memang tak menarik langsung gaya macam ni. Dan kalau hari bekerja, bayangkan betapa melekatnya badan di katil, nak bersiap ke ofis, adoi macam kena gam kulit badan ke tilam.

Kemudian saya berkenalan dengan supplement Shaklee. Saya tidak pernah terfikir pun ia boleh membantu saya enjoy bersahur! Dan saya tidak lagi makan nasi dan lauk pauk semasa bersahur - kecuali bila balik kampung, sebab masakan Mak la, kalau tak makan, rugi rugi rugi.

Kenapa supplement, dan apa teorinya? Saya tidak mahu menyentuh tentang senarai supplement yang berjela- jela tentang tenaga, cuma tentang Energising Soy Protein (ESP) saja. Saya minum ESP setiap kali bersahur, mix dengan Milo dan fresh milk saja. ESP ni rendah GI (Glisemic Index) jadi pelepasan glucose (yang beri tenaga) adalah secara perlahan dan stabil. Berbanding dengan nasi yang tinggi GI, pelepasan glucose tak stabil, menyebabkan kita cepat lapar. Walaupun berbanding makan nasi dan minum ESP memang lah lepas makan nasi tersandar kekenyangan. Tapi 2-3 jam lepas tu mesti lapar berkeriuk peruk. Bila minum ESP, glucose dilepaskan sedikit demi sedikit, jadi takde lah lapar cepat, dan badan diberi tenaga berterusan sehinggalah waktu berbuka.

Bandingkan makanan yang high GI dengan low GI,
nasi kan tinggi karbo, cepat kenyang, cepat pulak lapar. 

Selain ESP, kalau nak yang ada perisa, ada Cinch Shake perisa latte dan vanila. Saya suka nak advice minum ESP atau Cinch Shake dengan kurma juga, sebab ianya tinggi serat dan ada glucose untuk tenaga. Memang lega dan seronok lah dapat bersahur dengan pilihan makanan rendah GI, kalau lah dari dulu lagi saya tahu :p

Kalau nak order, click saja SINI yer, penghantaran terus ke alamat anda oleh Shaklee.

Selamat mencuba :)

Puteri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...