Friday, March 20, 2015

Peritnya hidup berkeluarga di Kuala Lumpur- Part 1

Assalamualaikum semua :)



Jika anda berusia lingkungan 30-an, wanita, punya kerjaya sendiri, bergaji lumayan dan punya 1 atau 2 orang anak kecil, mungkin anda boleh merasai apa yang ingin saya kongsikan dalam posting hari ini.

Selepas berkahwin, kami tidak ada hutang, percaya tak? Biasanya kita dengar, hutang bertimbun selepas kahwin kan? Tidak bagi kami. Tidak ada hutang lapuk semasa bujang, dan tidak ada hutang disebabkan oleh persiapan majlis perkahwinan. Jadi gaji terkumpul kami berdua memang sangat mencukupi. Kami menyewa di flat 4 tingkat, hanya RM600 sahaja sebulan, dan guna kereta Proton Wira saja.

Pada tahun 2009, anak sulung saya lahir, dan bermulalah episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga, terutamanya episod demi episod yang melibatkan isu kewangan. Jangan salah faham, kehadiran anak sudah tentu dengan rezeki yang telah Allah SWT tetapkan, tetapi kelemahan kami sebagai ibu bapa yang tidak bijak menguruskan kewangan, telah membuatkan kehidupan agak terdesak.

Sangat ironi juga kerana dalam kekalutan menangani isu kewangan, bermula tahun 2009 itu kareer saya berjalan lancar. Saya tukar jawatan, dan dinaikkan pangkat. Suami juga berjaya dapat kerja baru, dengan gaji dan faedah yang lebih baik. Kami masih tinggal di flat yang sama, dan masih memandu Proton Wira yang sama. Tetapi perbelanjaan sekeluarga, jauh berubah, dan peratus untuk keperluan anak yang hanya seorang saja ketika itu sangat tinggi. Kami mula terasa peritnya hidup berkeluarga di Kuala Lumpur.

Saya masih ingat, pada satu hari saya mengadu kepada sahabat baik saya. Saya rasakan sudah lama saya tidak dapat memenuhi keinginan saya berbelanja untuk diri sendiri. Saya pendam banyak keinginan mahukan beg tangan idaman, kasut, baju dan macam- macam lagi! Saya ingat lagi, antara yang saya sebut "gaji aku naik, pangkat aku naik, gaji aku lebih besar tapi aku tetap belum dapat beli handbag tu!" Saya tak tergamak nak mengadu kepada suami, sebab dia pun ada benda yang diidamkan jugak, pun tak dapat. Tapi jauh di sudut hati, ada perasaan geram pada suami. Kenapa saya kena letak ke tepi barang- barang idaman saya sedangkan pangkat dan gaji saya naik lebih dari suami?! Dan waktu itu, mudah sungguh nak muncul cemburu di hati bila kawan- kawan lain dapat itu dan ini, hadiah daripada suami. Untungnya mereka, fikir saya.

bersambung....

HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan dari rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...