Sunday, May 13, 2012

sarapan lengkap dan berkhasiat

ok, sebelum saya update apa yang dah berlaku dengan breakfast makeover saya, saya nak share dulu apa yang ada dalam satu lag program kesihatan shaklee iaitu Mighty 3 Gem Programme. saya pun baru je lagi membelek info pasal program ni sejak berniat nak ubah style sarapan saya yang tak sihat tiap2 pagi tu.

Mighty 3 Gem Programme ni menekankan kepentingan sarapan untuk semua orang, daripada kanak- kanak, pelajar, dan orang dewasa yang bekerja. ramai yang tahu kepentingan bersarapan tapi ramai juga yang tak sempat untuk bersarapan dengan lengkap dan berkhasiat tiap pagi. makluma lah nak berkejar pegi opis, tersangkut dalam traffic lagi. sampai je opis dah kena start keje/meeting dll. antara masalah yang akan muncul jika kita tidak bersarapan dengan sempurna ialah:

  • tidak dapat memberi tumpuan untuk jangkamasa panjang
  • kurang peka
  • mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • kandungan gula dalam darah akan menjadi rendah
  • produktiviti seharian merosot
Shaklee Performance (Pure Hydration Drink), Energizing Soy Protein & Meal Shakes
Mighty 3 Gem dapat membantu kita bertenaga sepanjang hari, meningkatkan daya tumpuan dan memelihara kesihatan secara menyeluruh. dan yang paling penting ianya ringkas dan mudah disediakan setiap pagi. 3 Gems dalam program ini ialah:

Energizing Soy Protein: protein soya yang mengandungi asid amino lengkap untuk keperluan tubuh badan, sangat mengenyangkan jika diambil sebagai sarapan pagi
Meal Shake: multivitamin yang kaya serat dan protein, memenuhi keperluan nutrient seharian kita, dengan rasa enak vanila. 
Shaklee Performance (Performance Drink): mengandungi electrolytes yang dapat meningkatkan tenaga dan menghilangkan dahaga, lebih baik dari air biasa. mengandungi OPTY-LYTE electrolyte yang dihasilkan daripada campuran unik karbohidrat, membekalkan tenaga segera dan mengekalkan tenaga. ianya juga mengekalkan kadar gula dalam darah, mengandungi calcium & magnesium. 

mengapa tiba- tiba saya include shaklee performance dalam diet saya pulak? 

Saya campurkan air suam dengan 1 sudu Performance Drink, 2 sudu Meal Shakes, 1 sudu ESP. Yang warna oren tu  lah Performance Drink, rasa fresh orange gitu. 
2-3 minggu lepas saya bercerita dengan alin, yang saya sering pening kepala selepas mengepam di opis, akibat kurang air. walaupun saya dah makan sebelum pam, memang saya akan pening. dan saya jenis yang mudah dapat low blood pressure kalau kurang air, kurang makan. nak recover balik selepas mengepam tu at least 30 minit jugak, atau saya kena lekas2 pegi makan. biasanya kat opis, lepas mengepam, saya dapat minum je, itupun bawak bekal ESP ke opis bancuh dengan milo. untuk keadaan diri saya, memang tak cukup. so alin cadangkan saya cuba Shaklee Performance ni. kebetulan saya memang dah campur meal shake dengan ESP setiap pagi, sebab rasanya lagi sedap daripada telan vitalea hehehe. 

yang paling saya suka ialah bila saya sediakan shake ni, saya tahu saya dah ada sarapan pagi yang berkhasiat dan sihat. bila sampai opis, takde la mata rambang tengok roti canai, nasi lemak, mee goreng. sangat sesuai untuk cara hidup kita yang sibuk tak sempat ni kan. kalau anda jenis malas nak fikir apa sarapan yang sihat dan berkhasiat, atau jenis yang suka tahan lapar pepagi sampai masuk angin (atas sebab malas atau tak sempat), apa kata cuba mighty 3 gems ni. sangat berbaloi. kalau anda confuse atau clueless nak makeover diet seharian, inilah permulaan terbaik. 

hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com 

* produk ini tidak bertujuan merawat dan menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...