Monday, August 4, 2014

5 sebab stress lepas raya

Assalamualaikum semua :)

Aha dah pun hari Isnin, pelan- pelan ramai dah start masuk opis ye? Saya kata pelan- pelan, sebab teringat langkah lemah longlai menuju ke opis, setiap kali lepas bercuti- cuti panjang. Adoi memang takde semangat. Mau makan seminggu dua nak gain semula momentum bekerja. Sebab tu saya suka habiskan kerja sebelum cuti raya, tambah pula kerja yang melibatkan orang lain/ agensi lain/company lain. Dibantainya diaorang cuti lagi lama lepas raya, menganga la kita nak menyudahkan kerja.

Semalam saya jumpa artikel menarik tentang "holiday stress". Walaupun artikel ni relate kepada back to back Christmas holiday- Thanksgiving- New Year, tapi saya percaya ianya juga boleh dikaitkan dengan stress berhari raya, terutamanya di Malaysia!

Jadi, apa yang menyebabkan "holiday stress" ini?

1- TERLALU BANYAK NAK DIBUAT/ DIRANCANG
Sesuai sangat kan point ni? Bermula bulan puasa, kita dah bersiap- siap dengan baju raya, kuih raya, kasut baju anak- anak, perancangan balik kampung, jamuan raya dan lain- lain. Awal puasa, ramai berazam nak berpada- pada, nak bersederhana, tapi menjelang malam raya, nah! Bersusun kuih raya, berlapis- lapis baju raya, tiba-tiba ada je plan last minute muncul dalam kepala. Serabut kan? Hahaha! Orang kata setahun hanya sekali, tapi ramai tak perasan, kesannya sepanjang tahun ok. Kemudian semasa hari raya pula, kita sibuk dengan aktiviti menziarah, dan pastinya ada pengalaman sangkut dalam jem dan lain- lain. Orang fikir persiapan dan aktiviti- aktiviti ni buat mereka seronok berhari raya, tapi sebenarnya kalau dah berlebihan memang akan mendatangkan tekanan dan hari raya hilang maknanya.

2- TERLALU BANYAK BERBELANJA
Ini memang spot on! Belanja hari raya semakin hari semakin besar. Lihat saja pilihan baju raya anak- anak. Kalau dilayan Instagram baju raya, memang berpasang- pasang baju anak rasa nak dibeli. Tahun ni kami stick 3 pasang seorang baju baru untuk Aliyah dan Adam. Sepasang baju kurung dan baju Melayu, 2 pasang dress untuk Aliyah, dan 2 helai kemeja untuk Adam. Suami beli sepasang baju Melayu baru, dan saya cuma memakai beberapa pasang baju kurung, yang saya tempah sebelum puasa, sebab ada kain ela pemberian rakan- rakan Shaklee. Cadang nak beli tudung baru, tapi saya terlalu malas nak bersesak di kedai, sebab kedai kegemaran saya buat Sale sepanjang bulan puasa! Serabut haha! Belanja raya yang lain termasuklah duit petrol dan toll, angpau raya dan lain- lain. Tahun ni saya tak beli kuih raya, sebab kami beraya di kampung lebih lama. Saya cuma belikan kek untuk mak & mertua, dan kerepek- kerepek saja. Takde kuih raya di rumah sendiri, sebab tahun lepas, semua kuih raya expired tak dimakan! Bila perbelanjaan dibuat berlebihan, ramai orang menanggung kesannya pada poket masing- masing selepas raya pula. Lagi stress jika perbelanjaan raya dibuat dengan kredit atau personal loan dan kita perlu membayar hutang pula selepas itu.

3- TOO MUCH TOGETHERNESS
Eh, kenapa pulak togetherness boleh buat stress? Menurut artikel ini, bila dah ramai berkumpul, roles atau tanggungjawab biasa seharian, akan bertambah. Kalau biasanya kita boleh melepak suka hati bangun pagi, mungkin bila dah keluarga berkumpul, kena lah lebih proaktif menyediakan itu ini. Anak- anak pun kena membantu sama, ada yang sukarela, ada yang paksarela haha! Kelakar juga point ini, sebab saya terjumpa dalam FB, senarai DO'S AND DON'TS semasa berhari raya. Contohnya jangan tanya "Dah kawen ke belum?, Dah ada anak ke belum? Kerja apa? Gaji berapa?". Kan memang macam tu bila berhari raya, ada je soalan- soalan yang kita tak selesa nak dengar dan jawab. Makin ramai orang, makin la macam- macam perangai. Apa boleh buat, layankan aje laaa hehehe!

4- KESUNYIAN 
Ada pula orang yang tak punya keluarga untuk berhari raya. Bila keseorangan dan melihat orang lain bergembira dengan keluarga, pun boleh buat orang stress. Yang takde keluarga rapat, atau yang bergaduh dengan keluarga, yang hanya ada rakan- rakan saja, memang beri impak psikologi kepada mereka.

5- SEASONAL AFFECTIVE DISORDER
Menurut artikel ini, bila seseorang menjangkakan dia akan happy semasa musim perayaan, kemudian terjadi sebaliknya, lebih mudah dia jadi stress dan depressed. Dalam artikel ini, perayaan dikaitkan dengan Christmas, jadi ia berkaitan dengan perubahan musim sejuk, yang menyebabkan waktu siang lebih pendek, jadi orang akan berkurung di rumah, dan boleh menyebabkan kesedihan dan kemurungan. Kalau nak dikaitkan dengan budaya berhari raya kita, kejadian- kejadian yang tidak diingini seperti jatuh sakit atau kemalangan di musim perayaan, boleh menyebabkan kita berasa sedih berganda mengenangkan nasib badan.


Untuk artikel asal, boleh rujuk link ini http://stress.about.com/od/understandingstress/a/holiday_stress.htm

What raya stress?? I am happy 24/7 :)
Happy reading :)

Puteri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...