Friday, August 1, 2014
5 tips hadapi cabaran bisnes
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya :)
Saya pasti ramai yang dah pun kembali semula ke tempat kerja, dan ramai juga yang telahpun merancang perjalanan pulang ke rumah masing- masing selepas berhari raya. Kami sekeluarga masih di kampung, bercuti sehingga 10 Aug, kemudian langsung nak ke US. Anak- anak pulak tinggal di kampung, sehingga kami pulang pada 23 Aug nanti. Panjanglah cuti raya kami kali ini, memang boleh sungguh- sungguh raya haha!
Sepanjang saya terlibat dalam bisnes Shaklee, pada awalnya saya seorang saja, kemudian selepas 3 tahun, ahli group mencecah 1000++ orang, dan saya perlu juga menjadi Mentor kepada anak buah yang serius mahu membina bisnes Shaklee mereka pula. Dan, sebagai seorang Mentor, saya mesti boleh memberi idea demi idea untuk pelbagai cabaran dan masalah anak buah saya. Semakin hari, semakin banyak yang saya belajar daripada mereka, dan ini 5 perkara penting yang saya kenalpasti boleh membantu kita mencari jalan menyelesaikan masalah- masalah bisnes kita:
(1) TULIS POSSIBLE SOLUTIONS
Ambil sedikit masa untuk buat senarai perkara yang boleh dilakukan oleh perbaiki keadaan. Senaraikan SEMUA possible solutions, tak perlu fikir samada ianya berkesan atau tidak dulu. Yang penting di saat kepala berserabut itulah, kita kena luahkan di atas kertas, apa yang mungkin boleh bantu masalah kita atau at least boleh perbaiki keadaan. Tulis satu persatu, sehingga habis sudah yang boleh terfikir oleh kita.
(2) BINCANG DENGAN MENTOR
Banyak kesilapan anak buah saya ialah apabila mereka malu, segan silu nak berbincang dengan mentor masing- masing, termasuklah dengan saya sendiri. Isu terperap, berulang- ulang, mengganggu minda mereka dan akhirnya memberi kesan kepada perkembangan bisnes. Ada masanya, saya boleh bertanya, terutamanya anak- anak buah yang saya boleh nampak potensi, kemudian tiba- tiba merudum dan menghilang. Tapi sudah tentu saya tak sempat nak bertanya kepada semua orang. Saya mendapati kepentingan untuk berbincang dengan Mentor, telah membantu saya untuk bangun dan menghadapi masalah dan cabaran dengan lebih baik. Mentor- mentor saya, PM Cery dan Master Azlin, sentiasa boleh diajak berbincang dan sentiasa ada masa dan komitment untuk saya. Dan inilah juga yang saya akan berikan kepada anak buah saya juga. Cuma sudah tentulah mereka kena bagitau saya apa cabaran, dan boleh kita bincang bersama.
(3) RUJUK SENARAI "POSSIBLE SOLUTIONS" DAN CUBA SATU PERSATU
Selesai berbincang dengan Mentor, mungkin kita sudah boleh menyaring jalan penyelesaian yang paling sesuai, dan paling urgent untuk dilaksanakan. Mungkin kita tak perlu guna 100 jalan penyelesaian, tetapi hanya 5 perkara utama perlu kita laksanakan. Selagi kita tak cuba semua 5 perkara, contohnya, selagi itu kita tidak boleh mengalah dengan cabaran yang kita hadapi. Selebihnya, sudah tentu kembali kepada keyakinan bahawa apa pun yang berlaku, yang ditentukan oleh Allah, adalah yang terbaik untuk kita.
(4) LIHAT SIKAP KITA TERHADAP MASALAH TERSEBUT
Ini adalah sesuatu yang sering kita lepas pandang. Adakalahnya kita tidak pun mahu memikirkan penyelesaian kepada masalah- masalah tersebut, tapi kita mahu bercakap dan meluahkan perasaan saja. Kita ulang- ulang membebel, berpusing- pusing dalam bulatan, tanpa jalan keluar. Akibatnya, kita semakin bergelut, semakin serabut tanpa jalan keluar. Perhatikan samada kita sendiri mahu berfikir untuk jalan penyelesaian atau kita sekadar mahu melepaskan perasaan. Adakalanya masalah yang kita hadapi itu, tidak pun perlu jalan penyelesaian, selain daripada kita berhenti membebel dan MOVE ON!
(5) YAKIN DENGAN DOA
Sudah tentu, jangan lupa berdoa, supaya urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Paling saya takut dengar daripada anak buah ialah, bila mereka bertanya "Kenapa doa saya belum makbul?" Uhuk! Apa yang nak saya jawab?? Cepat ke lambat Allah nak bagi, itu bukan urusan kita kan, yang penting kita meminta setiap hari daripadaNya. Dan kena ingat juga, kadang- kadang kita terlalu mahu jalan penyelesaian, sampai terlupa, mungkin masalah tersebut tak perlu pun diselesaikan. Dan jangan lupa juga, setiap hari berdoalah supaya Allah beri ILHAM untuk kita selesaikan masalah dan cabaran kita itu.
Seriously!
Puteri
Labels:
tips bisnes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment