Wednesday, September 10, 2014

Syamille Agro Farm, Kati, Kuala Kangsar Perak

Assalamualaikum semua :)

Selepas kami pulang dari trip US, Aliyah buat request khas, nak pegi agro farm, dekat dengan rumah Opah. Saya pun tak pasti entah bila dia dapat tau tentang agro farm, tapi memanglah di kampung kami tu ada agro farm. Dah lama pun lalu lalang depan signboard tu, tapi macam biasalah bila benda depan mata, memang tak ambik peduli :p

Jadi, untuk tidak mengecewakan anak, kami pun pergi la ke Syamille Agro Farm, yang terletak sangat dekat dengan rumah Mak,  10 minit pun boleh sampai dah. Duluuuuu sekitar tahun 1997 pernah la saya pergi area tu, ada air terjun Lata Perahu (orang Kualer Kangsor panggil Lata Pegho yop!). Tapi lepas tu takde la pergi dah, lagipun saya tak gemar sangat lata-lata ni.

Kami singgah di restoran dalam agro farm tu, dan berbual- bual dengan pembantu restoran tu. Rupanya dah lama pun agro farm ni wujud, katanya dekat 10 tahun. Cuma baru- baru ni je terkenal, tak pasti kenapa, tapi nampak gaya memang tempat tu dijaga rapi. Kami order teh madu kelulut, seperti dicadangkan oleh pembantu tu, oh memang sedap! Terus beli sebotol madu :)

Ada kolam ikan, ada sekandang rusa, pokok buah- buahan, bunga- bunga. Ada dijual juga madu lebah kelulut, yang diternak dalam kawasan agro farm. Ada sungai kecil di antara bilik- bilik chalet, yang sangat mendamaikan. Dan dalam kawasan ni juga ada Ma'had Annuri, dan student di situ diberi peluang belajar agama dan hafazan secara percuma. Memang nyaman dan mendamaikan. Next time balik kampung nak pergi lagi!

Jom tengok sekitar Syamille Agro Farm ni :)

Kawasan agro farm yang sangat bersih, dan nyaman.
Belakang tu ada sekandang rusa, yang besar sihat dan bising hehe

Ma'had Tahfiz Annuri - percuma untuk pelajar miskin dan yatim 

Lebah kelulut, boleh beli madu lebah kelulut
di sini. Kami beli sebotol besar :) 

Itu rumah owner agro farm, lawa gila depan sungai kecik, rumah kayu.
Memang jeles je tengok nyaman sangat haha!

Adam dan bunga matahari yang besar- besar!
Kolam ikan, bukan untuk dijual. Hanya untuk dimakan
oleh tuan punya farm. Owh jeles lagi hahaha!

Untuk ke sana, exit tol Kuala Kangsar, drive dalam 30 minutes ke arah Gerik/ Lenggong, anda boleh nampak signboard Syamille Agrofarm di sebelah kiri jalan, berdekatan Kampung Chuar Kati. Masa kami pergi tu, bakal ada group activities di situ, sesuai la sebab ada kawasan hutan dan air terjun, sangat sesuai untuk family day atau aktiviti fizikal berkumpulan.

Kalau anda dah pernah bermalam di situ, boleh la review dan let us know what do you think ok ;) Untuk lebih maklumat, boleh jenguk Facebook Syamille Agrofram Resort 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...