Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

has your life at 30s begin?


ok gambar sebelum tu masa saya single tapi dah bertunang, masa tu umur dah 29 tahun. saya kawen masa umur 30. yang gambar after tu, baby tu si adam, anak kedua saya. masa ni dia belum 6 bulan lagi. saya mula makan supplement shaklee bulan july 2011 selepas adam lahir. saya ambil family wellness set (ESP, vitalea, b complex & vitamin C), zinc, alfalfa dan GLA complex. dan saya sangat konsisten sebab tujuan pertama saya makan supplement ialah untuk persediaan penyusuan eksklusif untuk adam. dan bonusnya, saya lebih sihat, segar dan berseri- seri.

i really love my life in my 30's now. life seems complete (with of course a lot of improvement to make), but the secured feeling knowing that i know what i want, is the best feeling in the world to me! i am not talking just about changing the brand, but changing my perception on how shaklee business opportunities allow my potential to be discovered with no limitation. i am loving it!

alhamdulillah.


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Tuesday, March 27, 2012

daftar sebagai ahli shaklee, banyak kelebihannya!

ramai kawan- kawan dan customer saya yang fikir tak perlu untuk jadi ahli pun, sebab bukan mereka ni nak berbisnes pun. tapi cuba fikirkan, kalau memang setiap 2-3 bulan atau sebulan sekali nak beli produk shaklee, memang berbaloi jadi ahli. selain dapat harga istimewa ahli, dapat point, dan dapat pulak cash daripada jumlah point tiap2 bulan tu. dan percayalah, mula- mula suka dgn vitamin- vitamin set A katakan, lepas tu memang melarat beli yang lain- lain pulak. bukan apa, berbaloi sangat kualiti dan harganya. belum cuba belum tau. dah cuba kalu, memang melarat- larat.

melarat jenis ni takpe, investment kesihatan masa depan! jom tengok macam mana nak jadi ahli shaklee:

1- bayar RM75 yuran pendaftaran ke akaun saya, RM65 utk pendaftaran, RM10 utk delivery charges member kit; ATAU beli produk shaklee worth RM600++, dapat keahlian percuma. (takkan tup- tup dah nak shopping sampai 6-7 ratus kan hehehe tapi takpe ini options saya ceritakan)
2- beri saya nama penuh, number IC, alamat, nombor handphone, akaun number maybank untuk saya registerkan;
3- bila saya dah register, shaklee akan hantar member kit terus pada anda;
4- bila membership dah aktif, saya akan notify dan anda boleh beli produk dgn harga ahli, dapat point etc

kelebihan- kelebihan:
1- membership seumur hidup, takde expiry date
2- points yang terkumpul diberi reward dlm bentuk cash
3- walaupun anda tak berbisnes, anda boleh share ID dengan kawan- kawan, sedara mara. tiap2 bulan point terkumpul akan diberi reward dlm bentuk cash, terus ke akaun maybank anda
4- harga ahli adalah 15% lebih murah, selain tiap-tiap bulan ada promo utk produk2 tertentu. masa ni boleh la borong!! tp customer saya pun dapat harga istimewa ni, jgn risau le.
5- shaklee ada barang-barang lain jugak. bukan vitamin je. ada penapis air, ada multipurpose cleaner, ada produk kecantikan dll ler. saya tak tulis semua kt blog ni sebab belum pakai semua. jenuh la semua shaklee ye tak haha! nak juga pakai rexona ke kan. btw, shaklee takde jual deodorant pun. hehe..


masa saya share dengan kawan- kawan  aritu tak terasa pun nak cari point ke cash ke. tapi sedar tak sedar dah ramai sharing dgn benefit of the products. bila share dengan gembira ni, tak terasa pun, tup tup dapat cash reward. syok le kan.

plus bila dah ada ID sendiri, nak order thru email ke HQ pun senang. sapa- sapa dah jadi ahli memang convenient sgt la cara ni. klik klik maybank2u je setel! tapi walaupun dah ada ID sendiri, saya tetap kasi consultation percuma sebelum dan selepas pembelian. itu insyaallah tiada halangan, secara online atau offline. larat dengan tak larat je dengar hehehe..

so, kalau nak kelebihan- kelebihan ni, boleh hubungi saya ya!

Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

Friday, March 23, 2012

kenapa tiba- tiba puteri jadi distributor shaklee?

klas tak tajuk entry hari ni? hari ni nak santai- santai je bersembang kat sini. bagaimana saya bermula sebagai pengguna kemudian jadi distributor shaklee, dan sekarang ni dah jadi supervisor. alhamdulillah

peristiwa 1
semestinya bermula sebagai pengguna, sebab kalau saya sendiri tak suka dengan produk shaklee, takde la saya nak jadi distributor pun. bermula sebagai pengguna semasa dalam pantang adam, saya tak boleh berenti pulak order vitamin2 dari momma mia. dan disebabkan blog momma mia penuh sarat dengan info yang saya cari terutama nya tentang breastfeeding & pumping & pumping while travelling, hampir setiap hari saya menjenguk blog dia. bila jenguk mesti nk order ahaha! magnet ok!

peristiwa 2
lepas menghabiskan duit kat blog momma mia, saya share lah kebaikan2 vitamin yang sama ambik dengan kawan- kawan, terutama yang sedang breastfeeding ni. tak lama pun, kawan- kawan start order sendiri dengan momma mia, full pack dan sebagainya. saya tukang sembang je la. sembang tak bergaji ahahaha!

