Tuesday, August 5, 2014

Masalah kesuburan, bukan masalah besar?

"Population doom of one kind or another is a recurring fad. Like most fads, this one can be safely ignored. Humanity has many legitimate problems to worry about. Falling fertility is not one of them." --  NY Times.com

Mudahnya kesimpulan ni kan, bukan masalah kemanusiaan katanya! Tapi kalau pasangan yang menanti kehadiran cahaya mata, itulah masalah utama mereka. Rindukan kehadiran anak selepas berumahtangga bukan calang- calang punya cabaran. Walaupun saya tak pernah melaluinya, Alhamdulillah, tapi saya ada kawan- kawan yang mengharungi cabaran ini. Bila dapat tahu mereka berjaya hamil, Allahu akbar, memang gembira tahap berair mata, walaupun saya sekadar orang luar saja. 

Keperluan nutrisi yang seimbang, memang tak boleh dipisahkan dengan usaha pasangan untuk hamil, baik suami atau isteri. Dan biasanya, selepasn 6 bulan mencuba, doktor akan menasihatkan pasangan buat pemeriksaan lengkap, untuk mengenalpasti masalah, dan mengesyorkan rawatan yang bersesuaian. Ramai juga yang cuba ikhtiar tradisional seperti berurut. Yang paling kerap saya dengar tentang masalah untuk hamil, bila bakal ibu terpaksa berhadapan dengan masalah period tak regular, yang selalunya bermula sejak mereka remaja lagi. 

Sejak berkecimpung dengan bisnes Shaklee, barulah saya mengenali ilmu dan info tentang kesuburan yang berkait rapat dengan keperluan nutrisi dalam badan setiap hari. Sebelum ini memang tak ambil tahu pun, sebab diri sendiri takde masalah. Tapi yang saya tahu, dah puas saya membaca testimonial, termasuk rakan saya sendiri yang dah dapat balik cycle period yang normal, dan dah berhenti pun makan pil hormon yang doctor bagi. Seronok sangat dengar testimonial macam ni. Bukan saja period dah regular, skin pun jadi elok, sihat berseri. Banyak kelebihan bila hormon dapat regulate dengan baik, terutamanya untuk wanita muda. 

Dan bulan ni, promo Shaklee kembali membawakan produk paling hot untuk masalah kesuburan di kalangan wanita, iaitu GLA Complex. GLA atau gamma linolenic acid sebenarnya dah jadi sumber nutrient untuk kesihatan dan kesuburan wanita sejak beratus tahun yang lalu. Kali pertama GLA ditemui ialah dalam evening primrose oil. Shaklee pula memilih untuk ekstrak linolenic acid daripada bunga bourage, yang punya kandungan linolenic acid yang lebih tinggi daripada EPO. Tambah lagi GLA Complex mengandungi vitamin E yang juga baik untuk wanita. 

rahsia subur
Terbukti membantu masalah period yang tidak regular,
ikhtiar yang tidak membebankan. 
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 
 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Monday, August 4, 2014

5 sebab stress lepas raya

Assalamualaikum semua :)

Aha dah pun hari Isnin, pelan- pelan ramai dah start masuk opis ye? Saya kata pelan- pelan, sebab teringat langkah lemah longlai menuju ke opis, setiap kali lepas bercuti- cuti panjang. Adoi memang takde semangat. Mau makan seminggu dua nak gain semula momentum bekerja. Sebab tu saya suka habiskan kerja sebelum cuti raya, tambah pula kerja yang melibatkan orang lain/ agensi lain/company lain. Dibantainya diaorang cuti lagi lama lepas raya, menganga la kita nak menyudahkan kerja.

Semalam saya jumpa artikel menarik tentang "holiday stress". Walaupun artikel ni relate kepada back to back Christmas holiday- Thanksgiving- New Year, tapi saya percaya ianya juga boleh dikaitkan dengan stress berhari raya, terutamanya di Malaysia!

Jadi, apa yang menyebabkan "holiday stress" ini?

1- TERLALU BANYAK NAK DIBUAT/ DIRANCANG
Sesuai sangat kan point ni? Bermula bulan puasa, kita dah bersiap- siap dengan baju raya, kuih raya, kasut baju anak- anak, perancangan balik kampung, jamuan raya dan lain- lain. Awal puasa, ramai berazam nak berpada- pada, nak bersederhana, tapi menjelang malam raya, nah! Bersusun kuih raya, berlapis- lapis baju raya, tiba-tiba ada je plan last minute muncul dalam kepala. Serabut kan? Hahaha! Orang kata setahun hanya sekali, tapi ramai tak perasan, kesannya sepanjang tahun ok. Kemudian semasa hari raya pula, kita sibuk dengan aktiviti menziarah, dan pastinya ada pengalaman sangkut dalam jem dan lain- lain. Orang fikir persiapan dan aktiviti- aktiviti ni buat mereka seronok berhari raya, tapi sebenarnya kalau dah berlebihan memang akan mendatangkan tekanan dan hari raya hilang maknanya.

2- TERLALU BANYAK BERBELANJA
Ini memang spot on! Belanja hari raya semakin hari semakin besar. Lihat saja pilihan baju raya anak- anak. Kalau dilayan Instagram baju raya, memang berpasang- pasang baju anak rasa nak dibeli. Tahun ni kami stick 3 pasang seorang baju baru untuk Aliyah dan Adam. Sepasang baju kurung dan baju Melayu, 2 pasang dress untuk Aliyah, dan 2 helai kemeja untuk Adam. Suami beli sepasang baju Melayu baru, dan saya cuma memakai beberapa pasang baju kurung, yang saya tempah sebelum puasa, sebab ada kain ela pemberian rakan- rakan Shaklee. Cadang nak beli tudung baru, tapi saya terlalu malas nak bersesak di kedai, sebab kedai kegemaran saya buat Sale sepanjang bulan puasa! Serabut haha! Belanja raya yang lain termasuklah duit petrol dan toll, angpau raya dan lain- lain. Tahun ni saya tak beli kuih raya, sebab kami beraya di kampung lebih lama. Saya cuma belikan kek untuk mak & mertua, dan kerepek- kerepek saja. Takde kuih raya di rumah sendiri, sebab tahun lepas, semua kuih raya expired tak dimakan! Bila perbelanjaan dibuat berlebihan, ramai orang menanggung kesannya pada poket masing- masing selepas raya pula. Lagi stress jika perbelanjaan raya dibuat dengan kredit atau personal loan dan kita perlu membayar hutang pula selepas itu.

3- TOO MUCH TOGETHERNESS
Eh, kenapa pulak togetherness boleh buat stress? Menurut artikel ini, bila dah ramai berkumpul, roles atau tanggungjawab biasa seharian, akan bertambah. Kalau biasanya kita boleh melepak suka hati bangun pagi, mungkin bila dah keluarga berkumpul, kena lah lebih proaktif menyediakan itu ini. Anak- anak pun kena membantu sama, ada yang sukarela, ada yang paksarela haha! Kelakar juga point ini, sebab saya terjumpa dalam FB, senarai DO'S AND DON'TS semasa berhari raya. Contohnya jangan tanya "Dah kawen ke belum?, Dah ada anak ke belum? Kerja apa? Gaji berapa?". Kan memang macam tu bila berhari raya, ada je soalan- soalan yang kita tak selesa nak dengar dan jawab. Makin ramai orang, makin la macam- macam perangai. Apa boleh buat, layankan aje laaa hehehe!

4- KESUNYIAN 
Ada pula orang yang tak punya keluarga untuk berhari raya. Bila keseorangan dan melihat orang lain bergembira dengan keluarga, pun boleh buat orang stress. Yang takde keluarga rapat, atau yang bergaduh dengan keluarga, yang hanya ada rakan- rakan saja, memang beri impak psikologi kepada mereka.

5- SEASONAL AFFECTIVE DISORDER
Menurut artikel ini, bila seseorang menjangkakan dia akan happy semasa musim perayaan, kemudian terjadi sebaliknya, lebih mudah dia jadi stress dan depressed. Dalam artikel ini, perayaan dikaitkan dengan Christmas, jadi ia berkaitan dengan perubahan musim sejuk, yang menyebabkan waktu siang lebih pendek, jadi orang akan berkurung di rumah, dan boleh menyebabkan kesedihan dan kemurungan. Kalau nak dikaitkan dengan budaya berhari raya kita, kejadian- kejadian yang tidak diingini seperti jatuh sakit atau kemalangan di musim perayaan, boleh menyebabkan kita berasa sedih berganda mengenangkan nasib badan.


