Assalamualaikum semua!
Jadi, minggu lepas saya berpeluang menyertai Shaklee National Incentive Trip yang pertama untuk saya (dan maybe yang ke-10 atau ke 15 untuk otai- otai Shaklee yang lain). Ini adalah reward untuk leaders yang dapat kumpul cukup points pada cycle 2012/ 13 yang lepas (Mac 2012- Feb 2013). Alhamdulillah, saya layak pergi dengan 1 tiket, bermakna saya pergi seorang, tanpa suami dan anak- anak. Dan juga saya seorang saja yang dapat pergi dalam group PAF. Tapi takpe, tahun depan kita dah plan nak pergi beramai- ramai, rombongan gitu. Saya sembang sikit di sini apa yang berlaku selama 3 hari 2 malam di Kota Kinabalu, untuk tatapan anda semua, dan paling penting untuk rekod saya sendiri :)
21 Sept 2013
Kami berlepas ke Kota Kinabalu dengan flight 9.20 pagi. Saya ada sikit troma bila flight awal pagi, sebab KLIA itu letaknya sejam dari rumah, kemudian kena bangun seawal 5 pagi, bertolak ke airport seawal 6 pagi. So malam tu tido dalam keadaan nervous hehe. Alhamdulillah bangun jugak pukul 5 pagi, selepas Subuh, cab pun sampai, terus bertolak ke KLIA (anda boleh download Apps MyTeksi untuk pre-book cab, sangat mudah, sila cuba. Ok dah keluar topik). Urusan check in sangat smooth dengan bantuan staff Shaklee yang sangat lah efisyen. Salute! Selepas ambil boarding pass, bersosial ala kadar dengan otak masih belum 100% bangun tido. Selepas semua geng sampai, semakin cerah biji mata, we had breakfast, and then off we fly to Kota Kinabalu. Sangat mengantuk di dalam flight, ada la segmen tido ternganga mujor takde sapa perasan (ye ke?).
Sampai di LTAB Kota Kinabalu, dari jauh bunyi ting tong ting tong (yang sedap) muzik tempatan, menyambut kami. Wah, ada GM Shaklee Msia menunggu rupanya, Mr. Victor Lim, mengucapkan selamat datang, dan mengalungkan rantai manik buatan tempatan kepada kami. Tak pernah lagi saya turun flight disambut macam ni, feeling VVIP terus. Bas sudah menunggu untuk bawa kami makan tengah hari, dan luggage pun sudah selesai diuruskan untuk dihantar ke hotel. Nasib baik saya tak kena tinggal sebab agak lama amek feel di tandas, tak berapa lawas hohoho!
Kemudian, kami dibawa ke Restoran Seri Melaka untuk makan tengah hari. Errrr what?! Datang jauh2 pastu nak makan asam pedas Melaka? Kihkihkih! Mujur saya bukan orang Melaka, jadi OK je, belasah. Tapi no regret, sedap makanan kat situ. Jangan lupa makan sayur banyak2 supaya tak kena tinggal bas lagi.
Selesai makan, mari pegi muzium. Yeay! Fake sangat hahaha! Timing kami sampai ke KK memang tak sesuai nak pegi beach atau pegi gunung, sebab dah tengah hari buta. Jadi kita pegi muzium Sabah, ada aircond. Nyaman sangat. Hahaha! See, kalau tak sebab trip ni, memang ku tak pegi la muzium oi! Yang penting, berketawa ria dengan geng, itu yang seronok. Hatta kalau kena melawat kilang ais pun, seronok jer.
Kemudian kami pun ke Sutera Harbour Resort. Lagi sekali kami disambut meriah, dengan refreshment drinks and food (again!). Sutera Harbour memanglah hotel premier di KK, jadi tak perlu saya explain macam mana keadaan hotel yang grand sangat ni. Dengan view marina yang mewah, haih memang menawan jiwa. Sila Google gambar2 awesome resort ini.
Kami check- in kemudian berehat untuk bersiap ke Welcome Dinner pula. So, I bought this new shoes tau, untuk pakai di KK. Masa beli tu selesa jer, bila kat sana, dah meragam kasut tak selesa. Nyampah betul. Jadinya ku pakai juga la, nak melaram dalam kesakitan haha! Mujurlah cuma turun bas, jalan sikit, pastu duduk je makan2. Kalau tak, memang ku campak je dalam laut.
Anyway, kitaorang makan bagai nak rak dalam keriuhan performance budaya oleh Sabah Tourism Board. Memang awesome! Fresh lobsters, fresh ikan, fresh apatah lagi, ku bedal je. Bila nasi goreng sampai, perut sudah penuh. Tengok je la nasi tu. Selesai makan, kami pun pulang dengan gembira. Memandangkan malam masih muda, kami pun singgah layan live band di lounge hotel, dan lepas tu troma sebab ada warga emas berjoget tak berenti di belakang meja kami hahahaha!
To be continued...
No comments:
Post a Comment