peristiwa 3
dan kemudian saya daftar sebagai ahli, sangat untung sebab saya memang tak miss order tiap bulan terutamanya ESP. confirm every month beli. dan satu hari saya dapat la bonus (hanya sebagai pengguna/ahli) sebanyak 24 hengget! teruja ok, sebab ni first time dapat bonus sbb shopping! sapa nk kasi kan? but anyway saya memang senang teruja ahahaha! so memang ada yang kata, hek? 24 hengget je?? alhamdulillah.

peristiwa 4
peristiwa 4 ni signifikan sangat pasal ini adalah turning point kepada matlamat saya dari sekadar jd pengguna- member/ distributor pasif kepada distributor aktif. peristiwanya berkaitan dengan musim saya-tanak-pegi-opis. kan ada musim2 gitu kan? hari- hari rasa masalah je nak pegi opis. masalah2 kat opis pun rasa besar sangat. hari- hari balik opis mengomel je. pegi lunch pun mengomel je pasal keje. saya dengan kawan baik saya di opis ler tu, berduet mengomel. letih ok! letih pasal hari- hari cakap, esok takde perubahan pun. rasa down dan negatif je. apa kes ni? one day, saya decided, ok, saya dah malas nak spend energy mengomel. baik aku cari distraction! something yang kepala otak leh fikir selain masalah opis. something yang seronok untuk kita sembang masa lunch atau masa naik lrt! tadaaaa teringat bonos 24 hengget ittew! mungkinkah 24 hengget menjadi 240 hengget? bukan lagi mungkin, dah jadi kenyataan pun!

the rest are they say is history. tapi saya nak pandang ke depan, tak mau jadi sebahagian dari sejarah yg berkubur pulok! saya belajar macam- macam dengan momma mia, dah hari- hari jadi semakin indah *ahahahaha over khen??* ini cerita yang seronok2 aje lah. yang tak seronok mesti lah ada, tapi semua tu pengajaran dan cabaran. saya decided nak buat side income ni secara serius dalam bulan december 2011. dan bulan february lepas daripada RM24, saya dapat merasa side income 4 figure yang pertama. bonus tengah- tengah bulan pulak tu shaklee kasi, memang la meriah dan rasa seronok sangat. again, saya memang senang je nak happy kot?!

anyway, kawan baik saya amek keputusan untuk aktif kembali sbg perunding unit trust. dia berangan nak pegi istanbul katanya masa kami mula bincang pasal side income. nampak gaya dia dapat pegi istanbul dulu kot, sebab unit trust ni tak main ler 24 ringgit je kan? main ribu riban. tapi memang menjadi sebab dia sendiri suka dgn product unit trust tu. sama juga dengan saya. saya suka product shaklee. dan alhamdulillah, kami berdua masih going strong untuk increase side income setiap bulan. dan saya tak rasa, saya akan jual unit trust sbb tak pandai bab ni. buat benda yang saya pandai je la. paling best sebab saya dapat share kebaikan product ni dengan lebih ramai orang, dan paling happy bila customer dapat benefit kepada kesihatan mereka.

dan daripada sekadar mahukan side income, saya dah berazam untuk pergi lebih jauh kerana nampak gaya nothing is impossible. objektif terbesar ialah untuk spend lebih banyak masa dengan anak- anak bila aliyah start ke sekolah tadika dalam 1 tahun lagi. saya mahu beroperasi dengan business shaklee ni daripada rumah saja, tak perlu bersesak dalam lrt, dan bergegas sana sini. ya Allah, makbulkan lah impian saya. doakan saya ya! amin...

saya dah tengok cery dapat lakukannya, kenapa tidak saya? gittew!

itu saja sharing saya hari ini. oh, mana- mana customer yang dah beli dengan saya tu, untuk jadi ahli hanya RM65 saja, boleh dapat harga menarik dan juga bonus points dibyr setiap bulan dengan cash. nak tau lagi planning side income dengan shaklee, boleh jugak email saya untuk maklumat lanjut ya. jangan takut bermimpi!

Monday, November 28, 2011

Mengapa pilih Shaklee?

Mengapa pilih Shaklee?

Shaklee telah berada di pasaran lebih 50 tahun, memberi yang terbaik kepada pengguna- penggunanya. 3 perkara di sebalik produk Shaklee telah memberi keyakinan kepada pengguna- penggunanya untuk terus kekal menggunakan produk ini dalam jangkamasa yang panjang.

SENTIASA SELAMAT/ ALWAYS SAFE

Secara ringkas, produk Shaklee tidak mengandungi bahan- bahan terlarang, tiada bahan pewarna, tiada lemak trans, tiada pemanis tiruan dan 100% menggunakan bahan- bahan semulajadi yang selamat.

SENTIASA BERKESAN/ ALWAYS WORK

Produk Shaklee lebih mudah untuk dikongsi kebaikan dan manfaatnya kerana ianya memang berkesan (jika diambil dengan cara yang betul dan konsisten). Kita tidak perlu ragu untuk memperkenalkan produk ini kepada rakan- rakan dan keluarga, malah lebih yakin untuk berkongsi kebaikannya. Produk Shaklee menjalani pelbagai ujian yang lengkap bagi memastikan hasil yang paling sempurna dan berkesan.

SENTIASA MESRA ALAM/ ALWAYS GREEN

Produk Shaklee menyokong kitar semula, dan sentiasa memastikan penghasilan produk dan operasi perniagaan tidak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Lebih banyak info dan contoh- contoh praktis terbaik Shaklee di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...