Untuk artikel asal, boleh rujuk link ini http://stress.about.com/od/understandingstress/a/holiday_stress.htm

What raya stress?? I am happy 24/7 :)
Happy reading :)

Puteri

Sunday, August 3, 2014

Hari raya dan reunion

Assalamualaikum semua :)

Masih busy beraya ke? Haaa..esok ramai dah masuk ofis kan, kami pulak masih di kampung. Masih menerima kunjungan tetamu, dan paling seronok semalam, saya dengan 3 orang kawan sekolah, pergi ke rumah terbuka guru kelas kami, tahun 1996-97. Punya cepat masa berlalu, dah 17 tahun rupanya kami meninggalkan alam persekolahan. Pada pandangan mata saya, cikgu saya tu walaupun nampak di makan usia, tapi tidak banyak berubah. Alhamdulillah bila saya beri salam, dia tak ambil masa lama untuk cam "Ni Puteri kan?" Hahaha! Legaaaa...

malaysian businesswoman
Menarik pula pertemuan ni, kami semua ada bisnes sendiri
Yan, bekerja dari rumah buat trading, Fizah ada event
company. Syuraida dengan produk tudung Eedaz yang
sangat terkenal, dan saya dengan Shaklee! 
Satu perkara yang saya belajar pada hari raya tahun ini ialah, jangan malu untuk bercerita tentang kebaikan Shaklee kepada saudara- mara. Kalau tahun lepas, memang susah nak bukak cerita tentang Shaklee, tahun ni saya memang dah bersedia. Saya berazam untuk beritahu kepada semua orang yang saya kenal tentang bisnes kami, dan tentang produk hebat ini. Yang seronok tu, bila mindset dah ready, tak perlu kita buka mulut, orang lain dulu offer cerita "Shaklee Effect" yang mereka nikmati.

Sepupu saya misalnya, hanya dengan Lecithin dan Alfalfa selama hampir 6 bulan, turun berat badan dari 75kg ke 55kg! Memang saya sendiri terkejut tengok, muka dia pun dah bersegi, langsing! Maklumlah jumpa setahun sekali, memang ketara perubahan.

Petang semalam pula, kawan baik satu kelas, WhatsApp saya, nak datang beraya katanya. Dan minta saya keluarkan apa saja stok yang ada, dia nak cuci mata. Hah apa lagi, saya susun la apa yang ada, berderet atas almari. Kemudian saya beri lagi dia rasa sepeket Collagen Powder, dan sesudu Vivix. Seronok pulak buat macam ni yer, puas hati.

Kalau dah cuba Vivix, memang tak boleh
elak mesti suka rasa pekat masam/ pahit tu!
COD shaklee kuala kangsar
Sedikit stok yang kami ada di rumah mak, ada yang saya
punya, ada kakak ipar punya, ada yang adik punya.
Kalau nak COD area Kuala Kangsar, roger2 ok! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Saturday, August 2, 2014

Set Kesihatan Wanita mampu milik

Assalamualaikum semua :) 

Bulan ni adalah bulan terbaik untuk anda mulakan rutin supplement bagi menjaga kesihatan diri anda sebagai wanita, tidak kira usia. Kami mencadangkan anda pilih GLA Complex, Omega Guard dan Ostematrix untuk membantu anda mengurangkan risiko- risiko yang disenaraikan di bawah: 

Masalah hormon: 
>> Hormon yang tidak stabil menyebabkan wanita sukar hamil,
>> Hormon yang tidak stabil menyebabkan wanita alami post partum depression,
>> Hormon yang tidak stabil menyebabkan wanita hadapi masalah mood dan masalah kulit,
Masalah jantung: 
>> Seorang daripada 4 wanita di Malaysia mati akibat sakit jantung,
>> Jumlah pesakit jantung wanita dan lelaki di Malaysia adalah hampir sama,
>>Wanita yang menopause, hadapi risiko sakit jantung lebih tinggi,
Masalah tulang: 
>> Wanita bertubuh kecil lebih terdedah kepada risiko osteoporosis,
>> Wanita yang hamil terdedah kepada masalah tulang kerana berkongsi sumber kalsium dengan bayinya,
>> Wanita yang menyusukan bayi, lebih mudah rongak!


PS: Ada promosi untuk GLA Complex bulan ni tau, sangat menjimatkan! Hubungi saya untuk konsultasi percuma :) 

Puteri 016- 344 7727 

Friday, August 1, 2014

5 tips hadapi cabaran bisnes


Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya :) 

Saya pasti ramai yang dah pun kembali semula ke tempat kerja, dan ramai juga yang telahpun merancang perjalanan pulang ke rumah masing- masing selepas berhari raya. Kami sekeluarga masih di kampung, bercuti sehingga 10 Aug, kemudian langsung nak ke US. Anak- anak pulak tinggal di kampung, sehingga kami pulang pada 23 Aug nanti. Panjanglah cuti raya kami kali ini, memang boleh sungguh- sungguh raya haha!

