Thursday, May 10, 2012

Breakfast makeover with Energizing Soy Protein

hari ini saya terpanggil nak tulis pasal kepentingan breakfast. pagi tadi breakfast saya agak kureng. lontong yang masin! end up makan nasi impit & telur rebus tu saja. tak sanggup telan kuah masin tu. saya sedar pilihan breakfast meal saya terutama hari bekerja, agak kurang sihat. sebab utama pasal makan di kedai, penuh dengan pilihan yang sangat berminyak dan tak sihat. untuk menyedapkan hati, takpe nanti saya pam susu, kalori terbakar. tapi kolestrol jahat tu semua tetap la berkumpul dalam badan kan.

saya ni senang ter-inspirasi dengan orang keliling yang nak hidup secara sihat. tadi pagi, kawan saya cerita pasal rutin dia pegi gym. wah terus rasa nk register jugak hahaha! tapi masa ni, gym kena hold la, belum buleh selit gym dalam jadual seharian. so mungkin saya patut start dengan eating right dulu kan. walaupun saya takde masalah berat badan *insert idung kembang* saya kena jugak jaga apa yang saya makan, supaya takde masalah lain mcm high kolestrol, allergies dan lain- lain kan.


so, kenapa breakfast sangat penting? jom kita baca sikit:


  • secara psychology, bila kita makan sarapan pagi yang sihat dan  mengenyangkan, kita akan rasa tenang kerana kita tahu hari kita bermula dengan baik. bila lama- lama kita maintain ambil breakfast, ia akan jadi habit dan hari kita tidak akan ceria dan lengkap tanpa sarapan yang sihat. pengambilan sarapan yang sihat dan lengkap, mampu membekalkan kita nutrient yang kita perlukan untuk sepanjang hari. tak lah masuk angin pukul 11, migrain pukul 12 tgh hari, pastu pukul 1, melahap tak ingat dunia kan. start the day right is the key!
  • sarapan pagi penting untuk minda yang cergas. sebab tu jangan sekali2 kasi anak pegi sekolah tanpa sarapan yang sihat dan mengenyangkan. jawapnya, otak diaorang ingat nak makan je, tak boleh focus dengan pelajaran yang diajar. begitu jugak untuk kita orang dewasa yang kena pegi kerja. sarapan ni ibarat minyak pelincir untuk kita mulakan hari kita dengan baik. kalau bangun pagi, keluar rumah, kereta takde minyak, oh crap kan?! so if your day start like a crap, you will feel crappy whole day!
  • sarapan pagi sangat penting untuk orang yang nak jaga berat badan, too heavy or too skinny. kalau tak sarapan, by lunch time, lapar sangat kan? so semua benda kat gerai/ restoran nampak sedap. padahal hari2 pun makan benda tu gak kan. untuk orang skinny, kalau miss sarapan, badan akan guna lebihan calories yang tak cukup tu utk fuel the body. pastu masuk angin pulak! langsung tak boleh nak replace the used calories. makin kurus ler. supermodel? nOT! 
  • sarapan pagi sangat sangat penting untuk yang bersenam dan bersukan. tapi ada orang tanak makan before workout takut muntah, senak. itu kena lah pilih jenis breakfast yang sesuai, dan mudah dihadam. kalau makan mee goreng telor mata before bersenam, memang cari pasal la kan. high protein breakfast helps you to build your body back as well, while losing weight. 
ok, apa pilihan kita untuk buat breakfast makeover ni? kalau malas nak fikir panjang, gabungkan saja makanan yang high fiber + high protein (sangat penting untuk meningkatkan mental alertness). ada ayam, lean meat, ikan, putih telor, grains, smoothies (soy powder + fruits), wholegrain bread, dan macam- macam lagi. 

dan tak perlu la saya nak cakap pasal pilihan breakfast kat keliling kita yang tak sihat tu kan, berminyak, berlemak dan lain2 tu. so kena pandai buat pilihan. pegi mamak tak semestinya tak sihat, boleh order roti nan & ayam tandoori je tanpa kuah kari tu. atau makan capati atau tosai pun sihat (minus la kuah kari tu). 

untuk saya sekarang ni, saya wajib minum ESP + milo kat rumah before pergi kerja. kalau tak memang menggigil sebab saya akan  mengepam subuh2 hari tu. untuk breakfast makeover ni, saya nak buat smoothies pulak, sebab ESP + milo tak cukup untuk saya yang breastfeeding ni. kena tambah lagi supaya lebih sihat, dan tahan lama. kalau dah full, tak perlu lah mee goreng, lontong tu semua kan. 

yang bagus, untuk jimat masa, saya boleh bancuh ESP dan buat smoothies at night, dan breakfast saya yang sihat, high in fiber & protein ready untuk diminum pagi- pagi. jom join saya buat breakfast makeover dengan ESP. nak lagi mantap campur Meal Shake sedap gila. jom jom jom! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...