Sunday, August 3, 2014

Hari raya dan reunion

Assalamualaikum semua :)

Masih busy beraya ke? Haaa..esok ramai dah masuk ofis kan, kami pulak masih di kampung. Masih menerima kunjungan tetamu, dan paling seronok semalam, saya dengan 3 orang kawan sekolah, pergi ke rumah terbuka guru kelas kami, tahun 1996-97. Punya cepat masa berlalu, dah 17 tahun rupanya kami meninggalkan alam persekolahan. Pada pandangan mata saya, cikgu saya tu walaupun nampak di makan usia, tapi tidak banyak berubah. Alhamdulillah bila saya beri salam, dia tak ambil masa lama untuk cam "Ni Puteri kan?" Hahaha! Legaaaa...

malaysian businesswoman
Menarik pula pertemuan ni, kami semua ada bisnes sendiri
Yan, bekerja dari rumah buat trading, Fizah ada event
company. Syuraida dengan produk tudung Eedaz yang
sangat terkenal, dan saya dengan Shaklee! 
Satu perkara yang saya belajar pada hari raya tahun ini ialah, jangan malu untuk bercerita tentang kebaikan Shaklee kepada saudara- mara. Kalau tahun lepas, memang susah nak bukak cerita tentang Shaklee, tahun ni saya memang dah bersedia. Saya berazam untuk beritahu kepada semua orang yang saya kenal tentang bisnes kami, dan tentang produk hebat ini. Yang seronok tu, bila mindset dah ready, tak perlu kita buka mulut, orang lain dulu offer cerita "Shaklee Effect" yang mereka nikmati.

Sepupu saya misalnya, hanya dengan Lecithin dan Alfalfa selama hampir 6 bulan, turun berat badan dari 75kg ke 55kg! Memang saya sendiri terkejut tengok, muka dia pun dah bersegi, langsing! Maklumlah jumpa setahun sekali, memang ketara perubahan.

Petang semalam pula, kawan baik satu kelas, WhatsApp saya, nak datang beraya katanya. Dan minta saya keluarkan apa saja stok yang ada, dia nak cuci mata. Hah apa lagi, saya susun la apa yang ada, berderet atas almari. Kemudian saya beri lagi dia rasa sepeket Collagen Powder, dan sesudu Vivix. Seronok pulak buat macam ni yer, puas hati.

Kalau dah cuba Vivix, memang tak boleh
elak mesti suka rasa pekat masam/ pahit tu!
COD shaklee kuala kangsar
Sedikit stok yang kami ada di rumah mak, ada yang saya
punya, ada kakak ipar punya, ada yang adik punya.
Kalau nak COD area Kuala Kangsar, roger2 ok! 

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...