Sepanjang saya terlibat dalam bisnes Shaklee, pada awalnya saya seorang saja, kemudian selepas 3 tahun, ahli group mencecah 1000++ orang, dan saya perlu juga menjadi Mentor kepada anak buah yang serius mahu membina bisnes Shaklee mereka pula. Dan, sebagai seorang Mentor, saya mesti boleh memberi idea demi idea untuk pelbagai cabaran dan masalah anak buah saya. Semakin hari, semakin banyak yang saya belajar daripada mereka, dan ini 5 perkara penting yang saya kenalpasti boleh membantu kita mencari jalan menyelesaikan masalah- masalah bisnes kita: 

(1) TULIS POSSIBLE SOLUTIONS
Ambil sedikit masa untuk buat senarai perkara yang boleh dilakukan oleh perbaiki keadaan. Senaraikan SEMUA possible solutions, tak perlu fikir samada ianya berkesan atau tidak dulu. Yang penting di saat kepala berserabut itulah, kita kena luahkan di atas kertas, apa yang mungkin boleh bantu masalah kita atau at least boleh perbaiki keadaan. Tulis satu persatu, sehingga habis sudah yang boleh terfikir oleh kita. 

(2) BINCANG DENGAN MENTOR 
Banyak kesilapan anak buah saya ialah apabila mereka malu, segan silu nak berbincang dengan mentor masing- masing, termasuklah dengan saya sendiri. Isu terperap, berulang- ulang, mengganggu minda mereka dan akhirnya memberi kesan kepada perkembangan bisnes. Ada masanya, saya boleh bertanya, terutamanya anak- anak buah yang saya boleh nampak potensi, kemudian tiba- tiba merudum dan menghilang. Tapi sudah tentu saya tak sempat nak bertanya kepada semua orang. Saya mendapati kepentingan untuk berbincang dengan Mentor, telah membantu saya untuk bangun dan menghadapi masalah dan cabaran dengan lebih baik. Mentor- mentor saya, PM Cery dan Master Azlin, sentiasa boleh diajak berbincang dan sentiasa ada masa dan komitment untuk saya. Dan inilah juga yang saya akan berikan kepada anak buah saya juga. Cuma sudah tentulah  mereka kena bagitau saya apa cabaran, dan boleh kita bincang bersama. 

(3) RUJUK SENARAI "POSSIBLE SOLUTIONS" DAN CUBA SATU PERSATU
Selesai berbincang dengan Mentor, mungkin kita sudah boleh menyaring jalan penyelesaian yang paling sesuai, dan paling urgent untuk dilaksanakan. Mungkin kita tak perlu guna 100 jalan penyelesaian, tetapi hanya 5 perkara utama perlu kita laksanakan. Selagi kita tak cuba semua 5 perkara, contohnya, selagi itu kita tidak boleh mengalah dengan cabaran yang kita hadapi. Selebihnya, sudah tentu kembali kepada keyakinan bahawa apa pun yang berlaku, yang ditentukan oleh Allah, adalah yang terbaik untuk kita. 

(4) LIHAT SIKAP KITA TERHADAP MASALAH TERSEBUT
Ini adalah sesuatu yang sering kita lepas pandang. Adakalahnya kita tidak pun mahu memikirkan penyelesaian kepada masalah- masalah tersebut, tapi kita mahu bercakap dan meluahkan perasaan saja. Kita ulang- ulang membebel, berpusing- pusing dalam bulatan, tanpa jalan keluar. Akibatnya, kita semakin bergelut, semakin serabut tanpa jalan keluar. Perhatikan samada kita sendiri mahu berfikir untuk jalan penyelesaian atau kita sekadar mahu melepaskan perasaan. Adakalanya masalah yang kita hadapi itu, tidak pun perlu jalan penyelesaian, selain daripada kita berhenti membebel dan MOVE ON! 

(5) YAKIN DENGAN DOA 
Sudah tentu, jangan lupa berdoa, supaya urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Paling saya takut dengar daripada anak buah ialah, bila mereka bertanya "Kenapa doa saya belum makbul?" Uhuk! Apa yang nak saya jawab?? Cepat ke lambat Allah nak bagi, itu bukan urusan kita kan, yang penting kita meminta setiap hari daripadaNya. Dan kena ingat juga, kadang- kadang kita terlalu mahu jalan penyelesaian, sampai terlupa, mungkin masalah tersebut tak perlu pun diselesaikan. Dan jangan lupa juga, setiap hari berdoalah supaya Allah beri ILHAM untuk kita selesaikan masalah dan cabaran kita itu. 



Seriously!

Puteri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...