Sambungan Part 1 dan Part 2
Kebiasaannya masalah duit dalam keluarga kami ni bukanlah sepanjang masa. Ianya datang dan pergi, dan hidup diteruskan. Lama kelamaan kita menerima masalah ini sebagai perkara biasa, dan kita tahu ia juga dihadapi oleh keluarga lain juga. Maka terus menerus kita pun jadi orang biasa- biasa, tanpa perancangan luar biasa untuk merubah keadaan.
Kerjaya saya dan suami mula berkembang awal tahun 2011, dan pendapatan semakin baik. Kemudian saya pun hamil dengan anak kedua. Kami kemudian berpindah daripada flat ke kondo, untuk lebih keselesaan dan juga atas faktor keselamatan. Anak bertambah, sudah tentu perbelanjaan juga bertambah. Kenaikan gaji yang kami nikmati, tidak nampak sangat kesannya. Namun begitu, Alhamdulillah, jauh lebih selesa daripada sebelumnya.
Kurang sedikit beban kewangan, muncul pula tekanan pengurusan masa. Anak- anak dijaga oleh pengasuh semasa kami bekerja, dan biasanya akan diambil sekitar jam 6.30-7.30 malam. Mula- mula rushing dari ofis ke rumah pengasuh, kemudian rushing pula balik rumah, memasak, mengemas dan bersiap untuk keluar lagi awal pagi esok. Ulang- ulang setiap hari sehinggalah hari Jumaat, hujung minggu berlalu begitu saja dengan pelbagai aktiviti. Sedar- sedar hari Isnin pun muncul! Letih dan saya mula rasa terbeban. Saya mahu keluar daripada tekanan ini dan mungkin kerana saya sangat kuat berfikir tentang jalan keluar, Allah beri saya satu laluan, yang membawa saya keluar daripada kedua- dua tekanan kewangan dan tekanan masa.
HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment